You are on page 1of 26

KATA NAMA

Jadikan soalan-soalan di kertas ini sebagai ujian bagi murid-murid


1 · 2 · 3 · 4 · 5 · 6 · 7 · 8 · 9 · 10 · 11 · 12 · 13 · Markah: 0.00% | Progres:
14 · 15 · 16 · 17 · 18 · 19 · 20 · 21 · 22 · 23 · 24 · ±00:04
25 · 26 · 27 · 28 · 29 · 30 · 31 · 32 · 33 · 34 · 35 · 0/36 | Masa: / 60:00
| Sudah Tamat
36

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1    Senjata tajam  yang sering digunakan oleh orang Melayu pada zaman dahulu ialah
__________.

A keris
B pistol
C meriam
D senapang

Huraian

A. Keris - bermaksud sejenis senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan
berkelok-kelok).

B. Pistol - bermaksud sejenis senjata api berlaras pendek dan kecil.

C. Meriam - bermaksud sejenis senjata api yang lebih besar daripada senapang.

D. Senapang - bermaksud sejenis senjata yang berlaras dan berpeluru (lebih besar dan
panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam),
bedil.

(ID:1343847960432 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
2    Panglima itu menghunus __________ lalu  memancung musuh-musuhnya.

A seligi
B pistol
C tombak
D pedang

Huraian

A. Seligi - bermaksud sejenis senjata seperti lembing (diperbuat daripada ruyung, buluh,
dan lain-lain yang ditajamkan).
B. Pistol - bermaksud sejenis senjata api berlaras pendek dan kecil.
C. Tombak - bermaksud sejenis senjata seperti lembing yang bermata dan bergagang
panjang.
D. Pedang - bermaksud sejenis senjata yang panjang bilahnya, biasanya tirus di
hujungnya dan tajam.

(ID:1343847960514 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

3    Kakak terlebih memasukkan __________ ke dalam gulainya menyebabkan gulai itu
terasa masin.

A gula
B asam
C garam
D bawang

Huraian

A. Gula - bermaksud benda manis yang dibuat daripada pati (air) tumbuh-tumbuhan
dan buah-buahan (seperti tebu, kelapa, anggur).
B. Asam - bermaksud segala sesuatu yang masam rasanya.
C. Garam - bermaksud bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yang diperoleh
daripada air laut atau dari dalam tanah dan mempunyai banyak kegunaan
(termasuk sebagai perasa dan pengawet makanan), natrium klorida.
D. Bawang - bermaksud sejenis tumbuhan (bebawang) yang umbinya dimakan.

(ID:1343847960516 )
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

4    Lauk-pauk di atas meja itu ditutup dengan tudung __________.

A saji
B kertas
C kepala
D kereta

Huraian

A. Saji - bermaksud makanan yang telah dihidangkan (sedia untuk dimakan).

B. Kertas - bermaksud sejenis bahan dalam bentuk helaian nipis yang dibuat daripada
kayu dan lain-lain yang padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dan lain-lain.

C. Kepala - bermaksud bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau
ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dan lain-lain), hulu.

D. Kereta - bermaksud kenderaan yang memakai roda (ditarik oleh binatang atau
digerakkan oleh enjin).

(ID:1343847960425 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5    Tiap-tiap petang Arman pergi memancing __________ di sungai.


A ikan
B katak
C buaya
D ketam

Huraian

A. Ikan - bermaksud sejenis binatang yang hidup dalam air dan bernafas melalui insang
(bertulang belakang).

B. Katak - bermaksud sejenis binatang yang melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan
tidak berekor; jenis-jenisnya.

C. Buaya - bermaksud sejenis reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di
air.

D. Ketam - bermaksud sejenis binatang, kulit luarnya keras, berkaki sepuluh dan bersepit.

(ID:1343847960434 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6    Pelbagai jenis __________ ada dijual di butik itu.

A kereta
B basikal
C pakaian
D motosikal
Huraian

A. Kereta - bermaksud kenderaan yang memakai roda (ditarik oleh binatang atau
digerakkan oleh enjin).

B. Basikal - bermaksud sejenis kenderaan beroda dua yang ditunggang dengan


mengayuh pedalnya.

