You are on page 1of 34

KULIAH KETIGA

10/9/2020
2. Tatacara dan Kaedah Penubuhan Persatuan

• Kaedah Penubuhan Persatuan


- Langkah-langkah penubuhan persatuan
- Carta alir penubuhan persatuan
- Perlembagaan dan peraturan persatuan
• Banyak persatuan yang wujud.
• Jika keperluan… maka perlu diwujudkan.
• Wujudnya mestilah mengikut prosedur yang
ditetapkan.
• Penglibatan pelajar dalam persatuan adalah
penting.
Sebelum penubuhan unit-unit gerak kerja
kokurikulum, beberapa faktor perlu diteliti:

Kemudahan infrastruktur
Kepakaran
Faedah yang diperolehi pelajar
Bilangan murid dan guru
Keperluan di sekolah
Langkah-langkah penubuhan persatuan
Terdapat dua jenis persatuan:

a) Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


b) Penubuhan Persatuan Yang Mempunyai
Badan Induk
a) Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk
 
• Tiada badan induk yang membuat penyelarasan aktiviti dan
pentadbiran rasmi.

• Hampir kesemua kelab/persatuan dan sukan/permainan


dalam kategori ini.

• Penubuhan persatuan ini boleh dilaksanakan melalui


perundingan antara pengetua, guru penasihat dan jurulatih.

• Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada Pejabat


Pendidikan Daerah (PPD).
a) Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk
  •  Tindakan pihak sekolah ialah:

 mencari ahli
 daftar persatuan
 membentuk perlembagaan
 melantik jawatan kuasa kerja
 melaksanakan aktiviti
a) Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk
 • Kebanyakan kelab/persatuan di institusi pendidikan
tiada badan induk yang menyelaras dan mentadbir
aktiviti secara rasmi.
• Penubuhan memadai dengan perundingan di
antara penasihat dengan pentadbir sesebuah
institusi.
• Penasihat akan mencari ahli, mendaftar.
• Membentuk perlembagaan persatuan, melantik
jawatankuasa kerja dan melaksana aktiviti yang
dipersetujui oleh ahli jawatankuasa.
b) Penubuhan Persatuan yang Mempunyai Badan Induk

• Kesemua unit beruniform mempunyai badan induk sama


ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

• Badan induk bertindak menyelaras aktiviti, pendaftaran,


pentadbiran dan sebagainya.

• Pihak sekolah perlu berunding dengan badan induk


berkenaan, PPD dan JPN.

• PKBM, Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Pertahanan


Awam merupakan persatuan yg dikendalikan oleh Pihak
Bukan Kementerian Pendidikan yang mempunyai
prosedur penubuhan yang ketat.
b) Penubuhan Persatuan yang Mempunyai Badan Induk

• Antara prosedur pasukan beruniform di sekolah:


 Perbincangan awal dengan badan induk berkenaan
 Isi borang permohonan dan hantar ke badan induk
 Permohonan tauliah pemimpin
 Dapatkan ahli untuk didaftarkan secara rasmi
 Memperolehi sijil pendaftaran

• Semua pasukan beruniform di institusi pendidikan


mempunyai badan induk peringkat daerah, negeri, dan
kebangsaan.

• Badan induk menyelaras aktiviti, pendaftaran, pentadbiran


dan lain-lain keperluan.
b) Penubuhan Persatuan yang Mempunyai Badan Induk

• Institusi yang ingin menubuhkan pasukan beruniform


perlu berunding dengan badan induk.

• Berbincang dengan badan induk – mengetahui syarat-


syarat penubuhan persatuan.

• Isi borang permohonan badan induk.

• Hantar borang permohonan untuk diproses.


b) Penubuhan Persatuan yang Mempunyai Badan Induk

• Menawarkan kepada pelajar untuk menjadi ahli


sementara mendapat kelulusan.

• Apabila mendapat kelulusan, mulai mendaftar ahli dan


laksanakan aktiviti persatuan.
Pendaftaran Persatuan

• Sesebuah persatuan yang ingin menjalankan aktiviti wajib


mendaftar secara rasmi.

