You are on page 1of 1

Tarian Mak Inang

TARIAN MAK INANG

Tarian ini mula di kesan asal-usulnya semenjak daripada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.Ianya merupakan suatu bentuk tarian yang amat popular pada masa itu sehinggalah ke
hari ini.Lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini adalah juga menjadi asal kepada terpilihnya
nama tarian ini dan ianya telah di gubah atas perintah Sultan Mahmud Syah yang memerintah
pada ketika itu.

Tarian dan lagu Mak Inang ini adalah sangat lembut dan mempunyai kualiti yang tinggi sebagai
persembahan kepada istana raja serta pembesar-pembesar luar negara yang datang melawat
Melaka pada ketika itu.Tarian ini juga turut di kenali sebagai Tarian Si Kembang Cina.Adakala
si penari akan memegang suatu kain skaf yang panjang untuk mengiringi persembahan mereka.

Tarian joget ini merupakan tarian yang paling popular di Malaysia. Ianya di persembahkan
menjelang sesuatu perayaan kebudayaan, meraikan majlis perkahwinan dan juga majlis sosial
yang lain.Asal-usul tarian joget ini telah di kesan dan di katakan mempunyai perkaitan dengan
elemen tarian Portugis yang mana telah di perkenalkan di Melaka semenjak daripada era
perdagangan rempah.

Tarian Joget ini di persembahkan oleh sepasang penari dengan kombinasi pergerakan tangan
dan kaki yang pantas.Ianya merupakan suatu tarian yang hebat dengan tempo yang pantas dan
amat di gemari di kalangan golongan muda dan tua.Ianya kebiasaannya boleh di lihat menjelang
suatu pesta kebudayaan dan juga majlis perkahwinan melayu.Di Melaka, ianya turut di kenali
dengan nama Chakunchak.

Tarian Zapin
Tarian zapin berasal dari kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Tarian
zapin bercorak tarian persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kepada langkah kaki2
penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari segi pakaian penari2 memakai
pakaian Melayu selengkapnya.

Alat muzik utama yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus, rebana, gendang dan
marakas.Anatara lagu2 berirama asli yang didendangkan mengikut irama zapin ialah lagu2 Lancang
Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain2 lagi.

Tarian ni ada tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat
kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan peringkat akhir
iaitu sebagai penutup tarian.

You might also like