You are on page 1of 17

1.

0 Sejarah Dondang Sayang


Dondang sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang digunakan oleh
masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang sayang
membawa maksud nyanyian kasih dan ianya dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang
di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.
Mengikut Tan Sooi Beng (1997), terdapat dua teori sejarah asal usul dondang sayang. Pertama ia
dipercayai berasal dari Penyengat, Riau Indonesia dan yang kedua dari Melaka pada kurun ke15
Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan
Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di
Melaka. Kualiti nyanyian lagu dondang sayang ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya
berjual beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi dondang sayang ini biasanya disandang
oleh pemain biola yang bertugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan
mereka.
Pada masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama masyarakat untuk
menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di adakan. Tetapi, pada zaman yang serba
moden ini nyanyian Dondang Sayang semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat
muda.

1
2.0 Alat muzik Dondang Sayang
Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian dondang sayang terdiri daripada
sebuah biola, sebuah gong, dua buah rebana.
Manakala pengaruh muzik Barat dan Timur dondang sayang menggunakan alat muzik tambahan
seperti gitar, tamborin dan harmonium.

Gitar

Harmonium

Tamborin

Gong Rebana
Biola

Rajah 1: Alat muzik dondang sayang


3.0 Ciri-ciri muzik Dondang Sayang

2
Lagu dondang sayang berasaskan satu melodi sahaja. Ia nya mempunyai form strofik atau bentuk
di mana setiap stranza mempunyai tujuh baris vokal. Bentuk muzik dondang sayang
berstrukturkan pantun empat kerat dengan ulangan beberapa baris pantun.

Pantun Dondang Sayang


[ Soal ]
Limau lelang di tepi lubang
Petik benihnya di hujung dahan
Harimau garang duduk menyangkung
Kalau kau berani, lalu di depan

[ Jawab ]
Angkut-angkut membuat sarang
Jatuh berderai diatas peti
Apa ditakut harimau yang garang
Sebelum ajal berpantang mati

[Soal]
Tinggi, tinggi rumah Chek Long
Di bawahnya dibuat kedai kain
Alangkah bisa ular tedung
Bolehkah di tangkap buat main?

[Jawab]
Tinggi-tinggi rumah Chek Long,
Di bawahnya dijual air pokok,
Gua tak takut ular tedung,
Kerana gua ular senduk.

4.0 Fungsi setiap alat muzik Dondang Sayang

3
Alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola,
sebuah gong dan dua atau tiga buah rebana iaitu rebana kompang atau rebana keras.
I. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada
nyanyian.
II. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselangi dengan paluan gong merupakan
pelengkap lagu.
Lagu dondang sayang terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian A yang dikaitkan
dengan pembayang pantun dan bahagian B bermaksud pantun. Dalam sistem tonal, sekata D
major merupakan skala yang biasa digunakan dan walau bagaimanapun skala C major juga di
guna pakai.

5.0 Sejarah Dikir Barat

4
Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang
mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal
dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang
Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana pada
suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada
kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke
sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam
bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi
persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai
orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat
Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri
yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan
ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat
dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun,
beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada
satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan
Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan
Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula
yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan
lagi dikir barat.

6.0 Alat muzik Dikir Barat

5
Gong merupakan peralatan muzik yang penting dalam persembahan dikir barat. Gong terdiri
daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Dalam persembahan dikir barat
ia dimainkan bersama-sama dengan gendang ibu dan gendang anak. Gendang ibu merupakan alat
muzik utama dalam persembahan dikir barat. Selain itu persembahan dikir barat juga
menggunakan canang dan marakas dalam persembahan alat muzik mereka.

