You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Pensejarahan tradisional Negara China dalam zaman dinasti yang memerintah telah ditandai

oleh beberapa orang tokoh yang menonjol terutamanya dalam bidang pensejarahan. Salah satu

nama yang tidak asing itu ialah Ssu-ma Ch’ien, iaitu anak kepada Ssu-ma Tan.

Ayahnya merupakan seorang sejarawan rasmi negara China. Ssu-ma Ch’ien merupakan

sejarawan yang mengasaskan pensejarahan China tradisional.[1] Ssu-ma Ch’ien mewarisi

jawatan t’ai-shih atau ahli sejarawan agung daripada bapanya. Dalam karyanya yang

berjudul Shih Chi yang lebih dikenali sebagai Catatan Sejarah, Ssu-ma Ch’ien telah

memperlihatkan secara menyeluruh perkembangan sejarah China dari zaman Huang Ti sehingga

ke abad pertama S.M.

Dalam esei ini, penulis akan membincangkan kedudukan Ssu-ma Ch’ien sebagai seorang

sejarawan China. Ssu-ma Ch’ien bercita-cita untuk mengesan tindak-tanduk individu dan

kejadian zaman kebelakangan dan menyiasat unsur-unsur yang menentukan kejayaan dan

kegagalan serta kemunculan dan keruntuhan sesebuah kerajaan. Namun demikian, penulisanShih

chih lebih tertumpu kepada sejarah Dinasti Han seperti mana yang telah diwasiatkan oleh

ayahnya. Selaras dengan tradisi “Ch’un ch’iu” yang menitikberatkan penilaian yang adil. Ssu-ma

Ch’ien mempunyai kaedah penulisan dan penyelidikan tersendiri yang membezakan beliau

dengan penulisan pensejarahan sebelumnya. Hal ini menyebabkan karya beliau mempunyai

keistimewaan daripada sejarawan-sejarawan China yang lain. Namun, Ssu-ma Ch’ien juga tidak

menolak atau mengenepikan bentuk pensejarahan yang wujud sebelum beliau, malah beliau telah

menjadikan, serta merujuk kepada bentuk pensejarahan tersebut.


2.0 RIWAYAT HIDUP SSU-MA CH’IEN.

Ssu-ma Chien dilahirkan di wilayah Lung-men pada kira-kira 145 S.M. tetapi tidak terdapat

catatan yang tepat mengenai tarikh kelahirannya itu, namun para pengkaji sejarah telah

menganggarkan berdasarkan pencapaian-pencapaian dan juga kronologi perkhidmatan beliau

terhadap Negara China. Dengan demikian didapati tarikh tersebut adalah sesuai dan munasabah.

Bapa beliau iaitu Ssu-ma Tan, juga merupakan seorang sejarahwan rasmi, atau sejarawan istana,

yang telah berkhidmat dengan Wangsa Han di antara tahun 140-160 S.M. Di samping menjadi

sejarawan negara, bapanya juga menjalankan tugas sebagai ahli nujum yang kadang-kala disebut

juga sebagai “ahli nujum diraja”. Sebenarnya jawatan sejarawan istana turut merangkumi tugas

ahli nujum yang bertanggungjawab menjalankan kajian dalam bidang tersebut dan juga membuat

serta mengaturkan takwim setiap tahun. Ssu-ma Tan telah meninggal dunia pada tahun 110 S.M.

iaitu setelah berkhidmat dengan cemerlang selama lebih kurang 30 tahun kepada maharajanya.

Dua tahun kemudian, anaknya Ssu-ma Chien telah dilantik menjadi sejarawan dan sekaligu

menjadi ahli nujum rasmi bagi menggantikan ayah beliau yang telah meninggal dunia

itu.[2] Walau bagaimanpun, Ssu-ma Ch’ien telah pun berkhidmat dengan istana beberapa tahun

sebelum ayahnya meninggal dan pada tahun 111 S.M. beliau turut menyertai rombongan

ketenteraan ke bahagian barat daya negara China. Setahun kemudian, beliau turut menyertai

rombongan maharaja melawat Gunung Tai untuk melakukan upacara bagi menambahkan

kekuasaan Wangsa Han pada masa itu.

