You are on page 1of 25

PERGERAKAN DAN SOKONGAN DALAM

HAIWAN

Sinopsis
Kebolehan bergerak merupakan suatu ciri istimewa yang terdapat pada manusia
dan haiwan. Manusia dan haiwan perlu bergerak untuk mencari makanan,
pasangan, tempat perlindungan serta melarikan diri daripada musuh. Ini
memerlukan sistem sokongan yang efisien. Terdapat tiga jenis sistem rangka
iaitu rangka luar, rangka dalam dan rangka hidrostatik. Pergerakan berlaku
melalui tindakan otot dan sendi. Pergerakan haiwan di darat, udara dan air
adalah berbeza. Dalam topik ini anda akan belajar tentang jenis-jenis rangka,
peranan otot dan sendi dalam pergerakan dan pergerakan haiwan di darat,
udara dan air.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan kepentingan pergerakan bagi haiwan.


2. Menghuraikan peranan jenis-jenis rangka.
3. Menjelaskan peranan otot dan sendi.
4. Menjelaskan pelbagai jenis pergerakan haiwan di darat, udara dan air.

Ringkasan Keseluruhan

Pergerakan dan
Sokongan Dalam
Haiwan

Pergerakan
Jenis-jenis Sistem rangka Peranan otot dan Haiwan Darat,
Rangka manusia sendi Udara dan Air

Rajah 14.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan

163
Pengenalan

Manusia dan haiwan perlu bergerak untuk mencari makanan, pasangan,


tempat perlindungan serta melarikan diri daripada musuh dan bahaya.
Sistem rangka memberi sokongan serta membolehkan manusia dan haiwan
bergerak.

14.1 Jenis-jenis rangka

Rangka adalah struktur yang memberi sokongan dan membolehkan pergerakkan


dalam manusia dan haiwan. Terdapat tiga jenis rangka iaitu rangka luar, rangka
dalam dan rangka hidrostatik. Perhatikan Rajah 14.2 yang menerangkan
tentang jenis-jenis rangka.

JENIS-JENIS RANGKA

RANGKA LUAR RANGKA DALAM


RANGKA HIDOSTATIK
(Eksoskeleton) (Endoskeleton)

Contoh: Udang Contoh: Ikan

Contoh: cacing tanah

Rangka terletak di Struktur keras yang Terdiri daripada


luar badan ditutup oleh tisu rongga badan berisi
Merupakan penutup lembut. cecair yang memberi
luar yang keras Terdiri daripada tisu bentuk dan sokongan
kepada badan.
164
Bertindak sebagai hidup seperti tulang
pelindung. dan rawan.

RANGKA LUAR RANGKA DALAM


RANGKA HIDOSTATIK
(Eksoskeleton) (Endoskeleton)

Terdapat pada Tulang terbina Rongga badan berisi


haiwan invertebrata daripada kalsium dan cecair menekan
seperti ketam, udang fosfat dinding badan untuk
kala jengking,dan Terdapat pada memberikan bentuk
serangga. semua vertebrata. badan.
Terdapat dalam
haiwan invertebrata
yang berbadan
lembut.
Rajah 14.2: Jenis-jenis Rangka

Pemikiran

(a) Tentukan jenis rangka untuk haiwan yang disenaraikan di bawah:


manusia, beluncas, belalang, lipan, burung, buaya, ketam, burung
dan katak.
(b) Jelaskan kepentingan sistem rangka kepada organisma tersebut.

14.2 Sistem Rangka Manusia

Manusia mempunyai rangka dalam (endoskeleton) yang terdiri daripada tulang.


Fungsi sistem rangka manusia ditunjukkan dalam Rajah 14.3

165
Sokongan
Sokongan

Penyimpanan
Penyimpanan Gerakan
Gerakan
kalsium dan
kalsium fosfat
dan fosfat

FUNGSI
FUNGSISISTEM
SISTEM
Pembentukan
Pembentukan sel-
sel- RANGKA Memberi
Memberibentuk
bentuk
RANGKA
selsel
darah
darah MANUSIA badan
badan
MANUSIA

Respirasi
Respirasi Pelekatan
Pelekatanotot
otot

Perlindungan
Perlindungan

Rajah 14.3: Fungsi Sistem Rangka Manusia

Latihan 14.1

Terangkan dengan jelas setiap daripada fungsi yang ditunjukkan dalam Rajah
14.3. Bincangkan jawapan anda semasa sesi tutorial.

Rehat
166
Sistem rangka manusia terdiri daripada bahagian paksi dan bahagian apendej.
Lihat Rajah 14.4.