Rajah 2: Alat muzik dikir barat

7.0 Ciri-ciri muzik Dikir Barat

6
Muzik dikir barat lebih kepada bentuk polifoni iaitu merujuk kepada satu atau lebih daripada
bahagian suara atau vokal dan alat-alat perkusi yang digunakan. Alat-alat perkusi seperti
gendang ibu dan anak, gong, marakas dan canang dimainkan untuk menghasilkan beberapa
rentak tertentu. Manakala nyanyian terdiri daripada suatu baris melodi yang dinyanyikan oleh
tukang karut dan penyanyi korus.
Ahli pemain dikir barat biasanya terdiri daripada sepuluh hingga lima belas orang yang
dinamakan awak-awak. Awak-awak berperanan menyanyikan korus yang disampaikan secara
unison. Korus yang berbentuk seperti pantun bertujuan untuk berbalas-balas pantun dengan
penyanyi. Semasa mengadakan persembahan awak-awak duduk di atas lantai dalam bulatan
berhadapan di antara satu sama lain. Sambil menyanyi mereka menggerakkan lengan, tangan dan
bahagian atas anggota badan seolah-olah menari mengikut irama muzik diselang seli dengan
tepukan dan teriakan yang kuat pada bit-bit yang tertentu.
Tema yang biasa digunakan dalam lagu dikir barat berubah mengikut peredaran zaman. Zaman
dahulu, persembahan dikir barat lebih bertemakan kehidupan seharian penduduk tempatan, di
mana ia diselang seli dengan unsur-unsur jenaka kritikan sosial. Pada masa kini ia lebih kepada
isu-isu terkini seperti dasar ekonomi, mesej politik, pendidikan dan sebagainya.

8.0 Fungsi setiap alat muzik Dikir Barat

7
I. Gong - Dalam persembahan dikir barat gong berperanan sebagai bunyi tulang belakang
yang mengawal tempo dalam ensemble persembahan dikir barat.
II. Gendang - Dalam persembahan Dikir Barat gendang berperanan mencipta irama lagu
yang diperdendangkan. Pemain gendang perlulah memiliki kemahiran yang tinggi dalam
aspek meningkah dan mencipta bunga-bunga irama yang unik dan menarik. Kebolehan
meneroka corak irama yang rancak dan bertenaga membuatkan persembahan Dikir Barat
menjadi menarik dan hebat.
III. Gendang anak- Kadang kala kompang digunakan sebagai mengganti gendang anak dalam
persembahan Dikir barat. Peranannya adalah sebagai peningkah atau menganak
mengiringi paluan gendang ibu.
IV. Marakas dan canang memainkan detik lagu.

9.0 Sejarah Kuda Kepang

8
Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Kuda kepang
dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut
orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada
anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepang
kerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda.
Mengikut seperti yang dikatakan oleh Soedarsono (1983), kuda kepang mula berkembang
sebelum berlakunya perkembangan Islam iaitu pada abad ke XV. Persembahan kuda kepang ini
dimainkan dalam upacara pemujaan. Dipercayai, kuda kepang dimainkan adalah bertujuan orang
yang masih hidup untuk menjalinkan hubungan dengan roh orang telah mati. Selain itu, mereka
percaya kuda kepang dimainkan bertujuan untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh
jahat, penyakit dan malapetaka.
Kuda kepang adalah merupakan sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada
Jawa. Telah berlakunya penyebaran kesenian ini meluas serata wilayah di Nusantara.
Penyebarannya diteruskan lagi setelah dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke
negara ini dan kekal sehingga sekarang dan masih banyak mengekalkan ciri-ciri keaslian
tradisinya. Permainan ini sangat popular khususnya di negeri Johor.

10.0 Alat muzik Kuda Kepang

9
Kuda kepang biasanya dimainkan oleh tujuh pemuzik. Alat yang dimainkan adalah seperti
berikut:
I. Seorang pemain rebana/gendang.
II. Seorang pemain jidur.
III. Seorang pemain kenong.
IV. Seorang pemalu gong.
V. Empat orang pemain angklung.
VI. Bonang.
VII. Saron pekin
Kebiasaan alat muzik gendang, gong, kenong dan jidur sahaja digunakan semasa persembahan
kuda kepang. Alat muzik angklung, bonang dan saron pekin hanya dimainkan pada lagu-lagu
tertentu sahaja.