• Sesebuah persatuan yang telah didaftarkan pula terikat


dengan akta, undang-undang dan peraturan yang telah
ditetapkan. Akta/peraturan diwujudkan bagi menjamin
kebajikan semua pihak dan memastikan keadilan wujud.
Pendaftaran Persatuan

• Berikut adalah antara akta/peraturan yg perlu dirujuk,


bergantung kepada jenis persatuan:

 AUKU pindaan 2009


 Akta penubuhan belia 2007
 Akta pertubuhan 1966
 Peraturan pertubuhan
Carta alir penubuhan persatuan

BAGAIMANA NAK TUBUHKAN


KELAB DAN PERSATUAN DI
SEKOLAH?
PENUBUHAN KELAB/ PERSATUAN

Adakan mesyuarat penaja

Tulis Surat permohonan penubuhan daripada Guru


penasihat kepada PENDAFTAR (Pengetua)

Terima Surat Kelulusan Penubuhan daripada


Pengetua

Terima Surat Perlantikan daripada PENGETUA


kepada Guru Penasihat
17
PENUBUHAN PBB
AGENSI KERAJAAN

Mestilah mendapat
Sokongan / kebenaran

JPN
18
PENUBUHAN PBB
AGENSI BUKAN KERAJAAN

• Dapatkan borang pendaftaran drpd Pesuruhjaya Daerah

• Lengkapkan borang

• Hantar borang dan yuran kpd s/u


daerah

• Terima kad keahlian


19
SENI BELA DIRI

Apa jua jenis persatuan atau kegiatan seni bela diri


yang ingin atau sedang mengembangkan kegiatan
di peringkat sekolah perlulah terlebih dahulu
berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan.

• SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13 / 2000,


• Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di
Sekolah‑Sekolah
MENGAPA PERLU DAFTAR

BERGERAK SECARA SAH

DIIKTIRAF OLEH BADAN INDUK


DAN KPM/SEKOLAH

DAPAT KEMUDAHAN YANG


DISEDIAKAN

DAPAT MENYERTAI PROGRAM


ANJURAN BADAN INDUK
21
JIKA TIDAK DAFTAR

1. Bergerak secara haram

2. Tidak diiktiraf oleh Badan Induk dan sekolah

3. Tiada pihak brt/jawab jika berlaku


kemalangan
22
PEMBUBARAN KELAB
Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh
mengarah mana-mana persatuan sekolah
dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan
itu mungkin digunakan bagi maksud:

a. Yang tidak memberi manfaat kepada


guru atau murid
b. Propaganda politik yang memudaratkan
kepentingkan Malaysia atau awam
c. Yang memudaratkan kepentingan murid;
d. Yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini
P.U. (A) 196 , AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN–PERATURAN
PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998
23
Pelantikan personel luar

 Membuat tawaran sebagai jurulatih luar.

 Memanjangkan permohonan kepada Jabatan


Pelajaran Negeri untuk mendapat kelulusan.
• Memeterai persefahaman (MOU) berkaitan
• Bayaran
• Jadual latihan
• Kehadiran guru
• Kehadiran jurulatih
24
Perlembagaan dan peraturan persatuan

• Apa itu perlembagaan?

• Semua unit kokurikulum perlu mempunyai


perlembagaan dan peraturannya sendiri.
Perlembagaan dan peraturan adalah sebagai
panduan untuk menggerakkan unit berkenaan dan
menetapkan bidang tugas dan kuasa
jawatankuasa serta ahli.
Definisi Perlembagaan Persatuan

• Perlembagaan merupakan satu dokumen yang


mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi
pentadbiran sesebuah persatuan. Perlembagaan
berperanan menentukan bidang kuasa J/kuasa,
peraturan, syarat, dan sebagainya.
• Sebagai contoh; Pada mematuhi Subperaturan 5 {(1)(a)}
dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam
Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.
41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei
1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan
Perlembagaan (Nama Pertubuhan dan alamat) yang
selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.
Perlembagaan juga ialah suatu kumpulan undang-
undang dasar yang menentukan cara pentadbiran
sesebuah persatuan itu dijalankan. Perlembagaan
menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh ahli
J/Kuasa, hak-hak yang dipunyai oleh ahli dan
perhubungan antara Pimpinan J/kuasa dengan ahli.
PERLEMBAGAAN PERSATUAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)


