You are on page 1of 98

TOPIK 6.

1
SOKONGAN, PERGERAKAN & PERTUMBUHAN
HAIWAN
JENIS SOKONGAN PADA HAIWAN
1. Rangka adalah sistem sokongan kepada semua jenis
haiwan.
Terdapat tiga jenis rangka bagi haiwan iaitu:
-rangka luar
-rangka dalam
-rangka hidrostatik
2. Haiwan invetebrata mempunyai rangka luar atau
rangka hidrostatik manakala semua haiwan vetebrata
memiliki rangka dalam
RANGKA DALAM
1. Merupakan sokongan bagi semua vetebrata termasuk
manusia.Rangka dalam terbina daripada tulang atau rawan.
2. Fungsi rangka dalam haiwan:
-menyokong berat badan
-melindungi organ dalaman seperti paru-paru dan jantung.
-mengekalkan bentuk badan
-asas atau tapak pautan bagI otot
-menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih
-menyimpan mineral
RANGKA LUAR
1. Adalah rangka di bahagian luar bagi kebanyakan
organisma invetebrata.
2. Terdiri daripada lapisan keras kritin berlilin atau
cengkerang.
3. Fungsi rangka luar haiwan:
-menyokong berat badan
-mengekalkan bentuk badan.
-melindungi organ dalaman haiwan.
-menjadi tapak pelekatan otot.
organisma darat
organisma akuatik
RANGKA HIDROSTATIK
1. Sebahagian haiwan yang berbadan lembut seperti cacing
mempunyai bendalir dalam ruang badannya dan tidak
mempunyai sebarang tulang.
2. Bendalir badan ini mengenakan tekanan dalam semua arah ke
atas dinding badan untuk memberikan bentuk rangka hidrostatik
dan menjadikan haiwan tersebut tegar,.
3. Fungsi rangka hidrostatik:
-mengekalkan bentuk badan
-mengawal bentuk badan
-berperanan dalam pergerakan haiwan tersebut
organisma darat
organisma akuatik
HUBUNGKAIT SAIZ RANGKA LUAR DENGAN PERTUMBUHAN
-Pertumbuhan boleh diukur dan dilihat dengan membina graf unit
pertumbuhan melawan masa.
-Graf ini dinamakan lengkung pertumbuhan.
-Unit pertumbuhan adalah seperti tinggi (cm), isipadi (cm3), jisim
segar (g) dan jisim kering (g).
-Lengkung pertumbuhan yang terbentuk bagi semua organisma
pada asasnya berbentuk sigmoid. Cuma corak pertumbuhan
adalah berbeza mengikut jenis organisma.
-Namun pertumbuhan bagi haiwan dengan rangka luar adalah
berbeza dan unik
Graf berbentuk sigmoid
- Lengkung pertumbuhan rangka luar seperti lipas
dan belalang adalah berperingkat.
- Ini kerana haiwan rangka luar terbina daripada kitin
yang bersifat keras dan tidak boleh mengembang.
- Sifat keras dan tidak boleh mengembang ini
menghalang pertumbuhan haiwan rangka luar
seperti udang, ketam, dan belalang.
- Oleh itu, haiwan seperi ini akan menanggalkan
rangka luar berulang kali sehingga mencapai
peringkat dewasa.
Graf lengkung pertumbuhan haiwan berbentuk
tangga
-Anda pernah dengar tentang ketam menyalin kulit? Inilah proses penanggalan kulit
dan dipanggil sebagai proses ekdisis.
-Semasa proses ekdisis, rangka luar yang baharu dan lembut akan terbentuk di bawah
rangka luar yang lama.
-Kemudian, haiwan berangka luar akan menyedut udara bagi mengembangkan badan.
-Tindakan menyedut udara ini akan memecahkan rangka luar lama yang keras.
-Pertumbuhan pesat akan berlaku untuk penambahan saiz haiwan sebelum rangka luar
yang baharu mengeras.
-Haiwan berangka luar akan mengalamai beberapa peringkat ekdisis sebelum
mencapai peringkat dewasa.
-Peringkat ekdisis ini menyebabkan graf lengkung pertumbuhan haiwan tersebut
berbentuk tangga.
-Pada peringkat nimfa, haiwan akan makan dengan banyak untuk membina tisu-tisu
baharu dan mengalami pertambahan jisim.
-Hormon akan mengawal setiap peringkat ekdisis ini.
HUBUNGKAIT RANGKA HIDROSTATIIK DENGAN PERGERAKAN
1. Rangka hidrostatik menjadikan badan invetebrata yang teguh
memulakan pergerakan dengan bantuan otot yang terikat pada dinding
dalam badan.
2. Badannya segah dan tegar akan memudahkan pergerakan organisma
ini.
3. Hal ini kerana bendalir dalam ruang badan mengenakan tekanan ke
arah luar badan.
4. Bendalir yang membentuk rangka ini tidak boleh dimampatkan.
5. Ruang badan yang dipenuhi bendalir ini dikelilingi oleh otot yang
bertindak ke atas bendalir itu.
6. Dua lapisan otot antagonis yang terdiri daripada otot membujur dan otot
melingkar mengendur dan mengecut menyebabkan segmen pada badan
memendek dan memanjang
Pergerakan Cacing Tanah
1. Cacing tanah bergerak dengan bantuan pengecutan
dan pengenduran otot linkar dan otot membujur yang
berlaku secara berlawanan (antagonis) dari bahagian
anterior (hadapan) ke bahagian posterior (belakang).
2. Apabila otot membujur mengecut dan otot lingkar
mengendur, segmen-segmen pada bahagian cacing
tanah akan menebal serta memendek. Keta akan