C. Pakaian - bermaksud sesuatu yang dipakai (baju, seluar, kasut, dan lain-lain).

D. Motosikal - bermaksud sejenis kenderaan beroda dua yang dijalankan dengan enjin.

(ID:1343847960404 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

7    Abang saya akan bertolak ke Kuala Lumpur malam ini dengan menaiki __________
ekspres.

A bas
B beca
C sampan
D kapal layar

Huraian

A. Bas - bermaksud sejenis kenderaan besar yang membawa penumpang yang


beroperasi, biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu.

B. Beca - bermaksud sejenis kenderaan beroda tiga untuk seorang atau dua
penumpang yang dikayuh oleh seseorang.

C. Sampan - bermaksud sejenis perahu kecil.

D. Kapal layar - bermaksud kapal yang bergerak dengan menggunakan layar.

(ID:1343847960431 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

8    __________ itu sedang menghidangkan minuman kepada penumpang kapal terbang.

A Polis
B Pramugari
C Pramugara
D Peguam

Huraian

A. Polis - bermaksud yang menjaga keamanan


negara.
B. Pramugari - bermaksud pelayan kapal terbang
perempuan.
C. Pramugara - bermaksud pelayan kapal terbang
lelaki.
D. Peguam - bermaksud orang yang pekerjaannya
mengemukakan tuntutan guaman di
mahkamah atau memberi nasihat
atau bantuan guaman kepada
pelanggannya.

(ID:1343847960415 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

9    Amin ialah __________ Tahun 3 Merah yang terbaik sekolah kami pada tahun ini.

A guru
B murid
C pekerja
D pegawai

Huraian

A. Guru - bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh.


B. Murid - bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar,
penuntut.
C. Pekerja - bermaksud orang yang bekerja (lazimnya untuk mendapat bayaran atau
memperoleh pendapatan).
D. Pegawai - bermaksud orang yang menjalankan tugas.

(ID:1343847960438 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

10    Sepasukan __________ sedang menjalani latihan kawad di kem itu.

A askar
B kerani
C doktor
D murid

Huraian

A. Askar - bermaksud tentera, perajurit.


B. Kerani - bermaksud pekerja di pejabat yang membuat kerja-kerja rencam (seperti
pengurusan surat, fail, rekod, dokumen).
C. Doktor - bermaksud orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan.
D. Murid - bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar,
penuntut.

(ID:1343847960515 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

11    Kita boleh menonton pelbagai rancangan melalui __________.

A televisyen
B parabola
C audio
D radio

Huraian

A. Televisyen - bermaksud penyiaran (pemancaran)


gambar hidup (gambar bergerak)
berserta bunyi menerusi kabel atau
udara pada skrin atau kaca peti
televisyen.
B. Parabola - bermaksud aerial berbentuk
mangkuk besar untuk menerima
isyarat dari satelit.
C. Audio - bermaksud berkaitan dengan bunyi
atau pendengaran.
D. Radio - bermaksud pemancaran
(penghantaran, pengiriman, siaran)
bunyi dan lain-lain menerusi udara.

(ID:1343847960512 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

12    Haji Kassim telah dilantik sebagai __________ di Masjid Kampung Melur.

A guru
B bilal
C doktor
D peguam

Huraian

A. Guru - bermaksud orang yang mengajar,


pendidik, pengajar, pengasuh.
B. Bilal - bermaksud orang yang kerjanya
meneriakkan azan apabila masuk waktu
sembahyang, tukang bang, tukang azan,
mudin, muazin.
C. Doktor - bermaksud orang yang berkelayakan
(bertauliah) mengamalkan perubatan.
D. Peguam - bermaksud orang yang pekerjaannya
(profesionnya) mengemukakan tuntutan
guaman di mahkamah atau memberi
nasihat atau bantuan guaman kepada
pelanggannya.

(ID:1343847960437 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

13    Setiap pagi kita akan mendengar kicauan __________.

A ayam
B burung
C itik
D angsa

Huraian

A. Ayam - bermaksud sejenis unggas yang biasanya diternak.


B. Burung - bermaksud binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang),
unggas.
C. Itik - bermaksud sejenis binatang yang lebih kecil daripada angsa, bebek.
D. Angsa - bermaksud sejenis itik besar.
(ID:1343847960511 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

14    Mereka akan berkelah di tepi __________ pada hari hujung minggu nanti sambil
mandi-manda.

A sawah
B dusun
C hutan
D pantai

Huraian

A. Sawah - bermaksud tanah yang bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang.
B. Dusun - bermaksud kampung yang terpencil, dukuh, kebun buah-buahan.
C. Hutan - bermaksud kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba.
D. Pantai - bermaksud tebing atau tepi laut (tasik) yang diliputi pasir (batu-batu kecil atau
besar).

