You are on page 1of 1

Pengenalan Sejarah Lisan Terdapat 2 jenis sumber lisan iaitu: 1.

Tradisi Lisan - satu sumber yang boleh dirujuk sebagai bahan bukti dalam kajian sejarah - sumber lisan wujud daripada sastera rakyat (folklore), mitos, lagenda, cerita asal usul - diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi - berubah-ubah isi penceritaan akibat tokok tambah dalam fakta - pengkaji perlu berhati-hati kerana terdapat ketidaktulinan fakta 2. Pengertian Sejarah Lisan - konsep sejarah lisan diperkenalkan oleh Allan Nevins (1948) - mengabadikan ingatan dan kenangan yang tidak direkodkan dalam bentuk tulisan - William Moss suatu proses menghasilkan sumber-sumber sejarah melalui teknik Wawancara, soaljawab yang dibuat di atas pita rakaman - Persidangan Pertama Sejarah Lisan di Lake Arrowhead (1966) satu cara bagi mendapatkan keterangan sejarah yang berbentuk lisan menambah dan bukannya menggantikan sumber-sumber bertulis Prosedur Sejarah Lisan 1. penyediaan kerangka projek sejarah lisan 2. menyediakan senarai orang yang hendak diwawancara 3. melakukan langkah formal bagi mengenali orang yang hendak diwawancara melalui: a) mengadakan pertemuan pra wawancara b) membuat penyelidikan latar belakang 4. membuat rakaman wawancara 5. membuat transkrip 6. menyediakan transkrip kekal dan penyimpanan pita rakaman - tokoh yang diwawancara dapat menyumbang maklumat bersejarah kerana penglibatan atau pengalaman yang mereka miliki, perhubungan dengan watak secara langsung, masa atau peristiwa tertentu - sejarah lisan boleh wujud di mana-mana, oleh kerana penyelidikan ini sangat berkaitan dengan sejarah, maka sebaiknya mereka yang terlibat dalam sejarah lisan mempunyai pengetahuan asas terhadap metodologi sejarah bagi membolehkan hasil yang dicapai benar-benar bermakna untuk sejarah.

You might also like