You are on page 1of 28

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/308715138

Analisis artifak logam dan kepentingannya dalam kontaks penyelidikan


arkeologi

Chapter · January 2013

CITATIONS READS

0 1,265

1 author:

Adnan Jusoh
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
104 PUBLICATIONS   117 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Prehistoric burial practices in Malaysia View project

Fundamental Research Grant Scheme and RAGS View project

All content following this page was uploaded by Adnan Jusoh on 29 September 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Analisis Artifak Logam dan
Kepentingannya Dalam Kontaks
Penyel idi kan Arkeol og i

Adnan Jusoh*

Anaisis saintifik ke atas artifak mula diaplikasi ke dalam


bidang penyelidikan arkeologi seawal abad ke-18 Masihi
di Eropah. Peranan sains semakin meningkat sejak
1950-an setelah F.W. Libby memperkenalkan kaedah
pentarikhan C-14 dalam tahun 1949. Perkembangan
ini juga secara tidak langsung telah memberi ruang
kepada penyelidik arkeologi untuk membuat analisis
saintifik ke atas artifak logam yang ditemui di negara
ini. Analisis saintifik ke atas artifak logam dirintis oleh
W. linehan dalam tahun 1951 bertujuan untuk
mengenalpasti komposisi logam di dalam artifak
gendang (Kg. Batu Pasir Garam, Sungai Tembeling,
Pahang) dan loceng gangsa (Bukit Kuda, Klang,
Selangor). Semenjak itu, penggunaan sains di dalam
analisis artifak logam semakin meluas digunakan oleh
penyelidik arkeologi di negara ini. Antara kaedah analisis
yang selalu digunakan adalah kaedah 'Pendaflour Sinar-
X'atau X-ray Flourescence (XRF) Walau bagaimana-
pun masih ada beberapa kaedah lain yang digunakan
untuk tujuan analisis artifak logam di antaranya ialah
kaedah spektrometer penyerapan atom (AAS) aiau
elektron probe mikroanalisis (EPMA). Hasil analisis
saintifik ke atas artifak logam akan membolehkan kita
mengenalpasti unsur-unsur logam yang terdapat di
dalam setiap artifak logam, kadar nisbah atau peratus
komposisi logam di dalam setiap artifak logam, takat

Dr. Adnan Jusoh ialah Ketua Jabatan Sejarah, Jabatan Sejarah,


Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan ldris,
Tanjung Malim, Perak.

-43-
lebur, mengesan kandungan bendasinE dan
sebagainya. Elemen-elemen ini sangat penting bukan
hanya sekadar untuk mendapatkan data atau rekod
artifak logam sahaja, bahkan ia sangat diperlukan dalam
kerja-kerja pemuliharaan dan rawatan bagi tujuan
memanjangkan lagi jangkahayat setiap artifak logam
berkenaan.

Pendahuluan

Penyelidikan arkeologi dikatakan sangat intim


dengan sampel kajian yang juga dikenali sebagai
'artifak, ekofak dan feature'. Sungguhpun penyelidikan
ke atas sampel artifak seringkali disalahertikan oleh
kebanyakan masyarakat awam sebagai mendekati
barang-barang lama atau khazanah purba dan tidak
mempunyai motif yang jelas, tidak bermakna situasi ini
rnenuntut kita supaya kembali ke zaman kuno. Kepada
ahli-ahli arkeologi, artifak itu seumpama chlps yang di
dalamnya mengandungi pelbagai data atau maklumat.
Artifak mampu membekalkan pelbagai informasi
berkaitan dengan masa lampau manusia khususnya
Zaman Prase.iarah yang berLrsia ribuan tahun. Tanpa
melakukan sebarang penyelidikan ataupun analisis yang
bersifat saintifik dan bersistematik, data-data tersebut
boleh hilang atau musnah dengan beEitu sahaja. Namun
apa yang jelas fokus penyelidikan arkeologi adalah
untuk membina semula sejarah silann rnanusia yang
telah pupus dengan nnelakukan analisis terhadap
tinggalan artifak yang diternui di tapaktapak arkeologi.
Setiap perubahan yang berlaku ke atas rupa bentuk
fizikal artifak sarna ada dari aspek motif hiasan,
komposisi bahan, fungsi, teknoloEi pembuatan dan
sebagainya secara tidak langsung juga akan
memperlihatkan tahap-tahap kemajuan yang telah
dicapai oleh masyarakat yang menghasilkan artifak
berkenaan.

-44-
Di sarnping itu, penyelidikan arkeologi akan
-:nbongkar segala isul-isu yang berkaitan dengan
:s:ek-aspek tersebut di dalam usaha untuk
-:rekonstrusikan semula sejarah silam manusia
. ^-SUSny? rnasyarakat Zaman Prasejarah di dalam

=:sebuah negara" lni kerana rnatlamat akhir


:t-,, elidikan arkeologi ialah untuk mencunEkil sebanyak
-a''ra yang boieh fakta atau maklumat daripada
--Daan artifak di sesuatu tapak arkeologi" Fakta itu
:3=ng daripada data yang diperolehi setelah dikaji dan
: :-at analisis melalui sokongan atau bukti-bukti
::*oada sesuatu tapak arkeologi. Berdasarkan fakta
,:-g diperolehi, maka ahli-ahli arkeologiakan membuat
-:e'pretasi dan seterusnya mereka dipertanggung-
€,,,aokan untuk membina kembali sejarah sesebuah
-::a'4.