mencengkam tanah.
3. Keta adalah bulu kejur yang terdapat pada bahagian
sisi badan cacing tanah
4. Pada masa yang sama, segmen lain pada badan
cacing akan menipis dan memanjang.
5. Ini kerana otot lingkar mengecut dan otot
membujur mengendur.
6. Keta akan melepaskan cengkaman bagi
membolehkan badan cacing memanjang dan
bergerak ke hadapan.
7. Pelajar diminta lihat dua video yang disertakan ini
untuk lebih faham bagaimana pergerakan cacing
berlaku
FUNGSI RANGKA DALAM
BAGI HAIWAN
VERTEBRATA DARAT
- Vetebrata darat memerlukan rangka yang kuat dan
besar.
- Rangka dalam menyokong berat badan, memberi
bentuk badan serta melindungi organ dalam badan.
- Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang besar
serta kuat menyokong berat badan haiwan vertebrata
daratan.
- Saiz dan luas keratan rentas tulang juga menentukan
kekuatan sesuatu tulang dalam vertebrata
- Vertebrata daratan mempunyai sistem rangka
dengan tulang belakang iaitu turus vertebra yang
melengkung
- Turus vertebra yang melengkung merupakan
penyesuaian bagi meningkatkan sokongan serta
kestabilan.
- Turus melengkung mengagihkan berat badan ke
seluruh sistem rangka. Maka beban yang
ditanggung tidak tertumpu di bahagian tengah turus
vertebra.
BIRU - Lengkungan pektoral
MERAH - Lengkunag pelvis
- Gajah, badak air serta badak sumbu yang merupakan
haiwan besar yang tidak mempunyai tulang yang panjang.
- Tulang padat atau tulang kortikel terbina daripada bahan
yang lebih padat dan membentuk sebahagian besar
sistem rangkanya.
- Tulang padat ini memberikan kekerasan, kekuatan dan
ketahanan kepada tulang.
- Oleh itu haiwan besar ini memiliki tulang kaki yang
pendek dan boleh menyokong beban yang lebih besar.
VERTEBRATA AKUATIK
- Vertebrata akuatik kebiasaannya memiliki sistem rangka kecil berongga
dan tidak kuat. Lengkugan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan akuatik
adalah kecil dan lemah.
-Rangka kecil ini membolehkan ikan paus dan ikan lumba-lumba memiliki
saiz badan yang agak besar
-Daya apungan air yang memberikan daya tujah ke atas menyebabkan
vertebrata akuatik tidak memerlukan sistem rangka yang besar
-Sebahagian besar berat badan haiwan tersebut telah disokong oleh daya
apungan. Oleh itu, rangka vertebrata akuatik adalah lebih kecil daripada
vertebrata darat.
-Ikan paus yang terdampar di pantai tidak dapat kembali semula ke lautan
kerana memiliki sistem rangka yang kecil yang tidak dapat menampung
berat badannya.
VERTEBRATA BURUNG
1. Vertebrata burung hanya memiliki tulang yang sedikit dan
fleksibel.
2. Tulang burung yang berongga dan nipis menjadikan burung
lebih ringan serta memudahkan burung untuk terbang.
3.Sternum iaitu tulang dada pada sistem rangka burung adalah
besar dan luas yang berfungsi sebagai tempat pelekatan otot
untuk penerbangan.
BIRU - Sternum atau tulang
dada burungTempat
pelekatan otot bagi
membolehkan burung
terbang
SISTEM RANGKA MANUSIA
1. Rangka manusia terdiri saripada 206 tulang yang pelbagai saiz dan
bentuk.
2. Rangka manusia boleh dibahagikan kepada rangka paksi dan rangka
apendaj.
3. Rangka paksi adalah paksi menegak yang menyokong bahagian utama
badan.
4. Rangka apendaj merupakan rangka yang melekat kepada rangka paksi.
5. Rangka paksi terdiri pada tengkorak, sangkar rusuk dan turus vertebra.
6. Rangka apendaj terdiri daripada lengkungan pektoral, lengkungan
pelvis, anggota atas dan anggota bawah.
HUBUNGKAIT TULANG PADAT DAN TULANG
BERONGGA DALAM HAIWAN
RANGKA PAKSI
1.Tengkorak
-Tengkorak manusia terdiri
daripada dua bahagian iaitu
tulang kranium dan tulang
muka.
-Tulang kranium berfungsi
melindungi otak manakala
tulang muka memberikan
bentuk asas muka manusia dan
menyokong gigi
Turus Vertebra
1.Terdiri daripada 33 ruas tulang
kecil atau vertebra.
2.Tulang-tulang ini bersambung
dan memberikan satu terus yang
kuat serta boleh melentur.
3. Turus vertebra mempunyai
satu fungsinya amat penting iaitu
melindungi saraf tunjang.
Tulang Rusuk dan Sternum
1. Rusuk manusia dibentuk
daripada 12 pasang tulang rusuk
yang bersendi dengan vertebra
toraks di bahagian belakang.
2. 7 pasang tulang rusuk bersendi
dengan sternum secara terus dan 3
tulang rusuk lagi bersambung
secara tidak langsung oleh rawan.
3. Dua pasang lagi iaitu 2 yang
terakhir tergantung bebas.
4. Sternum dan tulang rusuk
berfungsi melindungi organ utama
iaitu jantung dan peparu.
RANGKA APENDAJ
Lengkungan Pektoral
1.Terdiri daripada sepasang
lengkungan pektoral dalam
badan manusia.

