You are on page 1of 4

SEJARAH BAB 1

1.1 Pengertian Sejarah


-Apakah maksud sejarah?
Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

-Terangkan peranan sejarawan dalam pengkajian sejarah.


Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan
memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku,monogram atau
makalah.

- Pengertian sejarah dalam aspek bahasa :


a) Bahasa Melayu -
-Berasal daripada perkataan Arab, “syajaratun” yang bererti pokok.
-Sejarah dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.

b) Kamus Dewan -
-Asal usul (keturunan), salasilah.
-Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat
dan tambo.
-Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu.

1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan


-Apakah pandangan sejarawan tentang pengertian sejarah?
a) Herodotus (barat)
-Penceritaan tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab
berlakunya sesuatu peristiwa.
-Karyanya terkenal "The Persian War"/ Sejarah Perang Parsi.

b) E.H.Carr (barat)
-Suatu proses interaksi berterusan ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu
dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.
-Karyanya terkenal "What is History".

c) Ibn Khaldun
-Sejarah membicarakan perkara tentang manusia, peradaban dunia dan perubahan-
perubahan yang berlaku sifat-sifat masyarakat itu.
-Karyanya Mugaddimah yang menceritakan kehidupan manusia bermula zaman
primitif hingga kehidupan di bandar.
d) Khoo Kay Kim
-Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah
mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping
menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua
bidang.

e) Muhd Yusof Ibrahim


-Sejarah ialah masa lalu itu sendiri.Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod
tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.

1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah


-Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku.Dikaji berdasarkan
urutan masa yang dinamakan kronologi.
-Kronologi merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut
urutan masa.

-Senaraikan ruang masa yang dibahagikan dalam sejarah.


Ruang masa dibahagikan :
a) Dekad ialah tempoh 10 tahun
b) Abad ialah tempoh 100 tahun
c) Alaf ialah tempoh 1000 tahun

-Takrifkan konsep masa diukur mengikut zaman.


Zaman terbahagi zaman Sebelum Masihi (SM) dan Mashi (M). Zaman Masihi
bermula dengan kelahiran Nabi Isa.

-Apakah tema yang menjadi unsur penting pengkajian sejarah?


Politik, Ekonomi dan Sosial

-Bagaimanakah temph masa dalam sejarah Malaysia?


Sejarah Malaysia ruang masa dibahagikan beberapa tempoh masa.Sebagai
contohnya, era Kesultanan Melayu Melaka, kemunculan kuasa luar dan
kemerdekaan negara.

1.4 Sumber Sejarah


-Apakah itu sumber sejarah?
Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah seperti artifak, fosil,
dokumen, manuskrip, sumber lisan dan sebagainya.
-Nyatakan ciri-ciri sumber primer dan sumber sekunder.
a) Sumber Primer
-Sumber primer belum diolah, bersifat asli, belum ditafsir dan belum diterbit.
b) Sumber Sekunder
-Sumber sekunder telah diolah, telah diterbit, tekah ditafsir dan bahan tersebar
kepada umum.

-Berikan contoh sumber primer dan sumber sekunder.


a) Sumber Primer
-fosil, artifak, bukan artifak, batu bersurat, keterangan lisan, dokumen rasmi,
manuskrip, fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari
b) Sumber Sekunder
-buku, akhbar, majalah, jurnal, enzsiklopedia, risalah

-Terangkan maksud artifak, bukan artifak dan ensiklopedia.


a) Artifak ialah peralatan ciptaan manusia digunakan untuk perburuan, pertanian
dan perdagangan.Peralatan ini diperbuat batu, kaca dan logam seperti artifak
loceng gangsa.
b) Bukan artifak ialah data arkeologi berkaitan budava manusia yang terdapat di bawah tanah dandi atas permukaan tanah seperti dinding gua, dinding kota dan struktur
binaan.Contohnya, Candi Lembah Bujang.
c) Ensiklopedia merupakan sumber sekunder yang diolah semula berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.Contohnya, The Encyclopedia of Malaysia.

-Apakah kelebihan meruiuk lebih daripada satu sumber?


a) Meluaskan dan menambah ilmu pengetahuan tentang sesuatu fakta.
b) Menajamkan fikiran dalam mengkaji sesuatu peristiwa sejarah.
c) Dapat berfikir secara terbuka dan kritis dalam kajian sejarah.
d) Kajian yang dijalankan mempunyai bukti yang kukuh.

-Apakah sumber yang dapat anda lihat di muzium negara dan arkib negara?
Batu bersurat, fosil, artifak dan manuskrip.

-Apakah nilai atau iktibar daripada penemuan sumber pertama?


a) Kegigihan memperoleh kejayaan
b) Tidak mudah berputus asa
c) Keberanian menghadapi cabaran
d) Semangat berusaha
e) Berfikiran kreatif dan kritis
f) Semangat ingin tahu
-Apakah kesan jika tiada sumber sejarah?
Jika tiada sumber sejarah, sejarawan tidak boleh membuat penyelidikan
sejarah.Peristiwa sejarah tidak dapat dibuktikan benar.Sejarawan tidak dapat
mencari maklumat dan tiada warisan dapat ditinggalkan.

-Apakah Kepentingan sumber sejarah dalam penyelidikan dan penulisan sejarah?


a) Generasi muda lebih menghargai sejarah.
b) Memastikan sejarah tidak dilupakan.
c) Dapat membukti kajian dengan betul.
d) Memahami kepentingan sejarah.

You might also like