3.0 ISU-ISU PERBINCANGAN.


Pada asasnya penulisan Shih Chi itu adalah suatu karya pensejarahan yang telah

dirancangkan oleh ayahnya, iaitu Ssu-Ma Tan. Ssu-ma Ch’ien hanya meneruskan kesinambungan

cita-cita dan hasrat ayahnya. Malah Ssu-ma Tan, pada saat-saat beliau menghembuskan nafasnya

yang terakhir, telah mewasiatkan kepada anaknya agar meneruskan cita-citanya sebagai tanda

ketaatannya kepada kedua ibu bapanya. Oleh sebab beliau ingin memenuhi wasiat ini jugalah,

maka beliau sanggup menjalani hukuman yang sungguh memalukan serta mengguris hatinya.

Walau bagaimanapun, bolehlah dikatakan bahawa sebahagian besar daripada Shih Chi itu

merupakan hasil usaha Ssu-ma Ch’ien dan beliau jugalah yang kerap dianggap sebagai penyusun

dan penulis karya pensejarahan tersebut yang sebenar.[3]

3.1 Ssu-ma Ch’ien Bapa Pensejarahan China Tradisional.

Beliau telah membentuk kaedah baru dalam pensejarahan China dan sejarawan

pertamayang menggunakan biografi , babak dan monograf dalam penulisan sejarah. Dalam

penulisan biografi beliau bukan sahaja cuba mengungkapkan pendapatnya secara kritikal dan

membuat pentafsirannya sendiri, malahan beliau secara tidak langsung telah cuba menceritakan

tentang dirinya kepada pembaca. Jadi aspek biografi dalam Shih Chi sebenarnya turut

menjelaskan tentang diri Ssu-ma Ch’ien sebagai sejarawan disamping unsur-unsur moral dan

politik yang cuba diselitkannya. Hal ini, menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja mempunyai

kekuatandalam menggambarkan atau memaparkan tentang segala perisiwa masa lalu malah

berbakat dalam penulisan sejarah China.

Selain itu, Ssu-ma Ch’ien juga merupakan sejarawan yang mempunyai sikap yang kritikal

terhadap penulisannya. Dalam pelbagai keadaan, beliau juga cuba untuk memperbaiki kesalahan

sesetengah fakta, membuat analisis beliau sendiri dan mengkritik sumber-sumber yang

dirujuknya walaupun ia hanyalah suatu perkara yang kecil. Misalnya, pada bahagian akhir
biografi Li-I Chi, beliau telah membaiki kesalahan sumber lain tentang peristiwa sebenar Li

menemui dan menasihati Maharaja Kao Tsu. Di samping itu, Ssu-ma Ch’ien akan menambahkan

sumber-sumber sekiranya perlu dengan menggunakan pengalaman yang beliau peroleh atau

melalui temu bual secara peribadi dengan tokoh-tokoh yang terlibat dalam sesuatu peristiwa

tersebut.[4]

3.2 Ssu-Ma Ch’ien dianggap Sebagai Pengubah Ruang Lingkup dalam Pemikiran Cina.

Matlamat utamanya mengkaji bukan untuk menganggungkan bangsa sendiri tetapi untuk

memberi tauladan dan pengajaran kepada generasi yang akan datang. Hal ini demikian kerana,

terbukti melalui suntingan abad yang berkaitan dengan negerinya itu bukanlah untuk

mengaggungkannya semata-mata. Namun, lebih penting daripada itu ialah untuk dijadikan iktibar

betapa peristiwa-peristiwa masa lalu itu telah menunjukkan bahawa mereka yang jujur, taat , dan

ikhlas dalam menjalankan tugas serta kehidupan dalam seharian mengikut ajaran keakhlakan.

