You are on page 1of 11

1

1.0 PENGENALAN

Sejarah merupakan rujukan pada masa lalu yang terhasil daripada persoalan
yang timbul dan dikemukakan. Sejarah merupakan sebuah cerita tentang peristiwa di
masa lampau yang mengungkap fakta apa, siapa, bila, di mana dan menerangkan
bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku tanpa menggunakan teori atau metodologi,1
kebanyakan teori dan metodologi telah mengalami proses tokak tambah dalam fakta
sejarah. Oleh itu, sejarah boleh terhasil daripada sejarah lisan, sejarah bertulis dan
melalui kajian artifak. Hal ini disebabkan, sebelum masyarakat manusia mengenal
huruf mereka telah menjadikan lisan sebagai perantaraan ilmu dan begitu sejarah.
Sejarah ini akan diceritakan secara turun temurun dan diwarisi dari nenek moyang
mereka. Tradisi lisan ialah sumber sejarah yang sangat asli di mana sumber ini
didapati daripada sumber yang tidak bertulis dan dari mulut ke mulut serta ia
diperturunkan dari generasi ke generasi. Selain itu, tradisi lisan ini merupakan sumber
penghantaran lisan yang berkaitan dengan kekuatan memori seseorang untuk
mengingati sesuatu peristiwa yang berkaitan 2. Berbeza tradisi lisan dengan sejarah
lisan ialah sejarah lisan mempunyai elemen yang sangat saintifik dan mempunyai ciri-
ciri sejarah serta peralatan yang digunakan dalam menghasilkan sejarah lisan, jika
dilihat kepada tradisi lisan ia lebih berkonsepkan mitos, lagenda dan menjadi buah
mulut yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Di samping itu, sejarah lisan ialah nothing more than a branch of historical
research3 ini menunjukkan bertapa penting sejarah lisan dalam mengekalkan sejarah
dan teknik ini diambil melalui teknik purba dan lebih moden daripada teknologi
kerana ia bermain dengan memori seseorang4 terutama sejarah yang berhubung
dengan sejarah sosial dan masyarakat setempat fokus kepada Malaysia. Selain itu
sejarah lisan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang menyebabkan ia sangat sesuai
dijadikan bahan utama dalam penyelidikan sejarah dan sumber utama dalam
mengungkai perkara yang sudah lepas. Sejarah lisan ialah sejarah yang diambil
daripada kekuatan memori seseorang secara saintifik dengan merekodkan temu ramah
1
Sartono Kartodirdjo,Pendekatan Ilmu Sosial Dalam Metodologi Sejarah,1992,Penerbitan PT Gramedia
Pustaka Utama, Jakarta, hlm 1
2
Jan Vansina, Oral Tradition A Study in Historical Methodolog,1961,Terj. H.M. Wright. Routledge &
Kegan Paul Londan.hlm 1
3
Cullom Davis,Kathryn Back dan Kay Maclean,Oral History from Tape to Type, 1977,Chicago American
Library Assocition, hlm 1
4
Ibid, hlm 1
2

tersebut5. Menurut, Nadzan Haron, sejarah lisan ialah keterangan yang berkaitan
dengan sejarah dan ia harus dalam bentuk lisan 6. Seterusnya, tradisi lisan ini tidak
boleh dianggap sebagai sumber primary kerana sumber yang diterima tidak sahih dan
banyak tokak tambah berbeza dengan sejarah lisan yang mana sumber yang diperoleh
sangat sedikit dan sukar untuk didapati serta lebih saintifik.. Jika membandingkan
sumber lisan dan sumber bertulis, sumber lisan lebih berbentuk semula jadi di mana
tidak semua manusia suka mencatatkan sesuatu perkara yang berlaku dan sumber
lisanlah yang menjadi sumber utama dalam penulisan sesuatu dokumen dalam
sesebuah sosialiti. Tetapi kebanyakan sejarawan tidak bersetuju menjadikan sumber
lisan sebagai sumber utama untuk membuktikan kejadian sejarah tersebut berbanding
dengan sumber bertulis.

