You are on page 1of 21

panduan

EDISI PERTAMA

KOD TATACARA DAN ETIKA


PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN BERKUMPULAN
oleh Encik Carrey Oliver, MBA, F.Dip.SCSM, FGMS

noisnaM cisuM ecovsignoO helo 0202 © arahilepret atpickaH


Tatacara & Etika Pertandingan Nyanyyian

ISI

Kandungan
01 Mukadimah

03 Pakar Penilai (Juri): Pengenalan

04 Konflik Kepentingan

05 Peraturan Pakar Penilai

09 Tatasusila Pakar Penilai

12 Peserta: Pengenalan

13 Tatacara & Etika Peserta Nyanyian

15 Akibat Pelanggaran Etika

16 Akibat Pelanggaran Etika

18 Mengenai Penulis

EMEL: OONGISVOCE@GMAIL.COM
PANDUAN TATACARA DAN ETIKA
01

MUKADIMAH
"Pertandingan Nyanyian" memberi maksud yang berbeza untuk setiap individu,
komuniti, dan masyarakat sosial amnya. Ada yang melihat pertandingan sebagai pentas
untuk mengasah potensi, menimba pengalaman, meraih hadiah lumayan, menempah
nama, melebarkan rangkaian sosial, atau sebagai platform untuk melancarkan karier.

Visi-misi atau objektif sesuatu pertandingan nyanyian Di dalam buku panduan ini, saya telah menyusun
juga berbeza mengikut falsafah dan matlamat senarai tatacara dan etika pertandingan nyanyian
penganjuran. Sebagai contoh, Pertandingan melalui untuk juri (pakar penilai) dan para peserta
stesen TV lazimnya lebih menjurus kepada "rating" berdasarkan pengalaman saya dalam membimbing
dan "hiburan" penonton oleh itu memerlukan jalur dan melatih pengamal seni vokal (solo dan
babak (gimik) sebagai pencetus reaksi emosi berkumpulan) menyertai pertandingan selama 16
penonton. Manakala pertandingan berasaskan tahun karier sebagai guru seni suara dan konsultan
kemahiran lebih menjurus kepada nilai-nilai hakiki seni persembahan.
organisasi dan kompetensi peserta yang diangkat oleh
pihak penganjuran. Amalan etika penjurian ini dipadankan oleh standard
pertandingan seni dan nyanyian berprestij anjuran
Sekiranya kompetensi nyanyian dan kecekapan seni badan-badan antarabangsa termasuk Eurovision,
persembahan yang dijulang oleh suatu penganjuran, International Singing Competition NEUE STIMMEN,
maka tatacara dan etika penyertaan haruslah menjadi Hans Gabor Belvedere Singing Competition, National
sinonim di dalam pertandingan yang bertujuan Association of Teachers of Singing (NATS), Lembaga
menjadikan para pemenang sebagai rujukan terkini Peperiksaan Muzik Antarabangsa (ABRSM & SCSM),
kepada mata umum (dalam dan luar negara) dan pertandingan antarabangsa yang menggunakan
mengenai perkembangan kemahiran suatu organisasi. jenama "Eisteddfod". Standard etika mereka dijadikan
panduan kerana pengalaman profesional mereka
Fiona Bannon (2018) di dalam buku beliau bertajuk dalam mengelolakan pertandingan dengan tuntutan
"Considering Ethics in Dance, Theatre and kompetensi kemahiran yang tinggi kerana nilai
Performance" menyimpulkan bahawa etika ialah "impact factor" pertandingan tersebut terhadap
tatacara manusia berperilaku dalam suatu komuniti pencapaian kreativiti dan identiti kebangsaan mereka
secara rekasama, kolaborasi, ekspresi diri, dan yang disegani dunia.
keazaman diri, yang matlamatnya disimpulkan
sebagai "perlakukan pada orang lain seperti kamu Semoga menjadi panduan bermanfaat untuk semua
mahu diperlakukan". Oleh itu, etika penjurian dan dalam kolaborasi kita mengangkat seni persembahan .
penyertaan pertandingan seni haruslah menjadi
amalan bersama untuk menghasilkan program yang CARREY OLIVER
telus dan disegani di dalam dan luar kelompok
21hb Februari 2020
masyarakat tersebut.
JURI
PAKAR PENILAI