Walau bagaimanapun, mereka yang durjana telah menerima kecelakaan yang sejajar dengan

kejahatan mereka.[5] Ertinya sejarah itu daripada satu segi, adalah pengetahuan yang

memberikan pengajaran moral atau keakhlakan kepada seluruh masyarakat cina pada masa itu.

Selain itu, penulisannya adalah untuk membantu memanjangkan ingatan mereka demi

kepentingan generasi akan datang. Antara motif penulisan mereka itu untuk membantu ingatan

mereka dalam hal-hal melaksanakan upacara penyembahan raja-raja mereka terhadap roh-roh

nenek moyang mereka dahulu.[6] Tetapi kebanyakan penulisan seperti ini bukanlah merupakan

kajian sejarah yang sebenar, malah merupakan himpunan salah silah raja-raja dan putera-putera

mereka daripada wangsa-wangsa seperti Hsia, Syang dan Chou. Kaedah ini digunakan sebelum

kemunculan Ssu-ma Ch’ien dalam pengkaryaan sejarah supaya nilai-nilai spritual dan amalan

tradisi maharaja dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang.


3.3 Pengembaraan Ssu-ma Ch’ien.

Sebelum beliau menjawat jawatan sebagai sejarahwan istana, beliau telah banyak

menghabiskan masa mudanya dengan mengembara ke seluruh pelosok negaranya. Pengembaraan

ini kemudiannya terbukti sebagai pengalaman yang sangat berharga buat dirinya dalam usaha

melaksanakan penulisan sejarahnya. Malah pengembaraan ini juga telah menyebabkan beliau

kerap menyamakannya dengan Herodotus dari Halicarnassus sekurang-kurangnya dari segi

pengalaman walaupun sama tidak dari segi isi kandungan karya pensejarahnya.[7] Melalui

pengembaraan itu, ia telah mendapat pengalaman secara langsung mengenai geografi dan sejarah

sesuatu tempat. Keadaan ini telah memudahkannya dalam memberikan gambaran yang jelas

tentang latar belakang sesuatu peristiwa sejarah yang dituliskannya. Oleh itu, secara tidak

langsung keadaan ini telah menjadikan beliau berupaya untuk menghasilkan sebuah karya sejarah

yang bersifat objektif.

Tugasan pertama Ssu-ma Ch’ien setelah menerima jawatan sebagai sejarahwan istana ialah

memperbaharui keseluruhan takwim China, bagi memenuhi perintah Maharaja Wu Ti yang

bercita-cita mewujudkan suatu lembaran baharu bagi Wangsa Han. [8] Pada masa yang sama,

Ssu-ma Ch’ien juga telah memulakan usaha menulis sejarah negaranya, iaitu sebagai memenuhi

cita-cita ayahnya dahulu. Beliau sendiri merasakan bahawa sejarah masa lalu negaranya memang

wajar dicatatkan demi kepentingan generasi yang akan datang. Tambahan pula negara China

telah mencapai zaman kegemilangan bawah pemerintahan Maharaja Wu Ti. Oleh itu, wajarlah

sejarahnya dicatat untuk dijadikan sebagai iktibar dan diketahui oleh orang pada kemudian hari.

3.4 Karya pensejarahan.


Sebagai sebuah karya pensejarahan, jika ditinjau daripada keadaan zahirnya sahaja, Shih

Chi merupakan sebuah hasil penulisan yang sungguh mengagumkan. Menurut catatan beliau

sendiri, karya pensejarahannya itu adalah terdiri daripada 130 bab dan mengandungi sebanyak

526 500 perkataan. Ia telah menggunakan sebanyak 700 000 huruf tulisan Cina yang dianggarkan

bersamaan dengan 4000 halaman buku biasa dalam tulisan rumi.