Di samping itu, dalam kaedah lisan juga terdapat masalah-masalah yang harus
dihadapi oleh pengkaji dalam menyempurnakan sesuatu projek sejarah lisan. Hal ni
kerana terdapat perbezaan kategori antara sejarah lisan dengan tradisi lisan. Menurut
Bernheim,, terdapat beberapa kategori tradisi lisan iaitu lagenda, naratif, peribahasa,
susunan sejarah dan anekdot7. Kadang-kadang kategori tradisi lisan ini akan
mengubah sumber sejarah di mana ia akan ditokak tambah kerana ia berbentuk
percakapan. Oleh itu, keterangan lisan amat penting untuk sejarah lisan kerana ia
berkaitan dengan keterangan daripada responden yang mengalami peristiwa tersebut,
dan diperoleh melalui proses wawancara. Sumber melalui sejarah lisan berisiko
mengubah fakta sejarah atau sumber sejarah yang sebenarnya. Di samping itu, sejarah
lisan ialah suatu cara bagi mendapatkan keterangan sejarah yang berbentuk lisan,
untuk menambah dan bukan untuk menggantikan sumber-sumber yang bertulis yang
ada seperti rekod, surat-surat, catatan harian dan apa-apa sumber bertulis yang
berkaitan, yang telah dihasilkan dalam jangka waktu yang berkenaan8. Oleh itu, untuk
mendapatkan sumber yang sahih, pengkaji perlu mendapatkan sumber yang
mempunyai kekuatan memori yang sangat baik dan sumber betul-betul mengalami
peristiwa tersebut.

5
Donald A.Ritchie,Doing Oral History, 2003,Oxford University Press Inc 198 Madison Avenue. NY,hlm
19
6
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr),Alam Pensejarahan dari Pelbagai
Persepktif,1996,Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 45
7
Jan Vansina, hlm 3
8
Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee , hlm 45
3

2.0 MASALAH YANG DIHADAPI.

Seterusnya, untuk menyempurnakan sesuatu projek sejarah lisan. Pengkaji akan


menghadapi masalah yang berkaitan yang bermula daripada sebelum menjalankan
projek sejarah lisan, semasa menjalankan projek sehinggalah kepada pasca
menjalankan projek sejarah lisan. Antara contoh masalah yang dihadapi seperti
masalah mencari responden, kewangan, kenderaan dan sebagainya. Bagi menjalankan
sesuatu projek sejarah lisan terdapat permasalahan yang harus dihadapi agar sesuatu
projek dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

2.1 SEBELUM MENJALANKAN PROJEK SEJARAH LISAN

Dalam menjalankan sesuatu projek sejarah lisan terdapat permasalahan yang


harus diambil kira dan tidak boleh dianggap sebagai perkara yang remeh temeh. Hal
ini disebabkan, perkara yang remeh-temeh ini akan menjadikan sesuatu projek berjaya
tetapi tidak sempurna yang dikehendaki. Oleh itu, permasalahan yang pertama yang
harus diambil kira ialah siapa responden yang harus ditemu bual9 supaya kajian yang
hendak dilakukan boleh dijalankan dengan sempurna. Masalah siapa yang akan
ditemu bual, haruslah yang tahu akan peristiwa yang terjadi. Di samping itu,
seharusnya wujud badan penasihat yang mampu membantu dalam memberikan
senarai nama orang yang berkait untuk ditemu bual. Selalunya untuk mencari
responden dalam menghasilkan sejarah lisan ialah semestinya responden pernah
mengalami peristiwa tersebut dan mempunyai kekuatan memori yang kuat walaupun
sudah berusia. Di samping itu, kita boleh menjadikan keterangan saksi mata sebagai
interviewee kerana mereka menyaksikan peristiwa tersebut walaupun tidak
mengalami. Hanya saksi mata dan orang mengalami peristiwa boleh dianggap sebagai
sumber sejarah lisan dan sumber itu adalah benar dan tiada tokak tambah.