Rangka Paksi Rangka Apendaj

Tengkorak

Klavikel

Sternum Skapula

Sangkar Rusuk
Humerus

Turus Vertebra Lengkungan Pelvis

Rajah 14.4: Sistem Rangka Manusia

Rangka paksi terdiri daripada komponen-komponen rangka yang terletak pada


satah utama badan iaitu tengkorak, turus vertebrata dan sangkar rusuk.
Rangka paksi yang terdiri daripada 80 tulang menyokong dan melindungi organ
kepala, toraks dan dada.

167
Rangka apendaj terdiri daripada tulang yang melekat pada rangka paksi iaitu
lengkungan pektoral, lengkungan pelvis, anggota hadapan dan anggota
belakang. Rangka apendej terdiri daripada 126 tulang.

Organisasi sistem rangka manusia ditunjukkan dalam Rajah 14.5

RANGKA MANUSIA

Rangka Paksi Rangka Apendaj

Tengkorak Lengkungan Pektoral

Turus Vertebra Lengkungan Pelvis

Sangkar Rusuk
Anggota Hadapan

Anggota Belakang

Rajah 14.5: Organisasi Sistem Rangka Manusia

Latihan 14.2

Kaji sistem rangka manusia dengan merujuk pada mana-mana sumber bahan
bacaan (buku rujukan, internet,dll). Huraikan dengan bantuan gambarajah
tulang-tulang rangka paksi dan rangka apendaj.

Rehat

168
14.3 Peranan otot dan sendi

Pemikiran

Anda telah mempelajari tentang jenis-jenis otot dalam


Topik 3.
Adakah anda masih ingat tentang otot rangka?
Otot rangka
Apakah fungsi otot rangka?

14.3.1 Otot rangka

Otot rangka ataupun dikenal sebagai otot jalur ialah otot yang melekat pada
rangka. Otot rangka dihubungkan kepada tulang melalui tendon. Tendon adalah
tisu penghubung tidak kenyal yang mempunyai kekuatan regangan yang tinggi.
Tendon memindahkan daya tarikan otot kepada tulang, menyebabkan anggota
bergerak. Lihat Rajah 14.6.

Tulang

Tendon

Otot

Sumber: http://hrsbstaff.ednet.ns.ca/sdosman/Higher%20level%20BIO/Topic%20B.1notes.htm

Rajah 14.6: Tulang, tendon dan otot pada anggota hadapan manusia

169
Hanya satu jenis gerakan sahaja yang dapat dihasilkan oleh otot, iaitu
pengecutan. Jadi untuk kembali kepada panjang asalnya, otot itu mestlah
diregang. Untuk sebab ini, kebanyakkan otot tersusun dalam pasangan
antagonis. Setiap ahli dalam pasangan menghasilkan satu gerakan yang
berlawanan dengan gerakan yang dihasilkan oleh ahlinya satu lagi. Rajah 14.7
menunjukkan contoh pasangan otot antagonis iaitu otot biseps dan otot
triseps.

Otot biseps

Otot triseps

Rajah 14.7: Pasangan Otot Antagonis

Otot biseps dikenali sebagai fleksor kerana membengkokkan lengan. Otot


triseps dikenali sebagai ekstensor kerana meluruskan lengan. Semasa otot
biseps mengecut, tulang radius tertarik ke atas lalu membengkokkan lengan
bawah. Pada masa yang sama otot triseps akan mengendur. Lihat rajah 14.8.
Semasa otot triseps mengecut, tulang ulna tertarik ke bawah lalu meluruskan
lengan bawah. Pada masa yang sama otot biseps akan mengendur. Lihat Rajah
14.9.

170
Otot biseps
mengecut

Otot triseps
mengendur

Rajah 14.8: Membengkokkan Lengan

Otot biseps
mengendur

Otot triseps
mengecut

Sumber: http://www.saburchill.com/chapters/chap0009.html

Rajah 14.9: Meluruskan Lengan

171
14.3.2 Jenis-jenis sendi

Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih tulang. Tulang disambung antara
satu sama lain oleh ligamen. Ligamen adalah tisu yang liat, kuat dan kenyal.
Fungsi ligamen ialah untuk menetapkan tulang pada kedudukannya di sendi.
Lihat Rajah 14.10.