A.,*eologi dan llmu Bantu


Arkeologi adalah berasal daripada dua perkataan
'--:ni iaitu 'archaic' dan 'logos'. Perkataan archaic
:e*aksud..."barang-barang zaman purba, manakala
::ls' pula bermaksud...ilmu sains atau ilmu
:*-;etahuan...".1 Kcmbinasi dua penkataan tersebut
"= a^ Cigunapakai dan dijadikan sebaEai satu disiplin
-- :'or'tg baru bagi membongkar pelbagai misteri
":- r,Jpan manusia dan juga tamadun rnasyarakat di
:.-an silam. Menurut. Kamus Dewan, arkeologi
-€-3awa maksud... kajian saintifik mengenai sesuatu
{:: - cayaan (terutama kebudayaan pra-sejarah)
::-;an ffira penggalian dan penghuraian kesan-kesan
: -;;alannya, kaji purba... Sementara itu menurut
:*-:apat Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul R.ahman,

-' lar el, The illustrated encyclopedia of archeology, New York:


--:-as Y Crowell, 1977, hlm. 5.

-45-
beliau menyatakan bahawa arkeologi membawa
maksud..."satu disiplin yang teratur dan melalui
pendekatan-pendekatan dan metod-metod yang ada
padanya maka pengetahuan tentang zaman lampau
manusia dapat dituntut kembali dan diinterpretasi dari
tinggalan budayany a. .."2
Seorang penyelidik Barat iaitu Leonard Cottrell pula
menyatakan, arkeologi adalah berkaitan dengan
penceritaan manusia yang dapat didedahkan o-leh
bahan artifak dan bahan bukan artifak, sama ada bahan-
bahan tinggalan tersebut merupakan senjata, perabot,
kubu, barang perhiasan, tinggalan manusia dan
binatang, rekod tulisan yang terdapat pada batu,
tembikar dan tumbuhan-tumbuhan.3 Oleh itu adalah
jelas sekali bahawa bidang arkeologitelah memberisatu
ruang untuk manusia mengutarakan pelbagai idea
ataupun membuat sesuatu interpretasi ientang
fenornena masa silam. Bagaimanapun sandaran
utamanya adalah berdasarkan hasil penyelidikan ke
atas tinggalan artifak dan bukan artifak sejak dari zaman
pra-sejarah hinggalah ke zaman moden"
Meskipun arkeologi menjadi disiplin ilmu yang
semakin pesat berkembang, namun dari segi reatiiinyi
untuk rnembuat sesuatu interpretasi, arkeologi maiirr
memerlukan disiplin ilmu yang lain. lni keranaLhli-ahli
arkeologi tidak boreh berdiri sendiri marah sangat
memerlukan disiplin ilmu yang lain untuk membantunya
di dalam menterjemah setiap data arkeorogi sama ada
artifak, fosil, rangka manusia, sisa-sisa makinan, alatan
memburu dan lain-lain ragi. Menurut George Michaers
(1996), "...prehistoric archaeotogy is concerned with

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, pengenalan bidang


arkeologi: lsu dan masalah, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi
1985, hlm. 4.
L. Cottrell, The concise encyclopedia of archaeology, London:
Hutchinson and Co. Ltd., jg74, hlm. 5.

-46-
ss:'ng anthropologicaltheories of human behaviour and
e. :iution against the archaeological record of sociefies
:a: left no known written record themselves...,,a Beliau
anjutnya menambah bahawa "...archaeotogy is the
=
s: e discpline in the social sciences concerned with
'=:cnstructing and understanding human behavior on
:-e basis of the material remains left by our prehistoric
historic forebears..." .5
=^i
Sementara itu, menurut Adi Taha (1986),
' arkeologi dalam erti kata yang lebih luas, melibatkan
:en gkajia n mengenai masyarakat lampau berdasarkan
",epada tinggalan-tinggalan kebudayaan kebendaan
a:au lebih dikenali sebagai artifak yang diperolehi atau
: rongkar dengan menggunakan kaedah-kaedah dan
:srnik-teknik yang sistematik...".G Dengan lain
:erkataan, arkeologi adalah salah satu kaedah untuk
*engkaji sejarah manusia pada zaman silam melalui
.ra1ian dari tinggalan manusia dengan tujuan untuk
-embina kembali sejarah masyarakat pada masa itu.
',lanakala bagi pendapat seorang lagi penyelidik iaitu
S. Sartono (1988),beliau menyatakan bahawa "...pre-
nstorian often have to rely upon certain fietds which
a-e so important for understanding and interpreting
snehistoric data which are so indispensable to
'e co n stru ct h u m an's past..." .7
Sebenarnya terdapat pelbagai sub-disiplin ilmu
i'ang dapat membantu bidang arkeologi untuk terus

: G. Michaels, Archaeology as a discipline, Dlm. B. M. Fagan (pnyt.),


The Oxford companion to archaeology, New york: Oxford University
Press, 1996, hlm.42.
tbid.
Adi Taha, "Penemuan artifak arkeologi di Semenanjung Malaysia",
Purba, Bil5, 1986, hlm. 57.
- S. Sartono, "Pre-sapiens migration in Southeast Asia',, dlm. Mohd
Amin Hassan & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, (pnyt),
The eighth conference international association of historians of Asia,
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1ggg, hlm. 192.

