You are on page 1of 13

Friday, September 14, 2007

TEORI SEJARAH

PENGENALAN

Sebelum saya menjawab soalan tugasan ini dengan lebih mendalam lagi, terlebih dahulu

saya akan menerangkan tentang apakah dimaksudkan sebagai sumber dalam sejarah?. Seperti

yang kita sedia maklum, sumber merupakan sesuatu yang boleh kita jadikan sebagai punca

kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan dalam sejarah.[1] Dalam bidang penulisan

sejarah sumber merupakan satu perkara yang sangat penting kerana melalui sumberlah kita

mendapat maklumat atau fakta yang diperlukan bagi menyokong kebenaran sejarah yang

dihasilkan atau ditulis. Bercakap tentang sumber, kita memang tidak boleh lari daripada

menyatakan bahawa sumber ialah perkara asas dalam penulisan sejarah. Kita boleh merujuk

situasi ini dalam sesebuah perusahaan, contohnya dalam bidang perindustrian, perkilangan,

pembuatan dan lain semuanya memerlukan sumber barulah perusahaan itu boleh dijalankan.

Melalui buku yang saya baca juga menjelaskan bahawa sumber dikatakan sebagai sekumpulan

bahan yang tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya. Bahan-bahan ini

boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.[2] Walau bagaimanapun ingin saya tekankan di sini

bahawa setiap sumber atau fakta yang digunakan atau diperolehi mestu diuji terlebih dahulu bagi

membuktikan kesahihannya sebelum sumber itu disahkan sebagai benar kerana terdapat sumber

yang palsu. Harus diingat bahawa sumber sejarah wujud dalam berbagai bentuk sama ada ada

sumber yang ditulis pada kertas, dipahat seperti yang terdapat pada batu bersurat atau prasasti,

diukir pada kayu, buluh, tulang, tanduk, daun, kepingan logam dan sebagainya.[3]
Seterusnya, sumber terbahagi kepada dua bahagian iaitu sumber pertama atau dikenali

sebagai sumber primer dan sumber kedua atau sumber sekunder.[4] Merujuk kepada sumber

primer ianya merupakan sumber tulen atau asli yang belum mengalami proses penafsiran dan

pengolahan, maksudnya ianya adalah sumber yang asal. Untuk itu saya nyatakan antara beberapa

contohnya ialah dokumen, surat, catatan atau laporan harian dan diari. Merujuk kepada sumber

seterusnya pula iaitu sumber sekunder, apa yang dikatakan sebagai sumber sekunder adalah

seperti tulisan atau buku yang ditulis oleh sejarawan tentang seseorang tokoh atau sesuatu

peristiwa berlandaskan sumber primer misalnya surat khabar, buku atau tesis iaitu bahan yang

telah diolah. Jika ianya dikatakan sebagai sumber semestinya di dalam sumber itu akan

wujudnya fakta iaitu pernyataan tentang kejadian yang berlaku sama ada dalam akhbar atau

sumber-sumber lain yang menjadi perkara pokok sejarah dan ia bersifat tetap. Fakta dan sumber

adalah saling berkait rapat kerana daripada sumber lahirnya fakta.[5]

SEBAB-SEBAB SUMBER SEJARAH PERLU DIUJI UNTUK

KESAHIHANNYA

Sebelum saya masuk kepada langkah-langkah yang diambil oleh ahli sejarah dalam memastikan

kesahihan sumber yang digunakan dalam kajian mereka saya terlebih dahulu hendak

menerangkan tentang sebab-sebab sumber sejarah perlu diuji kesahihanya. Antara beberapa

sebabnya mengapa sumber sejarah perlu diuji adalah untuk memastiakn kesahihannya seterusnya

memastikan kebenaran fakta yang digunakan dalam penulisan sejarah. Kenapa? Sebabnya adalah

bagi menghasilkan penulisan yang mempunyai fakta yang benar-benar sahih dan diterima umum.

Situasai ini berlaku agar tidak wujud fakta yang ditokok tambah seperti mencampur adukkan

fakta sejarah dengan cerita fiksyen atau rekaan mahupun dongeng untuk mengagung-agungkan
seseorang tokoh. Keadaan ini perlu dielakan jika penulisan itu mengikut langkah yang betul.