(ID:1343847960436 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

15    Sewaktu musim banjir, Pak Harun menyirat __________ nya yang koyak.

A bubu
B pukat
C perahu
D pakaian

Huraian

A. Bubu - bermaksud beberapa jenis alat penangkap ikan (berupa bakul yang
membolehkan ikan masuk tetapi menghalangnya keluar).
B. Pukat - bermaksud sejenis jaring besar dan panjang untuk menangkap ikan, biasanya
digunakan di laut.
C. Perahu - bermaksud sejenis kenaikan (daripada kayu dan lain-lain di air dan biasanya
tidak mempunyai geladak, sampan besar.
D. Pakaian - bermaksud sesuatu yang dipakai (baju, seluar, kasut, dan lain-lain).
(ID:1343847960421 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

16    __________ itu sedang menyelitkan sekuntum bunga pada rambutnya.

A Gadis
B Lelaki
C Jejaka
D Datuk

Huraian

A. Gadis - bermaksud anak perempuan yang sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak
dara.
B. Lelaki - bermaksud jantan (lebih halus), lawan perempuan.
C. Jejaka - bermaksud anak lelaki yang telah dewasa (tetapi belum berkahwin), (orang)
bujang, pemuda.
D. Datuk - bermaksud bapa kepada ayah atau ibu seseorang.

(ID:1343847960440 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

17    Kakak saya bekerja sebagai __________ di Hospital Kota Bharu.

A polis
B bomba
C peguam
D jururawat

Huraian

A. Polis - bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan


undang-undang.
B. Bomba - bermaksud pasukan yang bertugas untuk memadamkan kebakaran.
C. Peguam - bermaksud orang yang ahli dalam bidang undang-undang, yang biasanya
menjadi pembela atau pendakwa dalam sesuatu perkara di mahkamah.
D. Jururawat - bermaksud orang (lazimnya perempuan) yang kerjanya merawat orang
sakit (di hospital).
(ID:1343847960426 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

18    Banyak binatang liar yang ganas tinggal di dalam __________.

A sungai
B laut
C sawah
D hutan

Huraian

A. Sungai - bermaksud tali air yang semula jadi, batang air, kali.
B. Laut - bermaksud air masin yang menggenangi sebahagian besar daripada muka
bumi, lawan darat.
C. Sawah - bermaksud tanah yang bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang.
D. Hutan - bermaksud kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba.

(ID:1343847960429 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

19    Pak Kassim menutup pintu __________ apabila semua ayam sudah masuk ke
dalamnya.

A reban
B rumah
C sarang
D kandang

Huraian

A. Reban - bermaksud  kandang untuk ayam (itik).

B. Rumah - bermaksud binaan untuk tempat tinggal.


C. Sarang - bermaksud tempat diam burung dan lain-lain (tempat berteduh, bertelur,
memelihara anak, dan lain-lain).

D. Kandang - tempat atau ruang yang berpagar dan sebagainya (untuk binatang,
terutamanya pada malam hari).

(ID:1343847960403 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

20    Kelihatan beberapa ekor __________ sedang berkubang di dalam petak sawah itu.

A lembu
B kerbau
C biri-biri
D kambing

Huraian

A. Lembu - bermaksud sejenis binatang ternakan


untuk mendapatkan susu dan
dagingnya.
B. Kerbau - bermaksud sejenis binatang peliharaan
(seakan-akan lembu rupanya tetapi
lebih besar dan kulitnya biasanya
berwarna kelabu atau kehitam-
hitaman).
C. Biri-biri - bermaksud sejenis binatang ternak
(seperti kambing) yang berbulu tebal,
diternak untuk bulu atau dagingnya.
D. Kambing - bermaksud sejenis binatang mamalia
seperti domba atau biri-biri.

(ID:1343847960517 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

21    __________ yang berbalut cantik itu untuk hari jadi rakannya.

A Bunga
B Kerusi
C Kereta
D Hadiah

Huraian

A. Bunga -

B. Kerusi -

C. Kereta -

D. Hadiah -

(ID:1343847960393 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

22    Salmi memasukkan tiga kuntum __________ ke dalam bakulnya.

A daun
B bunga
C lalang
D rumput

Huraian

A. Daun - bermaksud  bahagian tumbuh-tumbuhan yang biasanya leper dan nipis,


berwarna hijau, dan tumbuh di dahan.