-47 -
berkembang. Di antara aliran atau sub-disiplin yang
berkait rapat dengan penyelidikan arkeologi ialah aliran
sarns fuien seperti fizik, kimia, biologi dan juga aliran
sarns sosial seperti antropologi, geografi, sejarah,
sastera dan lain-lain lagi" Namun demikian sejajar
dengan kemajuan ilmu pengetahuan yang begitu pesat
sekarang, perkembangan ini turut mendapat bantuan
dan sokongan daripada kemajuan sains dan teknologi.
Pendek kata bidang arkeologi amat berkait rapat dengan
pelbagai sub-disiplin yang lain khususnya sejanah serta
antropologi. lni kerana arkeologi ditunjangi atau
disokong oleh berbagai disiplin ilmu yang lain seperti
geomofologi, geologi, paleontologi, zoologi, botani dan
lain-lain lagi. Begitu juga dengan pendapat yang
dikemukakan oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman yang menyatakan bahawa sub-disiplin bidang
arkeologi ialah geologi, paleontologi, botani, zoologi,
fizik, kimia, sejarah seni dan anthropologifizikal.s
Kajian arkeologidi Malaysia juga dikesan lebih awal
oleh ahli arkeologi Barat. Usaha-usaha penyelidikan
awaltentang manusia khususnya diTanah Melayu telah
dilakukan semenjak abad ke-19 dan awal abad ke-20
iagi. Oleh itu ungkapan dan penentuan periodisasi
sejarah kewujudan nnanusia yang dirintis oleh sarjana
Barat terus diaplikasi oleh ahli-ahli sejarah dan arkeologi
sebelum tahun 1970-an. Namun demikian dengan
kemunculan ahli arkeologi tempatan di awal tahun
1970an periodisasi ini dikaji semula. Pada asalnya
ungkapan mengenai bidang arkeologi yang dibuat oleh
sarjana Barat khususnya untuk merujuk kepada aktiviti
penyelidikan di Eropah dan lingkungannya sahaja.
Namun demikian didapati ungkapan tersebut terus

8 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, "Artifak kebudayaan


Melayu: Sumbangan arkeologi dan arkeologis", Jurnal Arkeologi
Atlalaysia, Bil. 19, 2006, hlm. 138.

-48-
: junapakai oleh para pengkaji di rantau ini apabila
-e.Cak merujuk kepada perkara yang berkaitan isu atau
-asalah yang sama.
Walau bagairnanapun, secara umumnya artifak dan
-rt'rurrefl adalah bahan yang menjadi objek utama di
:: am penyelidikan arkeologi. Selain berlakr.lnya
--.caan secara tidak sengaja, artifak biasanya hanya
: :erolehi melalui ekskavasi ke atas tapak-tapak tanah
:e-sejarah. Bidang atau funEsi arkeologi ialah mengkaji
-;s l-hasil tinggalan manusia pada rnasa lampau
::-gan mengkaji setiap jumpaan artifak, bukan artifak
::' Tonumen serta alam persekitaran kawasan aktiviti
-e'e(a. Oleh itu secara tidak langsung bidang arkeologi
: :' rnembeni sumbangan yang besar kepada bidang
=-:'cpologi dan sejarah. Adalah sangat wajar diakui
:i:agai aspek dapat dilihat melalui fakta jelas
-e- -njukkan bahawa fungsi ahli-ahli arkeologi mernang
-=-:apat di dalarn mana-mana bidang sains sosial
sejarah, sastera, linguistik dan antropologi.
=:edi
Feralatan Zaman Logam

Secara umumnya Zaman Logam merupakan satu


:z*an di mana kehidupan sosial masyarakatnya
-:-Jamalkan tinggalan kebudayaan yang r{leng-
; - -:(an peralatan yang diperbuat daripada logam. Dari
5=: <ionologinya Zaman LoEam dikatakan muncul kira-
n" -: 2500 tahun dahulu iaitu selepas berakhirnyaZaman

'*it tir. Jika dilihat dariaspek sosial, corak kehidupan


*=s,arakat zaman Logam secara umumnya
masih
*n-!amalkan kebudayaan Neolitik iaiatu dengan
-:-jamalkan aktiviti seperti memburu, bercucuk
E-:''rT. menternak binatang dan rnenangkap ikan.
,'' i ii bagaimanapun dalam masa yang sama rnereka
-:; rulai menyerap kebudayaan dari luar yang lebih
-a - aitu aktiviti berdagang. Selain itu nnereka juga

-49-
telah mula melakukan aktiviti melombong bijih timah
untuktujuanperdagangan'Kehidupanseharianmereka
banyakdibantudengankemunculanciptaanperalatan
yang diperbuat daripada logam sama ada besi atau
g"ng.". Antara alat-alat yang digunakan ialah kapak,
iaUit, pisau dan mata lembing, malahan mereka juga
dikatakanmenggunakansejenisalatyangdikenali
'tulang mawas'. Dengan adanya alat yang dibuat
daripada besi, masyarakat pada zaman tersebut telah
dapat melakukan aktiviti yang sukar dilakukan sebelum
ini iaitu menggali, menebang dan menebas dengan lebih
mudah.

Foto 1: Tutang Mawas Yang Diiumpai di Raub, Pahang

Tulang Mawas Yang Diiumpai Di Tersang Raub' Pahang

-50-
Secara umumnya masyarakat zaman ini mula
-e nggu naka n pera.latan ya ng diperbuat dari pada
logam
=ecerti gangsa dan besi. Jika dilihat dari aspek kronoiogi,
:erkembangan zaman Logam sepatutnya berlaliu
-elaluidua tahap iaituzaman Gangsa daniaman Besi.
Rajah 1: Peralatan Gangsa yang Ditemui di
Jeher Hydraulic
Mines,Tanjung Matim, perak

$
t
i:rg. 1- S*r,:tr:rd !ror:; C.lt
t; Irtn: tire J*her Hvdrnulir
-
i\lines, Tesjorg lUalim.
P{rak- }lala!a. {sbout l.fll}.