Juri pertandingan nyanyian akan dirujuk


sebagai “Pakar Penilai” di dalam dokumen
Kod Tatacara dan Etika ini.
03

PENGENALAN
Reputasi suatu penganjuran Pertandingan
Nyanyian bergantung dengan tatacara dan etika
pengurusan. Usaha sesebuah penganjuran
seringnya meneladani nilai-nilai murni dan
prinsip kesenian yang telah diangkat oleh
pertandingan berprestij terdahulu. Tatacara dan
Etika Pakar Penilai (Juri) Pertandingan Nyanyian
ini memberikan panduan dan kerangka standard
di dalam pelaksanaan aktiviti pertandingan
untuk mengiktiraf kebolehan nyanyian
seseorang. Oleh itu, sebarang bentuk penilaian
markah haruslah dijalankan dengan penuh
integriti, kredibiliti, kekompetensian, dan
kepakaran panel Pakar Penilai.

Tatacara dan Etika yang digariskan di dalam


dokumen ini digunakan untuk membantu Pakar
Penilai mencapai “Key Performance Indicator”
(KPI) mereka sebagai pakar di dalam industri
sekaligus mengangkat standard mereka kerana
berjaya melaksanakan Tatacara dan Etika yang
terpuji.

Walaupun Tatacara dan Etika ini dijadikan


panduan kepada Pakar Penilai dan Penganjur,
namun terdapat situasi di mana Pakar Penilai
akan menggunakan kemahiran berfikir dan nilai
profesionalisme mereka untuk menjalankan
tanggungjawab selaras dengan panduan ini
tanpa menghalang kebebasan peserta untuk
berkarya secara adil dan tanpa paksaan.

Juri pertandingan nyanyian akan dirujuk sebagai


“Pakar Penilai” sepanjang penjelasan di dalam
dokumen Kod Tatacara & Etika ini.

OONGISVOCEMUSIC.COM
04

KONFLIK
KEPENTINGAN

Konflik kepentingan termasuk apa-apa kepentingan yang


mempengaruhi hubungan, pergaulan, perkaitan, dan aktiviti
yang tidak bersesuaian dengan tanggungjawab seorang
Pakar Penilai.

Seorang Pakar Penilai bertanggungjawab memastikan para


peserta dinilai berdasarkan merit mereka sepenuhnya dan
bebas dari sebarang bentuk sikap berat sebelah yang
dipengaruhi Pakar Penilai.

Konflik kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi si


Pakar Penilai mengganggu penilaiannya dan kepakarannya
untuk menilai persembahan peserta sehingga
membelakangkan kepentingan utama Penganjuran yang
selari dengan kepentingan para Peserta.

Pakar Penilai akan mematuhi Kod Tatacara & Etika


Pertandingan Nyanyian ini dan dengan penuh hemat
meletak jawatan sekiranya berlaku sebarang Konflik
Kepentingan.

Pakar Penilai boleh mendapatkan nasihat Pengerusi


Penganjur atau Pengarah Seni pertandingan sekiranya
merasa was-was akan situasi Konflik Kepentingan.

OONGISVOCEMUSIC.COM
05

PERATURAN
PAKAR PENILAI
(JURI)
01 Pakar Penilai haruslah menarik diri dari acara dan tugasan penilaian
sekiranya dia menyedari atau percaya bahawa keadaan mental dan
fizikalnya tidak mengizinkannya untuk melaksanakan tanggungjawab
tersebut;

Pakar penilai haruslah melaporkan kepada Jawatankuasa Induk sekiranya


02 terdapat peserta yang mempunyai talian persaudaraan samada “jauh atau
dekat” termasuklah hubungan de facto atau peribadi yang menyebabkan
hal-hal ketidaksesuaian sebagai Pakar Penilai;
Perkataan “jauh atau dekat” di sini merujuk kepada hubungan pertalian
darah atau melalui perkahwinan termasuklah saudara, sepupu, atau
melalui perintah “adoption”;
Jawatankuasa Induk akan membuat undian majoriti dan sebulat suara
memutuskan sekiranya Pakar Penilai tersebut layak meneruskan
khidmatnya. Pakar Penilai haruslah mengamalkan etika profesional
dengan menarik diri sekiranya berlaku konflik kepentingan yang boleh
mempengaruhi penilaian beliau.