1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan
No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan
Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Persatuan ..... , yang selepas ini disebut sebagai “persatuan”
sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT


PERATURAN 2 MATLAMAT
PERATURAN 3 OBJEKTIF
PERATURAN 4 KEAHLIAN
PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA
PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
PERATURAN 8 : KEWANGAN
PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN
PERATURAN 10 : AKTIVITI
PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN
PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN
PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN
PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN
........................... ............................... ............................
( ) ( ) ( )
Setiausaha Persatuan Pengerusi Persatuan Guru Penasihat
.
Prosedur Penubuhan Persatuan

1. Mewujudkan/Penubuhan Jawatankuasa Penaja


(Minimum 7 org Ahli).
2. Mengadakan ‘Mesyuarat JK Penaja’- Bincang Persediaan Penubuhan.
3. Membina dan menyediakan Draf Perlembagaan Persatuan dan
Peraturan Persatuan Kelab/Persatuan.
4. Draf Aktiviti Tahunan.
5. Mengadakan Majlis perjumpaan / ‘Mesyuarat Agung Penajaan’ dgn
ahli.
6. Surat Permohonan Penubuhan Persatuan (Penaja).
7. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan
(Pengarah/Pengetua/Guru Besar) institusi masing-masing.
Prosedur Penubuhan Persatuan
8. Pengendalian Mesyuarat Agung (Jawatankuasa Penaja):
8.1 Notis Mesyuarat Agung, Edar borang Usul
8.2 Surat Jemputan Mesyuarat
8.3 Mesyuarat Agung:
8.3.1 Pelantikan pengerusi dan AJK
8.3.2 Perbincangan Perlembagaan (persetujuan/pindaan)
8.3.3 Peraturan-peraturan
8.3.4 Sumber Kewangan Persatuan
8.3.5 Cadangan Aktiviti
8.3.6 Hal-hal lain
8.3.7 Mencatat Minit 
9. Pengurusan, Pelaksanaan aktiviti persatuan dan Pemantauan (T/Jwb
AJK persatuan)
10. Dokumentasi dan sistem fail
11. Pengauditan
Fungsi Perlembagaan

•  Sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan


pertubuhan berkenaan.

• Untuk melicinkan perjalanan sesuatu pertubuhan kerana


dalam perlembagaan telah menetapkan bidang tugas dan
hak jawatankuasa serta ahli.

• Sebagai rujukan apabila timbul sesuatu masalah yang


berbangkit mengenai perjalanan pertubuhan berkenaan.
Merangka Perlembagaan dan Peraturan

• Apakah yang perlu ada dalam perlembagaan dan undang-


undang ? Secara umumnya sesuatu perlembagaan dan
peraturan pertubuhan mengandungi :
- Nama dan alamat pertubuhan
- Matlamat
- Keahlian
- Jawatankuasa (bilangan, tugas dan sebagainya)
- Kewangan pertubuhan
- Pembatalan dan pembubaran pertubuhan
- Pindaan perlembagaan
- Mesyuarat
 
• Sesetengah pertubuhan menambah beberapa perkara
dalam perlembagaan supaya sesuai dengan kehendak
dan tujuan pertubuhan berkenaan. Antaranya ialah :
- Lencana atau logo pertubuhan
- Cogan kata, contohnya :
- “Selalu Sedia” adalah cogan kata bagi persatuan
Pandu Puteri Malaysia
- Disiplin dan tatatertib pertubuhan
• Perlembagaan dan peraturan sesebuah pertubuhan perlu
dikemaskini supaya selaras dengan kehendak semasa.
Selesai untuk minggu ini… 

You might also like