You are on page 1of 8

TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional


dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa
itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian
hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan
penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan


adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan
orang Cina. Tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang
Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun
lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa
Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

TARIAN SUMAZAU
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi
rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada
Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang
dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak
penerbangan burung helang yang disaksikan petanipetani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai.
Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah
bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain
tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti
tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam
dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri
daripada lelaki dan perempuan dengan memakai
pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan
dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong

yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak


yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong
Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan
desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan
diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama
kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut.
Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap
hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan
langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan
diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan
dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa
menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan,
namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut
kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa
dilakukan pada selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum
lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba
hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik
menggunakan benang berwarna emas. Penari
perempuan dihiasi dengan selendang serta
talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit

syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan


memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta
menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis
keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlismajlis keraian menyambut ketibaan orang-orang
kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua
yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan
peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut
tanpa memakai pakaian tradisional hitam

TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat sangat popular dalam
kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi
orang-orang Iban ialah tarian semasa
menyambut Hari Gawai orang-orang Iban
sebelum berperang dan selepas musim menuai.
Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan
selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan
langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak
yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang
rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan

orang yang menyambut gawai untuk berayah


sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan
memegang perisai kayu di tangan kiri dan
pedang di tangan kanan lalu menari seperti
berdepan dengan musuh dengan menghayunkan
badannya ke kiri dan ke kanan

TARIAN INANG

Tarian Inang merupakan versi moden bagi


tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia
sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial.
Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana,
biola dan gendang. Semasa menari, para penari
melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman


Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat
terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya
terkenal pada hari ini.
Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian
ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan
Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.
Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan
kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar
kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada
Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian
ini sungguh mempersonakan dan mempunyai
kualiti persembahan istana.Tarian ini juga
dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.
Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali
sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak

Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis


keramaian dan perkahwinan.

You might also like