You are on page 1of 9

TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

TINGKATAN 1

BAB 1
MENGENALI
SEJARAH

Teacher Yi Wei

1|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

Bab 1: Mengenali Sejarah


1.1 Pengertian Sejarah

1. Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Ia berlaku dalam kehidupan sesebuah
masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarahwan.

2. Sejarahwan merupakan ahli sejarah yang menyelidikan rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan
kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau makalah.
Apakah Sejarah ?

Bahasa Melayu Kamus Dewan Bahasa Inggeris


• Istilah sejarah berasal • Asal unsur (keturunan), salasilah. • History bererti cerita
daripada perkataan • Peristiwa yang benar-benar tentang seseorang.
Arab, “syajaratun” berlaku pada waktu yang • Perkataan ini berasal
(bererti pokok). lampau, kisah, riwayat dan daripada bahasa Yunani,
• Sejarah juga dikaitan tambo. historia yang bererti
dengan salasilah, • Kajian atau pengetahuan tentang penyelidikan.
riwayat, keturunan peristiwa-peristiwa yang telah
dan asal usul. lalu.

1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarahwan

1. Herodotus

(i) Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya
sesuatu peristiwa.
(ii) Sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia yang bermaksud "penyelidikan
atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman".
(iii) Karyanya yang terkenal ialah Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War).
(iv) Karyanya ditulis berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar berlaku.

2. E. H. Carr

(i) Suatu proces interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak
berkesudahan antara masa kina dengan masa lampau.
(ii) Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis
oleh sejarahwan.
(iii) Karyanya yang terkenal ialah What is history?

3. Ibn Khaldun

(i) Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-
perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
(ii) Karyanya yang terkenal ialah Muqaddinah yang mengandungi enam bab.
(iii) Menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif hingga kehidupan
di bandar.

2|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

4. Khoo Kay Kim

(i) Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih
memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama
tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
(ii) Antara sejarahwan tempatan tersohor yang mengkaji sejarah Malaysia.

5. Muhd Yusof Ibrahim

(i) Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu
peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
(ii) Sejarawan tempatan yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah.
(iii) Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Sejarahwan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan
Transformasi.

1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah

1. Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku. Ia dikaji berdasarkan urutan
masa yang dinamakan kronologi.

2. Kronologi juga merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut satu
garisan lurus. Ruang masa ini dapat dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun),
dan alaf (1000 tahun).

3. Konsep masa juga boleh diukur mengikut zaman, seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi
(M). Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.

4. Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka
kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial. Hal ini bagi memudahkan sejarawan
melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah.

5. Ruang masa dibahagikan kepada beberapa tempoh masa. Contohnya, era Kesultanan Melayu
Melaka, kemunculan kuasa-kuasa luar dan kemerdekaan negara.

6. Berdasarkan masa silam dan ruang dalam sejarah yang luas, sejarawan telah mengkhususkan
bidang kajian mereka berdasarkan tema tertentu seperti politik, ekonomi, sosial. Hal ini
menambahkan kepelbegaian dalam pengkajian dan penulisan sejarah.

3|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

1.4 Sumber Sejarah

1. Sumber sejarah amat penting dalam penyelidikan dan penulisan sejarah.

2. Sumber primer perlu dikaji untuk mencari maklumat dan bukti sahih tentang suatu peristiwa.
Sumber sekunder pula membantu untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan dapatan
penyelidikan sejarah yang telah diterbitkan.

3. Sejarawan dan ahli arkeologi mestilah berusaha mendapatkan sumber, mengkaji dan
menganalisisnya. Hal ini boleh membantu untuk mendapatkan maklumat dan fakta bagi
membolehkannya membuat tafsiran dan penulisan terhadap sesuatu peristiwa.

Sumber Sejarah

Sumber primer Sumber sekunder

-Sumber ini belum diolah atau diterbitkan -Bahan yang telah diolah dan diterbitkan

-Bersifat asli -Bahan tersebar kepada umum

-Belum ditafsir

Contohnya, Contohnya,

-Fosil, Artifak, Bukan artifak, Batu bersurat, -Buku, Akhbar, Majalah, Jurnal, Ensiklopedia,

Keterangan lisan, Dokumen rasmi, Manuskrip, Risalah

Fail rasmi jabatan, Surat peribadi, Diari

Artifak
1. Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perubatan, pertanian dan
perdagangan. Peralatan ini diperbuat daripada batu, kaca dan logam.

