You are on page 1of 6

Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M , beliau dilantik

sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi ibu


negara dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan
kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam
sejarah negara Jepun. Kerajaan
seperti ini dipanggil kerajaan Khemah atau Bakufu dalam bahasa Jepun.
Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan Kamakura pada zaman Kamakura
ini, secara keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat pemerintahan iaitu
Kyoto dan Sagami. Kyoto mengekalkan keagungan pentadbiran tradisional Jepun,
yang mana ia menempatkan maharaja Jepun bersemayam dan lebih
menumpukan kepada perkembangan sastera yang merangkumi penulisan
sastera Jepun. Manakala Sagami pula merupakan jentera pentadbiran Kamakura.
Ia menjadi pusat dominasi kuasa tentera oleh golongan Samurai. Bagi
mengekalkan kestabilan negara yang baru pertama kali menerima suasana
pemerintahan yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto dikatakan
mengekalkan pentadbirannnya di bahagian Timur. Dari aspek pentadbiran
kerajaan Kamakura pada asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu Samurai Dakoro,
Mandokoro dan Manchujo. Selain dari tiga unit asas utama dalam pentadbiran
kerajaan, dua lagi jawatan diwujudkan oleh Yoritimo iaitu Shugo dan Jito. Dengan
wujudnya jawatan-jawatan ini maka pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi
semakin kukuh. Tanggungjawab dan tugas utama setiap jabatan dalam kerajaan
ini adalah seperti Samurai Dokoro yang diketuai oleh kumonjo bertanggunjawab
menguruskan hal ehwal tentera dibawah autonomi jabatan supaya dapat
mendisiplinkan golongan samurai. Mondoro pula menguruskan urusan harian
bakufu sementara manchujo pula menguruskan mahkamah agong dan
membicarakan semua kes-kes awam. Sementara itu bagi jawatan shugo dan jito
pula, kedua-duanya dianggap sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai
klasifikasi tugas yang berbeza. Shugo bertindak sebagai pegawai tinggi polis
manakal jito bertanggungjawab menguruskan semua perkara berkaitan dengan
tanah awam dan persendirian di wilayah-wilayah. Pemerintahan banyak memberi
penekanan dari segi ketenteraan dan kehakiman. Ini bertujuan untuk
mengukuhkan lagi kerajaannya. Dalam Zaman Kamakura menyaksikan
pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian atau ianya dipanggil juga Syo atu
Syoen. Ini adalah hasil daripada pertumbuhan feudalisme. Dengan itu secara
tidak langsung menyebabkan pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada
pengusaha-pengusaha wilayah dan tuan-tuan tanah wilayah. Calon-calon bagi
jawatan Jito dan Shugo ditentukan sendiri oleh Bakufu Yamakura. Ini terbukti
semasa pemerintahan Yorimoto telah memberi keutamaan kepada golongan
tentera atau perwira yang dikenali sebagai Buke untuk mendapat tempat dalam
jawatan tersebut. Ini adalah disebabkan oleh semasa menentang keluarga
imperal Taira di Kyoto pada tahun 1184 dan keluarga imperal pusat iaitu keluarga
imperal Fujiwara di Hiraizumi bagi menguasai pemerintahan seluruh Jepun. Jika
dilihat secara keseluruhannya, Bakufu Kamakura ini mempunyai sistem yang
mudah dan ringkas. Hanya beberapa ribu pegawai-pegawai feudal yang
kebanyakkannya berselerak sebagai Jito di seluruh Jepun dan ditadbir dibawah
pemerintahan yang longgar dari pentadbiran pusat Bukufu Kamakura di Kanto.