Oleh itu, menurut Ranke penulisan sejarah sebenarnya adalah menceritakan semula peristiwa

sejarah seperti yang sebenarnya berlaku, namun begitu fakta sejarah tidak pernah muncul dalam

situasi yang murni kerana sentiasa dihiasi berdasarkan pemikiran si pencatat itu.[6] Oleh yang

demikianlah menyebabkan penceritaan semula peristiwa sejarah memerlukan pengolahan,

penjelasan, pengisahan dan penyusunan semula. Sekiranya aspek-aspek ini diabaikan maka

hasilnya nanti membuatkan pembaca atau generasi akan datang keliru dan kerana itulah fakta

sejarah perlu diuji terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam penulisan sejarah.

Merujuk kepada sebab seterusnya, proses menguji kesahihan ini penting bagi mengelakkan

lahirnya golongan tertentu yang memberi bukti palsu untuk mempengaruhi penulisan ahli

sejarah. Sekiranya terdapat sumber sejarah yang dikemukakan oleh mana-mana pengkaji,

individu atau pihak-pihak tertentu, ahli sejarah haruslah terlebih dahulu mengenalpasti atau

menentukan kesahihannya. Kenapa? Ini bertujuan untuk mengelakkan sumber yang

diketengahkan itu telah ditokok tambah atau palsu bagi kepentingan pihak tertentu, sama ada

untuk mendapatkan kedudukan, hak milik mahupun tujuan lain yang tidak mustahil boleh

menjatuhkan kerajaan.[7] Misalnnya, peristiwa pernah berlaku di Eropah apabila dokumen

‘Donation of Constantine’ yang digunakan sebelum pertengahan kurun ke-15 untuk

mengukuhkan satu teori pihak gereja yang menurut Paus agama Katolik mempunyai hak

terhadap tanah di Eropah telah dibuktikan palsu oleh Lorenzo Valla yang telah menggambarkan

bahawa tuntutan Paus juga adalah palsu atau tidak benar.[8] Daripada peristiwa tersebut

menunjukkan pentingnya menguji terlebih dahulu sumber dan fakta yang diperolehi supaya tidak

terjadi peristiwa yang sebaliknya.


Manakala sebab seterusnya ialah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya penulisan

dan penafsiran tidak berasas atau mengikut kemahuan sendiri oleh ahli sejarah. Untuk makluman

sejarah bukanlah ilmu falsafah yang membenarkan sejarawan menerima kebenaran berdasarkan

penghujahan mental yang logik sahaja tanpa perlu merujuk kepada bahan-bahan bukti yang sahih

dan sejarah berbeza dengan ilmu kesusasteraan yang memberi kebebasan yang luas kepada akal,

pemikiran, sentiment, emosi dan imaginasi seseorang dalam menyuarakan kebenaran. Sekiranya

sejarawan tidak jujur dalam pengkajian yang dilakukannya, hasil karya sejarah itu bukan hasil

karya sejarah tetapi boleh diklasifikasikan sebagai hasil karya falsafah, sastera dan politik akan

tetapi, sejarawan juga bebas untuk membuat tafsirannya sendiri terhadap sesuatu peristiwa

asalkan tafsirannya mempunyai sumber-sumber kajian yang mencukupi bagi mengukuhkan dan

membenarkan penafsirannya.[9]

Selain itu, ia untuk mengelakkan penulisan yang bersifat berat sebelah iaitu penulisan yang

ditulis bertentangan dengan kejadian atau peristiwa yang asal berlaku. Kebanyakkan hal ini

terjadi disebabkan oleh sikap penulis itu sendiri yang terlalu ingin mengagungkan bangsa, agama

dan negaranya sendiri.[10] Oleh sebab itu, pengadilan moral ditekankan oleh setiap ahli

sejarawan supaya sikap ini tidak terjadi. Jika hal ini terjadi, penulisan yang ditulis secara berat

sebelah akan memburukkan sebelah pihak walaupun pihak tersebut tidak bersalah. Hal ini dapat

dilihat berdasarkan contoh iaitu peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun

oleh British, pihak British diagungkan oleh ahli sejarawan kerana mengebom kuasa yang

berkuasa di Asia Tenggara demi keamanan dunia. Padahal kedua-pihak saling berebut kuasa di

Asia Tenggara dan bagi melumpuhkan kuasa Jepun,British telah mengebom bandar tersebut

tanpa mempedulikan nyawa-nyawa yang tidak berdosa.


