You are on page 1of 5

PENGENALAN

Kelab dan persatuan merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan,
berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang
mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk
saling bekerjasama untuk membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti
dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
mengembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Tujuan
penubuan kelab atau persatuan ini ialah untuk menggabungkan murid yang mempunyai
minat dan kegemaran serta hasrat dan bakat yang sama supaya mereka mendapat peluang
yang sama untuk merancangan dan melaksanakan aktiviti dalam kumpulan yang
mempunyai minat yang sama. Tujuan lain juga untuk memberikan kesempatan kepada
murid untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diminati dan
digemari. Penubuhan kelab dan persatuan ini juga bertujuan untuk mewujudkan peluang
kepada murid untuk mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan dalam diri mereka.
Bagi menubuhkan sesebuah keab dan persatuan, seorang guru perlulah mematuhi dan
mengikuti tatacara dan kaedah standard penubuhan persatuan yang telah diperkenalkan.
CARTA ALIRAN PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Mengenal pasti kelab atau persatuan yang ditubuhkan

Penyediaan kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Penaja


kelab dan persatuan

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja

Mengemukakan surat permohonan penubuhan penaja kelab dan


persatuan

Tidak Diluluskan Diluluskan


Kelulusan

Melantik guru penasihat

Mengadakan mesyuarat agung penubuhan kelab dan persatuan

Meluluskan penubuhan kelab dan persatuan

Mendaftarkan ahli kelab dan persatuan

Mengesahkan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab dan


persatuan

Mengoperasikan kelab dan persatuan


PROSEDUR PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Bagi menubuhkan sesebuah kelab dan persatuan, guru perlulah mematuhi beberapa
prosedur yang telah di gariskan. Sebelum memasuki prosedur pertama, guru perlulah
mengenal pasti terlebih dahulu kelab atau persatuan yang hendak ditubuhkan. Prosedur
pertama yang perlu dilaksanakan ialah penubuhan Jawatankuasa Penaja dan penyediaan
kertas cadangan penubuhan kelab dan persatuan. Selepas itu, Jawatankuasa Penaja akan
mengadakan mesyuarat penubuhan untuk menubuhkan kelab dan persatuan.
Jawatankuasa Penaja ini berfungsi sebagai pencetus kepada idea penubuhan sesebuah
persatuan. Bilangan ahli Jawatankuasa Penaja ini perlulah sekurang-kurangnya tujuh orang.
Tugas utama ahli Jawatankuasa Penaja ialah menetapkan tujuan dan matlamat penubuhan
sesbuah persatuan. Tanggungjawab Jawatankuasa Penaja juga ialah merangka segala
aktiviti dan kegiatan yang akan dijalankan oleh persatuan yang hendak ditubuhkan.

Jawatankuasa Penaja juga hendaklah merangka peraturan-peraturan persatuan


yang hendak ditubuhkan. Jawatankuasa Penaja juga berperaan untuk merangka
perlembagaan persatuan yang hendak ditubuhkan. Sebelum persatuan ditubuhkan,
Jawatankuasa Penaja perlu mendapatkan kelulusan dari pihak atasan. Sebagai contoh, jika
di sekolah guru hendak menubuhkan sesebuah persatuan, guru tersebut perlulah
mendapatkan kelulusan daripada guru besar terlebih dahulu. Permohonan ini perlulah
dalam bentuk surat rasmi dan perlu disertakan dengan dokumen iaitu tujuan dan matlamat
persatuan, takwin aktiviti tahunan persatuan, peraturan persatuan dan draf undang-undang
persatuan yang telah dirangka oleh Jawatankuasa Penaja.

Selepas mendapat kelulusan dari pihak atasan, Jawatankuasa Penaja perlu melantik
guru penasihat kepada kelab dan persatuan terlebih dahulu kemudian sesi hebahan untuk
memberikan pendedahan tentang penubuhan kelab dan persatuan disekolah tersebut akan
dilakukan. Tujuan hebahan ini juga adalah untuk memberitahu murid dan menarik minat
mereka untuk menganggotai kelab tersebut. Hebahan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk sama ada melalui edaran brochure ataupun pengumuman ataupun pada paparan
bulletin sekolah Selepas hebahan dibuat, Jawatankuasa Penaja akan menganjurkan
mesyurat pertama iaitu Mesyuarat Agung. Dalam Mesyuarat Agung akan berlakunya
pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru yang terdiri daripada murid yang menyertai keab
tersebut. Selepas pemilihan Ahli Jawatankuasa ini dijalankan, pihak Jawatankuasa Penaja
dan guru penasihat akan meluluskan pelantikan jawatankuasa baru kelab dan persatuan
yang ditubuhkan. Seterusnya ialah proses pendaftaran ahli kelab dan persatuan. Setiap ahli
kelab dan persatuan perlulah berdaftar. Guru penasihat akan mengesahkan perlembagaan
dan peraturan-peraturan kelab dan persatuan bersama dengan Jawatankuasa Penaja dan
ahli-ahli kelab dan persatuan yang terdiri daripada murid disekolah. Setelah selesai, kelab
dan persatuan akan mula beroperasi mengikut perancangan aktiviti yang telah dirangkakan
semasa proses awal penubuhan.

PROSEDUR PENUBUHAN KELAB COMPUTER SK KAMIL 1, PASIR PUTEH,


KELANTAN.

