You are on page 1of 13

Model Disiplin

Asertif Canter
AHLI KUMPULAN:
Alifah
Kirtanah
Shirleen Law
Yii Ming YIng
Pengenalan
Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku
yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan
Model ini menekankan penetapan dan
penguatkuasaan peraturan serta memastikan
murid-murid mematuhi peraturan tersebut.
Juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat
daripada peraturan yg ditetapkan.
Canter menekankan tentang hak guru dan
murid dalam pengurusan bilik darjah, hak
murid untuk belajar dalam persekitaran bilik
darjah yang kondusif, dan hak guru untuk
mengajar tanpa gangguan.
Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru
bertanggungjawab memastikan tiada perkara
atau tindakan yang boleh menghalang murid
daripada mendapatkan hak mereka.
Jenis Guru dalam Model Disiplin
Guru Agresif Guru yang Tidak Guru yang Asertif
Asertif
Lebih bersifat Menggunakan Jelas dengan
autokratik pendekatan pasif matlamat
pengurusan
Menunjukkan kuasa Tidak konsisten Yakin dan tegas
dalam menetapkan
peraturan
Tidak bertolak ansur Mengelirukan Mengambil berat dan
berlaku adil kepada
murid
Canter mencadangkan agar guru-guru membuat
perancangan disiplin secara bertulis dan formal
yang menyatakan dengan jelas peraturan dan
rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah
laku.
Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang
tingkah laku yang diingini oleh murid-murid.
Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus
yang diberikan oleh guru apabila murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Contoh: memberi galakan, beri komen positif
dan memaklumkan tingkah laku baik murid
Hierarki Tindakan Pembetulan
Canter
Akibat atau tindakan pembetulan boleh
dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu
hak murid-murid lain untuk belajar dengan
selesa.
Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan,
murid tersebut perlu diberitahu bahawa
disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
mereka bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan peru
dilaksanakan.
Hierarki disiplin ini dilaksanakan mengikut
keutamaan beserta tindakan
pembetulan/akibat yang akan dikenakan.
Setiap tindakan pembetulan dalam hierarki
akan menjadi lebih serius daripada
sebelumnya
Kali pertama murid mengganggu rakan- Daniel,peraturan kita ialah
JANGAN GANGGU RAKAN. Ini ialah amaran daripada saya

Kali kedua/ketiga mengganggu rakan- Daniel, peraturan kita ialah JANGAN


GANGGU RAKAN! Awak telah memilih untuk time out 5 minit di belakang
kelas!
Kali keempat mengganggu rakan- Daniel, awak tahu peraturan kelas kalau
mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak. Telefon
ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel memberitahu ibunya tentang
salah laku yang dibuat.
Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan- Daniel, peraturan kita ialah
JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan
GURU BESAR.

Tingkah laku yang melampau! Kadang-kadang ada murid yang akan terus
menunjukkan tingkah laku disruptif yang melampau. Daniel, menumbuk
rakan tidak dibenarkan di dalam kelas ini. Awak memilih untuk berjumpa
dengan GURU BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian.
Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Penerangan tentang tindakan


pembetulan
Cara Aplikasi Disipin Aseertif
Jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah
laku yang tidak diingini.
Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya
dalam bilik darjah.
Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi
peraturan bilik darjah.
Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan
boleh mengurangkan situasi ketegangan.
Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai,
misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun
boleh dipertimbangkan.
Mengorganisasi suatu perjumpaan dengan murid-murid
Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah, dan
kemudian menyuruh mereka membawa balik rumah untuk
ditandatangani oleh ibu bapa mereka.
Merancang program latihan asertif dan melaksanakannya dengan
secepat mungkin.
Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan
cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa
yang patut dilakukan.
Mengggunakan pujian kedekatan dengan memuji murid sedekat
dengan rakan sedarjah yang bertingkah laku buruk.
Sekiranya murid baru yang tidak mengetahui tingkah laku dajah
yang diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik darjah atau
melalui main peranan untuk menggalakkan tingkah laku yang
bertanggungjawab
Kekuatan dan Kelemahan
Kekuatan Kelemahan
Memanfaatkan guru. Sebaik sahaja Kejayaan mencegah murid daripada
pelan disiplin dibentuk dan diluluskan melakukan salah laku tidak boleh
oleh pihak pentadbir, guru hanya perlu dianggap keberkesanan program
merujuk maklumat yang sedia ada disiplin. Murid perlu diajar tentang
untuk menangani masalah tingkah laku. kepentingan berkelakuan baik.

Tindakan ke atas tingkah laku murid Mewujudkan persekitaran yang bersifat


dan bukan ke atas wataknya. Apabila autoritarian di mana pelajar hanya akur
peraturan dilanggar, guru kuatkuasakan kepada kehendak guru. Murid perlu
konsekuen yang setimpal tanpa sikap bertanggungjawab atas sebarang salah
subjektif. laku yang timbul
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like