Ligamen

Sumber: http://miromedical.com/ACL.html

Rajah 14.10: Ligamen pada sendi lutut

Sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi berserabut, sendi rawan dan
sendi sinovia. Lihat Rajah 14.11. Sendi

JENIS SENDI SIFAT PERGERAKAN CONTOH


Tidak membenarkan
pergerakan
SENDI Tulang dicantumkan
BERSERABUT oleh tisu perantara
(fibrous joints)

Sendi antara tulang-tulang pada


tengkorak

172
JENIS SENDI SIFAT PERGERAKAN CONTOH
SENDI Membenarkan (a) Sendi di antara vertebra
RAWAN gerakan yang terhad
Lapisan
(cartilaginous (sedikit sahaja) rawan

joints) Tulang disatukan


Vertebra
oleh lapisan rawan

(b) Sendi antara lengkungan pelvis

Lapisan
rawan
SENDI Membenarkan Terbahagi kepada 5 jenis utama.
SINOVIA pergerakan Lihat Rajah 14.10.
(synovial Terdapat di antara 1. Sendi lesung dan bebola
joints) tulang-tulang Tulang boleh bergerak bebas
anggota dalam semua arah
a) Sendi bahu
b) Sendi punggong
2. Sendi engsel
Tulang boleh bergerak dalam satu
satah sahaja
a) Sendi siku
b) Sendi lutut

JENIS SENDI SIFAT PERGERAKAN CONTOH

173
3. Sendi kondil / bonggol
SENDI Tulang boleh bergerak dalam dua
SINOVIA satah sahaja
(sambung) a) Sendi antara tengkorak dan
atlas
b) Sendi di pergelangan tangan
dan kaki
c) Sendi di antara metatarsus .
metakarpus dan ruas jari

4. Sendi gelongsor
Permukaan tulang menggelongsar
di atas satu sama lain
a) Sendi antara karpus
b) Sendi antara tarsus
c) Sendi antara sternum dengan
klavikel
5. Sendi pangsi
Satu tulang berputar di atas tulang
yang lain.
a) Sendi antara atlas dengan paksi
b) Sendi antara ulna dan radius

Rajah 14. 11 : Jenis-jenis Sendi Manusia

Sendi lesung dan bebola Sendi kondil

174
Sendi engsel
Sendi pangsi

Sendi gelongsor
A
B

Sumber: http://wellbeinganddiseases.com/wp-content/uploads/2011/05/joints.gif
Rajah 14.12: Jenis-jenis Sendi Sinovia Manusia

Latihan 14.3

Kaji Rajah 14.12.


(a) Nyatakan jenis sendi yang terdapat di A dan B
(b) Apakah jenis pergerakan yang boleh berlaku di sendi-sendi ini?

Rehat
14.4. Pergerakan di
darat, air dan udara

175
Haiwan bergerak dengan cara yang berlainan. Ada yang merayap di atas tanah,
berjalan, berlari, melompat, berenang di dalam air atau terbang di udara.

14.4.1 Pergerakan Di Darat


Kehadiran sendi dan otot antagonis pada anggota haiwan darat membolehkanya
melakukan pergerakan seperti berjalan, merayap, melompat dan berlari. Haiwan
seperti cheetah, harimau dan serigala mempunyai otot tulang belakang yang
kuat yang boleh mengecut dan mengendur dengan cepat untuk melengkung dan
meluruskan tulang belakangnya pada kadar yang cepat. Ini membolehkan tulang
belakang bertindak sebagai spring untuk memperoleh langkah yang panjang
supaya haiwan itu dapat berlari dengan lebih pantas. Lihat Rajah 14.13.

Tulang belakang
Rajah 14.13: Cheetah melompat ke hadapan semasa berlari dengan pantas.

Katak, arnab, kanggaru dan belalang ialah contoh haiwan yang melompat
Adakah anda perhatikan kaki belakang haiwan ini? Haiwan-haiwan ini
mempunyai kaki belakang yang panjang. Lihat Rajah 14.14 yang menunjukkan
katak melompat.

Rajah 14.14: Katak melompat

176
Kaki belakang katak adalah lebih besar daripada kaki hadapan dan dilipat
menjadi bentuk Z. Otot femurnya besar dan kuat. Pengecutan otot femur
dengan tiba-tiba meluruskan kaki belakang dengan cepat dan menolak tanah ke
bawah dan ke belakang. Ini akan menolak haiwan itu ke atas dan ke hadapan.
Haiwan ini mendarat pada hujung kaki hadapannya.