Selain itu, memastikan sumber itu sahih juga penting dalam memastikan kesahihan fakta kerana

terdapat penulisan atau sumber yang dihasilkan oleh sejarawan dahulu adalah bersifat

mengagungkan sesetengah pihak sama ada raja dan sebaliknya. Walaupun seseorang sejarawan

itu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan sejarah itu ditulis, namun mereka terpaksa akur

terhadap titah perintah raja. Hal ini dapat dilihat berdasarkan sikap Tun Seri Lanang iaitu

sejarawan Melayu yang membaiki kandungan Sulalatus Salatin berdasarkan perintah sultan

walaupun menerima tugas tersebut dengan perasaan yang berat. Oleh yang demikian sejarah

yang dihasilkan mengandungi bermacam-macam unsure yang lebih bercorak saster sejarah.[11]

Sekiranya kita merujuk sumber tersebut menggunakan berkemungkinan besar kita mendapat

sumber palsu yang ditokok tambah oleh penulis berlandaskan kehendak pemerintah masa itu.

Oleh sebab itu, sesuatu sumber itu perlu dikaji kesahihannya terlebih dahulu sebelum diguna

pakai.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI SEJARAH

UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN SUMBER

Kesahihan atau sahih? Perkara ini adalah penting bagi sejarawan kerana sebelum sumber sejarah

itu diterima umum mereka hendaklah membuktikan kesahihanya. Memastikan kesahihan sesuatu

sumber penting untuk mendapatkan sesuatu sumber yang asli, yulen dan fakta yang betul.

Sesebuah penulisan sejarah oleh sejarawan hendaklah menggunakan sumber dan fakta serta

melahirkan pandangan kritis. Sejarawan yang tidak mematuhi syarat itu dan mereka tidak

mengkritik sumber itu dengan kritis, maka sejarawan tersebut belum lagi dikira sebagai

sejarawan. Sumber yang telah diuji kebenaran atau kesahihannya barulah dikira sebaga sejarah

berbeza dengan dengan penulisan sastera yang kreatif. Sekiranya sesuatu sumber itu diterima
secara bulat-bulat maka masyarakat tidak akan dapat menerima hakikat sesuatu peristiwa sejarah

yang telah berlaku itu sama ada benar ataupun tidak sebagaimana yang berlaku pada karya

“Sejarah Melayu”.[12] Antara langkah yang perlu diambil oleh ahli sejarawan adalah

menggunakan dua langkah iaitu iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dengan merujuk

kepada kritikan luaran ianya memerlukan kepakaran luar daripada bidang ahli sejarah seperti

kepakaran ahli kimia dan ahli bahasa. Kritikan luaran yang diambil ialah dengan menjalankan

ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan melalui bahan-bahan yang digunakan dalam

sumber tersebut. Manakala dalam kritikan dalaman pula adalah perlu bagi sejarawan memastikan

kandungan itu benar, rasional dan logik. Langkah kedua adalah penafsiran sumber berlandaskan

lunas-lunas kerasionalan, memastikan latar belakang saksi kemudian harus bijak menangani

masalah kewujudan bukti yang terang-terangan bercanggah dan langkah yang terakhir adalah

memastikan situasi seseorang yang menyampaikan bukti.

KRITIKAN LUARAN

Melalui kritikan luaran yang hendak dilakukan ialah keatas sifat fizikal sumber tersebut.

Langkah yang pertama adalah menjalankan ujian kimia bagi menentukan umur sebenar sesebuah

dokumen atau sumber yang diperolehi. Ujian ini hendaklah dilakukan oleh pakar kimia kerana

hal ini diluar bidang kuasa sejarawan dan sumber tersebut akan dihantarkan ke makmal kimia

terlebih dahulu. Dalam proses ini, ujian yang dijalankan ialah memerhatikan keadaan

kertas,dakwat dan cop yang digunakan mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh ialah kertas

yang digunakan tidak sama mengikut jenis yang berlain mengikut peredaran zaman. Pada

pandangan mata kasar, kertas masa kini dengan masa dahulu sama saja tetapi dengan

menjalankan ujian kimia kita dapat mengetahui umur kertas yang digunakan. Kaedah ini penting
kerana seperti yang kita sedia maklum dakwat yang digunakan iaitu dakwat masa kini berlainan

dengan masa lampau kerana proses dan bahan pembuatan yang berlainan.