Seterusnya, masalah sebelum pengkaji menjalankan projek sejarah lisan ialah


mendapat kerjasama interviewee. Untuk mendapatkan kerjasama daripada
interviewee terutama dalam kalangan orang-orang Melayu strata menengah dan
bawahan tidak akan menjadi masalah. Masalah akan timbul apabila berhubung dengan

9
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr), Alam Pensejarahan dari Pelbagai
Persepktif,1996,Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 48
4

golongan atasan khasnya peringkat pegawai tinggi kerajaan dan menteri. Untuk
mendapat keterangan sejarah lisan daripada golongan atasan merupakan masalah
besar. Terdapat dua sebab utama yang dapat dilihat pertama tidak mahu
mempersoalkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan perkara-perkara yang
melibatkan rahsia kerajaan serta untuk menjaga kepentingan kedudukan mereka dan
kedua mereka ini tidak dapat melapangkan masa kerana kesibukan 10. Di samping itu,
rakyat di Malaysia yang berbilang kaum, agak susah untuk mendapat kerjasama
kaum-kaum lain khas kepada orang cina, fokus kepada peristiwa 13 Mei. Hal ini
kerana mereka merupakan sumber proto yang pernah mengalami peristiwa tersebut.
Kerjasama ini agak susah kepada pengkaji Melayu untuk mendapatkan maklumat
yang dianggap sensitif berkemungkinan ramai di antara ahli keluarga interviewee ini
terkorban ataupun sikap segelintir golongan ini tidak berminat untuk memberi
maklumat berkaitan dengan peristiwa tersebut. Hal ini menyebabkan, pengkaji hanya
tertumpu pada kaum Melayu dan hasilnya hanya berdasarkan keterangan daripada
sebelah pihak sahaja.

Masalah seterusnya ialah masalah kewangan. Kebanyakan sesuatu projek yang


mahu dijalankan semestinya perlu mempunyai kewangan yang kukuh agar
pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan baik. Begitu juga dalam melaksanakan kajian
ini ia memerlukan bajet yang besar terutama dalam perbelanjaan yang melibatkan
penyediaan alat-alat perakam, perjalanan, surat-menyurat, memproses rakaman dan
sebagainya. Sebagai contoh, alat- alat perakam yang berharga sangat mahal dan
memerlukan kos yang tinggi jika alat perakam rosak. Selain itu, alat-alat perakam
mestilah di bawa lebih daripada satu kerana berkemungkinan terdapat masalah
terhadap alat perakam semasa melakukan interview. Oleh sebab itu, untuk
melaksanakan program sejarah lisan memerlukan kewangan yang tinggi. Di samping
itu, perbelanjaan perjalanan, juga diambil kira di mana aspek ini yang penting kerana
kenderaan yang dinaiki memerlukan kosnya tinggi untuk perjalanan ulang-alik. Oleh
itu, sebelum melaksanakan sesuatu projek perlu menubuhkan satu badan yang mampu
menampung perbelanjaan dalam program-program sejarah lisan. Jadi, di Malaysia,
pelaksanaan kaedah sejarah lisan masih berkurang kerana tiada badan yang mahu
menanggung perbelanjaan bagi pelaksanaan projek-projek sejarah lisan.