. Zaman Gangsa adalah berasaskan penemuan


;eberapa alat yang diperbuat daripada gangsa sepert;
3endang, loceng dan mangkuk gangsa. Artitaf_".titrt
ri telah ditemui di beberapa lokasi tapak tanah
c e rseja ra h seperti diKampu ng
Sun gai tan g iSet an goi;,
Ohangkat Menteri (perak) dan Kampung Batu
eurul
Terengganu). Artifak gangsa yang paling popular
di

-51 -
zaman ini ialah gendang gangsa. Konrposisi artifak
gangsa adalah terdiri daripada beberapa komponen
logam sepertitembaga merah, bijih timah dan plumbum.
Secara umumnya, majoriti ahli arkeologi berpendapat
bahawa pada peringkat permulaan zaman Gangsa
(yang bermula kira-kira 2,500 tahun dahulu) didapati
hanya alat-alat kecil sahaja yang dihasilkan. Leong Sau
Heng (1989) yang menyokong pendapat ini telah
mengemukakan pandangannya dengan menyatakan
bahawa pada awal zaman Gangsa kebanyakan objek
yang dihasilkan adalah objek-objek kecil kerana gangsa
pada masa itu merupakan sejenis bahan mentah yang
mahal.e

Rajah 2: llustrasi
Rupa Bentuk
Gendang gangsa
Bukit Kuda, Klang,
Selangor

Sumber: W.
Linehan 1951: 7

Sementara itu, Zaman Besi pula adalah merujuk


kepada objek-objek yang diperbuat daripada besi seperti
beliung dan cangkul. Di samping itu, di negara ini turut
dijumpaiartifak zaman besiyang unik iaitu tulang mawas
dan juga tinggalan kebudayaan kubur batu kepingan.
Gaya hidup masyarakatzaman Besipula dikatakan lebih
maju jika dibandingkan dengan zaman sebelumnya. lni

9 Leong Sau Heng, "Satu perbincangan mengenai peninggalan objek-


objek gangsa kecil dari zaman pra-sejarah Malaysia", Jurnal Arkeolog
Malaysia, Bil.2, 1989, hlm. 1.

-52-
r:'ana interaksi di antara rnasyarakattempatan dengan
r-'a luar sudah lama wujud dan aktif. Penemuan
:,:.-mlah artifak yang diperbuat daripada gangsa dan
:*sr di beberapa tapak Zaman Prasejarah dikatakan
-€,,iakili Zaman Logam di negara ini. Di antara tapak-
;e:aK tersebut adaiah Jenderam Hilir (Selangor), Sungai
-'-Deling (Pahang), Lembah Bernam (Perak) dan
- a-lpung Gaung dan Kampung Batu Buruk
-b'engganu).

Foto 2: Kapak dengan pangkal berlubang ditemui


di Bukit Jong, Pahang

Kebanyakan d#ipada komponen logam yang


::'rapat di dalam artifak Zaman Logam adalah terdiri
:a'ipada bahan yang sangat terhad dan sukar
: :erolehi. Diantaranya ialah tembaga, timah, plumbum,
:esr. zink dan unsur-unsur lain yang di dalam jumlah
::'atus yang sangat kecil. Bagaimanapun didapati
:=-',,baga adalah antara komponen logam yang paling
: -39i dari segi peratus kandungannya, diikuti oleh lain-
: - komponen seperti timah dan plurnbum.

Foto 3: Tulang mawas dariTersang, Raub, Pahang

-53-
Menurut Sudarti Prijono (2002), gangsa adalah
terdiri daripada dua komponen utama iaitu tembaga dan
timah, bagaimanapun masih terdapat beberapa unsur
lain yang turut menjadi komponen di dalam meng-
hasilkan artifak gendang gangsa sepertizink, pluqnbum,
besi dan nikel.10 Sementara itu, rnenurut Muhamad
Daud (2004) pula, logam gangsa terdiri daripada tiga
komponen yang utama iaitu 90% tembaga, 6o/o timah
dan 4o/o zink.11 Berdasarkan pendapat oleh kedua-dua
penyelidik tersebut adalah jelas menunjukkan bahawa
komposisi logam gangsa adalah terdiri daripada unsur
tembaga sebagai komponen yang paling utama
berbanding dengan unsur-unsur logam yang lain.

Foto 4: Alat kapak gangsa dan acuannya dari Gua Harimau,


Lenggong, Perak

10 Sudarti Projono, Elements composition and conservation techique


of bronze objects from the First Century of Christ in Jawa and Ba
Kertas Kerja lnternational seminar on Dongson culture and traditic-
in Southeast Asia, Muzium Negeri Terengganu, Malaysia, 14 -',-
Januari 2002
11 Muhamad Daud, Penjagaan artifak Logam daripada seranga-
kakisan, Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Sains dan Teknolc;
Dalam Pemuliharaan Warisan Negara-Mengintergrasi Sairs
Teknologi dan Warisan, Hotel Equatorial Banda Hilir Mela.:
Bandaraya Bersejarah, 16-19 Ogos 2004.

-54-
Secara umumnya, terdapat beberapa jenis artifak
.-3 diperbuat daripada logam pernah ditemui di
:€:3''apa tapak arkeologi di negara ini. Di antaranya
=: a ah seperti berikut.

l, at-Alat Gangsa
*rtifak yang diperbuat daripada gangsa terdiri
::-:ada dua jenis iaitu gendang gangsa, loceng
::^lsa, mangkuk gangsa dan kapakgangsa. Sebanyak
==-:llan buah gendang gangsa ditemul di negaraini
:-
" tiga di TerenEganu (sebuah di Kampungbaung
::- dua di Karnpung Batu Buruk), sebuah Oinanan[
S-rgai Tembeling), tiga di Selangor (sebuah d'i
':-lpung Sungai Sedu, dua di Sungai Lang) dan
=::-ah di Sabah (Pulau Timbang Dayang).

i: Artifak Gendang Gangsa di Malaysia


Fota
t;:likaGendangGangsaSungai ttustrasiTimpanum
Lans, setangor
E:Xfffi:ilt^":{3{i::;:,

Sementara itu loceng gangsa pula ditemui di


{ampung Penchu, Muar, Johor (sebuah) dan Kampung
Slngai Lang, Selangor (sebuah). Manakala ,"br"[
-angkuk yang diperbuat gangsa dijumpai di

- -i-) -
Terengganu. Sebilah kapak gangsa dan acuannya juga
turut dijumpai di Gua Harimau, Lengong, Perak
melengkapkan lagi penemuan artifak gangsa di dalam
koleksi data-data yang mewakili Zaman Logam di
negara ini.

