You are on page 1of 3

Salam 1 Malaysia..

Analisis gravimetri adalah merupakan satu kaedah yang tepat dalam analisis kuantitatif makro. Kaedah
ini berdasarkan penyukatan atau perubahan jisim yang melibatkan proses pemendakan, pengasingan
danpenimbangan. Dalam proses ini, analit atau bahan larut ditukarkan kepada bahan yang tak terlarut
(mendakan).Teknik ini digunakan secara meluas dalam industri logam dan perlombongan seperti
penentuan nikel daripadaaloi. Terdapat 4 jenis kaedah analisis gravimetri iaitu:
1.Kaedah pemendakan
2.Kaedah elektrogravimetri
3.Kaedah pemeruapan
4.Kaedah partikulat
8-hidroksikuinolin sesuai digunakan untuk memisahkan ion logam dengan cara pemendakan. Untuk
memendakkan logam tersebut, maka 8-hidroksikuinolin atau juga dikenali sebagai oksin digunakan.
Sebagai contoh untuk mengenapkan ion kuprum atau ion ferum, maka 8-hidrosikuinolin boleh
digunakan.
Dimetil glioksim merupakan sejenis sebatian kimia yang mempunyai formula CH3C(NOH)C(NOH)CH3.ianya
merupakan agen pemendakan bagi proses gravimetri nikel. Dimetil glioksim digunakan untuk mengesan
nikel yang dijumpai oleh LA Chungaev pada tahun 2005. Tindak balas yang berlaku di mana satu elektron
daripada dimetilglioksim akan berpadu secara ikatan hidrogen. Tindak balas pemendakan itu akan
menghasilkan satu bahan dengan warna merah cerah.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..Saya bersetuju dengan pandangan yang cikgu utarakan..

Bahan Atom .
Terdiri dari atom sahaja .Semua logam adalah bahan atom. Contohnya besi, plumbum, dan natrium
.Atom dalam bahan atom tersusun rapat & teratur dalam kedudukan tetap. Atom dalam bahan atom
diikat kuat melalui ikatan kimia yang kuat
Bahan Molekul
Molekul terdiri daripada dua atau lebih atom-atom yang dipegang bersama (held together)oleh suatu
ikatan kimia. Molekul juga adalah zarah yang tidak bercas.
Molekul boleh terdiri daripada atom dari unsur yang sama, contohnya molekul oksigen (O2),molekul
nitrogen (N2), molekul hidrogen (H2) dan molekul sulfur (S8).
Molekul boleh juga terdiri daripada atom dari dua atau lebih unsur yang tidak sama,contohnya molekul
air (H2O) yang terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen,dan karbon dioksida (CO2)
yang terdiri daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen.
Sesetengah molekul boleh menjadi terlalu besar, contohnya kuinin (quinine) yang merupakan dadah
yang digunakan bagi merawat pesakit malaria, mempunyai formula C20H24N2O2.
Bahan Ion .
Bahan ion terbentuk apabila atom logam berpadu dengan atom bukan logam untuk membentuk ikatan
Natrium klorida, plumbum(II)bromida dan magnesium oksida merupakan contoh sebatian ion .
Contohnya, apabila natrium(logam) bertindakbalas dengan klorin(gas) membentuk sebatian, atom
natrium kehilangan elektron membentuk ion natrium Na+. Atom klorin menerima elektron membentuk
ion klorida Cl- Atom Natrium ion natrium + elektron Atom klorin + elektron ion klorida.

You might also like