Aktiviti 14.1

Pergerakan Cacing Tanah


Dalam akiviti ini anda akan perhatikan pergerakan seekor cacing tanah.
1. Cacing tanah boleh didapati dalam tanah yang lembab dan longgar.
Anda boleh tuang larutan sabun ke atas tanah dahulu untuk memaksa
cacing tanah keluar. Pastikan anda bilas cacing tanah dengan air bersih
sebelum memulakan permerhatian anda. Namakan cacing tanah anda.
2. Letakkan cacing tanah anda ke atas kertas turas yang lembab.
Bolehkah anda dengar bunyi yang dibuat oleh keta cacing semasa
pergerakkan.
3. Perhatikan dengan teliti badan cacing tanah semasa pergerakannya.
Lukis strip komik untuk menunjukkan pergerakannya. Tulis satu ayat
. untuk menerangkan apa yang berlaku pada setiap gambar komik anda.
4. Buat persembahan komik anda semasa tutorial.
5. Perhatian:
Lepaskan cacing tanah anda di tempat asalnya pada akhir kajian
anda.

Pergerakan cacing tanah


Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik. Haiwan yang mempunyai rangka
hidrostatik juga bergerak atas prinsip otot-otot antagonis walaupun haiwan ini
tidak mempunyai rangka luar atau rangka dalam yang keras untuk pelekatan
hujung-hujung otot.
177
Semasa cacing tanah bergerak, seluruh bahagian ventralnya bersentuhan
dengan substratum. Bulu kejur berkitin, iaitu keta yang terdapat pada bahagian
ventral dinding tubuh bertindak seagai cangkuk dalam gerakan cacing ke
hadapan. Ini adalah bunyi yang anda telah dengar semasa anda menjalankan
Aktiviti 14.1. Siri pengecutan dan pengenduran otot bulat dan otot membujur
pada dinding badan menghasilkan gelombang peristalsis yang menyebabkan
cacing tanah bergerak ke hadapan. Lihat Rajah 14.15.

Otot Otot
Otot Otot membulat
membulat membujur
membujur mengendur mengecut
mengendur mengecut

Kepala

Keta

Sumber: http://mycozynook.com/102RGCh30OH.htm

Rajah 14.15: Pergerakan Cacing Tanah

Rehat

14.4.2 Pergerakan Di Air

178
Rintangan air adalah satu kesulitan yang dihadapi oleh haiwan akuatik. Ini ialah
kerana air adalah 800 kali lebih tumpat daripada udara. Satu contoh haiwan yang
bergerak di dalam air ialah ikan. Ikan mempunyai beberapa ciri tertentu untuk
mengatasi masalah rintangan air. Ikan mempunyai badan yang berbentuk
larus, iaitu membulat di hadapan dan meruncing dengan sekata ke arah
belakang untuk mengurangkan rintangan terhadap gerakan dalam air. Sisik
mengarah ke posterior dan kulit badannya berelendir mengurangkan geseran
apabila bergerak di dalam air. Perhatikan Rajah 14.16.

Sirip dorsal Sirip ekor

Sisik Sirip
Sirip Sirip dubur
pelvis
pektoral

Rajah 14.16: Pandangan Ikan Dari Sisi

Tindakan otot antagonis badan dan sirip ekor menghasilkan daya tolakan ke
hadapan. Oleh sebab berat badan ikan disokong oleh daya keapungan air, ikan
tidak memerlukan rangka yang kuat seperti mamalia dan burung.

Rajah 14.17 menunjukkan pergerakan ikan semasa berenang.

179
Anak panah yang tebal menunjukkan
pergerakan badan ikan. Anak panah nipis
menunjukkan tindakan air

Badan ikan Badan ikan


membengkok ke membengkok ke
sebelah kanan sebelah kiri
Otot di sebelah kiri Otot di sebelah kiri
ikan mengendur ikan mengecut
manakala manakala
otot disebelah kanan otot disebelah kanan
mengecut mengendur

Sumber: http://www.biology-resources.com/drawing-fish-swimming.html
Rajah 14.17: Pergerakan Ikan

Ikan mempunyai pelbagai jenis sirip pada badannya yang membantu


memperoleh keseimbangan badan semasa bergerak dalam air. Pergerakan
ketidakseimbangan yang mungkin dihadapi oleh ikan ialah pesongan, golekan
dan junaman. Lihat Rajah 14.18. Sirip dorsal dan sirip dubur menghalang
pesongan dan golekan serta membantu dalam pergerakan memusing. Sirip

180
pektoral dan pelvis menghalang golekan dan junaman. Sirip ekor membantu
memberi daya tujahan yang akan mendorong ikan ke depan.

Golekan Pesongan

Junaman

Rajah 14.18: Keseimbangan ikan dikekalkan dengan bantuan sirip

Latihan 14.4

1. Nyatakan fungsi setiap sirip dalam pergerakan ikan


(a) Sirip ekor
(b) Sirip dubur
(c) Sirip pelvis
(d) Sirip pektoral
2. Apakah fungsi pundi udara dalam ikan?