2.Lengkungan pektoral
menghubungkan tulang dengan
rangka paksi.

3. Ia juga terdiri daripada tulang


klavikel dan tulang skapula
Tulang Tangan
1. Terdiri daripada humerus, radius, ulna,
karpus, metakarpus dan falanks.
2. Hujung humerus berbentuk bulat
bersendi dengan lengkungan pektoral.
3. Humerus di hujung sebelah bawah
bersendi dengan radius dan ulna.
4. Radius dan ular bersendi dengan tulang
karpus yang membentuk pergelangan
tangan tulang metakarpus membentuk
tapak tangan dan bersendi dengan tulang
karpus.
5. Falanks membentuk jari dan akan
bersendi dengan tulang metakarpus .
Lengkungan Pelvis
1. Ia bersendi dengan rangka
paksi.

2. Ia terbentuk daripada sepasang


tulang punggung.

3. Ia menyokong berat badan,


melindungi pundi kencing dan
organ pembiakan.
Tulang Kaki
1. Terdiri daripada famur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus dan falanks.
2.Hujung tulang femur berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan
pelvis.
3.Sebelah bawah femur pula bersendi dengan tulang tibia dan fibula.
4.Tibia dan fibula merupakan tulang pada betis.
5.Hujung bawah tulang tibia dan fibula bersendi dengan tulang tarsus
iaitu tulang pergelangan kaki
6.Tulang tersus bersendi dengan tulang metatarsus yang membentuk
tapak kaki.
7.Metatarsus bersendi dengan tulang falanks atau tulang jari kaki.
KEKUATAN TULANG PADAT DAN BERONGGA DALAM HAIWAN

