You are on page 1of 16

Jenis-jenis Tarian Masyarakat di Malaysia

PENGENALAN
Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada
masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang
dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat
daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan
badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang
dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.

TARIAN MELAYU
MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan
kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki.
Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional
dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan
Melayu

KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari
menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci
Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung

ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan
oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir
yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN LILIN
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam
piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh
dengan kelembutan

TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula
di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul
Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah , adik perempuan kepada
Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku

Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera
kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu..Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni
tarian tersebut. Secara estetikanya, merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi
jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu

TARIAN CIK SITI WAU BULAN


Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan
seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain
lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti
Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau
di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang
terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.

JOGET

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan
rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan
gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis
yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah
di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.

daerah

Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah
lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu ,
lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka
pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam
berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah
Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan
menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan
raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang
dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan
membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang,
ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai

tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di
istana.

TARIAN AYAM DIDIK


Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada
gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa
lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan
masyarakat terutama diPerlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu
permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu
kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

TARIAN CERACAP INAI

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal
terutamanya di Johor.Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti
'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa
kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh
bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita.

TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Sarah
mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian
ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerahdaerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan
oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan
dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara
bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan
pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya.

TARIAN ULIK MAYANG

Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu,
tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15
orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya
sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan.

TARIAN INDIA
TARIAN BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana
untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan
kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita.Suatupersembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya ( Tarian Ekspressi ).

TARIAN KATHAK
Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India
Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam,
dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di
lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah
mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan
dan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi
muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini
terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti. Sejak abad ke16 seterusnya ia menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang
diimport oleh istana diraja era Mughal.

TARIAN BHANGRA.
Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk meraikan
penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab
di India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia. Setiap pergerakan di
dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri dalam usaha untuk memaparkan
suatu pergerakan yang artistik. Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada
kalangan lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna
cerah. Terdapat penekanan yang banyak terhadap skil dan kebolehan serta ketahanan
seseorang penari itu.Suatu ciri utama adalah pergabungan di antara ciri-ciri stunt
melangkaui daripada keupayaan artistik dan keupayaan fizikal.Lagu yang di gunakan
untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan di iringi instumen tradisional seperti
tholl ( drum ), harmonika, tamborin dan klapper muzik. Kepopularitian Bhangra d

Malaysia adalah berdasarkan ianya seringkali di persembahkan pada majlis seperti


perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan yang lain.

TARIAN CINA
TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Keduadua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian

singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.

TARIAN NAGA
Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan,
kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya
dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tarian ini juga dipercayai
membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Selain itu, tarian naga merupakan
sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan
simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara
penari-penarinya Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang penari yang mahir
bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini dipersembahkan dengan penuh

kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi menjadikannya
seakan-akan naga yang bergerak..

Assalamualaikum .. Cikgu Samsul Kamal..


Saya bersetuju dengan pandangan cikgu yang menyatakan bahawa aspek tanggungjawab
menjadi salah satu keutamaan bagi mewujudkan pembelajaran koperatif.Sekiranya tiada rasa
tanggungjawab dalam setiap diri pelajar, pembelajaran koperatif sukar diwujudkan.
Ada pelbagai cara yang boleh diambil oleh guru untuk menangani masalah gangguan
pembelajaran ini. Antaranya adalah dengan mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar
tersebut, menegur perbuatannya sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal, atau bercakap
dengan pelajar berkenaan untuk menasihatinya pada akhir pelajaran. Namun, dengan
melakukan hal-hal ini tidak bermakna guru akan berjaya menangani masalah tersebut dalam
jangka masa yang panjang. Apa yang penting adalah untuk guru itu meningkatkan semula
semangat pelajar untuk belajar dan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Amat penting bagi
pelajar mempunyai motivasi untuk belajar dan bertanggungjawab atas apa yang dipelajari.
Pembelajaran Kooperatif telah terbukti sebagai satu cara pengajaran alternatif yang dapat
melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Menurut Panitz (1998), Pembelajaran
Kooperatif ialah an instructional strategy that employs a variety of motivational techniques to
make instruction more relevant and students more responsible. Melalui strategi-strategi
Pembelajaran Kooperatif, pelajar-pelajar didapati lebih bermotivasi untuk belajar dan
bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.
Ini bermakna guru harus bertanggungjawab mengajar dengan cara yang menarik untuk
melibatkan pelajar secara aktif. Guru juga harus berusaha memastikan para pelajar disediakan
dengan kemahiran-kemahiran sosial dan nilai-nilai murni untuk mempersiapkan diri mereka bagi
menghadapi kehidupan masa depan bukan setakat untuk menyediakan mereka untuk
peperiksaan dan ujian semata-mata. Perinteraksian yang lebih mendalam antara guru dan
pelajar amat penting bagi memastikan hubungan yang berpanjangan serta dapat mewujudkan
minda yang sentiasa aktif dalam pencarian ilmu.

Selamat Sejahtera ..Cikgu Liew See Ting


Pelajar-pelajar yang mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah sering kali dianggap
sebagai pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Memang terdapat pelbagai sebab
perlakuan mereka itu sebegitu. Kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai murni seperti hormat
dan bertanggungjawab adalah antara faktor yang menyebabkan para pelajar ini bersikap
sedemikian. Selain itu, kurangnya motivasi dalam apa yang diajarkan oleh guru juga menjadi
penyebab utama masalah di dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar ini rata-rata lemah sedikit
berbanding dengan pelajar-pelajar lain dan banyak kesabaran diperlukan untuk mendidik
mereka.
Pembelajaran Kooperatif pula mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat
meningkatkan pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya mengajarkan
nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berguna kepada pelajar. Dalam hal ini, guru dapat juga memperkukuh kesedaran tentang nilai
hormat dan bertanggungjawab dalam diri pelajar melalui Pembelajaran Kooperatif. Ini dilakukan
dengan 'mengajarkan' nilai-nilai ini ketika para pelajar bekerja dalam kumpulan masing-masing.
Misalnya, nilai hormat - dapat dipraktikkan apabila setiap anggota kumpulan berdiam dan
mendengarkan pendapat atau input rakan mereka tanpa membuat sebarang 'judgement' atau
pengadilan. Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu giliran masingmasing untuk mengemukakan pandangan, tanpa membuat celahan.
Nilai hormat juga dapat dilihat apabila para pelajar dididik agar menunjukkan reaksi melalui raut
wajah atau gerak-geri yang positif ketika mendengar pendapat rakan. Nilai bertanggungjawab dalam Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan belajar bahawa 'we sink or swim together'.
Maknanya, pelajar-pelajar dalam kumpulan harus bekerjasama dan bertanggungjawab untuk
membantu setiap ahli memahami konsep yang dipelajari, dan saling membantu rakan yang
dipilih

untuk

mewakili

kumpulan

dalam

memberikan

jawapan/pembentangan.

Nilai

bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti-aktiviti yang menginginkan setiap ahli kumpulan
memegang peranan khusus demi memastikan tugasan yang diberikan kepada kumpulan itu
terlaksana dengan sebaik mungkin secara bekerjasama. Selain itu, melalui Pembelajaran
Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan sedemikian
bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Strategi-strategi
Pembelajaran Kooperatif juga membantu pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran
mereka sendiri dan guru bertindak selaku fasilitator. Aktiviti-aktiviti yang menarik dalam strategi

Pembelajaran Kooperatif membantu pelajar lebih fokus terhadap apa yang dipelajari, justeru
mengelakkan mereka daripada melakukan gangguan-gangguan di bilik darjah.

You might also like