You are on page 1of 18

1

Warisan Budaya di Malaysia - Pakaian Tradisional



Kaum Melayu

Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi
kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara
potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut
merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang
berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya
bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit
secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat,
Tulang Belut dan sebagainya.
Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil
potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu
secara di sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan
kekek.
Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga
biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam
sampin.

Pakaian Tradisional Kaum Melayu :


2

Kaum Cina

CHEONGSAM
*Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
*Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
*Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk
yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
* Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.



SAMFOO

* Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
* Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
* Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif
tertentu.

3

JUBAH LABUH

* Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
* Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.
* Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.



BAJU SHANGHAI

* Baju Shanghai ialah baju pendek yang dipakai oleh golongan wanita.
* Ianya dipadankan bersama skirt atau kain labuh.


4

Kaum India

SARI

* Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari.
* Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai.
* Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6 ela panjang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
* Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya
yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
* Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan
menyokong kain sari tersebut dari terlucut.










5

BAJU PUNJABI

* Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai
warnanya.


KURTA

* Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
* Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada
kain kapas atau linen.


6

Warisan Budaya di Malaysia - Alat Muzik Tradisional


GEDOMBAK

Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di
Kampuchea sebagai titik skor. Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu
sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.



SERUNAI

Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari
sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi,
zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan
Tunisia dan syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali
sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit.


7

Yang qin

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan
yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik
tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki
tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.
Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada
zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik
pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 1644), seiring dengan
perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat
dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut.
Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di
kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China.
Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat
muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.






8

Gambang

Gambang terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas
kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat
daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi
yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat
melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.













9

TARIAN MELAYU
MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja
wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan
drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang
mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu

KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan
kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang,
gong dan angklung




10

ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin,
sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari
Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN LILIN
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil
di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.


11

TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di
persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam
upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah
Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di
perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini
Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan
secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian
tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang
paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.

TARIAN CIK SITI WAU BULAN
Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main
gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan
permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian
ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar
dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.

12

JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang
disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu
era perdagangan rempah di situ.

TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah daerah di Kelantan yang
ditarikan di istana raja raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak geri bersifat lemah lembut dan
penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk
bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.
Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar
di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani
dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil
Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan
permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
13

Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan
dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan
sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik
biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.

TARIAN AYAM DIDIK
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga
ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta
oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis,
Kedah,Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan
tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di
Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.



14

TARIAN CERACAP INAI
Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya
di Johor.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda
mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan
ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh
kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur menyembah duli (sembah/ampun), merendahkan
diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan Raja Sehari/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti Bunga-bungaan Emas dan
bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan
kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan
berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita
sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru
Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

TARIAN ULIK MAYANG
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini
mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu
Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu
laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-
goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang
ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.

15

TARIAN CINA
TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina,
yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa
itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.
Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.






16

TARIAN NAGA

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan,
kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika
sambutan Tahun Baru Cina. Tarian ini juga dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun
yang baru. Selain itu, tarian naga merupakan sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi
paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian
yang tepat diantara penari-penarinya Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang penari
yang mahir bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini dipersembahkan dengan penuh
kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi menjadikannya seakan-akan
naga yang bergerak..














17

TARIAN INDIA
TARIAN BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata
Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya
perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata
yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara
lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita.Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali
sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

TARIAN KATHAK
Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian
ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks,
atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil,
kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok
pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater,
menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan.
Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak
abad ke-16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang
diimport oleh istana diraja era Mughal.

18

TARIAN BHANGRA.
Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan penglibatan dan
kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di India.Tarian ini lebih
memaparkan komuniti Sikh di Malaysia. Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud
yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari bagi tarian
ini yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang
pelbagai serta berwarna cerah. Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta
ketahanan seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt
melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan untuk tarian
ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti tholl ( drum ),
harmonika, tamborin dan klapper muzik. Kepopularitian Bhangra d Malaysia adalah berdasarkan
ianya seringkali di persembahkan pada majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan
kekeluargaan yang lain.

You might also like