Ssu-ma Ch’ien membahagikan karya pensejarahannya kepada lima bahagian iaitu Bab-Bab

yang Asas, Jadual-Jadual Tertib-Tarikh, Penghuraian-Penghuraian, Keluarga-Keluarga

Berketurunan, dan Memoir atau Riwayat Hidup. Bab-Bab yang Asas terdiri daripada 12 bab yang

mengandungi catatan-catatan tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sejak awal sejarah

negara China, iaitu ketika kerajaan-kerajaan masih berpecah, semasa berkembang seterusnya

bersatu melalui kerajaan-kerajaan tiga wangsa yang dipelopori oleh maharaja-maharaja Wangsa

Chin dan Han hinggalah ke zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Ti.[9]

Ringkasnya karya pensejarahannya itu bukan sahaja menampakkan tentang ketebalan jumlah

halamannya, bahkan yang lebih penting daripada itu ialah mengenai keluasan isi kandungannya.

Ia seolah-olah menyerupai sebuah ensiklopedia dengan bahagian-bahagian yang telah dinyatakan,

walaupun penyusunannya tidaklah berdasarkan susunan abjad seperti lazimnya bagi sesebuah

ensiklopedia. Sesungguhnya Shih Chi itu adalah sebuah buku sejarah, tetapi keluasan maklumat

sejarah yang diberikan itulah yang menyebabkan ia seakan-akan sama dengan sebuah

ensiklopedia sejarah.

3.5 Latar belakang penulisan.

Penulisan Shi Chi dirancang dan dimulakan oleh bapa Ssu-ma Ch’ien, iaitu Ssu-ma Tan

selaku t'ai-shih iaitu sejarawan agung Wu Ti. Ketika itu, Wangsa Han sedang berkembang pesat

di bawah sebuah kerajaan autokratik pusat. Bagi bidang politik, Wu Ti telah meneruskan usaha
Wen Ti untuk mengekalkan kuasa pemerintahannya dengan perintah yang ditujukan bagi

melemahkan kuasa imarah feudal. Negara China dibahagikan kepada 13 buah wilayah yang

setiapnya dikawal rapi oleh seorang t'zu-shih iaitu pesuruhjaya wilayah bagi memastikan

ketaatsetiaan para hao-ch'iang iaitu keluarga yang berpengaruh dan shou-hsiang iaitu pegawai

wilayah terhadap istana. Demi menambahkan pendapatan negara, beberapa cadangan Shuang

Hong telah dikuatkuasakan. Hal ini termasuk mengambil alih kuasa monopoli mengecop mata

wang logam, penjualan garam dan arak, perlombongan bijih besi dan peleburan tembaga.

Rancangan pertanian dan tali air juga telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.[10] Bagi

mencegah ancaman Hsiung-nu terhadap keselamatan wilayah sempadan China, Wu Ti telah

menghantar ekspedisi raksasa ke barat laut China untuk memaksa musuhnya berundur ke sebelah

utara gurun Gobi. Keadaan ini sekaligus telah menyebarluaskankan pengaruh politik dan

ekonomi wangsa Han ke Asia Kecil. Selain itu, kekerasan juga telah digunakan untuk mendirikan

pentadbiran Han di kawasan barat daya seperti Szechuan, Yunnan dan Kweichow. Sistem

pemerintahan aristokratik Wu Ti juga telah diperkukuh dengan adanya falsafah Confucianisma

sebagai falsafah politik kerajaan.

3.6 Kaedah penyelidikan.

Sedikit sebanyaknya Ssu-ma Ch’ien ada melakukan penyelidikan bagi menghasilkan karya

yang besar itu. Beliau sendiri menyatakan tentang usaha mengumpulkan teks-teks serta

dokumen-dokumen dari zaman silam dan juga zaman beliau sendiri bagi kegunaannya

menghasilkan karya itu.[11] Sebenarnya ia memang berpeluang berbuat demikian, kerana

sebahagian daripada tugasnya, mula-mula sebagai Sejarawan Istana atau ahli nujum diraja dan

kemudian Setiausaha Istana, adalah juga menerima dan menyimpan dokumen-dokumen negara

yang dianggap penting untuk diabadikan. Selain itu, kedudukannya itu juga memberikan peluang
yang luas untuk memeriksa serta membaca dokumen-dokumen sejarah yang telah dikekalkan

oleh beberapa wangsa sebelum Wangsa Han itu, iaitu sebagai khazanah budaya yang telah

dikumpulkan oleh sejarawan istana masing-masing. Walaupun kebanyakanya telah musnah

akibat peperangan dan persengketaan, terutamanya pada ketika kemunculan Wangsa Chin dan

kemudiannya Han, yang kedua-duanya berusaha menyatukan kerajaan-kerajaan feudal China

dibawah kekuasaan mereka, ataupun akibat daripada " peristiwa membakar buku " pada zaman

