You are on page 1of 2

2.

0 KONSEP SEJARAH LISAN


Objektif sejarah lisan adalah untuk menghasilkan satu dokumen lisan dari keterangan
proti, keterangan saksi mata, keterangan kata dengar atau tradisi lisan ke dalam bentuk
rakaman atau transkip. Sejarah lisan juga bertujuan untuk mengumpulkan memori-memori dan
pengalaman personal orang sumber yang mempunyai nilai signifikan dalam sesuatu isu sejarah
tertentu. Pengunaan sejarah lisan sebagai salah satu daripada cabang sejarah menjadi penting
disebabkan kekurangan sumber bertulis dan sumber arkeologi dalam pengkajian sesebuah
sejarah.
Sejarah lisan telah memainkan peranannya dalam melengkapkan sumber-sumber
sejarah dan menjadi sumber yang menyokong kepada sumber-sumber primer yang lain.
Contohnya, Thucydides ketika menulis mengenai sejarah Perag Peloponnesia telah mengambil
kira keterangan-keterangan saksi mata yang telah mneyaksikan sendiri peristiwa peperangan
tersebut.
Sejarah lisan erus menjadi popular dan berkembang terutamanya dalam menhkaji
sejarah sosial dan sejarah rakyat yang jarang didokumenkan. Antaranya termasuklah Sejarah
Perjuangan rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya dan Sejarah Memali.
Proses pengasilan sejarah lisan memerlukan satu kaedah yang sistematik bagi
memastikan sebuah hasilan yang bernilaisejarh dan objektif. Antara proses penting dalam
sesebuah kajian sejarah lisan termasuklah.
Perancangan Awal Kajian, dalam perancangan awal kajian, antara perkara yang perlu
dititik beratkan ialah menentukan tema kajian, gambaran dan maklumat awal mengenai kajian
dan membina kerangka atau pemetaan penyoalan.
Mengenalpasti orang sumber, dalam aspek ini antara perkara yang perlu diperhatikan
ialah menentukan orang sumber yang diyakini mempunyai maklumat berkenaan kajian,
menyiasat latar belakang diri orang sumber dan pernyataan hasrat kepada orang sumber.
Proses pengumpulan sumber, proses pengumpulan ini boleh dilakukan dengan
beberapa cara iaitu dengan wawancara, melakukan rakaman dan bahan-bahan bukti.
Proses Transkripsi, proses ini merupakan antara proses yang penting, dimana
memindahkan butir-butir percakapan dalam rakamn kepada bentuk tulisan, mendapat
persetujuan orang sumber mengenai proses pentranskripsian.
Pendokumentasian Sejarah, berdasarkan kepada kritikan sumber dan penulisan hasil
kajian.
Pengurusan Hasil Kajian, rakaman disimpan secara softcopy dan hardcopy, penerbitan
hasil kajian, penyimpanan hasil kajian di perpustakaan, galeri atau arkib.
Berdasarkan kepada

You might also like