10
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr), Alam Pensejarahan dari Pelbagai
Persepktif,1996,Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 56
5

2.2 SEMASA MENJALANKAN PROJEK SEJARAH LISAN

Semasa menjalankan projek sejarah lisan maslah yang dihadap semestinya


dengan interviewee. Antara masalah yang kerap dihadapi ialah, seorang interviewee
memulakan wawancara dengan membaca keterangan yang telah tersediakan dengan
panjang lebar. Hal ini berlaku apabila interviewee telah menulis naratif yang panjang
lebar tentang pengalamannya dalam projek yang dikaji. Apabila hal ini berlaku,
interviewer hendaklah membiarkan interviwee membaca seketika dan
memberhentikan rakaman secara sopan. Apa juga cara yang digunakan jangan sesekali
menyinggung perasaan interviewee11. Oleh itu, apa yang harus dilakukan ialah
memberi pujian kepada interviewee yang bertukus-lumus menghasilkan naratif dan
meminta naratif yang ditulis untuk diteliti. Seterusnya, jika mendapati naratif tidak
mendapati maklumat mengikut tajuk kajian atau kurang menepati seperti yang
dikehendaki, maka gunakan sesi berkenaan untuk mendapatkan keterangan lebih
lanjut. Sebaliknya, jika interviewer berpuas hati dengan naratif yang ditulis oleh
interviewee, gunakan sesi berkenaan untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut
tentang maklumat yang sedia bertulis.

Seterusnya, semasa menjalankan projek sejarah lisan, masalah yang kerap


berlaku semasa menjalankan interview ialah interviewee memberi keterangan yang
bertentangan dengan soalan yang di utarakan dan tidak releven dengan dengan tajuk.
Oleh itu, sebagai interviewer tidak seharusnya tergesa-gesa untuk menarik interviewee
kembali kepada tajuk. Hal ini disebabkan takut interviewee tersinggung sekiranya
interviewer memberhentikan wawancara berkenaan12.Biarkan interviewer
meneruskan keterangannya sehingga selesai. Oleh itu, bahagian yang tidak diperlukan
boleh disunting semasa menjalankan proses transkripsi nanti. Sekiranya interviewer
masih berasa interviewee perlu kembali kepada tajuk, hendaklah mengajukan soalan
pendek yang menjurus untuk kepada pengakhiran ayat. Oleh itu, dapat mengelakkan
rasa tersinggung pihak interviewee. Jika interviewee tidak menjawab soalan yang
diutarakan oleh interview, sebagai interview yang berkebolehan mereka haruslah

11
Nadzon Haron, Panduan Penyelidikan dan pendokumentasian Sejarah Lisan,2012, Persatuan Sejarah
Malaysia, hlm 130
12
Nadzon Haron, hlm 131
6

pandai mengubah topic kepada topik asal dan tanpa menyebabkan interviewee berasa
hati. Hal ini membolehkan masa temu bual akan menjadi lebih panjang dan melalut.
Oleh sebab itu, seorang interview yang hebat dan mahir mampu mengawal situasi
yang dihadapi. Di samping itu, masalah yang akan di hadapi oleh interviewer ialah
interviewer yang kehabisan idea untuk memberi soalan kepada interviewee. Oleh itu,
mereka haruslah pandai bermain dengan kata tanya seperti mana, bila, siapa,
bagaimana dan sebagainya. Oleh itu, ia interviewer boleh cuba mengaitkan tajuk
untuk membina soalan baru dan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh
interviewee. Oleh itu, wawancara ini akan mengambil masa lebih lama dan terdapat
perkaitan antara soalan ke soalan yang disoalkan kepada interviewee.