Wangsa Chin tetapi bahan-bahan yang masih kekal dan boleh digunakan telahmenjadi salah satu

sumber oleh Ssu-ma Ch’ien dengan sewajarnya. Misalnya catatan-catatan mengenai sejarah

sebelum zaman Wangsa Chin, beliau terpaksa bergantung kepada dua atau tiga sumber yang

terkenal, seperti Tsao Chuan ataupun Komplot negeri-negeri yang Berperang itu, dan adakalanya

beliau terpaksa melengkapkan catatannya dengan memuatkan legenda dan cerita-cerita rakyat

yang popular.[12]

3.7 Falsafah dan pendekatan Ssu-ma Ch’ien.

Shih Chi mempunyai dua objektif yang nyata, iaitu untuk mengkaji hubungan t’ien

dengan masyarakat manusia, dan menyelidik sebab berlakunya perubahan dalam sejarah sejak

zaman kuno sehingga wangsa Han. Sehubungan dengan konsep t’ien atau t’ien tao, tidak

dinafikan bahawa Ssu-ma Ch’ien masih didokong pemikiran mistik zaman silam yang merupakan

satu sistem spekulasi metafizikal dan kosmologikal. Namun begitu, beliau turut memperlihatkan

beberapa isu pokok yang menunjukkan beliau sebagai seorang sejarawan yang kritis. Pertama,

berkaitan dengan pengertian alam semesta dan pergerakanya. Beliau telah mengintegrasikan

fikiran aliran Tao dengan Confucianisme kung-yang ying iaitu mengutamakanchi sebagai asal

usul pengerak semulajadi alam semesta. Beliau juga turut menyangkal dakwaan Kerajaan Han

yang beranggapan bahawa unsur-unsur ketuhanan berfungsi sebagai penggerak sejarah. Sebagai
seorang ahli sejarawan yang meluhurkan ketulenan fakta, beliau telah mengutuk gurunya, Tung

Chung-shu, yang mencadangkan teori tentang pengaruh bertimbal balik antara cakerawala

dengan manusia demi memantapkan pemerintahan Wu Ti.

Ssu-ma Ch’ien telah meningkatkan Confucianisme sebagai falsafah politik kerajaan Wu

Ti pada tahun 135 S.M.[13] Beliau membincangkan perkembangan Confucianisme yang

diasaskan oleh Confucius hingga ke pemerintahan Wu Ti dalam bab ke-61 yang bertajuk Ju-lin

Lien-chuan atau riwayat hidup sarjana-sarjana Confucian. Dalam bab ini, beliau telah

mengetengahkan contoh Perdana Menteri T’ien Fen dan P’ing-ching Hou yang merupakan

sarjana Confucian yang bijak berpura-pura dalam perlaksanaan untuk mempengaruhi Wu Ti, bagi

mengutuk para cendekiawan yang menyeleweng daripada Confucianisme yang sebenar.[14] Oleh

itu, bertitik tolak dari falsafah sejarah yang mengutamakan peranan manusia dalam pergerakan

sejarah yang sentiasa berubah, maka Ssu-ma Ch’ien telah mencatatkan perkembangan sejarah

China dengan pendekatan dan susunan berbentuk biografi raja dan golongan istana.

