You are on page 1of 13

FOLIO

PENDIDIKAN MUZIK

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD ANIQ ZAFRAN BIN
BADRISYAFIZ

6 BESTARI

ALAT ALAT MUZIK TRADISIONAL


DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK ABDUL MALIK BIN HAJI
ALADIB
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN 1

2. ALAT-ALAT MUZIK 2-4


TRADISIONAL KAUM
MELAYU

3. ALAT-ALAT MUZIK 5-7


TRADISIONAL KAUM
CINA

4. ALAT-ALAT MUZIK 8-10


TRADISIONAL KAUM
INDIA

5. PENUTUP 11
PENGENALAN
Alat muzik digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya

bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar

biasa (magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan. Terdapat pelbagai

jenis alat hiburan. Terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional di Malaysia

seperti gambus, erhu, rebab, yangqin, sompoton, kompang, angklung, rebana,

canang, table, sitar, gong, bongo, rebana ubi, gendang dan seruling.Walau

bagaimanapun, saya akan menerangkan tentang beberapa alat muzik

tradisional mengikut kaum-kaum utama di Malaysia.

1
ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL
KAUM MELAYU

1. BEDUK

NAMA:
Beduk adalah sejenis alat yang dikategorikan dalam Membranofon.Ia
merupakan sejenis alat gendang yang besar yang dipalu dengan
pemalu yang dibalut dengan getah di bahagian kepalanya untuk
menghasilkan bunyi yang kuat.

DIPERBUAT:
Permukaannya diperbuat daripada kulit lembu.

FUNGSI:
Berguna untuk memaklumkan masuknya waktu sembahyang,sebagai
alat perhubungan dan memberitahu apa-apa berita seperti
berlakunya kematian di dalam sesebuah kampung.

2
2.ANGLUNG

NAMA:
Angklung adalah satu lagi alat muzik yang dikategorikan dalam
kumpulan Idiofon.Adalah dipercayai bahawa Angklung yang pertama dibuat
di Banyumas,Indonesia beberapa abad dahulu.

DIPERBUAT:
Dua atau tiga batang buluh yang ditala pada satu perumah tertentuy yang
dipasang dipanggil “ancak” untuk membuat sebuah angklung.

FUNGSI:
Angklung juga digunakan dalam ensembal muzik tarian Kuda Kepang di
Johor.

3
3. GABUS

NAMA:
Gambus ialah sejenis alat muzik dalam kategori Kordofon.

DIPERBUAT:
Badannya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka.Manakala
leher gambus diperbuat daripada kayu pendek yang tidak mempunyai fret.

FUNGSI:

Untuk mempersembahkan tarian zapin di negeri Johor menggunakan alat


ini.Masyarakat Melayu menggunakan gambus dalam persembahan ghazal di
Johor.Selain itu,alat ini juga digunakan dalam lain-lain upacara seperti
sambutan Maal Hijrah dan Maulud Nabi.

4
ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL
KAUM CINA
1. PIPA

Pengenalan

Pipa ialah alat bertali yang mempunyai 4 tali logam. Badan diperbuat
daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi
permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu
dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat pada hujung
bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras di sisi papan jari.
Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi

Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina dan juga
sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain

Pipa dipegang untuk berdiri atas paha pemain. Tali-tali dipetik dengan
hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada
tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic apabila tali-tali
dipetik.

5
2. Yangqin

Pengenalan

Yangqin merupakan alat muzik tradisional Cina yang jenis ziter.


Yangqin mempunyai banyak tali. Badan diperbuat daripada kayu dalam
bentuk rama-rama. Setiap pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga.
Tali logam sejumlah beberapa oktaf semuanya, 2 hingga 6 set kekuda
titian tali diperbuat daripada kayu. Pemulas selaras dari logam didapati
di kedua-dua belah kotak suaranya.

Fungsi

Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

Cara Bermain

Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh
yang berbentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk
di hadapannya.

6
3. Liuqin

Pengenalan

Liuqin ialah alat tali petikan, bentuknya sama seperti Pipa. Alat ini
dinamakan Liuqin kerana berbentuk seperti daun pokok villow.

Fungsi

Liuqin digunakan untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian


rakyat. Alat ini juga digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di
dalam Orkestra Cina.

Cara Bermain

Semasa bermain Liuqin, orang duduk dan meletakkan Liuqin pada


depan dada dan tangan kirinya memegang Liuqin dan jari memetik tali.

7
ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL
KAUM INDIA

1. SITAR

NAMA:

Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan


sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas
sebuah jambatan yang panjang.

DIPERBUAT:

Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai
kotak bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod raga yang
dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan bunyi gema alat
tersebut.

FUNGSI:

Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.

8
2.TABLA

NAMA:

Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.

DIPERBUAT:

Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan pemain yang
diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula adalah
gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua
Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing.

FUNGSI:

Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan
Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik
muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.

9
3.TAMBURA

NAMA:

Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:

Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada


kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang
dipanggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam.

FUNGSI:

Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.

10
PENUTUP

Diharap folio Pendidikan Muzik tentang Alat-Alat muzik


Tradisional ini dapat memberi sedikit manfaat kepada
semua. Sekian, terima kasih.

11

You might also like