You are on page 1of 11

Latarbelakang Kumpulan Koir.

Latarbelakang Kumpulan Koir. Kumpulan koir SMK Sri Nipah ditubuhkan pada tahun 2007,kumpulan koir ini terdiri daripada 25 orang ahli yang dipilih daripada pelajar tingkatan satu hingga 3 sahaja.Pemilihan ahli dibuat 3:2:1 yang mana tingkatan 1 mempunyai lebih ramai ahli berbanding dengan tingkatan 2 dan tingkatan 3.Alasannya adalah untuk melahirkan pelapis untuk meneruskan kombinasi pasukan koir pada tahun berikutnya.Selain itu kumpulan koir ini terdiri daripada 15 perempuan dan 10 lelaki bagi mewujudkan ton dan keharmonian suara. Latarbelakang Lagu Pada awal penubuhan kumpulan ini lagu Lenggang Mak Limah dipilih untuk dijadikan lagu latihan.Alasan lagu ini di pilih adalah berdasar pada aspek tempo,jeda,tangganada dan dinamik.Keempat elemen muzik ini dapat ditonjol dengan lebih berkesan untuk para pelajar mengikuti latihan pada peringkat awal.Lagu lenggang Mak Limah menggunakan kelajuan tempo yang sederhana iaitu 100.Ini memudahkan ahli untuk mengawal sebutan, pernafasan dan ton suara.Jeda lagu ini pada tahap yang sederhana dan ini tidak memberi kesukaran kepada ahli untuk mengaplikasi teknik teknik vokal dan lontaran suara.Selain itu tangganada yang digunakan juga adalah pada tahap biasa iaitu D major yang mana kebanyakkannya not-not berada dalam baluk.Dinamik lagu ini berada pada tahap yang tidak berapa sukar untuk diletakkan iaitu pada not-not permulaan untuk menunjukkan perbezaan dinamik.

Penubuhan Kumpulan Koir Perancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara bersistematik agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif. Ia bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat. Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya, antaranya ialah : Saiz kumpulan Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara Jumlah atau bilangan penyanyi Pemuzik Iringan Alat Muzik Iringan Keupayaan Guru. Tempat Latihan Jadual Latihan Surat menyurat Skor atau gubahan-gubahan lagu.

Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur

berikutnya ialah: Menentukan tarikh uji bakat Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar . Melaksanakan uji bakat Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.

Penyanyi yang telah terbena identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk nyanyian solo , Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan. Warm up perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekarapekara berikut; Tempo Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah; Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan. Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya. Renj Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara soprano, alto ,tenor . dan bes.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ; Meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.

Tone Suara Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan. Irama Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan bahagian-bahagian irama up beat atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika dimainkan dengan betul. Ketepatan Pic Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.

Pembahagian kepada kumpulan S.A.T.B Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang. Pemberatannya ialah 13penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi sopranao.Pemberatan ini diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan. Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan berdasarkan renj saperti berikut;

1. Soprano 2. Alto 3. Tenor 4. Bes Teknik Latihan Persediaan serta etika dalam nyanyian. SUARA MANUSIA Suara manusia mengandungi bunyi yang dihasilkan oleh seseorang menggunakan vokal cord untuk bercakap, ketawa, menjerit atau menangis. Vokal cord yang bergabung dengan gigi, lidah dan bibir akan menghasilkan bunyi. Suara manusia adalah satu alat yang unik dan komplek. Manusia mempunyai vokal cords yang mana ianya dapat melonggar dan menyempit atau menukar ketebalan setiap suara yang dihasilkan. Bentuk dada dan leher, kedudukan lidah dan kedudukan otot yang tidak berkaitan adalah boleh diubahsuai. Tindakbalas dari bahagianbahagian badan yang disebutkan tadi akan menghasilkan pic, kekuatan suara, kepelbagaian bunyi dan ton suara yang dihasilkan. POSTUR Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sebagai alat muzik. Semasa menyanyi postur adalh penting. Postur boleh mempengaruh penguasan teknik vokal seseorang. Teknik vokal merangkumi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang. Kepala Pinggang Pinggul Kaki Lutut Tangan Lengan Bahu Dada Postur Semasa Menyanyi Secara Berdiri Postur semasa menyanyi secara berdiri adalah seperti berikut: Berdiri tegak dengan kaki renggang sedikit. Imbangkan badan di kedua belah kaki dan keseluruhan anggota haruslah dalam keadaan selesa Letakkan tangan disisi badan

Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu semasa menyanyi Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan Gambarajah di sebelah adalah menunjukkan kedudukan kepala yang salah ketika menyanyi. Kedeudukan kepala yang salah ini menunjukkan bagaimana dagu didongakkan atau ditundukkan ke bawah yang mana ianya akan menyebabkan pengaliran udara dari abdomen terganggu dan seterusnya akan menyebabkan pengeluaran suara juga

terganggu.

Gambarajah di sebelah menunjukkan kedudukan kepala yang betul ketika menyanyi. Kedudukkan kepala dan bahu yang betul seperti ini akan membantu penyanyi menghasilkan ton yang lebih baik Gambarajah di sebelah menunjukkan kedudukan kepala yang tegak, kedudukkan dagu adalah rata, bahu juga dalam keadaan lurus dan dada lebar untuk memudahkan pengawalan pernafasan semasa menyanyi. Postur Semasa Menyanyi Secara Duduk Postur semasa menyanyi secara duduk adalah seperti berikut : Duduk tegak dengan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa Letakkan tangan di ats paha Duduk diseparuh bahagian hadapan kerusi sahaja dan jangan sekali-kali bersandar Dada hendaklah ke hadapan dengan bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu Kepala hendaklah ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan. PERNAFASAN Terdapat tiga cara pernafasan yang digunakan iaitu; a) Calvicular atau Shoulder Breathing (bahu) Teknik pernafasan ini hanya menggunakan bahu untuk menyedut udara masuk ke dalam badan. Cara ini perlu dielakkan ianya bukan saja membekalkan udara yang tidak mencukupi tetapi juga akan menyebabkan ketegangan pada leher dean kerongkong dan seterusnya merosakkan postur. b) Costal atau Rib Breathing (rusuk/tulang rusuk) Cara pernafasan ini adalah lebih baik dari shoulder breathing, tetapi ianya tidak digalakkan kerana ianya akan menampakkan otot pada rusuk semasa menarik nafas tetapi ianya akan lebih berhasil sekiranya ianya digabungkan dengan cara pernafasan yang ketiga iaitu ; c) Belly atau Diaphragmatic Breathing (perut/diafram) Cara pernafasan ini adalah merupakan cara pernafasan yang paling berkesan. Teknik ini adalah berdasarkan kepada prinsip saitifik iaitu apabila otot yang dipanggil sebagai diafram mengendur ke bawah, udara akan masuk melalui mulut dan kerongkong untuk memenuhi ruang di bahagian perut dan apabila diafram naik semula ke atas, udara akan dilepaskan keluar. Oleh kerana itu, apabila udara telah terkumpul dibahagian perut, perut kita akan membuncit dan apabila nafas dilepaskan, perut kita akan mengempis semula. Teknik pernafasan yang betul adalah merupakan aspek utama yang perlu dimahirkan oleh setiap penyanyi untuk menghasilkan nyanyian yang baik. Pengawalan pernafasan yang baik dipengaruhi oleh dua faktor yang berbeza iaitu: a) Breath management (pengurusan pernafasan) b) Breath control/support (pengawalan pernafasan)

Tiga aspek pernafasan yang perlu ada pada setiap penyanyi ialah: a)Kemampuan menyedut seberapa banyak udara yang boleh b)kemampuan melakukan pernafasan dengan cepat c)kemampuan mengawal pelepasan pernafasan Perkara yang perlu dielakan untuk mengawal pernafasan: a)Ketegangan b)Coup de glotte penghasilan suara dengan keadaan kerongkong yang tertutup.(terutama dipermulaan dan diakhir frasa) SUARA MANUSIA Suara manusia mengandungi bunyi yang dihasilkan oleh seseorang menggunakan vokal cord untuk bercakap, ketawa, menjerit atau menangis. Vokal cord yang bergabung dengan gigi, lidah dan bibir akan menghasilkan bunyi.

