You are on page 1of 10

KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN NEGERI

TERENGGANU DARUL IMAN



PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
Tarian Balai
Tarian Balai merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang berasal dari daerah-
daerah di negeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam
bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari
mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan di
bawah gelanggang. Payung ini mungkin merupakan simbol pemujaan semangat
padi. Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan
adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali
sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Persembahan Makyong Kelantan
dan Wayang Kulit Kelantan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu loghat
Kelantan juga boleh ditemui di Terengganu.


Tarian Gamelan
Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam
Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan
diikui oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Meriam
telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman dan telah membawa gamelan ke
Terengganu. Muzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan
untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai
sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik
yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak,
Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.


Tarian Rodat
Hingga ke hari ini belum dapat dipastikan dengan tepat bilakah Permainan Rodat ini
bermula di Terengganu. Mengikut para-para guru rodat di Terengganu, asal Rodat
yang sebenarnya ialah dari Timur Tengah. Ini berdasarkan lagu-lagu yang
dinyanyikan adalah disalin daripada Kitab Hadrah, begitu juga dengan Rebana Tar
yang digunakan hampir sama dengan rebana Hadrah.


Tarian Anak Burung Baniong
Tarian Anak Burung Baniong berasal dari Kampung Kuala Jingai, Hulu Dungun,
Terengganu. Tarian etnik ini juga dikenali sebagai Tarian Saba. Para penari
melakukan tarian di sekitar pohon Saba diiringi muzik tradisional dan bunyian yang
dihasilkan dari buluh disebut 'Kumbang'. Tarian ini pada asalnya ialah tarian ritual,
tetapi sekarang ini ia ditarikan hanya demi seni dan hiburan. Tarian itu adalah
gabungan dari tiga bentuk seni, iaitu lagu, muzik dan tari. Alat muzik
tradisional seperti Anak Ambang (Buluh), Anak cerating, rebana (drum besar) dan
Seruling (flute) menjadikan orkestrasi muzik, sedangkan lagu yang dinyanyikan
dalam ayat kontemporari.

Tarian Ulek Mayang
Tarian Ulek Mayang adalah tarian pra-Islam yang disertai dengan nyanyian dan muzik. Ia berasal dari
sebuah pulau terdekat yang tidak diketahui di mana. Ia seperti orkestra Melayu yang terdiri daripada
drum, gong, biola dan accordian digunakan (Shafiee Ahmad 1992). Tarian Ulek Mayang adalah tarian
menyembah dalam tarian Malayu. Tarian dimulakan dengan orang yang mendapat sakit sama ada
ketika dia menangkap ikan, bekerja di sawah atau kegiatan sehari-hari lain dalam masyarakat.
Pesakit kemudian akan disembuhkan oleh bomoh dengan cara tradisional. Tujuh pelakon berpakaian
cantik mewakili 7 putri yang datang untuk melawat pesakit ketika bomoh itu mengubatnya.
Kemenyan akan dibakar disertai dengan pantun dan tarian sepanjang ritual tersebut. Kadang-kadang
rebab dan seruling juga digunakan untuk mengiringi nyanyian yang dalam bentuk sajak dan puisi.
Meskipun suatu ketika dahulu Tarian Ulek Mayang pernah dilakukan untuk upacara ritual
masyarakat Melayu dengan tarikan gerakan yang lembut dan anggun, ia kini telah menjadi salah satu
tarian tradisional yang indah dalam budaya Terengganu. (Alih bahasa)




MAKANAN TRADISIONAL


Mas sejemput adalah salah satu kuih tradisonal Terengganu. Kuih ini diperbuat daripada putih telur
itik.Biasanya kuih ini akan menjadi kuih hantaran perkahwinan atau untuk
majlis akad nikah.

Kebanyakkan kuih-muih Terengganu di perbuat daripada ikan umpamanya kuih sata
ini. Isinya di perbuat daripada isi ikan dan di campur dengan sedikit tepung.
Dibungkus dalam daun pisang, dicucuk lau di bakar.Kalau nak lebih sedap isinya
biarlah dari ikan tenggiri.

Kenapa di panggil dengan kuih Lompat Tikam, saya pun tak tahu. Tapi rasanya yang
lemak di campur dengan kuah manisan menambahkan rasanya yang lazat.



Keropok Lekor memang sudah tidak asing lagi bagi penduduk Terengganu bahkan
kepada orang luar juga.Ia menjadi makanan ringan pada waktu petang. Boleh
dimakan dengan hanya merebus dan boleh juga digoreng.


Kalau berkunjung ke Terengganu dan tidak sah kalau tidak menikmati Nasi Dagang
untuk bersarapan. Pergilah mana-mana kedai makan atau gerai- gerai, anda boleh
menikmati Nasi Dagang yang berlaukkan ikan Tongkol atau orang Ganu panggil ikan
Aya.

Laksam ini diperbuat daripada terung berus , direbus dan digulung menjadi Laksam.
Kuahnya pula ialah santan yang di campur isi ikan. Di campur dengan sedikit ulam
dan cili ,rasanya umph..... sungguh enak sekali


Nasi Pulut Gaul Nyor atau Nyior adalah makanan sarapan pagi bagi penduduk
Terengganu. Pulut ini dimakan bersama ikan kering atau ikan panggang

Ketupat pulut atau ketupat daun palas boleh di dapati di warung-warung untuk
sarapan pagi. Boleh dimakan begitu saja atau dimakan dengan rendang

PAKAIAN TRADISIONAL


Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok.
Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.



Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain
samping pelikat berdagang luar.



Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar
pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat
pinggang.



Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk
berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang
digunakan juga sebagai penutup kepala.



Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warna-warni menggunakan teknik ikat celup.
Memakai kain kelubung selendang lepas.



Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara
tindih kasih.


Cantik-cantikkan busana Pakaian Terengganu, dengan pelbagai corak dan warna memang sesuai
kalau kita jadikan ia pakaian tatkala Hari Raya yang bakal menjelang nanti.Sebagai rakyat
terengganu khasnya, marilah kita sama-sama memelihara busana ini agar ia akan kekal sehingga
ke anak cucu kita dan tidak hanya ditelan zaman....













REKA BENTUK RUMAH



Rumah Limas Bungkus


Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis
ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada
abad ke-19, ia mula dibina di Terengganu.
Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah penggunaan sebatang bumbung yang lurus
mendatar dan empat batang perabung menurun ke cucuran atap. Rumah jenis ini
menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian serta dihiasi dengan ukiran. Ia
cukup popular dikalangan raja dan bangsawan. Di Terengganu, terdapat tiga buah
istana yang menggunakan rekabentuk ini iaitu Istana Tengku Anjang dan Istana
Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.



Rumah Limas Bungkus

Rumah Limas Bungkus ini yang dibina dengan kaedah pasang siap juga turut di
hiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan oleh tokoh pengukir
tempatan iaitu saudara Mohd Salizan bin Hj. Abd Rahman daripada Syarikat
Pakatan Jurukir Tradisional Sdn Bhd.
Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada
sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun
ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini
mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat.
Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.
Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala
atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.
Rumah tradisi negeri Terengganu iaitu "Rumah Limas Bungkus" memang cukup
indah serta mampu membuatkan hati kita terpegun apabila melihatnya.Hasil seni
pada ukiran kayu di rumah ini sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya daya
kreativiti dan keunikan pemikiran masyarakat terdahulu.Oleh kite sebagai orang
ganu kenalah hargai sumbangan orang dahulu nie dengan memeliharanya....

You might also like