You are on page 1of 2

Alat-alat muzik dikir barat

Gong merupakan peralatan muzik yang penting dalam persembahan Dikir Barat. Gong adalah
tergolong dalam peralatan muzik idiophone Melayu yang silam dan dipercayai berasal dari
Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa di Yunan. Dalam
persembahan Dikir Barat gong berperanan sebagai bunyi tulang belakang yang mengawal
tempo dalam essemble persembahan Dikir Barat.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Dalam
persembahan Dikir Barat ia dimainkan bersama-sama dengan gendang ibu dan gendang anak
mengikut rentak dan menghasilkan pelbagai irama yang unik. Gong dipercayai sebagai alat
utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional Melayu.

Gendang ibu merupakan alat muzik utama dalam persembahan Dikir Barat. Gendang adalah
alat muzik pukul yang sering dimainkan di negeri China. Pada zaman purbakala, gendang
bukan sahaja dimainkan semasa mengadakan majlis-majlis sosial akan tetapi digunakan
untuk mengarah tentera, menghalau binatang, memaklumkan masa dan mengeluarkan alarm.
Sampai kini penggunaan gendang semakin meluas, ia sering digunakan dalam orkestra muzik
tradisional, drama, nyanyian, tarian, upacara tarian dan termasuklah Dikir Barat.
Dalam persembahan Dikir Barat gendang berperanan mencipta irama lagu yang
diperdendangkan. Pemain gendang perlulah memiliki kemahiran yang tinggi dalam aspek
meningkah dan memcipta bunga-bunga irama yang unik dan menarik. Kebolehan meneroka
corak irama yang rancak dan bertenaga membuatkan persembahan Dikir Barat menjadi
menarik dn hebat.

Kadang kala kompang digunakan sebagai mengganti gendang anak dalam persembahan Dikir
barat.Peranannya adalah sebagai peningkah atau menganak mengiringi paluan gendang ibu.
Kompang merupakan sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam kalangan
masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang, kulit kompang
biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Dalam konteks persembahan Dikir Barat kompang yang digunakan biasanya berukuran enam
belas inci ukur lilit, ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan mengepit dicelah
kankang sementara itu menepuk dengan menggunakan kedua=dua belah tangan.

http://gendangsilat.blogspot.my/2008/08/alat-alat-muzik-dikir-barat.html

You might also like