REGISTER SUARA MANUSIA Suara manusia adalah satu alat yang unik dan komplek. Manusia mempunyai vokal cords yang mana ianya dapat melonggar dan menyempit atau menukar ketebalan setiap suara yang dihasilkan. Bentuk dada dan leher, kedudukan lidah dan kedudukan otot yang tidak berkaitan adalah boleh diubahsuai. Tindakbalas dari bahagianbahagian badan yang disebutkan tadi akan menghasilkan pic, kekuatan suara, kepelbagaian bunyi dan ton suara yang dihasilkan. Sesuatu yang penting tentang suara yang dihasilkan oleh penyanyi adalah bunyi yang di hasilkan oleh penyanyi itu sendiri atau dikenali sebagai daftar suara. Istilah yang digunakan untuk mengenalpasti daftar suara adalah diambil dari bahagian badan yang digunakan untuk menghasilkan suara. Terdapat banyak perbezaan pendapat dan teori tentang apakah daftar suara, bagaimana ianya dihasilkan dan berapakah daftar suara yang terdapat pada manusia. Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan tiga jenis daftar suara yang selalu digunakan di dalam nyanyian iaitu suara dada, suara tengah dan suara kepala. SUARA DADA (SUARA RENDAH) Suara dada adalah suara yang biasanya digunakan dalam percakapan seharian. Apabila kita bercakap dengan seseorang yang ada berhampiran dengan kita dengan menggunakan suara biasa, kita akan dapat merasai bunyi yang kita keluarkan adalah datangnya dari bahagian atas dada kita. Ini adalah kerana frekuensi bunyi yang rendah mempunyai gelombang yang panjang, dan bergetar didalam bahagian dada. Bila kita menyanyikan not di pertengahan renj suara kita, kita sebenarnya menggunakan suara dada. Kualiti ton suara dada selalunya dikatakan mempunyai ciri-ciri yang kaya, penuh, dalam, nyaring dan kuat. SUARA TENGAH Suara tengah juga dikenali sebagai suara campuran yang mana ianya digunakan untuk menerangkan renjnya adalah terdapat diantara suara dada dan suara kepala. Dengan latihan yang mencukupi, kebanyakan penyanyi boleh memilih samada untuk menyanyikan not dalam renj suara dada atau suara kepala. SUARA KEPALA (SUARA TINGGI) Suara kepala atau suara tinggi biasanya digunakan ketika kita menjerit. Dalam keadaan ini kita sebenarnya mengeluarkan pic yang lebih tinggi, dan pergetaran yang

terjadi didalam mulut dan tulang menyebabkan kita merasakan yang bunyi itu datangnya dari kepala kita. Bila kita menyanyikan not yang tinggi dalam renj suara kita, kita sebenarnya menggunakan suara kepala. Kualiti ton suara kepala selalunya dikatakan mempunyai ciri-ciri bunyi yang manis, merdu dan asli. Ianya akan menghasilkan ton yang lebih tepat tetapi kurang nyaring daripada suara dada. SUARA FALSETTO Suara falsetto adalah juga dikenali sebagai suara palsu yang mana ianya adalah lebih tinggi dari suara kepala, anda boleh membayangkan suara falsetto dalam kebanyakan lagu kumpulan Bee Gees terutama dalam lagu Staying Alive. Suara falsetto biasanya lebih ketara apabila dinyanyikan oleh seorang lelaki. Bagi seorang wanita pula, ianya adalah lebih mudah untuk menyanyikan teknik falsetto. Seorang penyanyi lelaki yang biasa menyanyi dengan menggunakan teknik falsetto adalah dikenali dengan countertenor.