Langkah yang perlu diambil oleh sejarawan lagi ialah dengan menjalankan ujian bahasa terhadap

sumber tersebut. Ujian bahasa ini perlu dilakukan kerana setiap gaya bahasa sentiasa berubah

dari sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda baca dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah

G.J. Garraghan mengatakan bahawa gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh pada abab

pertama tidaklah sama dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad yang ke-9. Keadaan ini juga

sama dalam bahasa Melayu kerana pada waktu dahulu terdapat abjab rumi yang menpunyai

tanda dan bunyi yang berbeza tetapi pada masa ini sudah tidak terdapat abjab yang bertanda.

Selain itu juga kita dapat melihat karya “Sulalatus Salatin” melalui penggunaa ayat-ayat dalam

bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat dahulu berbeza dengan masa kini. Jadi, untuk

menjalankan ujian ini, sejarawan memerlukan kerjasama ahli fisologi untuk menentukan atau

menilaikan gaya dan bahasa daripada teks atau sumber yang digunakan.[13] Apabila kita

menggunakan orang yang pakar dalam bidang ini, kesahihan atau keasliaan yang digunakan

dalam bahasa dapat diketahui. Rasionalnya adalah supaya dapat ditentukan sesuatu sumber itu

sama ada palsu ataupun tidak.

Selain daripada menguji bahasa yang digunakan, ahli sejarawan juga akan menjalankan ujian

keatas tulisan tangan yang digunakan. Kebayakkan sumber atau teks yang ditulis dengan tulisan

tangan kerana pada waktu tersebut tidak lagi mempunyai mesin taip atau komputer. Hal ini

hanya akan dilakukan keatas sumber atau teks yang ditulis tangan bukannya yang ditaip atau

dicetak. Garraghan mengatakan bahawa “tulisan tangan adalah mempunyai satu ciri yang

tersendiri” kerana setiap tulisan tangan penulis sumber atau teks tersebut berbeza-beza dengan
tulisan tangan orang lain. Pemalsuan tulisan tangan telah berlaku pada masa kini iaitu kes

pemalsuan Buku Harian Hitler oleh seseorang yang mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kes

pemalsuan Buku Harian Hitler ini dapat dibongkarkan apabila ada ahli sejarah yang sangsi

terhadap buku tersebut dan meminta ahli paleografi membandingkan tulisan tersebut. Apabila

ujian dijalankan dengan membandingkan tulisan di dalam dokumen lain yang ditulis Hitler

sendiri didapati tulisan di dalam buku tersebut berbeza dengan tulisan tersebut. Akhirnya kajian

semula itu telah membongkar pemalsuan buku tersebut yang pada mulanya menggegarkan

masyarakat dunia. Ujian ini juga memerlukan kepakaran dari luar bidang sejarah dan ini

memerlukan kerjasama daripada ahli paleografi kerana mereka pakar dalam bidang ini.

Walau bagaimanapun, sejarawan juga perlu menguji bahan-bahan yang digunakan dalam

mencatat sumber tersebut melalui orang-orang yang pakar dalam bidang ini. Ujian ini amat

mudah dilakukan kerana sebarang pemalsuan akan dapat dikesan oleh para pengkaji jika bahan

yang digunakan tidak wujud ketika dokumen atau sumber tersebut dihasilkan. Seperti yang kita

sedia maklum, kertas wujud pada tahun 1150 T.M, jika terdapat sumber atau dokumen yang

ditulis sebelum tahun 1150 T.M maka sumber atau dokumen tersebut adalah palsu. Ketika itu,

kebanyakkan sumber atau dokumen ditulis hanya pada kulit kambing sebagai pengganti kepada

kertas. Sebagai contoh pemalsuan yang dilakukan ialah pemalsuan Buku Harian Hitler

terbongkar apabila benang-benang yang digunakan untuk menjilid buku tersebut hanya wujud

selepas kematian Hitler. Ini menunjukkan buku tersebut diwujudkan selepas kematiannya

menyebabkan sama sekali buku itu adalah bukan buku harian yang ditulis oleh Hitler sendiri.