Foto 6: Arlifak Loceng Gangsa di Malaysia

Loceng Gangsa Kampung Loceng Gangsa Kang,


Penchu, Muar, Johor Selangor

Alat-Alat Besi
Setakat ini tidak banyak artifak yang diperbuat
daripada besi ditemui di negara ini berbanding dengan
artifak yang diperbuat daripada logam. Walau
bagaimanapun di antara artifak Zaman Besi yang
pernah diternui di negara ini ialah sejenis alat yang
dikenali'pisau ternbeling' di Sungai Tembeling, Pahang.
Selain itu turut ditemui ialah alat-alat besi bersoket di
beberapa tapak di seluruh negara dan salah satu objek

-56-
Rajah 3: Alat-atat Besidi Mataysia

Tulang Mawas Alat-alat Besi

Tulang Mawas

r ang unik iaitu tulang mawas yang dijumpaidi Jenderam


- iir, Selangor.

Kaedah X-RAY FLUORESCENCE (XRF) Datam


Analisis Logam
Salah satu teknik atau kaedah untuk membuat
:entifikasi komposisi rogam di daram sesuatu artifak
ang diperbuat daripada logam ialah teknik
.. XRF (X_Ray
Teknik XRF seringkali digunul"n ji
s,|{.rorescence).
:alam bidang arkeologi khususnya di dalam usaha
-ntuk membuat identifikasi atau melihat tomposisi
<andungan logam yang terdapat di dalam sesuatu
artifak yang diperbuat daripada logam. Teknik
XRF
rerupakan satu teknik intrumentasitak memusnah yang
sering diEunakan. Teknik ini mempunyai kelebinin
O'i
ialam menentukan kepekatan unsur atau elemen
daripada Boron, Z=S hingga Uranium, Z=g2)
:erkandung di dalam sesuatu bahan pepejal,
t;;;
atai
serOut
cecair serta menentukan kepekatan unsur_unsur
cerkenaan berasaskan panjang gelombang Oan
<eamatan Sinar-X ini.

-57-
dilakukan oleh W. Linehan mengenai kandungan logam
yang terdapat di dalam gendang gangsa yang dijumpai
di Kampung Pasir Garam, SungaiTembeling, Pahang.15

Jadual: Perbandingan Hasil Analisa Bacaan Kandungan Logam


Di Dalam Gendang Gangsa Kg. Batu Pasir Garam, Sungai
Tembeling, Pahang, Yang DikajiOleh W. Linehan

(a) tb)
Bil Component o/
JO Y,

1 Copper 65.1 68.9


2 Tin 7"5 6.5
3 Lead 18.3 21.8
4 lron trace trace
5 Zinc n.d trace
6 Undetermined 9.1 2.8

Surnber: W. Linehan 1951: 25

Dalam tahun yang sama, W. Linehan juga turut


rnembuat analisis tentang kandungan unsur-unsur
logam di dalam sejenis lagi artifak iaitu loceng gangsa
yang ditemuidi Klang, Selangor.Analisis yang dilakukan
oleh beliau mendapati komposisi logam di dalam artifak
loceng gangsa yang dijumpai di Klang, Selangor tidak
jauh bezanya dari segi unsur-unsur kandungan logam
yang terdapat di dalam gendang gangsa, cuma ia
berbeza hanya dari segi peratusannya sahaja. Hasii
analisis kandungan unsur-unsun logam bagi artifak
loceng gangsa tersebut dapat dilihat melalui jadua
berikut;

15 W. Linehan, JMBRAS, hlm. 25.

-60-
-dual 2: Perbandingan HasilAnalisa Kandungan Logam Dalam
-:.:eng Gangsa Klang, Selangor Yang Dikaji Oleh W. Linehan

(a) (b)
Bil Component o/
to %

Copper 67.8 68.2


Tin 9.4 9.3
Lead 21.A 20.4
lron n.d n.d
Zinc n.d trace
Undetermined 1.8 2.1

Sumber: W. Linehan, 1951: I


Sementara itu ,dalam tahun 1956, seorang lagi
:enyelidik kolonial iaitu J. Loewenstein turut melakukan
:lalisis untuk mengetahui unsur-unsur loEam di dalam
satu artifak Zaman Logam. Beliau telah menghantar
sebilah kapak logam yang ditemui di Lonnbong Kenaboi,
\egeri Sembilan kepada seorang ahli kimia dari Survei
3eologi Malaya iaitu W.A. Tooke untuk dikenalpasti
.landungan logam artifak berkenaan. Walau bagai-
'rranapun, hasil analisis yang diperolehi telah
nenunjukkan kapak berkenaan adalah bukan gangsa
:eiapi ia tembaga putih yang mengandungi Pb 66.9%
dan Sn 32.Ao/o.16
Selepas itu, J. Loewenstein menghantar pula
sebilah kapak gangsa yang ditemui di lombong emas
Sungai Jenera, Kelantan ke Jabatan Kinnia di Singapura
dalam tahun 1956. Hasil analisis yang diperolehi
menunjukkan bahawa kornposisi logarn bagi artifak

16 Steven Chia, Arkeologi Hulu Perak, Dlm" Prosiding persidangan


kebangsaan sains dan teknologi dalam pemuliharaan warisan
negarar Hotel Equatorial, Banda Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah,
Melaka, 2004, hlm. 148-154.

