You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Penghargaaan Pengenalan Tarian Kaum Melayu Tarian Kaum Cina Tarian Kaum India Tarian Kaum Iban Tarian Kaum Kadazan. Alat Muzik Kaum Melayu Alat Muzik Kaum Cina Alat Muzik Kaum India Alat Muzik Kaum Iban Alat Muzik Kaum Kadazan

2 3 4-5 6-7 8 9 - 10 10 11-12 13 14 15 16

PENGHARGAAN
1

Saya Muhamad Mirza Husaini bin Mahidi telah diberikan tugas oeh Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk menyediakan buku Skrap yang bertaju Tarian dan Alat Muzik di Negara Kita Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Azizah Bte Nordin kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga Saya ucapkan kepada ibubapa, ahli keluarga dan rakan-rakan kerana membantu mencari bahan dan bekerjasama bagi menyiapkan buku Skrap ini. Saya gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini seperti yang telah ditetapkan . Pengalaman menyiapkan tugasan ini sangatlah mencabar tetapi seronak. Sekian, terima kasih.

TARIAN DAN ALAT MUZIK DI NEGARA KITA


2

PENGENALAN Secara umumnya, Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada tarian- tarian yang terdapat di sini. Tarian-tarian kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan antara kaum majoriti di Malaysia benar-benar eksotik dan menawan. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Bagi sesetengah masyarakat, setiap tarian yang diwarisi mempunyai makna yang tersendiri. Kebiasaannya tarian-tarian ini diwarisi secara turun-temurun. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathak, bhrata natyam, singa, naga, kipas, ngajat dan sumazau.

TARIAN KAUM MELAYU

Kaum Melayu merupakan kaum majoriti iaitu orang yang paling ramai di Malaysia. Terdapat berbagai jenis tarian tradisional antaranya seperti tarian joget, tarian zapin, tarian lilin,tarian kuda kepang dan sebagainya. MAK YONG Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu KUDA KEPANG Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.

ZAPIN Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN GAMELAN Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu JOGET Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

TARIAN AYAM DIDIK Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik. TARIAN ULIK MAYANG Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncanggoncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri. TARIAN KAUM CINA
5

Orang cina adalah kaum yang kedua terbesar selepas orang melayu. Orang cina biasanya terkenal dengan Tarian Singa yang kerap kalinya dimainkan ketika musim perayaan iaituTahun Baru Cina. Tarian bagi masyarakat Cina adalah berasaskan kepercayaan dan tuah dalam kehidupn seseorang manusia. Tarian digunakan bagi merayakan hari-hari peryaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Dua jenis tarian sangat berkaitan dengan perayaan ini ialah Tarian Singa dan Tarian Naga. TARIAN SINGA Tarian singa lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina. Bagi menjayakan tarian ini, kostum singa dimainkan oleh dua penari. Seorang penari akan menggerakkan kepala dan pasangannya akan menggerakkan bahagian belakang kostum singa. Tarian singa ini akan diiringi oleh paluan gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah. TARIAN NAGA Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan serta kehormatan dalam budaya Cina dan dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tarian ini memerlukan sekurangnya 60 orang penari yang mahir bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian ini dipersembahkan dengan penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi menjadikannya seakan-akan naga yang bergerak.. TARIAN YANGGE Tarian yangge merupakan tarian tradisional cina yang berfungsi sebagai tarian meriah dan merupakan tarian gabungan antara tarian dan nyanyian. Tarian yangge pada awalnya merupakan tarian matahari dan ditarikan untuk mengusir roh jahat dan pemujaan dewa.

TARIAN BUNGA Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti
6

tarian-tarian yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita dengan lemah lembut. Pergerakan tarian in menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat.

TARIAN BUNGA TERATAI Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria seperti di zaman dahulu. TARIAN PAYUNG Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-kampung. Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia menggambarkan keindahan dan kegembiraan. TARIAN KIPAS Tarian kipas memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina tentang pentanda baik dan buruk. TARIAN KAUM INDIA
7

Bagi masyarakat India tarian adalah gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seorang manusia. Asalnya tarian India ini dari pertengahan zaman batu di mana manusia masih tinggal di dalam gua. Tarian India yang bersifat keagamaan ini dikaitkan juga dengan tarian tradisi yang dipersembahkan di kuil-kuil. Terdapat devadasis yang dianggap sebagai suruhan Tuhan, iaitu tarian pemujaan dikenali sebagai Bharata Natyam. Mahari pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.

GIDDHA Ia merupakan tarian masyarakat Punjabi dan dipersembahkan oleh penari wanita sahaja. Ia diibaratkan seutas tali atau rantai yang berpusar dengan rentak dan warna yang terkandung dalam Giddha dianggap perantaraan yang tepat bagi wanita untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan ayunan tangan yang gembira, mereka saling berhubung melalui rangkaian lagu rakyat dan memaparkan selendang yang cantik. BHARATA NATYAM Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu, India. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu alanippu, gatiswaram, sabdam, varnam, padam dan thillana. Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau tarian tulin dan Nritya mengandungi adarus atau unit tarian asas. Setiap adarus mengandungi tiga unsur, asas posisi berdiri, pergerakan kaki dan tangan. KHATAK Khatak berasal dari Negeri Uttar Pradesh dan Prajastan. Pada asalnya ia ditarikan oleh Masyarakat yang dipangil Khataras atau Tukang cerita (penglipurlara). Khatak juga dikenali selepas sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana. TARIAN KAUM IBAN Tarian ngajat adalah identiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan Sarawak. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik
8

dan asli kerana ia merupakan identiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban. Dahulu, ngajat bagi orang Iban adalah sejenis tarian pahlawan tradisional kaum Iban sebelum dan selepas berperang atau ngayau dalam bahasa Iban. Namun, kini tarian itu selalu dipersembahkan semasa musim perayaan seperti Gawai Dayak yang menandakan berakhirnya musim menuai pada 1 Jun setiap tahun. Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). NGAJAT BERBUNUH Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu. NGAJAT INDUK Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.