Pakar Penilai tidak dibenarkan untuk menerima wang tunai, hadiah,


03 dokumen-dokumen, atau barangan berharga atau menerima sebarang janji
atau pertolongan dalam bentuk hadiah atau bayaran daripada peserta,
penganjur, atau dari pihak ketiga yang akan mempengaruhi keputusan
profesional Pakar Penilai secara langsung atau tidak langsung;
06

PERATURAN PAKAR PENILAI


(JURI)

Pakar Penilai tidak dibenarkan untuk membuat penyataan palsu mengenai


04 kelayakan atau pengiktirafan yang berkaitan dengan pengalaman atau
pelesenannya sebagai Pakar Penilai pertandingan;

Apabila seseorang Pakar Penilai dilantik secara rasmi untuk menilai


05 pertandingan, beliau hanya boleh bertugas sebagai Pakar Penilai dan tidak
mencampur aduk atau menjalankan tanggungjawab lain di dalam
pertandingan tersebut;

Pakar Penilai tidak boleh melatih, mengajar, atau memberi sebarang nasihat
06 kepada para peserta pada tarikh lantikan rasmi bermula sebagai Pakar Penilai
dan sepanjang tempoh tarikh pertandingan rasmi (pendaftaran – final);

Pakar Penilai dilarang untuk mengancam memotong markah atau menilai


07 secara bersyarat peribadi ke atas para peserta dalam apa juga cara dan
keadaan;

Pakar Penilai dilarang membuat penyataan umum yang berunsur partisan


08 yang mempengaruhi penilaian peserta;

Pakar Penilai dilarang untuk mempengaruhi, atau mengancam Pakar Penilai


09 yang lain untuk membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan
peribadinya;
07

PERATURAN PAKAR PENILAI


(JURI)

10 Penilaian peserta adalah sulit dan tidak boleh dibincangkan di luar dari
Jawatankuasa Pakar Penilai sepanjang pertandingan berlangsung
(pendaftaran – final);

11 Pakar Penilai dilarang berbincang atau berkomunikasi dengan para peserta


melalui aplikasi media sosial atau telefon bimbit sepanjang tempoh rasmi
pertandingan (peringkat pendaftaran - peringkat final);

Pakar Penilai haruslah menganggap lantikan untuk menjuri sebagai suatu


12
penghormatan oleh itu haruslah dilaksanakan dengan tegas berdasarkan
polisi dan syarat peraturan pertandingan nyanyian itu;

Pakar Penilai dilarang untuk menyertai aktiviti yang boleh memihak


13 (mendatangkan kepentingan) kepada seseorang peserta pertandingan;

Pakar Penilai dilarang membuat penyataan bahawa beliau mewakili pihak


14
Penganjur secara rasmi;
08

PERATURAN PAKAR PENILAI


(JURI)

15 Sekiranya Pakar Penilai (lantikan tetap) secara tidak sengaja berkomunikasi


dengan Pakar Penilai lain, penonton, peserta, atau jurulatih semasa
pertandingan, beliau tidak boleh membincangkan mengenai persembahan
peserta sehingga mempengaruhi penilaian masing-masing kecuali setelah
pertandingan secara menyeluruh (audition - semis - final) tamat secara
rasminya;

Pakar Penilai dilarang berkomunikasi dengan peserta, ahli keluarga,


16
jurulatih, atau yang berkait dengan mereka dengan menggunakan telefon
bimbit sepanjang bermulanya acara pertandingan rasmi (pendaftaran -
final) sehingga mempengaruhi penilaian markah beliau.

