You are on page 1of 11

Model Disiplin

Asertif Canter
Ho Chee Vun
Ee Shau Liang
Lim Ewe Jin
Michelle Tan

LOGO

Pengenalan
Berasaskan peneguhan terhadap tingkah
laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku
yang ditunjukkan
Model ini menekankan penetapan dan
penguatkuasaan peraturan serta
memastikan murid-murid mematuhi
peraturan tersebut.
Juga melibatkan ganjaran dan dendaan
akibat daripada peraturan yg ditetapkan.
LOGO

Canter menekankan tentang hak guru


dan murid dalam pengurusan bilik darjah,
hak murid untuk belajar dalam
persekitaran bilik darjah yang kondusif,
dan hak guru untuk mengajar tanpa
gangguan.
Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya
guru bertanggungjawab memastikan
tiada perkara atau tindakan yang boleh
menghalang murid daripada
mendapatkan hak mereka.
LOGO

Jenis Guru dalam Model Disiplin


Guru Agresif

Guru yang Tidak


Asertif

Guru yang Asertif

Lebih bersifat
autokratik

Menggunakan
pendekatan pasif

Jelas dengan matlamat


pengurusan

Menunjukkan kuasa

Tidak konsisten

Yakin dan tegas dalam


menetapkan peraturan

Tidak bertolak ansur

Mengelirukan

Mengambil berat dan


berlaku adil kepada
murid

LOGO

Canter mencadangkan agar guru-guru membuat


perancangan disiplin secara bertulis dan formal
yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin,
pengiktirafan dan akibat daripada salah laku.
Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah
laku yang diingini oleh murid-murid.
Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus
yang diberikan oleh guru apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Contoh: memberi galakan, beri komen positif dan
memaklumkan tingkah laku baik murid kepada ibu
bapa.
LOGO

Hierarki Tindakan Pembetulan


Canter
Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan
kepada murid-murid yang mengganggu hak muridmurid lain untuk belajar dengan selesa.
Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan,
murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka
bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan peru
dilaksanakan.
Hierarki disiplin ini dilaksanakan mengikut
keutamaan beserta tindakan pembetulan/akibat
yang akan dikenakan.
Setiap tindakan pembetulan dalam hierarki akan
menjadi lebih serius daripada sebelumnya
LOGO

Kali pertama murid mengganggu rakan- Daniel,peraturan kita


ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Ini ialah amaran daripada saya
Kali kedua/ketiga mengganggu rakan- Daniel, peraturan kita
ialah JANGAN GANGGU RAKAN! Awak telah memilih untuk time out 5
minit di belakang kelas!
Kali keempat mengganggu rakan- Daniel, awak tahu peraturan
kelas kalau mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk menelefon
ibu awak. Telefon ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel
memberitahu ibunya tentang salah laku yang dibuat.
Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan- Daniel, peraturan
kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk
berjumpa dengan GURU BESAR.
Tingkah laku yang melampau! Kadang-kadang ada murid yang
akan terus menunjukkan tingkah laku disruptif yang melampau.
Daniel, menumbuk rakan tidak dibenarkan di dalam kelas ini. Awak
memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR sekarang juga. Kita
akan berbincang kemudian.

LOGO

Langkah-langkah Penerangan
Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Penerangan tentang
tindakan pembetulan
LOGO

Cara Aplikasi Disipin Aseertif


Jangan layan sebab yang ingin diterima untuk
tingkah laku yang tidak diingini.
Tentukan peraturan yang guru hendak
melaksanakannya dalam bilik darjah.
Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi
peraturan bilik darjah.
Jangan teruskan menghukum jika teknik
perbincangan boleh mengurangkan situasi
ketegangan.
Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang
sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran
kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
Mengorganisasi suatu perjumpaan dengan muridmurid
LOGO

Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah, dan


kemudian menyuruh mereka membawa balik rumah untuk
ditandatangani oleh ibu bapa mereka.
Merancang program latihan asertif dan melaksanakannya
dengan secepat mungkin.
Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang
merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid
mengetahui apa yang patut dilakukan.
Mengggunakan pujian kedekatan dengan memuji murid
sedekat dengan rakan sedarjah yang bertingkah laku buruk.
Sekiranya murid baru yang tidak mengetahui tingkah laku
dajah yang diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik
darjah atau melalui main peranan untuk menggalakkan
tingkah laku yang bertanggungjawab

LOGO

Kekuatan dan Kelemahan


Kekuatan

Kelemahan

Memanfaatkan guru. Sebaik sahaja

Kejayaan mencegah murid

pelan disiplin dibentuk dan

daripada melakukan salah laku

diluluskan oleh pihak pentadbir,

tidak boleh dianggap keberkesanan

guru hanya perlu merujuk

program disiplin. Murid perlu diajar

maklumat yang sedia ada untuk

tentang kepentingan berkelakuan

menangani masalah tingkah laku.

baik.

Tindakan ke atas tingkah laku

Mewujudkan persekitaran yang

murid dan bukan ke atas

bersifat autoritarian di mana

wataknya. Apabila peraturan

pelajar hanya akur kepada

dilanggar, guru kuatkuasakan

kehendak guru. Murid perlu

konsekuen yang setimpal tanpa

bertanggungjawab atas sebarang

sikap subjektif.
LOGO

salah laku yang timbul

You might also like