KRITIKAN DALAMAN
Kritikan dalaman juga penting di dalam kajian sesuatu sumber sejarah untuk menentukan

kebenarnnya dan kerasionalannya tentang sesuatu isi kandungan sesuatu sumber sejarah tersebut.

Walaupun dikatakan sumber itu mungkin asli dari segi kritikan luaran, tetapi jika kandungannya

tidak munasabah maka sumber itu tidak wajar dijadikan sumber rujukan sejarah.[14] Kritikan

dalaman dilakukan oleh ahli sejarawan sendiri tanpa memerlukan kerjasama daripada ahli bidang

lain tidak seperti kritikan luaran. Kritikan dalaman merangkumi banyak aspek seperti aspek

kandungan itu benar atau tidak, kerasionalan, logik dan banyak lagi.

Ahli sejarah akan melakukan kritikan dalaman dengan membuat penafsiran sumber berlandaskan

lunas-lunas kerasionalan. Setiap tindakan yang dikaji itu boleh ditafsir secara rasional dengan

keterangan yang diberikan oleh si pelaku atau saksi. Hal ini bagi memastikan sesuatu sumber

yang diterima itu bebas daripada unsur-unsur mitos, lagenda atau ghaib. Keadaan yang cuba

dielakkan ialah wujudnya unsure sastera seperti teks pada masa dahulu banyak mengandungi

mitos, lagenda dan ghaib bagi mengangkat martabat seseorang tokoh atau menyedapkan jalan

cerita. Jadi, ahli sejarawan perlulah mengkaji setiap peristiwa itu dengan fikiran yang rasional

supaya fakta yang diterima tidak palsu atau rekaan semata-mata. Jadi, ahli sejarawan berhak

menolak sebarang sumber yang dipercayai menyelitkan unsur-unsur tersebut yang sekaligus

melanggar peraturan lunas-lunas kerasionalan pemikiran. Sebagai contohnya ialah Thucydides

ketika menulis karyanya tentang Perang Poloponessia telah menolak cerita-cerita yang

berunsurkan mitos misalnya yang menyatakan wabak penyakit pes yang menyerang negeri

Athens adalah berpunca daripada tindakan tuhan semata-mata.[15]

Di samping itu juga, sejarawan juga perlu memastikan terlebih dahulu tentang latar belakang

saksi. Hal ini kerana Gottschalk sendiri menyatakan bahawa wujudnya “saksi-saksi yang
berkepentingan” seperti pegawai-pegawai dari sesebuah jabatan kerajaan ataupun sesebuah parti

politik atau badan agama dan sebagainya yang cuba mempengaruhi sejarawan.[16] Ahli sejarah

perlu berhati-hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tersebut kerana

kecenderungan mereka untuk mempertahankan pihak yang diwakili mereka. Perkara sebegini

perlu dperiksa dengan teliti oleh ahli sejarah sebelum mengambil sebarang fakta atau sumber

dalam penulisan mereka supaya tidak berlaku kekeliruan kepada generai akan datang. Contoh

yang paling jelas adalah rusuhan kaum di Bandar Salem pada tahun 1882 yang mempunyai

saksi-saksi yang berkepentingan seperti yang dikatakan oleh Gottschalk. Saksi ini telah

memberikan keterangan di mahkamah dan telah menyalahkan pihak lawan mereka kerana

bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku, selepas tamatnya perbicaraan tersebut, didapati

beberapa orang saksi telah didapati bersalah kerana memberi keterangan palsu dan akhirnya

dipenjarakan. Jika keterangan palsu oleh saksi tersebut tidak bongkar dan jika ahli sejarah tidak

memastikan terlebih dahulu latar belakang saksi maka penulisan sejarah adalah palsu dan

memberi kesan negatif kepada pihak yang benar .

