You are on page 1of 4

1

NSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN


TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: 2020

Nama Pelajar:
Program: PISMP

Kod: EDUP3043 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 2


Ambilan : Jun 2019
Nama Kursus: Pengurusan Bilik Darjah Kumpulan : S3PCSK, S3PC, S3PAI,
dan Tingkah Laku S3PA2, TESL1 & TESL2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Pengurusan Grafik
23 Sept 2020 26 Sept 2020
2. Penulisan Akademik
29 Sept 2020 15 Okt 2020
3. Analisis Artikel 16 Okt 2020 06 Nov 2020

Hasil Pembelajaran Kursus :

Membolehkan pelajar :
1. Menjelaskan secara mendalam konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang
berkesan. (C2, LO1)
2. Membincangkan dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah
aliran perdana dan inklusif. (C4,LO3,CTPS3)
3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan. (C4, LO3, LO6, LL1, CTPS3)
4. Memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjah. (C5, A1, LO3, CTPS3)
5. Membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif (C6, LO3,
CPTS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat :
1. Menghuraikan dengan jelas tentang konsep, prinsip dan aplikasi model-model
pengurusan disiplin bilik darjah.
2. Membuat perbincangan yang kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah
aliran perdana dan inklusif.
3. Melaksanakan analisis tentang isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di
dalam bilik darjah dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan.
4. Menghasilkan satu pengurusan grafik mengikut topik berdasarkan Pemikiran Kreatif
dan Inovatif Menjana Kecemerlangan Pedagogi yang dapat diintegrasikan dalam model
pengurusan disiplin dan intervensi bertujuan untuk menangani tingkah laku bermasalah
dalam bilik darjah.
2

Pengurusan bilik darjah merupakan suatu bidang yang lebih luas daripada kawalan bilik darjah
peraturan dan semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan
penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran pengajaran
dan pembelajaran yang produktif.
(Sanford J.et al 2004)

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berasaskan The Big Idea (TBI) dan Essential
Questions (EQ) berikut untuk menjana idea bagi menghasilkan pengurusan grafik yang baik dan
bermakna.

The Big Idea (TBI) : Pemikiran Kreatif dan Inovatif Menjana Kecemerlangan Pedagogi

Essential Questions (EQ):


EQ1. Bagaimanakah pemikiran kreatif dan inovatif dalam persekitaran pembelajaran yang
kondusif dapat menjana kecemerlangan pedagogi?
EQ2. Bagaimanakah ciri-ciri guru yang efektif memainkan peranan dalam mengatasi tingkah
laku bermasalah di negara kita?
EQ3. Sejauh manakah peranan pemikiran kreatif dan inovasi guru dalam menangani tingkah laku
bermasalah?

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Pengurusan Grafik (10 %)

Anda dikehendaki menghasilkan satu pengurusan grafik dengan memilih ciri-ciri guru yang efektif
dalam pengurusan bilik darjah. Pengurusan grafik anda hendaklah menekankan pemikiran kreatif
dan inovatif menjana kecemerlangan pedagogi yang dapat diintegrasikan dengan ciri-ciri guru
yang efektif yang dipilih untuk menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.

Penulisan pelajar hendaklah mengandungi:


1. Pemikiran kreatif dan inovatif dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat
menjana kecemerlangan pedagogi.(EQ1)
2. Model pengurusan disiplin memainkan peranan dalam mengatasi tingkah laku bermasalah
di negara kita.(EQ2)
3. Peranan pemikiran kreatif dan inovasi guru dalam menangani tingkah laku bermasalah.
(EQ3)

Panjang penulisan pengurusan grafik ini ialah 300 patah perkataan.

TUGASAN 2: Penulisan Akademik (40%)

Secara individu anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan akademik berkaitan dengan
peranan guru dalam mewujudkan hubungan positif antara guru dan murid bagi membina
pengalaman pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Penulisan ini mestilah merangkumi aspek-aspek berikut:

1. Membincangkan tentang peranan guru dalam mewujudkan hubungan positif antara guru
dan murid bagi membina pengalaman pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.
2. Menggunakan salah satu model pengurusan masalah disiplin bagi mengatasi masalah
hubungan positif antara guru dan murid dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang
kondusif dan menyeronokkan.
3
3. Mencadangkan satu teknik modifikasi tingkah laku yang boleh diambil bagi menyelesaikan
masalah hubungan positif antara guru dan murid dalam mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan.

Panjang penulisan akademik ini ialah 1300 patah perkataan.

TUGASAN 3: Analisis Artikel (50%)

Secara individu, anda dikehendaki melaksanan satu analisis tentang jenis tingkah laku yang
terdapat dalam bilik darjah, kekuatan dan kelemahan model dan intervensi yang dipilih
berdasarkan salah satu model pengurusan disiplin bilik darjah seperti Model Disiplin Asertif
Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model Pengurusan
Bilik Darjah Thomas Gordon dan Model Beyond Discipline Alfie Kohn.

Analisis ini juga harus mengandungi:

- Implikasi model dan intervensi tersebut kepada pengurusan disiplin bilik darjah
- Cadangan satu pelan pengurusan yang kreatif dan inovatif agar guru dapat
menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
- Anda digalakkan untuk menjustifikasi rumusan yang dibuat.
- Skop perbincangan yang diluaskan daripada sesuatu isu secara mendalam.
- Artikel yang dipilih mesti disertakan dalam bahagian lampiran.
- Sumber rujukan yang relevan dan terkini.

Panjang analisis artikel ini ialah 2000 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang dinyatakan.

2. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian karya dan hasil kerja


yang dikemukakan.

3. Amalan plagiat adalah dilarang. Jika dikesan, pelajar boleh digagalkan daripada
kursus ini atau ditarik balik kelulusannya.

4. Sila pastikan anda mematuhi arahan pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.

5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


a. Muka depan hendaklah menggunakan templet terkini
b. Font Arial saiz 11
c. Langkau : 1.5 baris
d. Rujukan mesti menggunakan format dan gaya APA (American Psychological
Association)

6. Sila pastikan anda menulis maklumat berikut di muka hadapan tugasan yang dihantar:
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. Nombor Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Nama Pensyarah
g. Tarikh Hantar
4
h. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

You might also like