You are on page 1of 9

GAMBAR TARIAN

PETIKAN
PENGENALAN
Malaysia merupakan negara berbilang kaum. Masyarakatnya terdiri daripada
masyarakat Melayu, India, Cina, Iban dan Sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat
dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya.
Para karyawan dan budayawan sering mengetengahkan idea-idea baru dalam
menyuburkan semangat kecintaan terhadap warisan budaya masing-masing. Tarian dapat
didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakan badan, kaki dan tangan mengikut rentak
muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul
dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathak,
bhrata natyam, singa, kipas, ngajat dan sumazau
TARIAN MELAYU

TARIAN MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini
merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur
ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik, vokal, lagu, cerita dan teks percakapan
yang formal dan bersahaja. Ia dicipta untuk hiburan kerabat di-Raja khususnya dari
golongan Selatan Thailand. Tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan
nyanyian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu. Ia juga sesuai dipersembahkan selepas penduduk kampung selesai menuai padi di
bendang.



TARIAN ZAPIN

Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. Perkataan zapin
berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah, tarian ini pada mulanya
adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut, Yaman Selatan oleh
pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan dalam amalan berzikir untuk
menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah Tamadun Islam. Kini, tarian zapin masih lagi
dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh, majlis perkahwinan,
majlis perasmian dan sebagainya.

TARIAN GAMELAN

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-
17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam
tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain. Menurut Tengku Mariam, pada
asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33
jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini
dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita dan boleh dipentaskan secara
dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari
tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian
yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.


TARIAN SUMAZAU
Tarian sumazau adalah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu
acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda
kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat dan untuk
mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang
mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang
menggambarkan burung yang sedang terbang.








TARIAN NAGA

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam masyarakat Cina.
Seperti tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina
kerap menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.
Pada pendapat orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin upacara untuk menyambut seorang dewa,
bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat daripada Tuhan mereka.





TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan sejenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana
melibatkan 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas Cina
mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat Cina di mana dewa-dewi pada masa lalu
sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu
kepercayaan masyarakat Cina yang mana mereka percaya "Feng Shui" iaitu suatu
kepercayaan masyarakat Cina umumnya tentang suatu petanda yang baik atau buruk
terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya
tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Feng Shui" yang baik kepada seluruh anggota
masyarakat. Para budayawan Cina amat menitik berat kepercayaan tersebut sehingga ke
hari ini.





TARIAN INDIA

TARIAN KATHAK
Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari bahagian utara
India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India iaitu katha yang bermaksud "seni
bercerita" . Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-
dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah dan menjadi
kegemaran maharaja dan maharani pada ketika itu.
Pada kurun ke-11 dan 12, sewaktu pemerintahan era mogul di India, persembahan tarian
Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga
telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing)
diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.




TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik
dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba yang memaparkan lebih dari 100
gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk
dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda
lima tahun iaitu semasa mereka masih berada dalam prasekolah lagi.






TARIAN IBAN
Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa
menyambut Hari Gawai. Penari memakai pakaian tradisional seperti sirat, gagung atau baju
burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang
tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit
kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan
ke bawah. Penari akan melompat bersama iringan lagu di mana setiap rentak yang
dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi yang menarik tentang tarian
ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu
menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke
kanan. Alat-alat muzik tradisional yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong
besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali
seperti gitar.


KESIMPULAN
Terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian masyarakat di Malaysia. Semua jenis tarian
mempunyai sejarah dan tujuan yang tersendiri. Justeru itu, peranan para seniman dan
seniwati yang terlibat secara langsung dalam menjayakan sesuatu persembahan drama tari
atau melalui seni lakonan perlu diberi perhatian khususnya pihak kementerian. Sebagai
rakyat Malaysia kita hendaklah mengenali budaya setiap masyarakat yang ada di negara
kita. Sebagai contoh, mengetahui serba sedikit mengenai budaya tarian dan juga budaya-
budaya lain masyarakat di Malaysia. Oleh itu, secara tidak langsung kita dapat menyokong
saranan Perdana Menteri tentang slogan 1 Malaysia.

You might also like