-61-
berkenaan adalah terdiri dari unsur Cu 85%, Sn 14%
danZn 4%. J. Loewenstein juga telah membuat analisis
sebuah mangkuk gangsa yang ditemui di tapak
pengkebumian di Changkat Menteri, Lembah Bernam,
Perak. Keputusan lengkap analisis yang diperolehi
menunjukkan ia terdiri dari unsur Cu 471% dan Sn
32.5o/o.17 Beliau juga turut membuat analisis terhadap
beberapa jenis artifak lagi berupa alat-alat gangsa yang
dijumpai di Bukit Jong, Tembeling, Pahang, serpihan
loceng gangsa yang ditemui di Klang, Selangor dan
Sungai Tembeling, Pahang.
Selepas itu, seorang lagi ahli kimia dari University
of Melbourne, Australia iaitu Dr. F.E. Trelor telah
membuat analisis beberapa artifak logam dari Candi
Bukit Batu Pahat, Kedah dan juga analisis artifak besi
dan tembikar dari lembah Sungai Sarawak iaitu dalam
tahun 1968, 1977 dan 1978. Analisis yang dilakukan
oleh beliau ke atas artifak berkenaan adalah dengan
menggunakan kaedah XRF, sementara itu bagi artifak
emas yang dijumpai di Santubong dan Gedong,
Sarawak beliau telah menggunakan kaedah XRF, AAS
dan SEM.18
Dalam tahun 1991, Leong Sau Heng melaporkan
bahawa analisis makmal telah dijalankan ke atas
nnangkuk gangsa yang dijumpai di tapak kubur Changkat
Mentri untuk mempastikan kandungan logam. Analisis
tersebut melibatkan beberapa mangkuk gangsa yang
dijumpai di Lembah Tembeling (di mana juga terdapat
alat-alat besi bersoket), di sebuah tapak di Kampung
Sungai Lang berdekatan dengan tapak di mana telah
dijumpai gendang gangsa jenis Heger l, dan loceng-
loceng gangsa dari Klang dan Kampung penchu telah
menunjukkan bahawa kesemua artifak gangsa ini
mengandungi kandungan timah yang tinggi.le Butiran
17 tbid.
18 tbid.

62
-asil analisis beberapa sampel artifak logam yang dikaji
::alah seperti di dalam jadual 3;
Jadual 3: Analisis Makmal

3ll Tapak Timah Plumbum Kuprum


(sn) % (pb) % (cu) %

Shangkat Mentri (mangkuk) 32.5 0 47.7


3t. Jong (mangkuk) 23.5 0 69.2
(9. Sungai Lang (Mangkuk) 22.3 kesan 69.1
(lang (loceng) 15.1 2.9 78.5
(9. Penchu (Loceng) sampel I 18.1 8.6 63.6
(9. Penchu (Loceng) sampel I 16.6 9.3 65.2
Klang (gendang) 9.4 21.0 67.8
Batu Pasir Garam (gendang) 7.5 18.3 65.1

Sumber: Leong Sau Heng, 1991:114

Pada 1 Mac 2003, Adnan Jusoh telah menghantar


3eberapa sampel artifak logam telah dihantar ke MINT
:an keputusan lengkap diperolehi pada 12 Mac 2003.
{aedah analisis yang diaplikasi dalam kajian ini adalah
{aedah XRF. Sampel artifak tersebut terdiri daripada
: Ea (3) buah gendang gangsa (gendang gangsa Kg.
3atu Buruk, Terengganu, gendang gangsa Kanlpung
3ukit Kuda, Kiang, Selangor dan gendang gangsa
(ampung Sungai Sedu, Kuala Langat, Selangor),
sebuah (1 ) mangkuk gangsa dari Terengganu dan
sebuah (1) loceng gangsa dari Klang, Selangor.2o Hasil

Leong Sau Heng, "Kubur kepingan dan alat besi bersoket: satu
perbincangan kronologinya", Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 4, 1991,
hlm. 114.
!J Adnan Jusoh, "Analisa saintifik terhadap beberapa sampel artifak
Zaman Logam di Malaysia", dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman, 2008, (pnyt.), Kebudayaan, Kesenian dan Peradaban Alam
Melayu, lnstitut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm. 99-127.

-63-
analisis bagi ke lima-lima !enis artifak tersebut
menunjukkan komponen logarn yang paling banyak
sekali adalah tembaga (copper). Manakala tiga lagi
unsur logam yang dikenal pasti iaitu besi, timah dan
plumbum di mana kandungannya hanya lebih kurang
satu pertiga sahaja dari keseluruhan kandungan logam
dalam artifak tersebut. Narnun demikian ada satu lagi
unsur logam yang terdapat di dalam kesemua artifak
gangsa berkenaan iaitu sejenis logam peralihan
(Rutherium atau Ru) tetapi di dalam peratusan yang
kecil.
Keputusan lengkap analisis lima jenis sarnpel artifak
gangsa di Malaysia dengan menggunakan kaedah XRF
adalah seperti di dalam jadual 4;

Jadual 4: HasitAnatisis lvtakmal Bagi Lima Jenis SampelArtifak


Gangsa DiA/lalaysia

Kod
Bil Sarnpel Nama SamPel Kajian hlasil Analisis
Kajian

IGDKT Gendang Gangsa, Greenish dark grey,


Kuala Terengganu metallic
2MGT Mangkuk Gangsa, Greenish dark yellow.
Terenggan u metallic
3LGKS Loceng Gangsa, Klang, Greenish dark yellow.
Selangor metallic
GDK Gendang Gangsa, Klang, Greenish dark yellow'
Selangor metallic
GDSSKL Gendang Gangsa, Kg. Greenish dark grey,
Sungai Sedu, Kuala Langat, metallic
Selangor