1. Vertebrata darat seperti gajah mempunyai tulang yang besar,


padat, dan kuat.
2. Hal ini kerana kesesuaian berat badannya disokong oleh
rangka dalam.
3. Burung pula mempunyai tulang-tulang yang berongga untuk
membolehkannya terbang.
4. Tulang berongga mempunyai beberapa kelebihan seperti
ringan dan kuat, membenarkan vertebrata bergerak lebih cepat
dan memerlukan fosforus dan kalsium yang sedikit
HUBUNGKAIT SISTEM SOKONGAN DENGAN FAKTOR
KESTABILAN HAIWAN
1. Kestabilan haiwan bergantung kepada kedudukan pusat graviti
dan keluasan tapak.
2. Semakin rendah pusat graviti haiwan atau semakin besar luas
tapak kaki haiwan, maka semakin stabil haiwan tersebut
3. Organisma yang lebih berat akan lebih stabil sekiranya saiz
dan bentuk haiwan adalah sama.
4. Pusat graviti direndahkan dan luas tapaknya yang lebih besar
menjadikan oleh beberapa haiwan lebih stabil
• Zirafah mengangkangkan kakinya
sewaktu meminum air

• Ini bertujuan untuk menjadikan


pusat graviti lebih rendah dan
luas tapak kaki besar
• Kanggaru menongkat badan
dengan menggunakan ekor
supaya luas tapaknya
bertambah
1. Badak sumbu adalah antara haiwan yang bersaiz besar yang
memiliki kaki yang pendek supaya pusat graviti adalah rendah.
2. Haiwan seperti ini menggunakan luas tapak kakinya yang
besar serta cara berjalannya memberikan lebih kestabilan dan
sokongan kepadanya.
- Buaya adalah reptilia yang mempunyai kaki yang terkeluar
daripada badannya supaya tapak kakinya mempunyai luas
permukaan yang lebih besar.
TOPIK 6.2
PERGERAKAN & PERTUMBUHAN MANUSIA
1. Sistem rangka dan otot membolehkan manusia
bergerak.
2. Pergerakkan otot disebabkan oleh pengecutan
dan pengenduran otot.
3. Setiap pasang otot yang bertindak secara
berlawanan dikenali sebagai otot berantagonis.
4. Pergerakan otot ini menyebabkan manusia boleh
melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari dan
melompat.
FUNGSI SENDI DAN PERTUMBUHAN MANUSIA
1. Sendi adalah bahagian di mana dua tulang bertemu di dalam
badan.
2. Terdapat dua jenis sendi iaitu sendi bergerak dan sendi tidak
bergerak.
3. Sendi tidak bergerak tidak membenarkan pergerakan antara
tulang seperti sendi pada tengkorak
4. Sendi bergerak boleh membenarkan pergerakan separa atau
penuh seperti sendi lesung dan sendi engsel.
5. Sendi lesung membenarkan pergerakan pada semua arah
seperti sendi bahu dan sendi punggung
1. Sendi engsel membenarkan pergerakan pada satu arah seperti sendi
pada siku, lutut dan juga jari kaki serta jari tangan.
2. Otot yang terlibat dalam pergerakan sendi engsel adalah otot bisep dan
otot trisep.
3. Otot rangka terikat pada tulang rangka terdiri daripada suatu bekas
gentian otot yang berfungsi membolehkan pergerakan berlaku.
4. Otot rangka mengecut dan mengendur menyebabkan tulang ditarik dan
pergerakan berlaku.
5. Otot rangka wujud secara berpasangan dan terikat pada dua tulang
yang berbeza dan bertindak secara antagonis.
6. Otot antagonis merujuk kepada apabila sesuatu otot itu mengendur
maka ia akan kembali mengecut.
Mekanisme Otot Antagonis Dalam Pergerakan
Struktur Umum Sendi
1. Ligamen
- Tisu penyambung fleksibel yang memegang dua tulang yang
berbeza pada sendi.
- Membolehkan pembengkokan sendi.
- Memastikan tulang tidak mengalami kegelinciran atau dislokasi
atau menyebabkan terseliuh.
2. Tulang Rawan
- Bertindak sebagai penyerap hentakan.
- Mengurang geseran
3. Tendon