B. Bunga - bermaksud bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang


dan berbau harum.

C. Lalang - bermaksud sejenis tumbuhan (rumput yang tinggi), Imperata Cylindrica


(Imperata Contracta).

D. Rumput - bermaksud sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil,
biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya).

(ID:1343847960423 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

23    Azman mempunyai dua orang __________ dan seorang adik lelaki.
A ayah
B abang
C nenek
D kakak

Huraian

A. Ayah - bermaksud bapa atau orang tua.


B. Abang - bermaksud saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang (biasanya seibu
seayah dengannya).
C. Nenek - bermaksud orang tua kepada emak atau ayah (umumnya emak kepada ibu atau
bapa).
D. Kakak - bermaksud saudara perempuan yang lebih tua.

(ID:1343847960414 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

24    Tandan kelapa sawit itu dipotong dengan sebilah __________ yang diikat pada galah.

A gergaji
B gunting
C sabit
D keris

Huraian

A. Gergaji - bermaksud alat yang bergerigi pada matanya untuk memotong kayu dan lain-
lain.

B. Gunting - bermaksud alat untuk memotong kain (rambut, kertas, dan lain-lain) yang
terdiri daripada dua bilah logam yang dirangkapkan.

C. Sabit - bermaksud sejenis pisau yang melengkung ( untuk memotong padi, rumput,
dan lain-lain).
D. Keris - bermaksud keris sejenis senjata bermata dua yang tajam ( bilahnya lurus dan
berkelok-kelok).

(ID:1343847960394 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

25    Sepasukan ahli __________ sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu.

A jururawat
B tentera
C bomba
D polis

Huraian

A. Jururawat - bermaksud orang (lazimnya


perempuan) yang kerjanya merawat
orang sakit (di hospital).
B. Tentera - bermaksud pasukan yang terdiri
daripada askar dan lain-lain yang
dilatih untuk berperang (menjaga
keselamatan dan lain-lain).
C. Bomba - bermaksud pasukan yang bertugas
untuk memadamkan kebakaran.
D. Polis - bermaksud pasukan yang menjaga
keamanan negara dan penguatkuasaan
undang-undang.

(ID:1343847960518 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

26    Pada malam tadi, seekor __________ telah memakan lima biji telur ayam di dalam
reban itu.

A biawak
B cicak
C kucing
D itik

Huraian

A. Biawak - bermaksud sejenis binatang yang menyerupai buaya (tetapi lebih kecil).

B. Cicak - bermaksud sejenis reptilia kecil (badan dan ekornya panjang dan kakinya
empat).

C. Kucing   - bermaksud sejenis binatang yang kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara
sebagai binatang kesayangan, biasanya untuk menangkap tikus.

D. Itik - bermaksud sejenis binatang yang lebih kecil daripada angsa, bebek.

(ID:1343847960396 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

27    Jamil memasang __________ kerana cuaca hari ini sangat panas.

A air
B kipas
C lampu
D televisyen
Huraian

A. Air - bermaksud kumpulan cecair (seperti


yang terdapat di dalam sungai, tasik,
laut).
B. Kipas - bermaksud alat yang dikibas-
kibaskan untuk menggerakkan atau
mengadakan angin (untuk
menyamankan badan).
C. Lampu - bermaksud sejenis alat untuk
menerangi (sesuatu ruang, kawasan),
pelita, suluh.
D. Televisyen - bermaksud penyiaran (pemancaran)
gambar hidup (gambar bergerak)
berserta bunyi menerusi kabel atau
udara pada skrin atau kaca peti
televisyen.

(ID:1343847960417 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

28    Para tamu diraikan dengan __________ ringan.

A air
B gula-gula
C hadiah
D jamuan

Huraian

A. Air - bermaksud kumpulan cecair (seperti yang terdapat di dalam sungai, tasik
laut dan sebagainya).
B. Gula-gula - bermaksud bermacam-macam manisan dibuat daripada gula.
C. Hadiah - bermaksud pemberian (kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan,
sebagai penghormatan).
D. Jamuan - bermaksud makanan yang dihidangkan (kepada tetamu), sajian.

(ID:1343847960502 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
29    Murid itu mengelap cermin tingkap dengan sehelai __________.

