You are on page 1of 30

MPU3332 WARISAN NUSA

SEMESTER 1, SESI 2022/2023


FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI, UNIMAS

UP2 MUZIK & TARIAN


MUZIK & TARIAN?
 Menurut Campbell (1995), muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau
aural.
 Selain itu, muzik adalah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan
menyenangkan, bunyi-bunyian pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik. (Kamus
Dewan Edisi Keempat)
 Tarian ditakrifkan dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak
muzik (Kamus Dewan, Edisi Keempat). Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon di bawah unsur
kesenian dan dilihat di bawah aspek kebudayaan. Ia dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang
dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula
menggambarkan perasaan jiwa manusia.
KATEGORI ALAT MUZIK
• Kordofon
• Idiofon
• Erofon
• Membranofon
 Apakah ciri untuk setiap alat muzik tersebut?
 Sila berikan contoh untuk setiap jenis alat muzik di atas.
Z IK TRA D IS IO N A L M EL A Y U
A LA T M U
• Tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
• Kulit kompang biasanya dihasilkan daripada kulit kambing
betina.
• Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang
dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.
• Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri
dan upacara-upacara tradisi lain.

Kompang
• Gambus ialah sejenis gitar bertali 6 dan hampir separuh

GAMBUS bulat.
• Tali gitar diperbuat daripada perut binatang atau loyang
yang dipetik dengan kuku tenggiling.
• Badannya diukir daripada sebatang kayu nangka yang
berongga di dalamnya.
• Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan
permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau
kulit biawak.
• Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian,
pemuzik ghazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu
seperti joget dan zapin di Johor.
U ZI K TR A D I S IO NA L C I NA
A L AT M
PAI XIAO
• Alat muzik yang diukir dengan lambang muzik China ialah
Pai Xiao.
• Hal ini disebabkan oleh Pai Xiao mempunyai sejarah lama
dan rupanya seperti sayap burung cenderawasih, iaitu
sejenis burung mitos dan sangat disukai oleh rakyat China.
• Pada bulan Ogos tahun 1956, Kementerian Kebudayaan
China dan Persatuan Pemuzik China menetapkan Pai Xiao
sebagai lambang muzik China.
 Xiao, yang juga dikenali sebagai "Dongxiao" ini, merupakan XIAO
sejenis alat muzik tiupan tradisional China yang dicipta berasaskan
Paixiao, yang digelar "Xiao" pada ketika itu.
 Dalam proses meniup alat muzik itu, pemain mendapati bahawa
jika dibuka beberapa lubang yang jaraknya tidak sama pada
sebatang paip, bunyi yang amat merdu dengan irama yang
berbeza-beza juga dapat dihasilkan.
 Melalui evolusi, Xiao telah berubah daripada Paixiao yang terdiri
daripada beberapa batang paip, menjadi Dongxiao yang terdiri
daripada sebatang paip dengan beberapa lubang yang dibuka.
• Guzheng merupakan salah sebuah alat muzik petikan yang tertua

GUZHENG di China sekitar 2000 tahun yang lalu.


• Ia dicipta berasaskan ‘Zhu’, iaitu sejenis alat muzik pukulan pada
zaman purba.
• Guzheng juga dikenali sebagai Qin Zheng kerana berasal dari
Dinasti Qin.
• Alat muzik ini juga popular pada masa Dinasti Tang (618-907 M),
dan merupakan instrumen yang paling umum untuk dimainkan di
Tiongkok.
• Guzheng berbentuk seperti kotak yang cembung dan diperbuat
daripada kayu sebagai kotak suara, Di atasnya terbentang 21 senar.
Di tengah senar tersebut ditempatkan Qin Ma yang dapat digeser
untuk menaikkan atau menurunkan frekuensi nada.
UZI K TR A D I SI O NA L I N D IA
AL AT M
Muzik klasik India merupakan antara muzik yang tertua.

Terdapat empat kategori seni


muzik India iaitu: Irama (tala) dan melodi (raga) merupakan kombinasi
muzik yang digunakan serentak. Alat-alat muzik di
• Tata (tali) India di bahagian Selatan dan Utara berbeza. India
Utara menggunakan alat muzik seperti sitar, sahnai
• Avanaddha (dram) dan tabala, manakala India Selatan menggunakan alat
muzik seperti veena, natasvaram dan mirdanga.
• Ghana (solid/ideophone)
• Susira (angin)
I K T RA D IS I O N A L D I S A B A H
ALAT MU Z
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Alat muzik tradisional ialah gong, sompoton,
seruling, tontog, bungkau, togunggak, sundatang, turali, tongkungon dan gabang. Gong dan kulintangan dibuat
daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok
palma.
R AD I S I O NA L DI S AR A W A K
ALAT MUZ I K T
Sape’ Jatung Utang Selengut
NI S T A R I AN D I M A LA YS I A
JENIS-JE
TARIAN KAUM MELAYU
Tarian Mak Yong - berasal dari Patani di
Selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat
Diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu
ketiadaan kerabat Diraja lelaki. Tarian ini
menggabungkan drama romantis, serta tarian
dan nyanyian tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan zaman
kegemilangan kesultanan Melayu.
Tarian
Zapin

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri
Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari timur tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang
bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Rentak tarian ini, yang
dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang
diperkenalkan di elaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