- Gentian tisu penyambung melekatkan otot pada tulang
- Terdiri daripada gentian yang kuat dan tidak kenyal.
- Daya pengecutan otot dipindahkan ke tulang melalui tendon.
4. Cecair/Bendalir Sinovia
- Melicinkan sendi untuk mengelakkan geseran semasa
pergerakan.
- Bertindak sebagai pelincir sendi.
- Membekalkan nutrien kepada rawan.
MASALAH BERKAITAN SENDI DAN OTOT DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN
1. Kecederaan boleh berlaku sekiranya seseorang itu melakukan aktiviti
yang agak keterlaluan dan lasak.
2. Apabila otot cedera maka keupayaannya untuk menstabilkan sendi akan
berkurangan dan kecederaan sendi boleh berlaku.
3. Sistem rangka dan otot yang sihat dapat dikekalkan melalui
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium, fosforus, besi, flourin
dan vitamin D. Kelas makanan ini penting untuk pembinaan tulang yang
kuat.
4. Aktiviti sampingan seperti bersenam, berjalan kaki dan berjoging juga
dapat mengurangkan masalah berkaitan dengan otot dan rangka
5. Kerjaya yang berkaitan dengan sistem sokongan manusia adalah pakar
ortopedik, ahli kiropraktik dan ahli fisioterapi
KECEDERAAN DAN KEKEJANGAN OTOT
1. Boleh berlaku jika aktiviti pemanasan badan tidak dilaksanakan
sebelum bersukan.
2. Kemungkinan kecederaan otot atau tisu otot terkoyak juga
boleh berlaku sekiranya aktiviti sukan yang dilaksanakan tidak
menggunakan peralatan yang bersesuaian.
3. Pengecutan otot yang melampau atau secara tiba-tiba boleh
mengakibatkan kekejangan otot.
4. Hal ini disebabkan oleh kekurangan natrium atau garam
mineral dalam badan akibat aktiviti fizikal yang keterlaluan.
5. Kekejangan otot juga boleh disebabkan oleh kekurangan air
atau dehidrasi.
OSTEOPOROSIS
1. Sering berlaku dalam warga emas yang melibatkan tulang
menjadi mudah patah dan lebih ringan.
2. Kehilangan mineral tulang seperti kalsium menyebabkan
berlakunya osteoporosis.
3. Keadaan ini sering dialami dalam kalangan wanita selepas
putus haid kerana tiada lagi hormon estrogen yang dirembeskan.
ARTRITIS
1. Masalah ini sering berlaku dalam kalangan orang tua.
2. Ia berpunca daripada kemerosotan atau keradangan sendi.
3. Keadaan yang sering berlaku dalam kalangan warga emas
adalah osteoartritis.
4. Osteoartritis merujuk kepada kemusnahan tulang rawan dalam
badan.
5. Artritis reumatoid melibatkan keradangan membran sinovia
pada sendi tangan dan kaki
POLA PERTUMBUHAN MANUSIA
1. Pertumbuhan manusia adalah proses berlakunya perubahan
dari segi saiz, jumlah bilangan sel, berat, bentuk tubuh dan fungsi
badan.
2. Pertumbuhan manusia adalah proses yang kekal dan tidak
berbalik.
3. Berlaku disebabkan pertambahan bilangan sel dalam badan
4.Berlaku pada seluruh badan namun berbeza mengikut jantina
dan peringkat umur
5. Pertumbuhan manusia bermula dari dalam uterus ibu semasa
peringkat embrio dan fetus.
6. Sum sum tulang mengalami pertumbuhan yang lebih cepat
diikuti oleh rambut dan kulit.
7. Bahagian badan seperti tulang rawan, rambut dan kuku terus
mengalami pertumbuhan sepanjang hayat.
8. Lengkung pertumbuhan manusia ialah sigmoid iaitu berbentuk
S.
9. Peringkat pertumbuhan manusia:
-Bayi
-Kanak-kanak
-Remaja
-Dewasa
-Tua
PERINGKAT PERTUMBUHAN MANUSIA
1. Peringkat Bayi
-Bermula dari 0 - 3 tahun.
-Bayi lelaki dan perempuan mengalami pertumbuhan yang sama.
-Pertumbuhan yang berlaku adalah sangat pesat.
-Pemakanan yang seimbang penting bagi pertumbuhan yang sempurna.