Semasa berlaku sesi temu bual berlaku gangguan seperti bunyi mesej,
deringan telefon dan gangguan sampingan seperti kanak-kanak menangis, alat jentera
dan alat-alat penghawa dingin semasa temu bual dijalankan. Hal ini menyebabkan
hasil interview terganggu dan berlaku gangguan dalam proses transkripsi. Di samping
itu, semasa menggunakan alat perakam pasti alat perakam berfungsi dengan baik dan
pastikan alat perakam terpasang semasa memulakan sesi temu bual berlaku. Alat
perakam harus diletakkan berdekatan dengan interviewee supaya sesi temu bual dapat
dijalankan dengan baik tanpa banyak berlaku pergerakan. Kedua-dua pihak dalam sesi
temu bual hendaklah duduk, walaupun di atas sesi atau lantai dengan selesa sebab sesi
temu bual mengambil masa yang panjang. Selain itu, jika semasa sesi temu bual,
sumber mengatakan off the record? Maka, jika rakaman diteruskan, kita tidak boleh
menggunakan13. Jadi, apabila interviewee meminta rakaman diberhentikan dan kita
mesti memamtuhi kehendaknya apabila interview haruslah membawa alat perakam
yang lain rosak. Seterusnya, alat perakam haruslah dibawa lebih daripada satu
berkemungkinan alat perakam mengalami kerosakan dan menyebabkan sesi temu bual
tergendala seterusnya mengganggu emosi interviewee yang sudah bersedia untuk
ditemu bual.

Masalah yang kerap berlaku semasa berlangsung proses temu bual ialah
interviewee bangun untuk mencari sesuatu seperti gambar dan sebagainya semasa dia
sedang memberi keterangan14. Jika hal ini berlaku perjalanan temu bual akan
13
Jerini Amir, Teknik Wawancara, 2005,PTS Profesional Publishing,hlm 34
14
Nadzon Haron, Panduan Penyelidikan dan pendokumentasian Sejarah Lisan,2012, Persatuan Sejarah
Malaysia, hlm 132
7

terganggu dan mungkin menjejaskan hasil temu bual tersebut. Oleh itu, interviewer
hendaklah jangan membiarkan interviewee berbuat demikian. Interviewer cuba tunjuk
sikap minat ingin melihat objek berkenaan tetapi pada akhir sesi nanti. Seterusnya,
keterangan interviewer yang kurang jelas, hal ini menyebabkan interviewee tidak
dapat menjawaB soalan tersebut. Sebagai contoh, berlaku semasa lima belas minit
pertama semasa sesi temu bual, maka interviewer hendaklah melakukan catatan agar
dapat mengemukan soalan yang akan dikemukan kemudian. Sebaliknya, jika berlaku
selepas masa berkenaan soalan kejelasan boleh dikemukan ketika itu.

2.3 SELEPAS MENJALANKAN PROJEK SEJARAH LISAN

Terdapat satu lagi langkah dalam proses kaedah sejarah lisan iaitu proses
transkripsi iaitu satu proses mengadaptasikan tape kepada penulisan atau proses
transcribing. Di mana, terdapat tiga proses yang sangat penting iaitu sunting
dengar(auditing), penyuntingan(editing) dan penghasilan tanskrip kekal15. Di dalam
setiap proses mempunyai masalah yang harus diselesaikan. Proses ini disusun
mengikut kronologi atau mengikut topik.

Melalui proses sunting dengar(auditing), ini akan mengambil masa yang lama
dan harus dibuat secara berterusan. Hal ini disebabkan, jika proses ini diberhentikan
akan mengganggu perjalanan proses di mana terpaksa mendengar tape berulang kali.
Mengikut pengalaman ahli-ahli sejarah lisan di Amerika, hitung panjang bagi
memproses tiap-tiap satu jam rakaman akan mengambil masa yang lama iaitu antara
25 hingga ke-30 jam, ini tidak termasuk masa yang digunakan oleh interviewee bagi
menyemak draf transkripsi, manakala masa persediaan untuk temu bual yang berjalan
selama satu jam temu ramah, soal jawab, masa untuk persediaan dan memprosesnya
ialah antara empat puluh hingga kelima puluh jam16. Hal ini menyebabkan masa yang
diperuntukkan untuk sesuatu projek sejarah lisan adalah sangat lama. Selain itu,
pengkaji harus mendengar dengan teliti sebutan-sebutan yang diperkatakan oleh
interviewee dan harus ditulis dengan perkataan yang disebut oleh interviewee.