Walaupun begitu, namun ianya berjaya mengekalkan pemerintahan selama


hampir 150 tahun iaitu dari 1192M-1333M dan menangani pelbagai masalah dan
ancaman yang menjatuhkan kerajaannya.
Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan pertumbuhan ekonomi yang
positif dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan pertambahan hasil
sektor pertanian yang besar. Seiring dengan itu menyebabkan kepelbagaian
penggunaan barangan dan alatan pertanian serta pembukaan kedai-kedai dan
pasar yang meningkat. Tanaman padi diberikan perhatian yang khusus dalam
sector pertanian ini. Ia juga merupakan makanan utama. Akibat perdagangan
yang semakin meningkat wujudnya pertumbuhan ekonomi wang. Wang
kemudian menjadi perantaraan yang sah untuk tujuan pembayaran seperti
tebusan cukai dan sebagainya. Ekoran dari kepesatan perdagangan dan aktiviti
perdagangan telah membentuk satu seranta sosial masyarakat Jepun yang
diklasifikasikan daripada bidang pekerjaan dan status mereka dalam masyarakat.
Secara tidak langsung muncul satu lagi golongan pedagang yang menjual hasil
barangan secara borong seperti beras, sake dan lain-lain. Golongan pedagang ini
membentuk persatuan pedagang terutama di bandar dan di pekan. Antara
cabaran yang dihadapi semasa Zaman Kamakura ialah krisis politik Bakufu
Kamakura. Beberapa ancaman dan permasalahan dalam kerajaan Kamakura
antaranya ialah dua krisis utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri
kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh Yorimoto dan digantikan
dengan pengganti-pengganti Selepas kematian Yoritomo pada 1199, Kepimpinan
Kamakura Bakufu telah beralih kepada jandanya iaitu Masako bersama ayah
serta adiknya iaitu Hojo Yoshitoki. Mereka telah berkuasa dan bersama-sama
dalam komplot pembunuhan anak Yoritomo yang bakal menggantikan
kepimpinan Kamakura iaitu Yoriie dan Sanetomo yang berumur 11 tahun. Mereka
kemudian meletakkan Fujiwara yang masih kecil sebagai pemerintah yang
akhirnya berfungsi sebagai puppet begitu juga maharaja Kyoto hanya kekal
sebagai maharaja tetapi jentera pentadbiran sebenarnya adalah ditangan
kerajaan tentera di Kanto. Walau bagaimanapun terdapat buku menyatakan
bahawa selepas kematian Yoritomo, beliau telah diganti oleh anaknya Yoriie yang
baru berusia 17 tahun. Jeneral-jeneral Yoritomo ingin merebut kuasa
pemerintahan dan bimbang sekiranya Yoriie merupakan seorang yang berkaliber
dan bijak mentadbir satu masa nanti pasti kedudukan dan keistimewaan mereka
akan goyang. Ini telah membawa kepada peristiwa pembunuhan Yorrie oleh Hojo
Tokimasa pada 1204 kerana beliau mahu berkuasa penuh. Peristiwa ini juga
berlaku terhadap adik Yorrie iaitu Sanetomo yang menggantikan tempatnya.
Kerajaan Kamakura mendapat ancaman dari kerajaan luar yang cuba
melemahkan penguasaan mereka. Ini merupakan cabaran kepada kerajaan
kamakura. Ancaman yang diterima oleh mereka ialah serangan tentera Monggol
yang diketuai oleh Kublai Khan lewat abad ke 13. pada masa itu Monggol yang
menguasai China mahu Jepun tunduk kepada kekuasaannya. Kublai Khan terus
menyerang Utara Kyushu pada tahun 1274 dan 1281 kerana Kerajaan Kamakura
tidak melayan kehendak mereka. Walau bagaimanapun serangan ini gagal
kerana berjaya dipatahkan oleh pemangku raja iaitu Hojo Tokimune. Faktor lain
yang menyebabkan kegagalan serangan ini adalah kubu pertahanan yang dibina
oleh pihak Jepun dan serangan kecil dari bot-bot penyerang di perairan Jepun.