Rajah 3: Alat muzik Kuda Kepang

11.0 Ciri-ciri muzik Kuda Kepang

10
Unsur tarian ritual dengan pergerakan penari yang di luar pergerakan manusia biasanya satu
tarikan yang ditunggu-tunggu penonton.
Pembuatan kuda kepang adalah dengan menggunakan buluh yang dianyam. Pada awalnya kuda
kepang menggunakan pandan yang dianyam tetapi kini ada yang diperbuat daripada papan lapis
atau kulit lembu. Ianya biasa berwarna hitam dengan bulu berwarna kuning. Namun
pengubahsuaian telah berlaku apabila terdapat juga kuda yang dibalut dengan baldu bagi
menampakkan kuda semakin menarik. Kebiasannya hiasan seperti ini adalah bagi tujuan
persembahan di peringkat tinggi.
Tarian yang biasa digunakan dalam persembahan kuda kepang dikenali dengan nama Lenggang
Kiprah. Selain itu Tarian Solo, Tarian Selendang dan Tarian Pucuk Rebung biasa digunakan
dalam persembahan kuda kepang.

12.0 Fungsi alat muzik Kuda Kepang

11
I. Angklung - digunakan untuk memainkan mode rythm sebagai pelengkap kepada
ensembel yang lain. Alat muzik angklung adalah untuk melaraskan melodi dalam jarak
di antara satu sama lain.
II. Gong - berperanan penting sebagai bunyi tulang belakang dalam sesuatu persembahan
dan alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terdiri
daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan
dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.
III. Gendang - tersebut biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di
atas sila. Alat ini digunakan untuk persembahan kuda kepang gendang adalah alat
penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi.
IV. Kenong - dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah
untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi dihasilkan oleh gong.

13.0 Sejarah muzik Caklempong

12
Muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang
menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang
berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Sumatera.
Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum
tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai
upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara
perkahwinan.
Muzik caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tarian inai.
Muzik ini juga terdapat dalam drama tari randai. Dalam sesebuah persembahan randai yang biasa
dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka
berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan
ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton. Caklempong adalah alat
muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini, caklempong
ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Sebarang lagu kesukaan mana-
mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak
Caklempong.

14.0 Alat muzik Caklempong

13
Secara terperinci alat muzik caklempong adalah seperti berikut:
I. Gereteh
II. Sauwa / Tingkah
III. Gendang Ibu dan Anak
IV. Bangsi
Caklempong juga mengalami perubahan, ada sesetengah permainan caklempong menggunakan
gitar, tamborin, set dram, gitar bass, arkodian dan kibod.

Rajah 4 : Alat muzik Caklempong

15.0 Ciri-ciri muzik Caklempong


Ciri-ciri muzik caklempong adalah seperti berikut:

14
I. Menggunakan notasi dan simbol seperti notasi dan simbol-simbol rehat muzik barat.
Walau bagaimanapun ada sesetengah penggiat muzik menggunakan sistem nombor bagi
mewakili setiap not dan pic yang dimainkan.
Notasi
Barat C D E F G A B C

Nombo 1 2 3 4 5 6 7 1
r

II. Dipersembahkan dalam tiga posisi iaitu:


Cara Tegak - Bermain secara berdiri di mana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki,
Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan
Berjalan atau Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang.

16.0 Fungsi alat muzik Caklempong


Alat muzik caklempong mempunyai tekstur harmoni. Ensembel muzik caklempong mempunyai
lebih daripada lapisan suaradan mempunyai muzik iringan.
I. Gereteh 1 memainkan melodi utama
II. Gereteh 2 memainkan lapisan kedua
III. Sauwa dan tingkah memainkan dua not serentak dalam pelbagai irama.
IV. Gendang Ibu dan Anak mengiringi permainan sehingga selesai.
V. Bangsi memainkan bahagian solo dan bahagian melodi utama bergilir-gilir dengan
gereteh.

15
RUJUKAN
Maldura (1994). Dondang sayang: Seni tradisi negeri Melaka. Melaka: Majlis Kebudayaan
Negeri Melaka.
http://www.anakmuar.com/v1/budaya/kudakepang.htm
http://dkbarat.tripot.com/pakaian.htm
http://www.musicmall-asia.com/malaysia/folk/caklempong.httm
http://www.caklempong.com/sejarah.htm

16
17

You might also like