Pakar Penilai dilarang menggunakan telefon bimbit secara lalai (melayari


17
media sosial) sepanjang persembahan peserta;
09

Tatasusila
Pakar
Penilai Pakar Penilai (Juri) yang
dilantik haruslah mematuhi
tatasusila dengan penuh
hormat dan takzim

01 Perilaku seorang Pakar Penilai haruslah konsisten dengan prinsip-prinsip semangat


pertandingan. Pakar Penilai tidak boleh berkelakukan tidak sopan atau
menunjukkan perilaku yang mencurigakan semasa acara berlangsung;

Pakar Penilai haruslah konsisten, peka terhadap objektif penganjuran, dan neutral
02 dalam memberi markah. Penilaian yang berat sebelah menjejaskan reputasi sesuatu
pertandingan;

Pakar Penilai dilarang membuat kenyataan terbuka untuk mempersoalkan


03 penilaian, kejujuran, dan ketelusan rakan Pakar Penilainya. Laporan ketidaktelusan
haruslah dilakukan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pakar Penilai secara
bersemuka;

Selepas melaporkan dan menerima kebenaran Jawatankuasa Induk yang


04 memberikan resolusi untuk seorang Pakar Penilai menjuri peserta yang adalah
pelajar atau bekas pelajarnya, beliau tidak boleh membenarkan hubungan tersebut
mempengaruhi kepakaran beliau;

Pakar Penilai haruslah membangunkan kemahirannya dengan sentiasa


05 mengemaskini perkembangan mengenai Teknik dan Gaya persembahan terkini,
untuk mengelakkan “misinformed judgement” sambil mengambil kira polisi dan
syarat pertandingan Penganjuran;

Pakar Penilai yang telah menerima amanat tugasan dalam pertandingan nyanyian
06 dilarang mengambil minuman yang memabukkan semasa acara penilaian peserta
sedang berlangsung sehingga memudaratkan kepakarannya dalam membuat
keputusan;
10

Tatasusila Pakar Penilai


Pakar Penilai (Juri) yang dilantik haruslah mematuhi
tatasusila dengan penuh hormat dan takzim

06 Pakar Penilai dilarang berkelakuan sehingga memudaratkan reputasi pertandingan;

Pakar Penilai dilarang menjadikan acara pertandingan sebagai aktiviti “reunion” dengan
07 rakan penonton atau pelawat sehingga menjejaskan skop tanggungjawabnya semasa
pertandingan sedang berlangsung;

Kewajiban utama lantikan Pakar Penilai:


08 Tiba tepat pada waktunya dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat;
Melaporkan kehadiran kepada penganjur dan Ketua Jawatankuasa Pakar Penilai;
Menyemak jadual keseluruhan pertandingan;
Sentiasa terbuka untuk menjalankan duti sebagai Pakar Penilai seperti yang
dijadualkan;
Menjaga reputasi Penganjuran;

Kewajiban semasa pertandingan berlangsung:


09 Duduk mengikut jarak yang sesuai tanpa mengganggu penilaian Pakar Penilai lain;
Peka terhadap pergerakkan peserta yang membantu memperkayakan penilaian;
Menilai secara independent, dan tidak membanding nota dengan Pakar Penilai lain;
Menulis dan menandatangan kertas markah mengikut ketetapan penganjur;
Tidak membuat sebarang percubaan untuk mengintai nama, markah, dan butiran
peribadi peserta dari Pakar Penilai lain atau Penganjur sehingga memudaratkan
keputusan kepakarannya sebelum tamat acara rasmi tersebut;
Haruslah mematuhi keperluan Ketua Jawatankuasa Pakar Penilai;
Menumpukan perhatian penuh dalam membuat penilaian dan tidak menggunakan
telefon bimbit atau berbual dengan penonton, Pakar Penilai lain, atau ahli keluarga
peserta sehingga mengganggunya dalam membuat keputusan rasional.
PESERTA
PERTANDINGAN

Peserta nyanyian, pemuzik, dan peserta


persembahan akan dirujuk sebagai “Peserta”
di dalam Kod Tatacara dan Etika ini.
12

PENGENALAN
Tujuan Kod Tatacara & Etika Peserta ini adalah
untuk memastikan aktiviti penganjuran
Pertandingan Nyanyian menjadi pengalaman
yang sihat, menarik, indah, dan positif untuk para
peserta yang datang dari latar belakang yang
berbeza.

