You are on page 1of 12

KONSEP KRITIKAN DALAM

SEJARAH
KRITIKAN SUMBER

MAKNA SUMBER
▪ Menurut Muhd Yusof Ibrahim, sumber ialah “ suatu yang boleh
menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. “
▪ Sumber juga boleh diertikan seperti bahan-bahan tinggalan sejarah
misalnya dokumen, artifak, jurnal, buku catatan peribadi dan
sebagainya yang tersimpan di muzium, arkib, perpustakaan serta
pejabat khas.
▪ Kritikan sumber didefinisikan sebagai proses pentafsiran sesuatu
ujian untuk mendapatkan kesahihan.
JENIS SUMBER

SUMBER PRIMER SUMBER SEKUNDER

 Bahan-bahan asli atau tulen seperti  Bahan penulisan tentang sesuatu


dokumen, surat (rasmi atau tidak rasmi), peristiwa atau biografi tentang tokoh-
laporan, buku harian, dan sebagainya tokoh tertentu yang diterbitkan oleh
yang belum ditafsir atau diperlengkap seorang penulis atau sesebuah organisasi
lagi. berdasarkan kajian terhadap sumber
primer.
KRITIKAN LUARAN

▪ Merujuk kepada usaha para ahli KAEDAH


sejarah dalam memastikan UJIAN KIMIA
sumber yang diperoleh adalah UJIAN BAHASA
tulen, asli dan sahih dari segi UJIAN TULISAN TANGAN
fizikal dan luaran sesuatu UJIAN BAHAN-BAHAN
sumber sahaja.
▪ Terdapat empat kaedah dalam
menentukan kesahihan sesuatu
dokumen atau sumber:
UJIAN KIMIA

▪ Proses ini melibatkan pemerhatian kepada tiga aspek utama sumber iaitu
pemerhatian kepada kertas yang digunakan, cop dan dakwat.
▪ Proses kimia ini secara tidak langsung dapat menentukan umur sesuatu
sumber sejarah yang diperoleh.
▪ Contohnya, dapat dilihat menerusi kertas kerana kertas yang digunakan
tidak sama jenis mengikut perbezaan zaman.
▪ Ujian ini telah dapat membuktikan bahawa terdapat pemalsuan dalam
dokumen di Eropah yang dikenali sebagai Donation of Constantine.
UJIAN BAHASA

▪ Ujian ini dilakukan kerana bahasa di dunia sentiasa berubah dan bersifat
dinamik.
▪ Ujian bahasa sangat penting kerana terdapat perubahan yang ketara dari
aspek nahu, struktur ayat, ejaan, istilah dan tanda baca.
▪ Keadaan ini dilihat dalam perbezaan bahasa Melayu zaman dahulu dengan
bahasa Melayu zaman kini.
▪ Dahulu terdapat abjad rumi yang menggunakan tanda dan bunyi berbeza
dengan zaman kini yang menggunakan perkataan.
▪ Contohnya, dalam karya “sulatus Salatin” terdapat perkataan yang
digunakan oleh masyarakat dahulu seperti hatta, arakian dan seraya.
UJIAN TULISAN TANGAN

▪ Kaedah ini sangat penting kerana kebanyakan sumber atau teks pada
zaman dahulu adalah ditulis menggunakan tulisan tangan.
▪ Garragham menyatakan bahawa tulisan tangan mempunyai satu ciri yang
tersendiri. Hal ini bermakna setiap tulisan tangan yang ditulis oleh penulis
berbeza dengan penulis lain.
▪ Contohnya Buku Harian Hitler. Buku tersebut telah dipalsukan apabila
terdapat segelintir ahli sejarah yang sangsi terhadap buku itu telah
meminta ahli paleografi untuk melakukan ujian tulisan tangan ke atas
buku tersebut.
UJIAN BAHAN-BAHAN

