You are on page 1of 10

6 KENANGA

Tarian Inang juga disebut Tarian Mak Inang


yang dicipta pada Zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Lagu Mak Inang yang khusus telah
dicipta bagi mengiringi tarian ini dengan
perintah Sultan Mahmud Syah . Tarian Inang
ini ditarikan oleh perempuan sahaja tetapi
apabila telah mengikut keperluan dan
peredaran zaman, persembahan tarian Inang
telah ditarikan berpasangan lelaki dan
perempuan. Jumlah pasangan yang selalu
dipersembahkan selalunya antara 4 hingga 6
pasangan, namun ianya juga boleh
disesuaikan mengikut keluasan pentas
Makyong (atau Mak Yong atau Makyung)
merupakan sejenis tarian Melayu traditional.
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai
suatu bentuk drama-tari Melayu yang
menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan
tarian yang digayakan, muzik vokal dan
instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan
yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini
dipertontonkan terutamanya di Terengganu,
Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan
Riau-Indonesia.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan
juga sebagai cara perubatan. Ia dipentaskan
sebagai pementasan Diraja di bawah naungan
Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an.
Singa dianggap sebagai pelindung dalam masyarakat Cina dan menjadi
adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan
Vietnam. Setiap negara juga mempunyai corak dan bentuk tarian yang
berlainan dan ia telah mula diperkenalkan lebih 1,000 tahun yang
lalu.Menurut cerita yang dibawa secara turun-temurun, sejak 2 ribu tahun
yang lalu telah berlakunya huru-hara di sebuah kampung di China yang
dicetuskan oleh seekor makhluk ganas bernama 'Nian'. Penduduk di
kampung terbabit hidup dalam ketakutan dan mencari pelbagai ikhtiar
untuk menewaskan Nian .Akhirnya mereka berjaya menewaskan Nian
dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan
membakar bunga api siang dan
TARIAN BHARATHANATYAM
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian
klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan
salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang
memerlukan penarinya untuk menguasai tarian ini.
Tarian ini perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana
terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang
harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian
warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan
penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada
wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo
oleh seorang penari wanita. Bharata Natyam dikatakan
merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual,
upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan.
TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat merupakan upacara ritual yang
dilakukan sebelum dan selepas berperang yang
diadakan dan dihadiri oleh orang-orang atasan
dan barisan para Para pertempur akan keluar
bertempur seawal 3 hingga 4 pagi untuk tidak
menyedarkan seisi rumah sewaktu mereka ingin
keluar berperang dan ketika mereka pulang
daripada bertempur mereka akan membawa
kepala musuh dan akan mengadakan upacara
meraikan para pejuang pada keesokan harinya.
TARIAN SEWANG

Tarian Sewang adalah tarian tradisional yang berasal daripada


masyarakat Orang Asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan
perubatan dan turut merangkumi unsur-unsur spititual dan ritual
seperti pemujaan roh, semangat si mati serta aktiviti membuang
bala, walau bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula
bagi tujuan persembahan dan hiburan semata . Tarian Sewang
dipersembahkan dalam bentuk bulatan yang mana penari akan
membentuk bulatan semasa persembahan diadakan.Tarian Sewang
adalah tarian tradisional yang berasal daripada masyarakat Orang
Asli. Pada asalnya tarian ini diadakan bagi tujuan perubatan dan
turut merangkumi unsur-unsur spititual dan ritual seperti pemujaan
roh, semangat si mati serta aktiviti membuang bala, walau
bagaimanapun kini tarian Sewang telah diolah semula bagi tujuan
persembahan dan hiburan semata .
TARIAN SUMAZAU
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi
rakyat Sabah dan amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia.Ia merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun yang sering dipersembahan
pada ‘Tadau Kaamatan’ yang bermaksud Hari
Penuaian yang dirayakan di Sabah pada setiap
bulan Mei. Ilham daripada Tarian Sumazau ini
adalah daripada corak penerbangan burung belang
yang disaksikan petani-petani yang berehat di
sawah sewaktu musim menuai.
TARIAN BHANGRA Bhangra adalah tarian rakyat tradisional dari
rantau Punjab di India dan Pakistan. Tarian ini
dicirikan oleh penggunaan lirik Punjabi Boliyan,
gaya penyanyi couplet. Boliyan digunakan
untuk mengekspresikan emosi terhadap situasi
tertentu, terutamanya cinta, wang, dan
hubungan. Ia secara tradisi dinyanyikan oleh
wanita. Muzik Bhangra mungkin terdiri
daripada pelbagai jenis instrumen, tetapi ia
selalu mengandungi drum dhol. Dhol adalah
drum kayu besar. Tarian itu sendiri secara
tradisinya dilakukan dalam bulatan. Lelaki dan
wanita menari dengan irama dhol, walaupun
kadang kala tarian mungkin hanya lelaki atau
wanita sahaja. Ia biasanya melibatkan banyak
pergerakan lengan dan bahu dan pantas
berjalan.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada
ibu bapa dan guru sejarah
kerana telah membantu saya
membuat folio ini.

You might also like