Untuk mengangkat kemartabatan, nilai adil


saksama, dan hormat-menghormati dalam suatu
Pertandingan Nyanyian, Kod Tatacara & Etika ini
diwujudkan agar acara yang dianjurkan
mempunyai prestij dan standard yang terpuji.
Setiap peserta & penonton yang mendaftar,
menyertai, atau hadir dalam acara Pertandingan
Nyanyian tersebut adalah secara automatik
terikat kepada Kod Tatacara & Etika sesuatu
acara.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak


Jawatankuasa Penganjuran dan Peserta untuk
membaca, memahami, dan meneladani Kod
Tatacara & Etika agar acara pertandingan
mencapai objektif penganjuran hakiki mereka
tanpa sebarang masalah yang membantutkan
visi-misi tersebut.

Peserta nyanyian, pemuzik, dan peserta


persembahan akan dirujuk sebagai “Peserta”
di dalam Kod Tatacara & Etika ini.

Manakala juri pertandingan nyanyian


dirujuk sebagai “Pakar Penilai” di dalam
dokumen ini.

OONGISVOCEMUSIC.COM
13

TATACARA &
ETIKA PESERTA
NYANYIAN
01 Penganjur bertanggungjawab memastikan saringan latar-belakang
(pengalaman, kelayakan, sejarah profesionalisme dan perilaku) Pakar Penilai
dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk dan Pakar Penilai menandatangan
akurjanji pematuhan dokumen “Tatacara & Etika Pertandingan Nyanyian”. Pakar
Penilai yang menentukan keputusan pertandingan diamanatkan oleh
Jawatankuasa Induk sebagai petugas barisan hadapan bagi pihak ahli-ahli
profesional di dalam Jawatankuasa tersebut. Profesionalisme Pakar Penilai
melambangkan profesionalisme Jawatankuasa Induk Penganjuran.
Oleh kerana pemilihan Pakar Penilai (juri) adalah berdasarkan saringan ketat
Jawatankuasa Induk dan tandatangan akurjanji untuk pematuhan “Tatacara &
Etika Pakar Penilai (Juri) Pertandingan Nyanyian”, maka keputusan Pakar
Penilai adalah muktamad dan haruslah dihormati;

02 Peserta haruslah membuat persembahan yang baik mengikut kemampuan dan


kompetensi mereka;

03 Semua peserta termasuklah jurulatih, pengurus, ahli kumpulan, dan sukarelawan


haruslah menghormati dan menghargai acara kerana tiada acara yang tidak
mengeluarkan peluh serta penat lelah melaksanakan program;

04 Peserta termasuk jurulatih, pengurus, ahli keluarga, dan kumpulan penyokong


haruslah menerima keputusan pertandingan yang telah mematuhi nilai
profesionalisme dan ketelusan dengan penuh bermaruah dan hormat takzim;
14

TATACARA & ETIKA PESERTA

05 Peserta haruslah melengkapkan diri dengan nilai kesopanan dan tatatertib yang
tinggi nan terpuji dengan tidak melakukan hal – hal seperti:
Menghina atau Mengeluarkan kata-kata kesat;
Mengancam dan memberi intimidasi;
Perilaku gerak isyarat tidak sopan;
Perbuatan yang mementingkan diri;
Merosakkan harta benda acara;

06 Peserta menggalakkan dan menyokong nilai-nilai adil saksama dalam


Pertandingan Nyanyian dengan tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan-
rakan untuk menghalang pihak penganjur daripada melaksanakan aspirasi
Pertandingan Nyanyian;

07 Setiap peserta telah berusaha membuat persiapan mereka masing-masing oleh


itu Peserta haruslah menghormati usaha para Peserta lain dan jurulatih mereka
dengan menolak perasaan iri hati dan negatif yang tidak membantu kejayaan
serta kemajuan diri mereka;