A plastik
B sikat
C berus
D kain

Huraian

A. Plastik - bermaksud sejenis bahan sintetik yang


warnanya bermacam-macam untuk
membuat pelbagai jenis alat (pinggan,
sisir, alas meja).
B. Sikat - bermaksud alat untuk menyisir rambut,
sisir.
C. Berus - bermaksud alat yang dibuat daripada
bulu serabut, plastik, dan sebagainya
yang dilekatkan pada kayu, plastik, dan
sebagainya, digunakan untuk
membersihkan (menyapu, mengecat)
sesuatu.
D. Kain - bermaksud barang yang ditenun daripada
benang kapas dan lain-lain.

(ID:1343847960419 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

30    Kita digalakkan menyimpan wang di dalam __________.

A bank
B sekolah
C majalah
D buku

Huraian

A. Bank - institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang,


pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran.
B. Sekolah - bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan
memberi pelajaran.

C. Majalah - bermaksud terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar


foto, dan lain-lain.

D. Buku - bermaksud helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk
dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis.

(ID:1343847960510 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

31    Air di dalam __________ itu sedang menggelegak.

A cerek
B gelas
C besen
D dulang

Huraian

A. Cerek - bermaksud bekas yang bercerat untuk menjerang air dibuat daripada kaleng
(aluminium dan lain-lain).

B. Gelas - bermaksud bekas untuk minum (sirap, air, dan lain-lain) yang tidak
bertangkai, biasanya dibuat daripada kaca.

C. Besen - bermaksud sejenis mangkuk besar (daripada logam dan lain-lain) tempat
membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain.

D. Dulang - bermaksud talam.

(ID:1343847960509 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

32    Amirul menggunakan __________ untuk mencari makna perkataan yang susah
difahami.

A kamus
B majalah
C televisyen
D surat khabar

Huraian

A. Kamus - bermaksud buku yg mengandungi kata-kata (yang disusun menurut


abjad) dengan keterangan mengenai makna perkataan.
B. Majalah - bermaksud terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen,
gambar foto.
C. Televisyen - bermaksud penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak)
berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti
televisyen.
D. Surat khabar - bermaksud kertas bercetak yang menyiarkan berita (umumnya
diterbitkan hari-hari), harian.

(ID:1343847960428 )
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

33    Kakak memasukkan sup ayam yang masih panas itu ke dalam __________ untuk
dihidangkan di atas meja makan.

A cawan
B gelas
C mangkuk
D piring

Huraian

A. Cawan - bermaksud bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) untuk minum kopi dan
lain-lain, cangkir.
B. Gelas - bermaksud bekas untuk minum (sirap, air, dan lain-lain) yang tidak
bertangkai, biasanya dibuat daripada kaca.
C. Mangkuk - bermaksud bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain tempat
mengisi lauk-pauk (nasi dan lain-lain).
D. Piring - bermaksud bekas yang sesuai dijadikan pelapik cawan sewaktu
menghidangkan minuman kepada tetamu.

(ID:1343847960420 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

34    Banyak kanak-kanak sakit __________ akibat jerebu.

A jari
B kaki
C tekak
D tangan

Huraian

A. Jari -  bermaksud bahagian hujung tangan


atau hujung kaki yang beruas.
B. Kaki -  bermaksud bahagian tubuh manusia
atau haiwan yang bermula dari paha ke
bawah dan digunakan untuk berjalan.
C. Tekak -  bermaksud bahagian langit-langit yang
lembut (di sebelah belakang mulut).
D. Tangan -  bermaksud bahagian anggota tubuh dari
siku sampai ke hujung jari; bahagian
anggota tubuh dari pergelangan tangan
sampai ke hujung jari.

(ID:1343847960501 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

35    Pak Leman telah dipatuk oleh __________ ketika menebas di kebunnya.

A ular
B tikus
C semut
D burung

Huraian

A. Ular -

B. Tikus -

C. Semut -

D. Burung -

(ID:1343847960391 )

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

36    Malaysia ialah sebuah __________ yang aman dan damai.


A negara
B bandar
C bendang
D kampung

Huraian

A. Negara - bermaksud kawasan yang di bawah kekuasaan kerajaan tertentu.


B. Bandar - bermaksud kota.
C. Bendang - bermaksud sawah.
D. Kampung - bermaksud desa.

(ID:1343847960513 )

[Atas]

You might also like