2. Peringkat Kanak-Kanak
-Mula dari 3 - 12 tahun.
-Pertumbuhan pada peringkat kanak-kanak adalah sedikit perlahan daripada peringkat
-bayi.
-Kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki lebih cepat berbanding kanak-kanak
perempuan.
-Pada masa ini makanan seimbang penting bagi pertumbuhan yang seimbang.
3. Peringkat Remaja
Berlaku dari umur 13 sehingga 20 tahun.
Peringkat awal remaja ialah 13 Hingga 15 tahun.
Kedua-dua jantina mengalami pertumbuhan yang pesat.
Remaja lelaki mengalami pertumbuhan yang perlahan berbanding remaja perempuan.
Pada umur ini remaja perempuan lebih tinggi dan besar berbanding remaja lelaki.
Perubahan ciri-ciri seks sekunder bagi remaja mula berlaku.
Pada umur 16 hingga 18 tahun.
Kepesatan pertumbuhan remaja perempuan mula berkurang dan seterusnya berhenti.
Remaja lelaki akan terus mengalami pertumbuhan sehingga umur 18 hingga 20 tahun.
Maka remaja lelaki biasanya lebih besar berbanding remaja perempuan.
4. Peringkat Dewasa
-Lelaki dewasa lebih tinggi dan besar berbanding
perempuan dewasa.
-Hal ini kerana pertumbuhan lelaki adalah lebih lama
berbanding pertumbuhan perempuan.
-Pada peringkat ini pertumbuhan manusia adalah malar
dan hampir sifar.
-Pertumbuhan sifar bermaksud tiada pertumbuhan
berlaku.
-Sel-sel baru yang terbentuk hanya untuk menggantikan
sel-sel yang rosak atau mati.
5. Peringkat Tua
-Pertumbuhan manusia hampir berhenti
sepenuhnya.
-Tubuh badan mula menyusut dan mengecil di
bahagian-bahagian otot serta kulit mula mengering
kadar pertumbuhan adalah negatif.
-Penggantian sel-sel yang berlaku adalah perlahan,
otot dan rawan mula merosot manakala tulang
menjadi lebih poros dan ringan.
POLA PERTUMBUHAN LELAKI DAN PEREMPUAN
- Kadar pertumbuhan lelaki adalah berbeza daripada
perempuan.
- Pada peringkat bayi kadar pertumbuhan lelaki dan
perempuan adalah sama.
- Peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan lelaki lebih
tinggi sedikit berbanding perempuan bermula pada umur
4 tahun.
- Perempuan akan mengalami akil baligh lebih cepat
antara umur 12 hingga 14 tahun.
- Pada peringkat remaja, perempuan mengalami kadar
pertumbuhan yang lebih pesat berbanding lelaki.
- Peringkat ini perempuan kelihatan lebih tinggi dan besar
daripada lelaki yang sebaya.
- Apabila umur mencapai 14 tahun, lelaki pula akan
mengalami kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dan
pesat.
- Pada ketika ini lelaki akan kelihatan lebih besar dan
tinggi.
6.3
SOKONGAN, PERTUMBUHAN & KESTABILAN
DALAM TUMBUHAN
-Bagaimana tumbuhan boleh berdiri tegak? Padahal dia
tiada tulang...
-Ini kerana sokongan utama tumbuhan ialah batang dan
akar.
-Batang tumbuhan mampu menyokong berat batang itu
sendiri, berat daun, berat bunga dan juga berat buah.
-Akar pula akan memberi sokongan kepada tumbuhan
dengan mencengkam tanah
Tumbuhan darat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Tumbuhan berkayu
Tumbuhan herba (tidak berkayu)
TUMBUHAN BERKAYU
-Kebiasaannya bersaiz besar dan tinggi.
-Sistem sokongan tumbuhan seperti ini adalah tisu berkayu yang keras,
kuat dan tegar.
-Tumbuhan berkayu mempunyai batang yang kuat yang mengandungi tisu
lignin iaitu bahan kompleks yang keras dan tegar.
-Tisu lignin memberikan kekerasan kepada batang serta sokongan kepada
tumbuhan supaya sentiasa tegak ke atas.
-Terdapat juga struktur tambahan seperti akar banir, akar sokong dan akar
jangkang yang memberikan sokongan tambahan kepada pokok.
-Contoh tumbuhan berkayu: pokok angsana, pokok bakau dan pokok
rambutan
akar jangkang