08 Peserta menghormati syarat dan peraturan Pertandingan Nyanyian sebelum,


semasa, dan selepas pertandingan berlangsung;

09 Peserta menghormati usaha dan aktiviti ahli-ahli Jawatankuasa, Sukarelawan,


dan individu yang bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan harian
Pertandingan Nyanyian tersebut berlangsung dengan jayanya;
15

Akibat
Pelanggaran
Etika
01 Penganjur mengamalkan nilai “zero tolerance” (tiada toleransi) ke atas
pelanggaran-pelanggaran Kod Tatacara & Etika yang dianggap tidak bersesuaian
dengan nilai dan prinsip yang diangkat oleh Jawatankuasa Penganjuran. Layanan
“zero tolerance” ini termasuk kepada semua pengunjung yang menghadiri acara
tersebut;

Pihak Eksekutif Penganjuran akan memberikan perintah kepada individu yang


02 melanggar Kod Tatacara & Etika ini untuk memastikan perjalanan acara
dilaksanakan dengan efisien. Ketidakpatuhan akan perintah tersebut akan
menyebabkan individu atau peserta diarahkan untuk meninggalkan acara.
Penganjur berhak membuat laporan Polis terhadap ketidakpatuhan tersebut
untuk melindungi pengunjung dan peserta lain dari sebarang masalah yang tidak
diingini berlaku;

03 Peserta atau individu yang menyebabkan kerosakan harta benda yang dimiliki
atau disewa oleh pihak Jawatankuasa Penganjuran akan bertanggungjawab
sepenuhnya dengan membuat gantirugi dalam bentuk gantian alat atau
pembayaran;

Peserta yang melanggar Kod Tatacara & Etika pertandingan akan hilang
04 kelayakan untuk bertanding dan sebarang keputusan dari Jawatankuasa adalah
muktamad dan tidak boleh dibantah;

Individu yang membawa anak kecil haruslah memastikan kanak-kanak jagaan


05 berada dalam keadaan yang terkawal dan tidak mengganggu konsentrasi Pakar
Penilai untuk menjuri. Pihak penganjur berhak mengarahkan individu berkait
untuk membawa kanak-kanak jagaan mereka keluar dari acara tanpa sebarang
penjelasan. Untuk acara dewasa adalah dinasihatkan agar tidak membawa
kanak-kanak kecil yang mana penjaga tidak dapat mengawal sehingga berlaku
kerosakan harta benda yang disewa dan mengganggu konsentrasi penjurian dari
Pakar Penilai.
16

Rujukan
Associated Board of the Royal Schools of Music. (2019). ABRSM classical 100 challenge
competition. Retrieved February 2, 2020, from us.abrsm.org website:
https://us.abrsm.org/en/classical100primary/terms-and-conditions/

Aubris, Z. des. (2017, November 8). Ten benefits of taking part in vocal competitions. Retrieved
December 28, 2019, from bachtrack.com website: https://bachtrack.com/feature-ten-benefits-
vocal-competitions-neue-stimmen-november-2017

Bannon, F. (2018). Considering ethics in dance, theatre and performance.


https://doi.org/10.1007/978-3-319-91731-3

Edvard Grieg Museum. (n.d.). Rules for the jury. Retrieved March 3, 2020, from
griegcompetition.com website: https://griegcompetition.com/rules-jury

Eisteddfod Wales. (2019). General rules and conditions. In eisteddfod.wales. Retrieved from
Eisteddfod website:
https://eisteddfod.wales/sites/default/files/resources/2020_amodau%20arbennig%20a%20chyffre
dinol%20saesneg%20hydref%202019.pdf

Eurovision Song Contest. (2017, January 12). Rules. Retrieved from Eurovision.tv website:
https://eurovision.tv/about/rules

Hensley, D. (2016). The adjudicator speaks: A study of choral festival adjudicators’ practices,
procedures and preferences (Doctor of Musical Arts Dissertation, ).
https://doi.org/10.13023/ETD.2016.398

Kalapaca, A. (n.d.). CMFAA adjudicator’s code of ethics. Retrieved January 12, 2020, from cmfaa.ca
website: https://www.cmfaa.ca/membership-information/cmfaa-adjudicators-code-of-ethics/