Bukan itu sahaja, ribut taufan juga telah berjaya melemahkan dan memusnahkan
angkatan laut Kublai Khan. Akhirnya, Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun
1333 Masihi akibat timbulnya cubaan dari beberapa orang maharaja Jepun yang
berusaha menggulingkan kerajaan tersebut. Pada tahun 1333, Maharaja Godaigo
(1288-1339) dengan bantuan jeneral-jeneral utama seperti Kosunoki Masashige
(1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashigaka Takauji (1305-1358).
Akhirnya maharaja Godaigo berjaya mengambilalih namun selepas dua tahun
baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya. Ini adalah kerana baginda sendiri
tidak mampu melawan kuasa kelas-kelas tentera wilayah, termasuklah golongan
Shugo dan Jito
ASHIKA
Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Kesyogunan Ashikaga,
Jepun berada di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada zaman
kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah
pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga
adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga
kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada
masa itu tidak berpuas hati dengan Maharaja Godaigo mengenai perlantikan
gabenor wilayah tentera kepada puteranya dan bukan kepada tentera yang
menyokongnya. Ashikaga Takauji telah bangkit dan memberontak menentang
kepimpinan Maharaja Godaigo. Pada tahun 1336 Ashikaga Takauji dengan
kerjasama Maharaja Komya berjaya mengalahkan Maharaja Godaigo. Dua tahun
kemudian Ashikaga Takauji telah di beri taraf shogun. Ashikaga shogun yang
berjaya mengambil alih pemerintahan mengalami kesukaran untuk membentuk
satu kerajaan yang kuat. Ini di sebabkan kekurangan ilmu dalam hal-ehwal
menguruskan pentadbiran negara. Namun demikian pengaruh Ashikaga Shogun
bertambah teguh melalui sistem persekutuan feudal diperkenalkan serta
kemampuan Ashikaga mengawal vassal dengan tentera. Keluarga Ashikaga di
beri kelebihan dalam kekayaan dan sumber tentera pada setiap vasalnya.Untuk
rumah tentera yang mana memberi khidmat kepada shogun sebagai vasdal dan
kawasan pengaruh dan kekuasaan..Ashikaga Shogun mengambil tindakan
mengabungkan dengan kekuasaan tentera bagi mengukuhkan kedudukanya.
Ashikagun telah membina Bakufunya di Kyoto iaitu Shikimoku sebagai satu
piagam politik yang boleh membawa perubahan dalam pentadbirannya. Namun
hakikat pembinaan itu tidak membawa banyak kesan yang positif seperti yang
dirancang. Sistem pentadbiran Ashikaga yang termaktub pada Bakufu
mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Shugo merupakan pegawai tertinggi dalam
kerajaaan persekutuan dan kerajaan tentera tempatan. Organisasi pusat yang
terdiri daripada shogun-shogun menjadi vassal yang merupakan pembantu yang
baik. Oleh yang demikian mereka telah menjadi satu unit yang boleh
mengimbangi kuasa ashikaga. Shogun berada di tahap yang paling tinggi dan
dibawahnya dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Kanto Kubo (Timur), Kyoto
Kanrei, Wilayah Shogun dan Wilayah Barat.Kanto
Di Wilayah Timur ia di ketuai oleh Kanta Kanrei yang merupakan wakil kepada
shogun. Di system pentadbiran pusat, ketua pentadbiran ialah Kanrei yang dipilih