VOWEL DAN PERNAFASAN Vowel atau huruf vokal perlu dibentuk sebelum menarik nafas. Amalan ini perlu dijadikan kebiasaan sebelum seseorang penyanyi pergi kepada aspek pernafasan yang lain. Kebiasaan ini membantu pengawalan nafas yang berterusan kearah nyanyian legato. Pembentukan vowel bermula di kerongkong kemudian di mulut. Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyayian mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilan ton yang lebih resonan. Untuk mempastikan kelancaran penghasilan sukukata faktor-faktor berikut perlu dititikberatkan iaitu : Melapangkan kerongkong seakan-akan hendak menjerit Melonggarkan atau menjatuhkan rahang ke bawah Lidah dalam keadaan mendatar Membentuk bibir mengikut sebutan vowel a, e, i, o, u Membayangkan dan merasakan bunyi yang terhasil lebih ke hadapan (forward) ataupun dapat merasainya di bahagian batang hidung PEMBENTUKAN VOWEL Ah - melonggarkan rahang - merehatkan lidah - Membuka mulut Ay - merupakan sukukata yang agak susah untuk dikawal apabila dikaitkan dengan ruang dan resonan. Bunyi adalah diantara bunyi a dan e - langkah-langkah sama seperti ah - pembukaan mulut kecil sedikit daripada sebutan ah Ee - langkah-langkah sama seperti di atas - bentuk bibir dibulatkan sedikit Oh - langkah-langkah sama seperti di atas - keadaan rahang seakan-akan seperti hendak meniup flut atau botol OO - langkah-langkah sama seperti di atas - seakan-akan membunyikan sukukata oh

- bahagian tengah bibir atas terbentuk seperti huruf V BENTUK MULUT Postur atau teknik nyanyian secara berdiri dan duduk sentiasa diberi perhatian kerana ia mempengaruhi keupayaan projeksi suara serta teknik pernafasan yang betul. Oleh itu teknik-teknik ini perlu diajar dan guru harus memastikan ianya diamalkan. Misalnya postur semasa berdiri, kaki dijarakkan sedikit dan jika perlu salah satu kaki diletakkan sedikit kehadapan. Badan seharusnya tegak tetapi kelihatan releks. Ia hendaklah diselaraskan agar kelihatan lebih tertib. Postur semasa duduk juga sama tetapi hendaklah duduk dibahagian hadapan kerusi. Mengamalkan senaman ringan sebelum melakukan sebarang aktiviti dapat membantu pelajar agar lebih releks dan bersedia. . Misalnya teknik bubbling Melonggarkan otot-otot termasuk pada bahagian mulut dan muka dan sebagainya. Mengamalkan pernafasan yang betul. Ini termasuklah cara menarik, menyimpan, mengawal dan mengeluarkan pernafasan. Membuat Warm up bermula dengan latihan nada yang pertengahan dan seterusnya mula dengan latihan mudah kepada yang lebih mencabar, Misalnya menggunakan nada pertengahan untuk sama-sama menyanyikan silibel a, e,i. o. u, (ma, me, mi, mo, mu ) dan seterusnya gunakan nada-nada lain. Terdapat beberapa teknik Warm upyang boleh diaplikasikan iaitu ; Latihan menggunakan arpeggio Latihan skel major dan minor Skor khas saperti chorel dan sebagainya Latihan-latihan ini memerlukan seorang pemain piano atau pengiring sebagai penggerak segala aktiviti . Guru yang berkemampuan dan berkemahiran boleh melakukannya sendiri. Tetapi adalah lebih baik jika terdapat pemuzik iringan yang khas kerana guru boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap para pelajar. Menganalisa skor lagu Menganalisa skor perlu dijadikan amalan setiap pelajar agar mereka menjadi lebih peka terhadap setiap gubahan atau skor yang diterima dan mengamalkan segala pengetahuan mereka dalam melakukan penganalisaan tersebut. Antara aktiviti yang dapat dijalankan ialah; 1. Melihat tempo-tempo yang dikehendaki (kemungkinan ada perubahan tempo) 2. Adakah iamenggunakan satu meter atau meter yang pelbagai (mixed meter) 3. Adakah berlaku sebarang petukaran nada atau modulasi. 4. Tanda-tanda dinamik serta tanda-tanda lain 5. Istilah-istilah yang digunakan 6. Lirik lagu bagi setiap bahagian suara. 7. Not-not tertinggi dan terendah pada bahagian masing-masing. 8. Polairama-polairama yang berulang-ulang dan yang agak mencabar. Persediaan untuk nyanyian Menyebut dan memperbetulkan suku kata yang dirasakan akan menimbulkan sebarang masalah. Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan. Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan

menyanyi secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan dengan turutan berikut; 1. Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa iringan) Melodi dimainkan piano sebagai panduan. 2. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan) 3. Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri. 4. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu dengan iringan piano. 5. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik. Oleh yang demikian nyanyian dimulakan bersama-sama sahingga tamat rangkap pertama. Masalah yang timbul ialah terdapat beberapa pelajar dibahagian bes dan soprano mengalami kesukaran mencapai pic tertentu. Cara mengatasinya ialah; 1. Menyanyikan bahagian tersebut secara suara tiruan(falseto) bagi lelaki dan head voice bagi penyanyi perempuan. atau 2. Menyanyikan satu oktaf bawah bagi suara bes jika not tersebut terlalu tinggi dan satu oktaf naik bagi suara soprano jika not tersebut terlalu rendah atau 3. Mendiamkan diri pada not-not tertentu. Rangkap pertama dapat dinyanyikan dengan baik setelah latih tubi dan peneguhan dilakukan. Pembahagian pada empat suara hanya dimulakan pada verse kedua. Kebanyakan bahagian melodi dinyanyikan oleh kumpulan soprano dan tenor. Pada peringkat ini nyanyian secara kumpulan mengikut urutan SATB dilakukan . Ia dinyanyikan secara frasa demi frasa atau baris demi baris bagi setiap kumpulan.Setelah setiap kumpulan yakin dengan bahagian masing-masing baharulah dinyanyikan secara bersama dengan iringan muzik. Proses ini turut dilakukan terhadap setiap frasa sahingga lengkap satu rangkap. Pengukuhan dilakukan secara latih tubi dengan menyanyikan setiap rangkap yang telah dipelajari secara berulang-ulang dengan melakukan pembetulan dan pemurnian terhadap teknik nyanyian, ketepatan pic dan irama serta attack and release Guru seharusnya peka terhadap gubahan bagi setiap kumpulan agar berupaya membetulkan kesilapan-kesilapan yang berlaku. Setelah itu frasa baharu diperkenalkan dan proses yang sama akan diulangi sahingga lengkap satu rangkap lagi . Pembetulan dan pengukuhan secara latihtubi akan dilakukan sahingga setiap individu dapat menyanyikan bahagian mereka dengan penuh yakin. Proses ini dilakukan sehingga keseluruhan lagu dapat dinyanyikan dengan tepat sapertimana yang dikehendaki. Aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah; 1. Ketepatan pic 2. Corak irama 3. Sebutan dan 4. Tempo. Peringkat yang akhir sekali ialah memurnikan persembahan agar lebih menarik serta mempunyi nilai-nilai estetik yang tinggi. Antara faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada faktor-faktor tersebut ialah; 1. Imbangan bunyi 2. Interpretasi