Disini akan dijelaskan berkaitan dengan proses penubuhan Kelab Komputer SK


Kamil 1, Pasir Puteh Kelantan. Umumnya, penulisan ini akan lebih menjurus kepada
perbincangan berkaitan dengan beberapa langkah yang perlu dipatuhi sebagai proses
penubuhan persatuan atau kelab yang biasa dilaksanakan.

Poses penubuhan persatuan yang pertama ialah dengan mewujudkan Jawatankuasa


Penaja. Jawatankuasa Penaja ini adalah penting untuk menjadikan jawatankuasa
penggerak dalam menubuhkan sesebuah persatuan. Di sekolah SK Kamil 1, Jawatankuasa
Penaja penubuhan kelab computer di SK Kamil 1 diwakili oleh Encik Azman B. Sharif. Satu
mesyuarat penubuhan perlu dijalankan dan mesyurat tersebut perlu dihadiri oleh sekurang-
kurangnya tujuh orang dan kehadiran tujuh orang ahli mesyurat tersebut perlu dicatatkan
dalam minit mesyuarat kelab. Justeru, pelaksanaan dalam membentuk Jawatankuasa
Penaja ini adalah di bawah tanggungjawab penasihat persatuan tersebut.

Proses kedua penubuhan kelab computer yang perlu dilaui oleh Jawatankuasa
Penaja ialah merancang perancangan menghasilkan kertas kerja penubuhan kelab
computer di sekolah tersebut. Perancangan kertas kerja ini adalah perlu supaya segala
maklumat tentang kelab yang ingin ditubuhkan tersebut disusun dengan rapid an sistematik.
Sebagai contoh, maklumat berkenaan dengan perlembagaan persatuan, cadangan aktiviti,
logo dan sebagainya. Pelaksanaan dalam merancang kertas kerja ini adalah di bawah
tanggungjawab kelab untuk bersama-sama memberikan idea dan kata sepakat.

Selain itu, proses penubuhan kelab komputer yang ketiga yang perlu dilalui oleh
Jawatankuasa Penaja ialah berkenaan dengan penghantaran permohonan rasmi kepada
pihak yang berautoriti untuk memberikan kebenaran bagi penubuhan kelab komputer di
sekolah tersebut. Permohonan rasmi penubuhan kelab dan persatuan bagi peringkat
sekolah rendah memerlukan kebenaran daripada Guru Besar. Dalam permohonan rasmi itu
juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen termasuk perlembagaan yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Penaja sebelum ini. Dokumen-dokumen ini
akan dilampirkan bersama dengan surat permohonan penubuhan kelab tersebut.

Disamping itu, proses penubuhan keempat yang perlu di lalui untuk menubuhkan
kelab computer di sekolah SK Kamil 1 ialah untuk mendapatkan kelulusan penubuhan dan
pendaftaran persatuan daripada Guru Besar. Proses ini adalah untuk memastikan bahawa
persatuan yang dimohon tadi sama ada lulus atau tidak untuk ditubuhkan di sekolah. Pihak
persatuan dan pembantu tadbir adalah merupakan individu yang bertanggungjawab dalam
proses keempat ini. Selepas mendapat kelulusan daripada pihak Guru Besar, Jawatankuasa
Penaja akan melantik guru penasihat untuk kelab dan persatuan dalam kalangan
Jawatankuasa Penaja bagi memudahkan urusan pentadbiran kelab. Seterusnya,
Jawatankuasa Penaja akan membuat hebahan kepada murid tentang kelab komputer
tersebut. Hebahan boleh dibuat melalui pengagihan brochure, melalui pengumuman dan
juga paparan pada bulletin sekolah. tujuan hebahan ini dijalankan adalah untuk menarik
murid-murid sekolah SK Kamil 1 menyertai kelab komputer yang ditubuhkan. Setelah itu,
Jawatankuasa Penaja akan menganjurkan satu mesyuarat yang dikenali sebagai Mesyuarat
Agung. Mesyuarat Agung merupakan mesyuarat pertama yang dianjurkan selepas
mendapat kelulusan penubuhan kelab. Semasa mesyuarat ini dijalankan, akan berlaku sesi
pelantikan Ahli Jawatankuasa baru yang terdiri daripada murid sekolah. Proses pendaftara
ahli juga akan berlaku selepas sesi perlantikan dijalankan. Seterusnya, Jawatankuasa
Penaja dan guru penasihat akan memberitahu ahli-ahli persatuan berkenaan dengan draf
aktiviti kelab yang akan dilaksanakan, mengesahkan perlembagaan dan peraturan-
peraturan kelab dan persatuan. Akan tetapi, sebelum mesyuarat Agung ini berlangsung,
Jawatankuasa pelaksana perlu mengeluarkan surat jemputan mesyuarat kepada ahli yang
berminat terlebih dahulu. Dengan ini, secara tidak langsung akan dapat melicinkan
perjalanan Mesyuarat Agung yang dikendalikan.

Akhir sekali, proses penubuhan kelab komputer yang perlu dilaksanakan untuk
mengoperasikan keab ialah melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Baru
dalam kelab yang ditubuhan. Jawatankuasa kelab yang dilantik semasa Mesyuarat Agung
pertama perlu mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja secepat mungkin untuk
membincangkan dan melaksanakan usul atau aktiviti yang telah dirancang. Segala
maklumat dan perbincangan yang telah dilaksanakan adalah penting untuk diminitkan bagi
tujuan rekod dan rujukan tindakan dalam sesebuah persatuan dan kelab. Setiap pelaporan
yang dibuat juga perlu dihantar kepada pihak atasan tujuh hari tarikh bekerja selepas
Mesyuarat Agung dilaksanakan.

You might also like