Lowe, G. (2018). Competition versus cooperation: Implications for music teachers following
students feedback from participation in a large-scale cooperative music festival. Australian
Journal of Teacher Education, 43(5), 78–94. https://doi.org/10.14221/ajte.2018v43n5.6

Midgelow, V. (2019). Ethics and performance. Conceição/Conception, 8(2), 1–6.


https://doi.org/10.20396/conce.v8i2.8657885

National Association of Teachers of Singing. (n.d.). NATS artist awards (NATSAA). Retrieved March
29, 2020, from www.nats.org website: https://www.nats.org/nats-artist-awards.html

Simonis, J. (2009). The relationship between music educators’ ethical awareneess and students’
sense of belonging and academic achievement (Doctor of Education Dissertation, ). Retrieved
from https://etd.ohiolink.edu/apexprod/rws_etd/send_file/send?
accession=bgsu1245351549&disposition=inline

Texas Music Adjudicators Association. (2020, February 12). Policies and ethics for texas music
adjudicators. Retrieved March 21, 2020, from www.txmaa.org website:
https://www.txmaa.org/tmaaethics.php

The Australian National Eisteddfod. (n.d.). Rules for the australian national eisteddfod. Retrieved
February 3, 2020, from nationaleisteddfod.org.au/ website:
http://nationaleisteddfod.org.au/competitions/rules/
SEKIAN

EDISI KEDUA
Kriteria & proses pemilihan Pakar Penilai;
Kriteria pemarkahan Peserta mengikut
standard antarabangsa;
Pemajuan Profesional Berterusan/Lanjutan
atau CPD untuk Pakar Penilai;
Halatuju Peserta (Pasca Pertandingan)
.......dan banyak lagi
Carrey Oliver telah berkhidmat sebagai Guru Seni
MENGENAI Nyanyian dan Konsultan Seni Persembahan selama
16 tahun. Beliau merupakan anak didik pakar vokal
PENULIS klasik barat, Yap Hon Leong dan penyanyi soprano
antarabangsa, Phoon Sook Peng. Beliau mendapat
pengiktirafan Licentiate dan Fellowship Diploma
Muzikologi dari SCSM International Music
Examination Board dan dilantik sebagai koordinator
Malaysia untuk SCSM International.

Klien vokal solo dan koir beliau adalah termasuk


penyanyi tempatan Sabah dan Kuala Lumpur,
termasuklah Jabatan Kebajikan Am Sabah, Tunku
Abd Rahman University College, Jabatan Kesihatan
Negeri Sabah, Pusat Kokurikulum & Pemajuan
Pelajar UMS, Fakulti Psikologi & Pendidikan UMS, KK
High School, SMK Sanzac, Bahai Youth Choral, Public
Bank Kota Kinabalu, Hakka Association Choir, SK
Kepayan, SM Maktab Sabah, SK Sembulan, Kolej
Sains Kesihatan Bersekutu Sabah, Lembaga Hasil
Dalam Negeri Kota Kinabalu, SMK Datuk Peter
Mojuntin, SMK Tansau, SK St. Paul Kolopis, SM All
Saints, Sabah Port Sdn. Bhd, SM St. Francis Konven,
Pos Malaysia Kota Kinabalu, dan Jabatan Kerja Raya.

Lagu-lagu komposisi moden beliau termasuk


"Tomoimo Zou Id Dabping Nu", "Ku Ingat", dan "Kita
Pasti Menang" nyanyian Ciddy. Beliau merupakan
Pengarah Artistik "Sabah Choir Festival" (2015) dan
Pengarah Muzik untuk "North Borneo Rainforest
Festival" (2019). Beliau juga adalah alumnus dari
Anglia Ruskin University (Cambridge) di dalam
Master of Business Administration dan kini bertugas
sebagai Pengarah Artistik di Oongisvoce Music
Mansion.

oongisvocemusic.com
riselikeaphoenix.rocks
@oongisvocemusic

Email: oongisvoce@gmail.com

You might also like