You are on page 1of 12

SENI TARIAN TRADISIONAL PANTAI BARAT MALAYSIA

Nazatur Shima Binti Sahanan

SENI TARI

Tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya. Tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya Tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi labi , tarian berdayung dan sebagainya

TARIAN ASLI Tarian ini dicipta berdasarkan lagu lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.

TARIAN INAI Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesarpembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

TARIAN JOGET Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia

TARIAN KUDA KEPANG Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penaripenari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasullullah dan para sahabat.

TARIAN ZAPIN Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi. Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

TARIAN MAK INANG Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.

PAKAIAN TRADISIONAL
Negeri Selangor Darul Ehsan

Negeri Sembilan Darul Khusus

Negeri Melaka

Negeri Johor Darul Takzim

You might also like