You are on page 1of 5

ALAT MUZIK WAYANG KULIT

CANANG

Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai


alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan tradisional. Canang diperbuat daripada
perenggu atau loyang. Saiz canang kecil. Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian
muka canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang diperbuat
daripada kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan secara
berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.

GEDOMBAK IBU DAN ANAK

Gedombak biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di bawah ketiak. Ia
dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Gedombak merupakan sejenis alat
muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada
bukaan besar.Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga. Bahagian mukanya besar dan
dibalut dengan kulit kambing. Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang. Alat muzik ini biasanya digunakan
dalam kumpulan wayang kulit dan tarian tradisi.
GEDUK IBU DAN ANAK

Geduk adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka 


geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada 
mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu dipancang
dengan baji kayu atau besi. Badan geduk disebut temalang yang diperbuat daripada kayu keras seperti
kayu nangka dan bentuknya agak cembung sedikit. Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua
bilah buluh dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada temalang dan
berfungsi sebagai kaki. Dengan adanya kaki tersebut, geduk berdiri dengan mukanya sedikit serong bagi
memudahkan pemain memalu muka geduk.Geduk dimainkan secara berpasangan iaitu pasangan geduk
ibu dengan  anak bagi mengiringi persembahan wayang kulit dan menora.

SERUNAI
Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak membunyikannya. Alat tiupan
ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar
kering. Pemegang pipit ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai
diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng.
Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan serunai mempunyai tujuh lubang memetik di
belakang. Serunai digunakan untuk mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.

KESI

sejenis alat idiofon  yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya
kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan
tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu
secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut
dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang
pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta
ensemble paluan untuk tarian 
                                                                                                             tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.

MONG

Mong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur atas regangan tali-tali pada
para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang
pemain sahaja. Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang gedek,
wayang Jawa dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor
dan Terengganu sering memainkannya dalam persembahan tertentu. 

GENDANG IBU DAN ANAK

Gendang diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia
menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri. Permukaan kulit kiri
dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu
Kemuning. Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-
tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini
dibalut dengan kain berwarna kuning.

GONG/ TETAWAK

Gong atau Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat 'kolotomik' yang utama dalam budaya muzik
masyarakat Melayu tradisi di Malaysia. Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak
Anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit
Kelantan, Menora dan Main Puteri. Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di
tengah-tengah bahagian permukaannya.  Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala
tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Bentuk fizikal tetawak ibu lebih besar daripada tetawak anak. Alat
muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

  

You might also like