15
Ronald J.Grele.1987. On Using Oral History Collections: An Introduction. The Journal of American
History.Vol 74, No 2: 576
16
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr),Alam Pensejarahan dari Pelbagai
Persepktif,1996,Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 55
8

Pengkaji tidak boleh mengubah sebutan-sebutan tersebut kerana ini merupakan


proses sunting dengar dan merupakan proses peringkat awal dalam menghasilkan
sesuatu transkripsi. Permasalahan yang dialami oleh pengkaji semasa proses sunting
dengar ini ialah pengkaji harus mendengar beberapa kali untuk memastikan sebutan
yang digunakan oleh interviewee sama dengan apa yang ditulis oleh pengkaji dalam
transkripsi semasa proses transcribing berlaku.. Hal ini kerana, sesebuah transkripsi
seharusnya mempunyai bahagian temu bual yang asli sebelum melakukan pengeditan
sehingga menghasilkan transkripsi kekal. Dalam transkripsi kekal hanya maklumat
yang penting sahaja dan tidak diperlukan akan dibuang.

Selepas proses sunting dengar( auditing) akan disambung dengan proses


penyuntingan (editing), proses ini merupakan proses draf persediaan sehingga kepada
penyiapan transkripsi17. Proses mengedit transkrip mestilah dilakukan dengan tersusun
di mana pembaca akan membaca tanpa henti dan tertarik dengan transkripsi yang di
hasilkan. Selain itu, proses penyuntingan merupakan proses mengedit bahan-bahan
yang tidak ada kaitan dengan tajuk dan mengedit penggunaan bahasa basahan kepada
bahasa formal. Hal ini merupakan perkara yang sangat merumitkan dan mengambil
masa yang lama dalam mengedit semula kerana perlu menyusun semula ayat dan
memastikan penggunaan tatabahasa yang betul supaya mudah dibaca dan difahami.
Selain itu, pengkaji harus membaca transkripsi yang telah diedit beberapa kali supaya
bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam inskripsi dibuang dan hanya maklumat
yang diperlukan sahaja yang ada dalam transkripsi.

Selepas proses editing, maka terhasilah transkripsi kekal di mana, melalui


transkripsi kekal maklumat yang tidak pernah dianggap sebagai sumber sejarah telah
diguna pakai untuk rujukan pada masa hadapan. Selain itu, transkripsi kekal ini akan
diberi kepada interviewee, untuk simpan mereka, jika interviewee merasakan
maklumat yang ditulis oleh pengkaji mempunyai unsur-unsur yang boleh
menyusahkan interviewee18, maka pengkaji harus mengedit semula transkripsi
tersebut sebagai jaminan terhadap interviewee, walhal sebelum menghasilkan
transkripsi pengkaji harus menghasilkan draf transkripsi untuk diberikan kepada
interviewee untuk diteliti. Ini merupakan masalah yang sangat merumitkan kerana
17
Cullom Davis,Kathryn Back dan Kay Maclean,Oral History from Tape to Type,1977, Chicago American
Library Assocition, hlm 48
18
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr), hlm 53
9

terpaksa mengedit semula transkripsi yang sudah siap tersebut. Oleh itu, pengkaji
terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk mengedit dan mengubahsuai
transkripsi tersebut.

3.0 KESIMPULAN

Setiap projek yang dilaksanakan semestinya mempunyai masalah begitu juga


dalam melaksanakan projek kaedah sejarah lisan ini. Masalah-masalah yang kerap
berlaku bermula sebelum melaksanakan projek kaedah sejarah lisan sehinggalah
dalam proses pasca dalam menyiapkan projek sejarah lisan itu sendiri. Oleh itu,
dalam melaksanakan projek ini memerlukan kesabaran dan ketahanan mental terutama
semasa melakukan proses interview dan dalam proses menyiapkan transkripsi
tersebut.