2. Penemuan artifak loceng gangsa di Kampung Pencu, Muar, Johor boleh dijadikan sumber untuk
melihat hubungan perdagangan dengan kerajann Funan. Loceng ini dihasilkan sekitar 150 tahun
Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasan kuasa kerajaan Funan.

Bukan Artifak
1. Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di
bawah tanah dan di atas permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan.

2. Penemuan candi Lembah Bujang boleh dijadikan sumber kajian bagi menunjukkan adanya
pengaruh Hindu dan Buddha serta hubungan perdagangan antara India dengan Kedah.

4|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

Ensiklopedia
1. Ensiklopedia merupakan satu daripada sumber sekunder. Bahan yang terkandung dalam
ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.

2. Contohnya, The Encyclodedia of Malaysia yang mengandungi beberapa tema seperti, sejarah
awal, sejarah moden awal, arkitektur, laut dan tumbuh-tumbuhan.

1.5 Penyelidikan dalam Sejarah

A. Kaedah Bertulis

1. Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang
dipahat atau ditulis.

2. Di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, bertulis pada kulit kayu,
gading dan daun lontar. Kaedah bertulis juga boleh dilihat pada catatan harian seseorang, fail
kerajaan dan catatan pengembaraan.

3. Daun lontar digunakan untuk mencatatkan maklumat yang menjadi bahan penulisan dalam
masyarakat tradisional Asia Tenggara. Sumber catatan ini boleh membantu kita mengetahui sejarah
masa lalu dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, keagamaan dan perubatan.

4. Kaedah bertulis juga membantu kita untuk menyelidiki sejarah negara melalui penyelidikan
terhadap prasasti atau batu bersurat.

5. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi menceritakan
perihal hukum Islam. Hal ini menjadi bukti bahawa agama Islam sudah bertapak di negara kita lebih
awal dari tarikh ini.

6. Contoh kajian dokumen melalui kaedah bertulis ialah Perjanjian Pangkor 1874. Antara kandungan
perjanjian ini termaksulah “Sultan hendaklah menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang
sesuai untuk seorang Pegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana
Baginda, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang
menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu”.

Proses Kaedah Bertulis


1. Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau insitusi.
• Contohnya, jika kita ingin membuat kajian tentang sejarah negara kita, sumber bertulis boleh
didapati di negara kita, di Portugal dan di Belanda. Sumber bertulis ini juga terdapat dalam
bahasa lain seperti Cina, Sanskrit dan Inggeris.

2. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut.

5|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

• Penyelidik perlu ke tempat simpanan sumber seperti muzium, arkib atau perpustakaan,
Kadangkala sejarawan akan mentafsir maklumat ini dengan bantuan ahli paleografi dan
epigrafi.

3. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh.


• Bahan atau sumber rujukan yang telah didapati harus dikumpulkan di suatu tempat. Sumber
hendakalah dicatat dan disimpan bagi memudahkan penyelidik membuat rujukan semua kelak.

4. Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta
peralatan srkeologi).
• Penggunaan peralatan seperti komputer bagi menganalisis data dan sumber, menyunting
penulisan, di samping menyusun bibliografi dan statistik.

5. Menganalisis.
• Keupayaan menganalisis dan memberikan perspektif baharu terhadap sesuatu peristiwa sejarah
sangatlah dihargai apabila sejarawan berupaya mengupas dan menjelaskan pertentangan yang
wujud pada kajian lepas terhadap peristiwa yang sama. Dapatan seseorang sejarahwan perlu
disebarkan bagi memperkukuh teori, pemahaman dan penghayatan terhadap sesuatu peristiwa.

B. Kaedah Lisan

1. Kaedah lisan merupakan proses mendapatakan maklumat melalui temu bual.

2. Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber. Orang sumber biasanya
terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri.
Apabila kita menghargai orang sumber bererti kita menghargai sejarah lisan negara kita.

Tiga tahap dalam kaedah lisan


1. Tahap Pertama : Persediaan
• Menentukan tokoh.
• Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual.
• Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah.

2. Tahap Kedua : Rakaman temu bual


• Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji
terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu.
• Menyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan manghargai tujuan pengkajian.

3. Tahap Ketiga : Memproses rakaman

• Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman.


• Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis.
• Menyimpan rakaman dengan baik.

6|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

C. Kaedah Arkeologi

1. Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat
sejarah daripada bahan tinggalan sejarah.

2. Antara bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi
termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.

Arkeologi Bawah Air


1. Arkeologi di bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar
laut, sungai atau tasik.

2. Banyak kapal dagang yang melalui laluan laut di negara ini telah tenggelam. Kini segala khazanah warisan
kapal karam ini perlu dikaji dan direkod. Kes kerosakan, kecurian dan penjualan artifak kapal karam
merupakan isu dunia yang dibincangkan di UNESCO.