Rehat
14.4.3 Pergerakan Di Udara

181
Sebilangan haiwan boleh terbang di udara seperti burung dan serangga. Haiwan
yang boleh terbang di udara memiliki beberapa ciri yang istimewa. Burung
mempunyai rangka dalam dan terbang di udara untuk mendapat makanan,
pembiakan dan mengelakkan diri daripada pemangsa.
Perhatikan Rajah 14.19 yang menunjukkan seekor burung yang terbang.

Rajah 14.19: Burung mempunyai ciri-ciri penyesuaian untuk penerbangan

Apakah ciri-ciri penyesuaian burung yang membolehkan penerbangan?

(i) Badan burung berbentuk larus mengurangkan geseran dalam


penerbangan

(ii) Bulu pada badannya licin dan memudahkan udara mengalir pada
permukaan badannya.

(iii) Burung mempunyai otot dada yang besar dan kuat untuk menggerakkan
sayapnya ke atas dan ke bawah. Pergerakan kedua-dua jenis otot
pektoralis major dan minor membolehkan burung terbang di udara.
Rajah 14.20 menunjukkan tindakan otot semasa sayap diturunkan.

182
4. Upthrust disebarkan
dari sayap ke
5. Badan di naikkan coracoid

Tulang
coracoid
Otot pektoral minor 3. Rintangan udara
(menaikkan sayap) memberi
daya tujahan
kepada sayap
Otot pektoral major
(menurunkan sayap) 2. Sayap diturunkan

1. Otot pektoral major mengecut

Rajah 14.20: Pengecutan dan pengenduran otot pektoral major dan minor
menggerakkan sayap ke atas dan ke bawah.

(iv) Burung mempunyai sayap yang lebar dan berbentuk aerofoil. Ini
menghasilkan daya angkat yang kuat untuk membolehkannya terapung di
udara semasa terbang. Lihat Rajah 14.21

Daya Angkat Udara laju, tekanan


rendah

Udara perlahan,
tekanan tinggi

Rajah 14.21: Sayap berbentuk aerofoil

183
(v). Burung menyimpan kaki di belakang badannya semasa penerbangan.

(vi) Bulu pelepah juga bertindak sebagai penebat yang memelihara badannya
tetap panas, supaya burung dapat menghasilkan tenaga yang cukup
untuk terbang.

(vii) Bulu pelepah pada ekor dan kepak menambahkan luas permukaan
sayap untuk mengekalkan burung berada di udara.

(viii) Bulu sayapnya berlilin dan kalis air dan tidak meresap air semasa hujan.

(ix) Burung mempunyai badan yang kecil dan ringan. Tulang-tulang burung
mempunyai banyak rongga yang menjadikannya ringan tetapi tidak
menjejaskan kekuatan tulang.

Rehat

Latihan 14.5
184
1. Dengan merujuk kepada contoh yang sesuai, bandingkan jenis-jenis
rangka haiwan

2. Nyatakan kepentingan sistem rangka seekor harimau dari segi


kemandirian spesies.

3. Terangkan dengan contoh apa yang anda fahami dengan kenyataan


ini:
Pengecutan dan pengenduran otot rangka secara berpasangan
menghasilkan pergerakan

4. Yang manakah menunjukkan padanan betul:


(i) sendi engsel sendi punggong
.
(ii) sendi berserabut- sendi tenggorak
(iii) sendi bola lesung- sendi bahu
(iv) sendi rawan - vertebra
(v) sendi sinovia- sendi siku

5. Terangkan ciri-ciri bagi badan haiwan-haiwan berikut yang membantu


pergerakan mereka:
(i) ikan tilapia
(ii) katak
(iii) burung merpati

6. Labelkan gambarajah berikut:

185
186
Buku Rujukan

Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and


Applications.Hodder Murray. London

Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson


Education Asia Pte Ltd.

Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill

Raven, P. H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th
eds.). Boston:McGraw Hill

Layari Internet

http://www.getbodysmart.com/ap/skeletalsystem/skeleton/introduction/tutorial.ht
ml

http://www.wisc-online.com/objects/ViewObject.aspx?ID=AP13404

http://woostermiddle.stratfordk12.org/Content/The_Human_Body.asp

http://hrsbstaff.ednet.ns.ca/sdosman/Higher%20level%20BIO/Topic
%20B.1notes.htm

http://www.jeffsims.net/flash/skeleton.html

http://classroom.sdmesa.net/eschmid/Chapter7-Zoo145.htm

http://www.biology-resources.com/

http://www.moundstreet.k12.oh.us/6060701019103839/lib/6060701019103839/_f
iles/14_-_Birds.pdf

Tamat Topik 14

187

You might also like