daripada tuan-tuan tanah shogun yang paling berkuasa iaitu Shaiba, Hatakeyama
dan Hosokawa. Ketiga-tiga kuasa ini di kenali sebagai sankan yang mampu
mengimbangi kuasa vassal Ashikaga. Dari segi perancangan ketenteraan, ketua
pentadbiran yang penting digelar Ketua Samurai. Jawatan ini akan di berikan oleh
keluarga yang bertanggungjawab serta mampu mempertahankan polisi Ashikaga.
Mandora pula bertanggungjawab bagi kewangan shogun, manakala jawatan
setiausaha dan perekod gudang cadastral di gelar Manchujo. Polisi pentadbiran
jeneral pula dibahaskan dalam Dewan Perundangan majlis tertinggi. Shogun
berkuasa untuk melantik sejumlah pentadbir rasmi yang akan memegang
jawatan-jawatan tertentu dari kalangan keluarga. Selepas tahun 1368,
pemerintahan kerajaan Ashikaga di warisi oleh Yoshimitsu, struktur pemerintahan
yang di buat berdasarkan kesetiaan dan perpaduan. Peranan yang dimainkan
oleh Yoshimitsu dan pegawai bawahannya dikawal dengan keras tetapi adil, dan
pengawasan vassal adalah terlalu subjektif untuk dikawal. Undang-undang
dikuatkuasakan dan arahan pemimpin dipertahankan walaupun kebanyakan
baron tidak setuju dan tidak menyenangi tindakan pemerintah. Disini dapat
dilihat kekurangan kekuatan dan sokongan pada kuasa pusat untuk merancang
dan mengatur perjalanan pentadbiran kepada polisi yang lebih mantap. Kekuatan
baron semakin berpengaruh dan pemimpin Ashikaga tidak mampu mengawal
dan menyekat pengaruh baron yang semakin kuat. Pada akhir abad ke-14, Kanrai
yang menjadi ketua pentadbiran di pusat dapat megimbangi kuasa di Bakufu
daripada pentadbiran Ashikaga. Mereka dapat melantik pegawai daerah di setiap
kawasan dengan kuasa yang terbatas. Kepentingan pentadbiran kerajaan
Ashikaga juga terjejas kerana kelemahan mereka mengawal tindakan pemimpin
bawahan mereka yang suka membuat keputusan yang terburu-buru. Samuraidokoro juga telah berjaya mengambil alih kuasa pentadbiran di Bandar dan
daerah daripada Ashikaga. Mereka telah mengambil alih kuasa dan memegang
tanggungjawab yang penting bagi mengawal keselamatan awam. Pada zaman
kerajaan Ashikaga, perkembangan ekonami berlaku dengan pesat melalui
pengagihan kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang terpisah berdasarkan
kelas dapat disatukan melalui pembinaan Bakufu. Apabila hubungan masyarakat
bertambah baik, proses pembinaan ekonomi bertambah mantap diikuti oleh hasil
pengeluaran yang banyak dari bidang pertanian secara komersil. Sistem
tanaman secara giliran diusahakan dengan menanam gandum atau barli selepas
penanaman padi. Pembaziran tanah selepas penanaman padi dapat di atasi dan
membantu menambahkan pendapatan kerajaan Ashikaga. Ketua tentera wilayah
juga memberi galakan kepada petani supaya meningkatkan hasil pertanian
mereka dengan menggunakan teknologi yang baik dalam pertanian.Kaedah
pengairan secara pengawalan sungai telah di pertingkatkan bagi mengairi
kawasan pertanian.Pembukaan tapak pertanian secara komersil telah membantu
sepenuhnya perkembangan ekonomi Ashikaga.Sapi dan kuda digunakan dengan
lebih meluas untuk proses penanaman.Kawasan pertanian yang mempunyai
perkampungan kecil telah bertukar kepada perkampungan besar dengan jumlah
penduduk semakin bertambah.Dalam bidang industri, pengeluaran barangbarang tembikar telah meningkat dengan pesat dan bandar Seto di wilayah
Omari menjadi pusat pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun.Dari segi
status kawasan pentadbiran Ashikaga, setiap daerah mempunyai Bandar dan