3.8 Dijatuhkan hukuman Kasi.

Pada waktu beliau sedang mengusahakan rangka penulisannya, beliau telah terlibat dalam

suatu peristiwa yang menyebabkan kemurkaan Maharaja Wu Ti terhadapnya. Peristiwa itu

berlaku disebabkan beliau membela sahabatnya yang bernama Li Ling, seorang pemimpin tentera

yang telah gagal dalam menentang pemberontakan. Kegagalan itu telah menyebabkan Li Ling

ditawan oleh pemberontak, tetapi Ssu-ma Ch’ien membelanya dengan mengatakan bahawa Li

Ling menyerah diri dalam keadaan terpaksa. Namun, Maharaja tidak menerima hujah-hujah

beliau dan menganggapnya sebagai menjatuhkan air muka baginda, iaitu kesalahan yang besar.

Biasanya, hukuman pancung sampai mati akan dijatuhkan keatas pesalah kesalahan yang besar.

Tetapi dalam hal Ssu-ma Ch’ien, hukuman yang dikenakan ialah hukuman kasi, iaitu dengan

memotong kemaluannya dengan sebilah pisau tajam.


4.0 ANALISIS.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penulisan sejarah atau pensejarahan amat

dipengaruhi oleh suasana politik dan sosial yang wujud apabila sesebuah karya itu dikarang serta

persepsi dan pendirian penulis turut dicorakkan oleh keadaan persekitarannya atau pemikirannya.

Penulisan merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan idea, pemikiran,

kritikan, maklumat dan pendapat terhadap sesuatu perkara yang mencakupi pelbagai bidang

samada berkaitan masyarakat, agama, politik, bangsa dan negara. Tidak dinafikan pula untuk

memilih dan mentafsir sumber-sumber bagi penulisan Shih chih, Ssu-ma Ch’ien sudah tentu akan

menghadapi hal yang sama. Namun, beliau telah mencontohi jejak Confucius untuk menetapkan

beberapa peraturan dalam penulisan sejarahnya. Satu lagi prinsip yang diamalkan oleh Ssu-ma

Ch’ien ialah berkaitan dengan pemilihan penggunaan bukti yang bijaksana mengikut relevan

kepentingannya. Tambahan pula, dengan keazamanya untuk mencontohi Ch’un ch’ui yang

mengetengahkan prinsip keadilan agar sejarah boleh dipersembahkan sebagai pedoman kepada

pihak pemerintah dan rakyat jelata.

Kedudukan Ssu-ma Ch’ien sebagai seorang sejarawan dalam Wangsa Han sememangnya

dipandang tinggi oleh ramai sejarawan ulung dunia. Karya shih chi yang diasaskan oleh Ssu-ma

Ch’ien telah membuka lembaran yang baru kepada sejarawan-sejarawan China yang lain. Melalui

pengaplikasian penulisan pensejarahan beliau telah mendorong kelahiran sejarawan yang agung

selepasnya walaupun karya sejarah mereka tidak setanding dengan karya sejarah Shih Chi yang

dihasilkan oleh Ssu-ma Chi’en.


5.0 KESIMPULAN.

Kesimpulannya, berdasarkan motif-motif penulisan Ssu-ma Ch’ien dan kaedah penulisan

karyanya Shih Chih menekankan penulisan ilmiah terhadap pemilihan dan pentafsiran buktinya

yang dikumpul daripada sumber bertulis dan lisan. Ssu-ma Ch’ien sememangnya seorang

sejarawan yang unggul sepanjang zaman pemerintahan Dinasti Han. Selaras dengan tradisi chun

chiu, pengadilan moral diperaktikkan seluas-luasnya berdasarkan adanya bukti yang kukuh agar

matlamat mendukung penulisan Shih Chih tercapai.

Oleh itu, seperti mana yang telah dikatakan oleh B.Watson dalam bukunya Grand

Historian of China. Gelaran Ssu-ma Ch’ien sebagai bapa pensejarahan tradisional Cina adalah

pencapaian yang hebat hasil daripada pengorbanannya demi melaksanakan wasiat bapanya dalam

menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang bernilai untuk generasi akan datang. Oleh itu,

sejarawan agung ini telah membuka satu lembaran baharu kepada sejarawan moden dalam

menghasilkan penulisan sejarahnya.

You might also like