3. Di Malaysia, arkeologi bawah air merupakan bidang kajian baharu dan semakin mendapat perhatian. Jabatan
Warisan Negara dan beberapa buah Universiti Malaysia Sabah berperanan terhadap pembangunan bidang
arkeologi bawah air.

4. Kaedah arkeologi di bawah air hampir sama seperti di daratan, bezanya kaedah ini menggunakan
peralatan khusus bawah air yang biasanya dikendalikan oleh pakar menggunakan teknologi dari
luar negara kerana melibatkan kos yang tinggi.

5. Menurut Akta Warisan Kebangsaan 2005, warisan kebudayaan di bawah air ditakrifkan sebagai
kesan kewujudan manusia yang mempunyai ciri kebudayaan bersifat sejarah atau arkeologi yang
sebagiannya atau keseluruhannya di bawah air sekurang-kurangnyaseratus tahun. Contohnya, tapak,
struktur bangunan, artifak, pesawat udara dan objek bersifat prasejarah.

1.6 Tafsiran dalam Sejarah

A. Apakah tafsiran dalam sejarah?

1. Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan
sumber-sumber yang berkaitan dengannya.

B. Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah?

1. Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan.

2. Perbezaan wujud disebabkan pemilihan sumber yang pelbagai, perbezaan pandangan, perbezaan
ideologi dan tujuan penulisan.

3. Walau bagaimanapun, pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama
seseorang sejarawan.

7|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

C. Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?

1. Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang
mempunyai bukti yang kukuh.

2. Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.

3. Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan
menggunakan pelbagai sumber sejarah.

D. Apakah contoh tafsiran dalam sejarah?

1. Bagaimankah kita mentafsi peristiwa penentangan Haji Mat Hasan bin Munas atau lebih dikenali
sebagai Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan?

2. Pengkaji tempatan melihat faktor kebangkitan beliau disebabkan oleh penentangan peraturan cukai
tanah dan hasil hutan yang diperkenalkan oleh pihak British dan membebankan orang ramai. Bagi
pengkaji Barat, kebangkitan Tok Janggut ini dianggap sebagai pemberontakan.

1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah

1. Sejarah mampu memberikan kefahaman tentang masayarakat, negara dan dunia kepada kita.

2. Melalui penyelidikan, penerokan bukti dan empati pada peristiwa sejarah, unsur perpaduan dan
semangat kebangsaan akan menjelma dalam diri kita.

3. Iktibar daripada peristiwa lalu akan mendorong kita untuk bertindak dengan lebih berhati-hati pasa
masa depan.

4. Mengenal asal unsur: Kita akan mengenal asal unsur keluarga dan negara kita. Kita dapat
memahami adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita.

5. Mengambil iktibar: Sejarah membawa pengajaran dan iktibar daripada peristiwa lalu. Mereka
yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan akan mengulangi kesilapan masa lalu.

6. Memupuk patriotisme: Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara untuk dihayati oleh
generasi akan datang. Hal ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dan menaikkan semangan
patriotik.

7. Mengukuhkan perpaduan: Pengetahuan sejarah amat penting kepada generasi kini dalam
meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum di negara kita. Sejarah juga mampu
menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam menjaga dan meneruskan adat resam dan
tradisi kita.

8|Page
TINGKATAN 1 BAB 1 MENGENALI SEJARAH

8. Membangunkan negara dan bangsa: Kita dapat mengekalkan kegemilangan yang dicapai oelh
negara. Kita juga lebih memahami budaya dahulu dan budaya kini untuk dijadikan perbandingan
bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang.

9. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah: Pemikiran kritis dan analitis dapat


ditingkatkan. Kita dapat membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa. Sejarah juga akan
mendorong seseorang memahami peristiwa sejarah secara lebih empati.

Nilai, Patriotisme dan Iktibar


1. Memahami sejarah dapat membentuk warganegara yang mempunyai jati diri dan keperibadian
yang mulia.

2. Semangat patriotik seseorang dapat dilihat daripada kepatuhan terhadap norma dan undang-undang
negara.

3. Sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kehidupan pada masa akan datang.

4. Lebih menyayangi diri dan keluarga melalui cara hidup yang baik.

5. Mengetahui sejarah dapat meningkatkan patriotisme, mengukuhkan perpaduan dan menjadikan


kita patuh kepada Rukun Negara.

9|Page

You might also like