penduduk sentiasa bertambah terutamanya di kawasan kuil dan makam yang


menjadi tumpuan rakyat.Pengekalan secara langsung golongan feudal berkuasa
dan terpengaruh membantu perkembangan ekonomi seterusnya menambahkan
kemajuaan sesuatu bandar. Kawasan pasar juga mula mengalami perubahan
apabila banyak gudang-gudang dibina sambil mendiri rumah kecil untuk peniaga
tinggal akhirnya berkembangan menjadi bandar.Pertumbuhan ekonomi
Kesyogunan Ashikaga juga dikenalpasti melalui pengenalan dan pertumbuhan
tanomoshiko atau mujinko yang merupakan persatuan-persatuan kewangan.
Pusat-pusat pertukaran wang,kedai-kedai beras dan sake (sekaya) juga mila
berkembang secara pesat dan proses ini telah dipercepatkan oleh kemajuan
perdagangan tempatan dan luar negeri, terutamanya dengan negara China.
Melalui dasar pentadbiran yang di lakukan oleh kerajaan Ashikaga ini sebanarnya
telah menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar shugo mengalami
kekurangan pengaruh secara berperingkat-peringkat seterusnya mengalami
kejatuhan.Dari segi kawalan politik,Kesyogunan Ashikaga telah gagal
mengenakan kawalan sepenuhnya keatas kelas tentera wilayah dan daimyos
atau tuan-tuan tanah feudal.Mereka amat berkuasa dan siap sedia berperang
atau memberontak terhadap pemerintanan Ashikaga yang berpusat di
bakufu.walaupun mereka terdiri dari daripada provokasi yang kecil.Pentadbiran
Ashikaga pula tidak mempunyai pemimpin yaang berkaliber. Sebahagian
daripada mereka banyak membazirkan kekayaan Bakufu keatas projek- projek
mewah.Di bawah pimpinan Yoshimitsu,Kerajaan Ashikaga telah membina kiul
Pavilion Emas yang termashur sementara di bawah pemerintahan Yoshimoto
telah membina sebuah bangunan yang hampir sama yang dipanggil Pavilion
PerakPembinaan bangunan ini mengaut sumber-sumber ekonomi
Bakufu.Keadaan ini telah membawa kejatuhannya. Faktor-faktor lain yang telah
membawa kepada kejatuhan Ashikaga ialah kebuluran yang telah berlaku pada
tahun 1940 dan wabak penyakit yang berlaku pada tahun 1425.Pemberontakan
petani dan Perang onin telah melemahkan lagi Kesyogunan Ashikaga.Perang Onin
(1467-1478) telah memusnahkan pusat pentadbiran Kerajaan Ashikaga di
Kyato.Ia berpunca kegagalan kuasa pusat untuk campur tangan dalam
perselisihan yang sengit di antara dua kumpulan keluarga Kavei yang bersaing
untuk merebuk pengaruh.Perselisihan itu dipimpin oleh Hosokawa dan Yamana.
Tuan-tuan tanah feudal yang lain juga telah campur tangan dalam perselisihan ini
yang menyebabkan huru-hara bertambah runcing.Pergaduhan ,rompakan dan
pembakaran harta benda telah berlaku secara berluasa selama beberapa tahun
dan menyebabkan kemusnahan Kyoto dan kawasan-kawasan sekeliling.Dalam
peperangan ini, kemenangan di perolehi oleh kumpulan Hosokawa dan mereka
meluaskan pengaruh dan kekuasaan ke atas Syogun-syogun
Ashikaga.Kejatunhan Syogun-syogun Ashikaga dipercepatkan lagi oleh
kedudukan
projek mewah.Di bawah pimpinan Yoshimitsu,Kerajaan Ashikaga telah membina
kiul Pavilion Emas yang termashur sementara di bawah pemerintahan Yoshimoto
telah membina sebuah bangunan yang hampir sama yang dipanggil Pavilion
PerakPembinaan bangunan ini mengaut sumber-sumber ekonomi
Bakufu.Keadaan ini telah membawa kejatuhannya. Faktor-faktor lain yang telah
membawa kepada kejatuhan Ashikaga ialah kebuluran yang telah berlaku pada

tahun 1940 dan wabak penyakit yang berlaku pada tahun 1425.Pemberontakan
petani dan Perang onin telah melemahkan lagi Kesyogunan Ashikaga.Perang Onin
(1467-1478) telah memusnahkan pusat pentadbiran Kerajaan Ashikaga di
Kyato.Ia berpunca kegagalan kuasa pusat untuk campur tangan dalam
perselisihan yang sengit di antara dua kumpulan keluarga Kavei yang bersaing
untuk merebuk pengaruh.Perselisihan itu dipimpin oleh Hosokawa dan Yamana.
Tuan-tuan tanah feudal yang lain juga telah campur tangan dalam perselisihan ini
yang menyebabkan huru-hara bertambah runcing.Pergaduhan ,rompakan dan
pembakaran harta benda telah berlaku secara berluasa selama beberapa tahun
dan menyebabkan kemusnahan Kyoto dan kawasan-kawasan sekeliling.Dalam
peperangan ini, kemenangan di perolehi oleh kumpulan Hosokawa dan mereka
meluaskan pengaruh dan kekuasaan ke atas Syogun-syogun
Ashikaga.Kejatunhan Syogun-syogun Ashikaga dipercepatkan lagi oleh
kedudukan dominan keluarga Hosakawa yang mula berkuasa melantik dan
memecat beberapa orang Syogun.Mereka telah memaksa beberapa orang
Syogun yang di kalangan keluarga Ashikaga meletak jawatan dan melantik ahli
keluarga mereka sebagai Syogun. Keadaan ini menyebabkan Kesyogunan
Ashikaga beransur-ansur hilang pengaruh dan kuasanya di Jepun. Pada
tahun1565,Syogun Ashikaga iaitu Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah diganti
oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia tiga tahun kemudian. Yoshiaki
telah dilantik sebagai Syogun oleh Oda Nobunaga yang telah menjadi seorang
daimyo yang paling berkuasa di Jepun.Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh
Nobunaga dalam tahun 1573.Keadaan ini telah menamatkan zaman
pemerintahan Kesyogunan Ashikaga di Jepun

You might also like