Selain daripada itu, ahli sejarah juga perlu bijak dalam menanggani masalah kewujudan bukti

yang terang-terangan bercanggah dengan apa yang diketahui. Melalui situasi begini, maka ahli

sejarah perlu bijak membuat keputusan tentang bukti yang harus diterima dan bukti mana yang

harus ditolak. Selain itu, ahli sejarah bukan sahaja perlu memilih bukti yang diterima atau ditolak

tetapi harus mencari jalan tengah diantara bukti yang bercanggah ataupun menggantungkan

keputusannya. Walau bagaimanapun,terdapat ahli sejarah yang mempunyai pendirian yang

berbeza tentang perkara ini iaitu Voltaire menyatakan ahli sejarah harus menggantungkan

pengadilan sekiranya wujudnya bukti yang bercanggah manakala Marc Bloch menyatakan ahli

sejarah perlu membuat keputusan bukti yang diterima atau ditolak berdasarkan ketetapan fakta
yang sedia ada. Biasanya ahli sejarah akan menolak bukti yang bercanggah dengan fakta yang

sedia ada tetapi jika terdapat bukti yang baru diketahui itu benar-benar sahih barulah ahli sejarah

akan membuat keputusan untuk menerima bukti berkenaan.

Akan tetapi, ahli sejarah juga perlu melihat situasi seseorang saksi menyampaikan bukti iaitu

penyediaan bukti-bukti kadang-kadang berlaku dalam keadaan yang agak luar biasa. Luar biasa

bermaksud penyediaan bukti biasanya dalam jangka masa yang panjang, nama saksi tidak

didedahkan oleh sebab-sebab tertentu, pengakuan orang dalam tahanan dan lain-lain lagi.

Terdapat kesangsian tentang bukti-bukti yang disampaikan oleh saksi kerana sesuatu peristiwa

yang ingin disamapaikan telah lama berlaku. Kesangsian tentang bukti ini juga berpunca

daripada keupayaan saksi-saksi untuk memaparkan dengan jujur peristiwa-peristiwa yang sudah

lama berlalu itu dan ahli sejarah perlulah bijak mengesan kejujuran dan kelayakan saksi itu. Kita

boleh mengambil contoh daripada pengakuan yang dibuat oleh orang-orang dalam tahanan

kerana boleh menimbulkan keraguan sama ada pengakuan tersebut diperolehi secara sukarela

atau paksaan kerana tentu sukar bagi seseorang itu untuk mendedahkan kesalahan yang

dilakukannya sendiri. Hal ini menunjukkan ahli sejarah tidak boleh menerima bulat-bulat apa

yang disampaikan oleh saksi-saksi sesuatu peristiwa tetapa ahli sejarah hendaklah menilai atau

mengkaji terlebih dahulu keterangan tersebut supaya keterangan yang dibuat bukanlah palsu.

KESIMPULAN

Kesimpulannya di sini, ahli sejarah atau sejarawan adalah wajib menjalankan ujian atau

mengalisis terlebih dahulu sumber diperlukan bagi membuat sesuatu penulisan sejarah. Dari isi

yang saya nyatakan dalam tugasan ini, sumber-sumber sejarah yang diperolehi hendaklah diuji

terlebih dahulu bagi menentukan kesahihan atau keaslian sumbernya. Kenapa? tujuannya ialah
supaya penulisan itu tidak mengandungi unsur palsu yang menyebabkan sejarawan pada masa

hadapan mengulangi masalah yang sama. Kesannya sejarawan pada masa akan datang dianggap

menulis sejarah kerana kewangan semata-mata bukannya kerana sifat sejarawan itu sendiri. Oleh

yang demikia sejarawan hendaklah membuat kajian atau analisis terperinci yang merangkumi

pelbagai aspek kritikan iaitu kritikan luaran dan dalaman. Akhir sekali dalam tugasan ini, sekali

lagi saya menegaskan di sini bahawa sejarawa perlu melalui langkah-langkah tertentu untuk

memastikan sesuatu sumber itu sahih. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk

memastikan sumber itu sahih dan diterima umum.

[1] Muhamad Yusuf Ibrahim, Pengertian Sejarah hlm. 64-65.

[2] Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah hlm. 7-8.

[3] Abdul Rahman Haji Ismail hlm. 9.

[4] Ibid.

[5] R. Suntharalingam hlm. 72.

[6] Muhd Yusuf Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan hlm. 280

[7] Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah Sejarah, hlm. 8-10.

[8] Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah hlm. 96

[9] R. Suntharalingam, hlm. 23

[10] Muhamad Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah hlm. 106

[11] Ibid.

[12] E.H.Carr, What is History?, hlm. 56

[13] R. Suntharalingam, hlm 89.


[14] E.H.Carr, What is History?, hlm 64.

[15] Muhamad Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan hlm.56

[16] Muhd Yusof Ibrahim , Sejarawan dan Pensejarahan hlm 287

You might also like