Secara umumnya, dalam proses menyiapkan projek sejarah lisan ini kita akan
berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia dan halangan-halangan yang tidak dapat
dielakkan. Menurut Alessandro Portelli;

“the complexity of oral history as a sequence of verbal processes and constructs


generated by cultural and personel encounters in the context of fieldwork between the
narrator and the historian derives to a large extent from the rich heteroglossia
resulting from a dialogic shaping of discourse.”19

Hal ini menunjukkan kerumitan yang harus dihadapi oleh pengkaji dengan
narrator terutama untuk mendapat sumber-sumber maklumat sejarah yang tidak
pernah diungkai dan dihebahkan. Selain itu, pengkaji akan menghadapi kesulitan
apabila mahu memilih tajuk untuk projek sejarah lisan, di mana projek sejarah lisan
ini terbahagi kepada lima iaitu projek-projek am, projek berkenaan dengan perkara
tertentu, projek-projek sejarah kedaerahan, projek pelajaran dan latihan akhir sekali
projek yang dilaksanakan secara sukarela. Dalam lima jenis projek kajian sejarah lisan
ini, setiap projek yang dilaksanakan haruslah mempunyai impak dan kesan untuk
sumber sejarah yang baru. Selepas diteliti, kelima-lima jenis projek sejarah lisan ini
merupakan kaedah mengumpul keterangan–keterangan sejarah untuk kegunaan
19
Mary Chamberlain and Paul Thompson, Narrative & Gendre(contexts and type of
communication),2004,Transaction Publishers, hlm 23
10

pengkaji yang akan menggunakannya sebagai sumber sampingan untuk penulisan


sejarah yang berkaitan dan mempunyai impak tersendiri dalam sesuatu peristiwa..

Kesimpulan secara menyeluruh mendapati, permasalahan yang utama berlaku


dalam melaksanakan projek sejarah lisan ini ialah masalah mendapat seorang
interviewee, masalah ini sangat besar terutama mahu mendapatkan interviewee
berkaitan dengan sejarah Malaysia, fokus kepada masyarakat Melayu, di mana mereka
susah untuk berkerjasama dan memberi respon terhadap kehendak untuk maklumat
yang dianggap penting kepada sejarah negara. Berbeza dengan Amerika, untuk
mendapatkan seorang interviewee sangat mudah kerana mereka mempunyai persatuan
sejarah lisan. Selain itu, mereka mengutamakan maklumat daripada sumber proto ini
sebagai rujukan kerana sumber ini yang mengalami peristiwa tersebut. Oleh itu,
Malaysia harus memperbanyakkan lagi pertubuhan sejarah lisan yang memudahkan
sumber lisan ini ditemui dan disimpan sebagai rujukan pada masa hadapan.

4.0 RUJUKAN

Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee(pngr). 1996.Alam Pensejarahan dari Pelbagai
Persepktif. Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Chamberlain Mary and Thompson Paul.2004. Narrative & Gendre(contexts and type
of communication).Transaction Publishers
11

Davis Cullom, Back Kathryn dan Maclean Kay.1977.Oral History from Tape to Type.
Chicago American Library Assocition

Grele J.Ronald.1987. On Using Oral History Collections: An Introduction. The


Journal of American History.Vol 74, No 2: 576

Jerini Amir.2005.Teknik Wawancara. PTS Profesional Publishing

Nadzon Haron.2012. Panduan Penyelidikan dan pendokumentasian Sejarah Lisan.


Persatuan Sejarah Malaysia

Ritchie A Donald.2003.Doing Oral History. Oxford University Press Inc 198 Madison
Avenue. NY.

Sartono Kartodirdjo.1992. Pendekatan Ilmu Sosial Dalam Metodologi Sejarah.


Penerbitan PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta

Vansina Jan. 1961. Oral Tradition A Study in Historical Methodology. Terj. H.M.
Wright. Routledge & Kegan Paul Londan

You might also like