3. Permulaan dan tamat (attack and released) 4. Menentukan aras dinamik 5. Pakaian 6. Gaya persembahan

Imbangan bunyi boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu; Imbangan bunyi individu Imbangan ini bermaksud, setiap individu perlu menyanyi pada aras kekuatan bunyi yang sama kuat. Suara yang terlalu kuat atau lembut dari penyanyi lain akan menyebabkan bunyi yang tidak seimbang serta tidak mempamerkan nyanyian secara kumpulan malah lebih kepada nyanyian secara individualistik. Imbangan bunyi kumpulan Keseimbangan secara kumpulan bermaksud setiap ahli dalam kumpulan atau seksyen telah memiliki kefahaman terhadap darjah kekuatan yang diperlukan oleh setiap individu bagi mempamerkan nyanyian secara kumpulan . Setiap individu telah boleh mengawal kekuatan suara masing-masing kepada tahap kekuatan yang diperlukan agar terdengar saperti satu kumpulan atau satu adunan lengkap bagi kumpulannya. Imbangan bunyi keseluruhan Keseimbangan bunyi keseluruhan bermaksud setiap bahagian SATB dapat didengar dengan jelas dan seimbang. Ini bermakna setiap kumpulan telah berupaya menilai kekuatan yang diperlukan dari kumpulannya bagi memberi kesan yang seimbang terhadap kumpulan koir mereka. Mereka juga telah memahami bahawa melodi lagu atau bahagian-bahagian yang ingin ditonjolkan perlu dikuatkan dan suara-suara lain harus bertindak sebagai bunyi latar yang bertujuan menghiasi melodi asas. Oleh itu kekuatan bunyi seharusnya tidak menengelamkan melodi. Imbangan bunyi diperingkat ini akan menentukan juga tahap dinamik yang diperlukan oleh keseluruhan ensembel. Antaranya ialah pp, p, mp, mf f, ff, fff, cresendo, decresendo dan sebagainya. Pemimpin merupakan mereka yang bertanggungjawab mengawal aras dinamik dan keseimbangan yang perlu dihasilkan oleh setiap kumpulan bagi mendapatkan keseimbangan yang menyeluruh serta mempamerkan corak persembahan sebuah koir yang berkualiti. Kesimpulannya ialah guru seharusnya memberi penerangan serta sebab-sebab pentingnya keseimbangan bunyi dan bagaimana cara untuk menguasainya. Ia juga harus dijadikan amalan setiap sesi latihan sahingga menjadi sebati dengan setiap individu. Para pelajar juga akan lebih memahami serta lebih cenderung untuk mengaplikasikannya. Setiap pelajar dan guru yang telah menguasai kemahiran ini akan merasa janggal terhadap bunyi yang tidak seimbang dan akan berusaha hingga mencapai tahap yang dikehendaki. Koir yang telah mencapai keseimbangan bunyi yang baik akan menghasilkan sebuah persembahan yang berkualiti serta mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi. Interpretasi Setiap individu mempunyai daya interpretasi tersendiri dan jika tidak dikawal akan wujud pelbagai interpretasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Interpretasi sesebuah gubahan biasanya diserahkan pada pemimpin koir berdasarkan

pengalamannya serta kedudukannya dihadapan memudahkannya menentukan daya interpretasi yang terbaik . Antara pekara-pekara yang perlu diselaraskan ialah teknikteknik nyanyian, sebutan, ton dan intonasi, adunan suara, dan sebagainya.

Permulaan dan tamat (attack and released) Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik. Menentukan aras dinamik Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir. Pakaian Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguangangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri. Gaya persembahan Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agrasif tetapi memadai dengan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu yang dinyanyikan. Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi penyanyi dan penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen-elemen muzik saperti harmoni, pic, dinamik, interpretasi , sebutan dan sebagainya. Posted by nashamus at 8:17 PM
http://nashamus.blogspot.com/2008/05/latarbelakang-kumpulan-koir.html

You might also like