NGAJAT NGALU TEMUAI Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.

TARIAN NGAJAT LESONG Merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari
9

lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

NGAJAT PUA KUMBU Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.

TARIAN KAUM KADAZAN Salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar masyarakat adalah seni tari. Sabah juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian tariannya yang merangkumi tarian ritual dan moden. Seperti negeri-negeri yang lain, Sabah sememangnya kaya dengan tarian tradisional. Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalah Sumazau, Limbai, Sumayau, Magunatip, Adaiadai dan Daling-Daling. SUMAZAU Sumazau merupakan sebuah tarian tradisi suku kaum Dusun-Kadazan di Sabah. Bagi suku kaum Dusun di daerah Kota Belud, lebih dikenali sebagai mongigol. Sumazau bermaksud lompatan. Tarian Sumazau dimulai dengan lompatan-lompatan kecil mengikut cara pergerakan unggas. Tarian Sumazau dilakukan untuk upacara memuja kuasa ghaib, memuja semangat, upacara perubatan, tolak bala, jamuan besar atau 'mangi makan' serta memanggil semangat padi (monoluhut atau mangavau).

ALAT MUZIK KAUM MELAYU


10

Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan istimewa. Berbezabeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti diNegeri Melaka terdapat kesenian dondang sayang, nazam, dabus dan rebana keras. Di negeri Kelantan pula terdapat seni persembahan wayang kulit Kelantan, makyung, menora, tari asyik, dikir barat dan rebana kercing . Di Negeri Sembilan terdapat kesenian randai dan muzik cak lempong . Di Negeri Johor terdapat kesenian kuda kepang mabuk, zapin dan ghazal. Di Kedah pula terdapat jikey, wayang kulit gedek dan makyung laut . Di Perak terdapat dabus dan hadrah. Di Pahang pula terdapat muzik gamelan, joget gamelan dan lagulagu rakyat .Kesemua keseniankesenian di atas bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Antara medium komunikasi tradisi masyarakat Melayu yang penting ialah muzik tradisional Melayu. GAMBUS Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin REBAB Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai menghadap rebab. GONG Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya berdengung. BONANG CAKLEMPONG Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Muka caklempong licin. Caklempong
11

dimainkan untuk mengiringi pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan.

ANGKLUNG Diperbuat daripada batang buluh yang berbeza-beza ukurannya antara satu dengan yang lain. Tiap-tiap satunya mempunyai pitch tertentu, terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan adanya valve pada hujung lain. Dua atau tiga batang buluh dipasang pada satu bingkai yang juga diperbuat daripada buluh yang boleh bergerak bila bingkai tersebut digoyangkan. REBANA Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. GENDANG SILAT Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu. Temalang atau badannya diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit harimau. Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang diperbuat daripada kayu merbau. SERUNAI Serunai adalah alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat. NAFIRI Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan. Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja. Alat Muzik Kaum Cina
12

Kaum Cina memiliki kekayaan budaya muzik yang telah wujud dan berkembang sejak zaman dahulu. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan alat muzik yang dikenali sebagai "Jiahu" yang merupakan alat muzik tertua di dunia dan diperbuat daripada tulang binatang kira-kira 7000 tahun SM. Selain itu, terdapat juga buktibukti lain contohnya penemuan sebuah koleksi lonceng, drum, alat muzik tiupan dan alat muzik dawai pada makam bangsawan Yi dari Zeng pada abad ke-5 SM. PIPA Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. REHAB Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. YANGQIN Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera. SHENG Sheng adalah alat organ mulut. Ruang angin dibuat dari logam. Tiub-tiub dibuat daripada buluh. Tiub-tiub dari tembaga ditambah untuk mengeluarkan gema dan diletak pada bahagian atas yang lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu pelidah dan tujuh belas ruang pemetik.

ALAT MUZIK KAUM INDIA

13

Terdapat empat keluarga instrumen muzik India iaitu Tantrigad (alat muzik bertali), Anandha (alat muzik perkusi,Sushir (alat muzik jenis tiupan) dan Ghan (alat muzik logam). SITAR Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. DHOLAK Ianya juga dipanggil dholki mempunyai dua bahagian muka yang berbezza saiz. pic tinggi dihasilkan dengan memainkan bahagian kecil muka dan pic rendah dihasilkan dengan memainkan bahagian besar muka. mengiringi Qawwali

TABLA Ianya sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat India. Mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing. Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood. Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.India. NADASWARAM Nadaswaram merupakan alat muzik klasik India. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar.

ALAT MUZIK KAUM IBAN

14

ENGKERUMUNG Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu. Engkeromong begitu terkenal di kalangan suku kaum Iban dan sering digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian 'Ngajat'. Dalam konteks persembahan, engkeromong telah diatur di atas para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise, menaik dan menurun. SAPEH Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Sape dimainkan untuk hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.

ALAT MUZIK KAUM KADAZAN

dTOGUNGGAK
15

Dikenali sebagai Togunggak dikalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang. Bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum.

BUNGKAU Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazan dusun. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari.Getaran kepingan kayuini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya dihadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). SOMPOTON Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat muzik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. KULINTANGAN Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.

16

You might also like