Tarian Joget
TARI A N KA U M I N D I A
TARIAN BHARATANATYAM
• Tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, India.
• Istilah ‘Bharatanatyam’ berasal daripada gabungan suku kata ‘bha’ (bhava, ekspresi),
‘ra’ (raga, muzik), ‘ta’ (tala, ritma) dan ‘natyam’ (seni tarian dramatik).
• Pada asalnya, Bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang
menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang
hayat.
• Terdapat dua bahagian utama dalam tarian Bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta
merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan
kemampuan membuat persembahan Bharatanatyam.
• Manakala, bahagian nritya merupakan bahagian cerita di mana penari menjadi pencerita
yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri
(abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang
dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.
• Abhinaya yang digunakan oleh penari Bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi
muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra), netrabhinaya (ekspresi mata) dan
angikabhinaya (gerak-geri seluruh tubuh).
Tarian Kolattam Tarian Kathakali

Kolattam merupakan seni kampung purba. Tarian Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala (India Selatan). Tarian ini
merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan
ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari
batang kayu diadakan di setiap tangan dan Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna
dipukul untuk membuat bunyi berirama. meriah. Ini melambangkan bahawa karakter-karakter yang dimainkan
merupakan mahkluk dari dunia lain. Hiasan wajah-wajah penari dapat
dibezakan sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria), dan tamasik (rupa
syaitan). Tema tari Kathakali berasal dari cerita klasik Ramayana,
Mahabharata dan berbagai-bagai kisah legenda dan mitologi Hindu.
TARIAN KAUM CINA
Lazimnya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian
Singa adalah bertenaga dan menghiburkan. Mengikut legenda zaman
purbakala, hanya singa haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos
bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada
waktu malam Tahun Baru. Tarian ini biasanya memerlukan
koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi. Tarian
ini sentiasa ditarikan kepada rentak lagu, gendang Cina, dan
dentingan simbal.
TARIAN NAGA
 Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa.C
iri-ciri pada seekor naga adalah kebaikan, kesuburan, dan
kegigihan.
 Masyarakat Cina mendapati apabila dikaitkan dengan tarian naga
yang membawa sengat maruah dalam budaya Cina. Selain itu,
masyarakat Cina juga menganggap naga adalah sejenis hidupan
yang menguntungkan. Naga diibaratkan mewakili kekuatan yang
tiada bandingan dengan makhluk lain.
 Lazimnya tarian naga dipersembahkan untuk menyambut Tahun
Baru Cina bagi mendapat nasib yang baik dan keuntungan kepada
tahun yang mendatang.
TARIAN KAUM DI SABAH
 Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan
Dusun.
 Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang
ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan
menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah
semangat, dan mengubati penyakit.
 Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut.
Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka
menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki
diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.
 Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Lazimnya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut
pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.
Tarian Sumazau
TARIAN KAUM DI SARAWAK
 Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak.
 Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk,
Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu
pala”.
 Apabila menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini
dipersembahkan. Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari perempuan pula digelar
sebagai ‘kumang’.
 Mereka akan menari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan
kanan.
 Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang digunakan adalah
seperti gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan engkurumong.
 Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa tengkorak musuh, gendang Rayah telah
dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai.

Tarian Ngajat
CO NG A N MU ZI K & T A RIA N
PELAN
 Memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia serta mengekalkan jati diri bangsa yang berteraskan seni,
budaya dan warisan negara adalah visi dalam dasar pelancongan di Malaysia. Di Malaysia, tempat seni persembahan terbesar ialah Dewan
Filharmonik Petronas.

 Peranan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menyokong industri seni muzik dan tarian bersama industri pelancongan amatlah digalakkan agar
warisan seni muzik dan tarian tradisional yang wujud dalam setiap budaya dan kaum di Malaysia akan sentiasa dikenali oleh setiap generasi
yang akan datang.

 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah banyak mengadakan karnival. Setiap negeri digalakkan untuk menyertai karnival,
majlis dan pertandingan muzik dan tarian agar warisan seni sentiasa dapat dikekalkan dan dapat menarik pelancong dalam dan luar negara.

 Selain itu, bagi mempromosikan pelancongan tarian dan muzik serta memupuk budaya minat dan mencintai warisan seni tari dan muzik dalam
negara Malaysia, pelbagai langkah dan usaha pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara dengan mengadakan
kerjasama bersama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, Astro dan saluran-saluran lain sebagai medium untuk
memperkenalkan budaya warisan seni muzik dan tarian Malaysia.
KESIMPULAN
• Secara tuntasnya, dalam pengertian yang cukup luas, seni persembahan muzik dan tarian bukan sahaja mencakupi kesemua
aspek dan bentuk kesenian masyarakat tempatan yang dipersembahkan tetapi juga mengaitkan makna yang lebih mendalam
apabila segala bentuk kesenian tersebut diikat dan dipintal oleh urat-urat budaya yang berlandaskan kepada sikap dan sifat
bangsa Melayu, Cina, India dan etnik Sabah dan Sarawak yang diatur oleh adat resam dan agama yang dijunjung.
• Kesemua elemen budi dan bahasa dalam varian seni muzik dan tari juga dimasukkan dalam persembahan jasad yang tidak
mengetepikan adat istiadat, kepercayaan dan agama yang dianuti. Justeru, seni persembahan masyarakat Malaysia sangat
terkait dengan tradisi dan adat resam bangsa yang majmuk dan mengamalkan prinsip perpaduan. 
• Pepatah Melayu yang menyarankan setiap insannya ‘merasa dan memeriksa’ sebelum melakukan sebarang pekerjaan adalah
juga bersandar kepada falsafah ‘baik pada orang, baik pada diri sendiri, elok pada orang, elok jua pada diri sendiri’. Dengan
kata lain, seni persembahan sama ada yang menjurus kepada seni teater, seni tari, seni muzik, seni suara, seni halus dan
sebagainya secara estetik dibatasi oleh tatacara dan adap sopan sebagai pemangkin kepada keberterusan warisan bangsa di
sejagat alam.

You might also like