Sumber: hllNT- KhidmaUa}3@ 1 1 (61 3)

Dengan rnenggunakan kaedah XRF, keduduka-


komposisi logam di dalam ke lima-lima jenis artifa'
gangsa berkenaan dapat dilihat berdasarkan kac3'

-64-
- sbah seperti di dalam jadual 5;

Jadual5; Nrsbah dan Perbandingan Kandungan Logam DiDatam


Lima Jenis SampelArtifak Zaman Logam Di Malaysia

Kadar Nisbah Lima Jenis Sampel Artifak Yang Digunakan

Pb>Sn>Fe i. Gendang gangsa, Kampung Batu Buruk,


Kuala Terengganu
lt. Loceng gangsa, Klang, Selangor
ilt. Gendang gangsa Kampung Bukti Kuda,
Klang, Selangor
Gendang gangsa, Kampung Sungai Sedu,
Kuala Langat, Selangor
- Fe>Sn>Pb t. Mangkuk Gangsa, Terengganu

Berdasarkan kaedah XRF yang dilakukan ke atas


Ta jenis sampel kajian, didapati kandungan plumbu!-n
=c,t merupakan logam yang paling tinggi sekali bagi
sampel gendang gangsa, Kampung Batu Buruk, Kuala
?ren gganu, loceng gangsa, Klang, Selangor), gendang
.langsa Kampung Bukit Kuda, Kelang, Selangor dan
l€ndang gangsa, Kampung Sungai Sedu, Kuala Langat,
Selangor). lni dikuti pula oleh kandungan logain timah
Sn)dan logam paling sedikit sekali ialah besi (Fe) bagi
anifak berkenaan. Sebaliknya sampel artifak bagi
-angkuk gangsa, Terengganu, didapati kandungan
r'gam yang paling tinggi sekali ialah besi, diikuti oleh
: "r1ah dan logam yang paling sedikit sekali ialah
Srimbum.

Kepentingan Analisis Logam Dalam Bidang


Arkeologi
Lazimnya kajian dan analisis terhadap artifak Iogam
a{an memfokuskan kepada aspek untuk melihat
{cn'rposisi logam yang terdapat di dalam sesuatu artifak

-65
sangat jauh. Dengan demikian aktiviti perdagangan juga
telah menjadi mekanisme penting di dalam
perkembangan teknologi logam serantau. Sebagai
contoh, gendang gangsa khususnya dari jenis Heger I

yang dikatakan berasal dari Vietnam juga seringkali


dikaitkan dengan bekalan bijih timah yang terdapat di
Tanah Melayu seperti di Selangor (Sungai Lang dan
Bukit Kuda). Menurut Leong Sau Heng (1993), '...di
Semenanjung Tanah Melayu, sejak 1000 SM iaitu pada
zaman bermulanya penggunaan logam atau pada
bahagian akhir zaman Neolitik, sudah terdapat beberapa
co I I e cti n g ce nt re s alau p u sat-pu sat perd a ga n ga n seca ra
kecil-kecilan yang mengumpulkan barang-barang
dagangan...".21 Menurut Leong Sau Heng (1990) lagi
besar kemungkinan bijih timah dari lembah Sungai
Langat dan lembah Sungai Klang telah diperdagangkan
ke kawasan utara Vietnam tersebut pada zaman silan
itu.22
Kajian dan analisis logam juga secara tidak
langsung membantu para penyelidik khususnya ah
arkeologi di dalam membongkar fungsi artifak yan;
diperbuat daripada logam di dalam kehidupan sosia
masya ra k al Zaman P raseja ra h. Be rdasa rka n be bera p a

kajian yang dilakukan oleh beberapa orang penyelic '


mendapati gendang gangsa digunakan oleh indivic-
yang mempunyai kedudukan dan status yang tinggi :
dalam hirarki masyarakatnya. Maksudnya tidak sernu:
individu yang meninggal dunia boleh rnenggunaka-
sebagai gendang gangsa sebagai barang kiriman ku i -'
atau objek pengkebumian kecuali ketua masyara{t-

21 Leong Sau Heng, "Ancient trading centers in the Malay Penir-'-:


Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 6, 1993, hlm. 3.
22 Leong Sau Heng, "Collecting centers, feeders point & entrep:= '
the Malay Peninsular, 1000 B.C -A.C 1400", J. Kathirithambi-,', :tr
& John Villiens. (pnyt.). The Southeast Asia port and polity: ns: : - l
demise, Singapore: Singapore University Press, 1990, hlm '-

-68-
aiau mereka yang mempunyai kedudukan di dalam
-asyarakat sahaja.