▪ Ujian ini dilakukan dengan mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam


sesuatu sumber seperti cap, kertas, dakwat dan benang yang digunakan
untuk menjilid sesuatu sumber.
▪ Sebelum kewujudan kertas, masyarakat pada zaman dahulu menggunakan
kulit binatang sebagai alas untuk menulis sesuatu dokumen atau perkara
penting.
▪ Contohnya kertas wujud pada tahun 1150 T.M. Oleh itu, jika sesuatu
sumber dikatakan telah ditulis pada kertas sebelum tahun 1150 T.M. maka
sumber tersebut adalah palsu.
KRITIKAN DALAMAN

▪ Bertujuan untuk menentukan kebenaran dan kerasionalan tentang sesuatu isi


kandungan sesuatu sumber.
▪ Isi kandungan yang mencurigakan dalam sesuatu sumber tidak wajar dijadikan
sumber sejarah walaupun sumber tersebut telah disahkan dari aspek kritikan
luaran.
▪ Dilaksanakan oleh ahli sejarah tanpa bantuan pihak luar.
▪ Antara aspek yang dikaji ialah aspek kandungan tersebut sama ada benar atau
tidak, logik dan kerasionalannya.
▪ Ahli sejarah perlu menolak sebarang sumber yang mempunyai mitos kerana
terdapat keraguan dalam sumber tersebut. Hanya sumber yang mempunyai
fakta yang kukuh sahaja dapat diterima.
PENTAFSIRAN SEJARAH

▪ Suatu konsep pensejarahan yang digunakan untuk mengkaji sesuatu


kebenaran tentang peristiwa yang berlaku yang terdiri daripada fakta-fakta
sejarah yang benar dan tepat.
▪ Leopard Von Ranke menyatakan bahawa sejarah mesti ditafsir secara sahih
dari segi kebenaran sumber sejarah tersebut.
▪ Menurut R. Fraenkel & Norman E. Wallen, kajian sejarah adalah kajian yang
secara menyeluruh dan memberi tumpuan kepada peristiwa yang berlaku
pada masa lalu.
▪ Donald Ary menyatakan bahawa sejarawan membuat pentafsiran sejarah
untuk membuat satu kesimpulan fakta yang paling tepat dan membuat
kesimpulan terhadap peristiwa yang telah berlalu secara sistematik.
KAEDAH PENTAFSIRAN SEJARAH

TAFSIRAN • Dijalankan dengan cara ahli sejarah memberi perhatian kepada perkataan-perkataan
VERBAL yang terdapat dalam sesuatu dokumen secara individu atau berkumpulan.
• Memberi perhatian kepada empat aspek penilaian iaitu bahasa, perbendaharaan kata,
tatabahasa dan terjemahan.

TAFSIRAN • Menjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejarah dan mengesan sebarang
TEKNIKAL maklumat melalui pembacaan spesifik yang digunakan.
• Berasaskan kepada dua pertimbangan iaitu tujuan penulisan dan bentuk pembacaan
yang tepat.
• Kedua-dua pertimbangan dapat membezakan antara sumber tersebut hanya
memberi maklumat sahaja atau telah ditokok tambah .
TAFSIRAN LOGIKAL • Proses untuk menyambung pelbagai bahan sumber mengikut kaedah
yang sistematik dan betul.
• Memberikan satu peristiwa yang berentetan dalam pemikiran
sejarawan, sebelum atau sesudah sama ada secara terus atau tidak
terhadap sesuatu peristiwa.

TAFSIRAN • Proses membaca sumber dan dokumen mengikut sudut pandangan ahli
PSIKOLOGIKAL sejarah. Ahli sejarah boleh mengesan pengaruh pemikiran dan fizikal
berdasarkan kerja-kerja penulis terhadap kerja yang dihasilkannya.
• Proses ini kebiasaannya berkait dengan idea dan emosi seseorang
sejarawan. Hal ini kerana ahli sejarah tidak terikat dengan prosedur
pencarian dan penggunaan sumber yang cukup serta benar.

TAFSIRAN FAKTA • Untuk memahami makna sumber dengan mengaplikasikan satu atau
lebih daripada kaedah pentafsiran fakta yang lain.
• Ahli sejarah dapat menentukan secara terus makna atau signifikan data
yang terdapat dalam sumber.
• Ahli sejarah bukan hanya merujuk kepada fakta tetapi mereka berusaha
menterjemahkan fakta secara tepat.

You might also like