akar banir
TUMBUHAN HERBA (TIDAK
BERKAYU)
-Tumbuhan tidak berkayu bergantung pada air yang tersimpan di dalam sel
batang sebagai sokongan.
-Air mengenakan tekanan pada dinding sel untuk memberi kesegahan
kepada sel tumbuhan.
-Kesegahan sel akan memberikan sokongan kepada batang tumbuhan
tersebut agar batang tumbuhan kuat, tidak layu, tegar dan tumbuhan tegak
ke atas.
-Batang tumbuhan tidak berkayu lebih lembut dan akan layu jika
mengalami kekurangan air.
-Sokongan tambahan seperti sulur paut, akar cengkam dan batang
berongga akan memberikan sokongan tambahan kepada tumbuhan jenis
tidak berkayu.
-Tumbuhan herba (tidak berkayu) mempunyai struktur khas seperti duri,
sulur paut, batang melilit, akar sokongan dan akar cengkam untuk menjalar
mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi
TUMBUHAN AKUATIK
TUMBUHAN AKUATIK TERAPUNG
-Tidak mempunyai tisu berkayu untuk sokongan
menjadikan tumbuhan ini lebih ringan.
-Mendapat sokongan utama daripada daya apungan air.
-Mempunyai batang dan daun yang mempunyai tisu
aerenkima.
-Tisu aerenkima terdiri daripada sel yang berdinding nipis
dan membentuk ruang udara di dalam tumbuhan akuatik.
-Ruang udara ini membantu apungan tumbuhan akuatik
tersebut
- Tumbuhan ini membengkak dan mempunyai
batang berongga sekaligus menambahkan
daya apungan.
-Tumbuhan ini mempunyai ciri-ciri daun yang
lebar, kalis air dan tidak mudah koyak.
-Daunnya lebar mengurangkan tekanan oleh
air lalu menyokong batangnya di dalam air.
-Contoh: pokok keladi bunting dan bunga
teratai
TUMBUHAN AKUATIK TENGGELAM DALAM AIR
-Tumbuhan akuatik yang tenggelam dalam air
mempunyai ciri-ciri daun yang kecil nipis dan
fleksibel yang dapat mengurangkan rintangan
terhadap aliran air.
-Batang dan daun mengandungi kantung udara
mewujudkan daya apungan yang
membolehkan tumbuhan kekal tegak ke atas.
-Contoh: Cabomba sp. dan Hydri lla sp.
Hydrilla sp.

Cacomba sp.
USIA TUMBUHAN BERKAYU
- Semasa tumbuhan berkayu membesar, sel xilem yang baru
terbentuk.
- Xilem yang mati akan menjadi keras.
- Ini menjadikan batang pokok kelihatan sebagai gelang pokok.
- Gelang pokok dikenali sebagai gelang tahunan yang
menentukan usia pokok.
- Di kawasan bermusim, kadar pertumbuhan tumbuhan berkayu
adalah pesat semasa musim bunga kerana persekitarannya yang
sesuai.
- Di awal musim luruh tumbuhan kurang aktif dan xilem yang lebih
kecil dihasilkan.
- Pada musim sejuk tiada pertumbuhan berlaku.
- Perbezaan kadar pertumbuhan ini menghasilkan
gelang tahunan.
- Gelang yang cerah terbentuk semasa musim
bunga manakala gelang yang gelap terbentuk
semasa musim luruh.
- Gelap dan cerah ini menjadikan corak gelang
tahunan pada batang pokok berselang seling.
- Satu gelang mewakili satu tahun
Gelang
tahunan
HUBUNGKAIT ANTARA SISTEM SOKONGAN DAN
KESTABILAN DALAM TUMBUHAN
-Tumbuhan dikatakan stabil apabila ia tidak mudah
tumbang.
-Kestabilan tumbuhan dipengaruhi oleh pusat graviti dan
keluasan tapak.
-Semakin rendah graviti semakin stabil.
-Sistem sokongan tumbuhan daratan dan akuatik penting
untuk memastikan ia tumbuh tegak ke atas dengan stabil.
-Ini membolehkan tumbuhan menerima cahaya matahari
yang mencukupi dan menyerap air dan mineral dari tanah
bagi pertumbuhannya baik.

You might also like