Kesimpulan
Sungguhpun banyak jumpaan artifak logam di
,,lalaysia"ielah dilapoikan, namun analisis saintifik
."rrrrny" untuk mengenalpasti kandurlgan logam di
:alam t"tiup artifak berkenaan tidak begitu banyak
jenis sampel
:iLakukan. Sehingga kini hanya beberapa
adifaklogams"r'aiayangtelahdibuatanalisisseperti
kapak gangsa dan
;endang gangsa, ioceng gangsa,
:angkuk gangsa. Namun demikian, masih banyak lagi
samfiet urtitul logam yang belum dilakukan analisis
*-.akmal seperti alatan besi bersoket, kapak gangsa'
-ata lembing bersoket, tulanE mawas dan sebagainya'
kadar
Setiap artifak berkenaan dipercayai mempunyai
satu
aiau nisbah kandungan logann yang berbeza antara
:ama lain.
Dengan itu analisis saintifik bukan hanya dapat
nembantu ahli arkeologi untuk mengenalpasti
<andungan logam di dalam setiap artifak logam
:erkenian, bahkan ia juga akan membolehkan
'r'rengesan maklumat lain yang sangat
penting kepada
kandungan
: u nli penyelidikan. Antaranya ialah nisbah
kadar
cgam'yang digunakan, takat lebur artifak logam'
--*puirn iogam lain yang digunakan atau bendasing
dan
ianb terdapat di dalam artifak berkenaan
Selain daripada untuk kepentingan
=.nlgainya.
p.nglr"tln dan pemuliharaan, elemen-elemen
cerk-enaan juga adaiah bertujuan untuk memanjangkan
Kegagalan
.,angkahayai artifak logam tersebut'
membuat rawatan secara sistematik bagi tujuan
pemuliharaan bermakna potensi kemusnahan artifak
tgut juga adalah tinggi. Impak seterusnya adalah ia
aklan nnemberi implikasi kepada data atau
maklumat
persejarahan negara'
-69-
Bibliografi
Adi Haji Taha, "PenemLtan artifak arkeotogi di
Semenanjung Malaysla'i JAM. S: 1gBO, 57-67.
Adi Taha. "Penemuan artifak arkeologi di Semenanjung
Malaysia", Purba. 5, 1 986.
Adnan Jusoh, "Analisa saintifik terhadap beberapa
sampelartifak Zaman Logam di Malaysia", dlm. Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (pnyt.),
Kebudayaan, Kesenian dan Peradaban Alam
Melayu. Bangi: lnstitutAlam dan Tamadun Melayu
(Universiti Kebangsaan Malaysia), 2008, hlm. 99-
127.
Asyaari Muhamad, "Analisis X-Ray Florescence
tembikar tanah dari Perak", Jurnal Arkeologi
Malaysia. 11 , 1998.
Daniel, G., The illustrated encyclopedia of archeology.
New York: Thomas Y. Crowell , 1977.
Leong Sau Heng, Pra-sejarah dan proto-sejarah. Kertas
Kerja Kolokium Sejarah Negeri Selangor Darul
Ehsan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 21 Januari
1 989.

Leong Sau Heng, "Satu perbincangan mengenai


peningggalan objek-objek gangsa kecil dari zaman
pra-sejarah Malaysia", JAM. 2: 1989, 1-8.
Leong Sau Heng, "Collecting centers, feeders points
and entrepots in the Malay Peninsula, 1000 B.C- )

A.D 1400", dlm. J. Kathirithamby-Wells & John


Villiens. (pnyt.). The SoutheastAsia port and polity:
rise and demise, Singapore: Singapore IJniversity
Press, 1990, hlm. 17-38.
Leong Sau Heng, "Kubur kepingan dan alat besi
bersoket: Satu perbincangan kronologinya", JA M.
4:1991, 103-115.
Leong Sau Heng, "Ancient trading centers in the Mala5
Peninsula", JAM. 6: 1993, 1-9.

-70 -
$,,'
:-aels, G., "Archaeology as a discipline", dlm. Fagan,
8.M., Ihe Oxford companionto archaeology. USA:
Cxford University Press, 1996.
r,f
--amad Daud, "Penjagaan artifak Logam daripada
serangan kakisan. Kertas Kerja Persidangan
(ebangsaan Sains dan Teknologi Dalam
remuliharaan Warisan Negara-Mengintergrasi
Sains, Teknologi dan Warisan, Hotel Equatorial
3anda Hilir Melaka Bandaraya Bersejarah, 16-19
Cgos 2004.
\r . r-lassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, "Artifak
<ebudayaan Melayu: Sumbangan arkeologi dan
arkeologis", Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 19,
2006, hlm. 138.
', " 'lassan Shuhaimi NikAbdul Rahman, Pengenalan
nidang arkeologi: lsu dan masalah. tsangi: Universiti
(ebangsaan Malaysia, 1 985.
*, . iassan Shuhaimi NikAbdul Rahman, Early history.
-: Singapore: Archipelago Press, 1998.
l-.:''to, S., Elements composition and conservation
:echnique of bronze objects from the first century
:f Christ in Java and Bali. Kertas Kerja lnternational
seminar on Dongson Culture and tradition in
Southeast Asia. Muzium Negeri Terengganu,
','lalaysia. 14-17 Januari 2002.
!:a3no, S., 1980. "Pre Sapien migration in Southeast
,Asia", dlm. Mohd Amin Hassan & Nik Hassan
Shuhaimi Nik Abd Rahman (pnyt.), Eighth
conference of the lnternational Association of
cistorians of Asia, Bangi: Universiti Kebangsaan
\'lalaysia, 1980, hlm. 197-206.
j::,en Chia Ming Soon, "Penggunaan sains kimia
dalam kajian dan pernuliharaan warisan negara",
Clm. Prosiding Persidangan Kebangsaan Sains dan
Teknologi Dalam Pemuliharaan Warisan Negara-
I'rlengintergrasi Sarns, Teknologi dan Warisan.

-71-
Melaka: Hotel Equatorial Banda Hilir, 16-19 Ogos
2004, hlm. 148-154.
Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman &Yunus Sauman @ Sabin, "Aplikasi dan
kepentingan analisis komposisi artifak dalam
penyelidikan arkeologi di Malaysia", dlm. Asyaari
Muhamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul
Rahman & Zuliskandar Ramli. Proseding Seminar
Penanda Arasan Penyelidikan Arkeologi Di UKM.
Kuala Lumpur: Kertas Kerja Seminar, 12-13 Julai
2010, hlm.433-460.

1a

View publication stats

You might also like