You are on page 1of 4

SOALAN BIOLOGI KSSM BAB 14

SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN

1. Nyatakan 3 jenis rangka


-Rangka luar
-Rangka dalam
-Rangka hidrostatik
2. Mengapakah manusia dan haiwan memerlukan sistem rangka?
-supaya dapat bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari
makanan,pasangan atau untuk melarikan diri daripada pemangsa dan
ancaman
3. Berikan 2 contoh haiwan bagi setiap jenis rangka.
-Rangka luar : serangga dan ketam
-Rangka hidrostatik : cacing tanah dan lintah
-Rangka dalam : kucing dan lembu
4. Nyatakan 5 fungsi sistem rangka manusia.
-mengekalkan bentuk badan
-menyokong tisu badan yang lembut
-melindungi organ dalaman daripada kecederaan
-tempat melekatnya otot
-tempat pembentukan sel darah
5. Sistem rangka manusia terdiri daripada rangka paksi dan rangka apendaj
6. Rangka paksi terdiri daripada tengkorak, turus vertebra, tulang rusuk, dan
sternum
7. Rangka apendaj terdiri daripada lengkungan pektoral, lengkungan pelvis,
tulang kaki, dan tulang lengan.
8. Lengkungan pektoral terdiri daripada klavikel dan skapula.
9. Lengkungan pelvis terdiri daripada ilium, pubis dan iskium.
10. Sangkar rusuk terdiri daripada sternum .
11. Tulang lengan terdiri daripada humerus, ulna, radius, karpus, metakarpus,
dan falanks
12. Tulang kaki terdiri daripada femur, patela, tibia, fibula, tarsus, metatarsus,
dan falanks
13. Berapakah jumlah kesemua tulang yang terdapat pada tapak tangan?
-3
14. Berapakah jumlah kesemua tulang yang terdapat pada tapak kaki?
-3
15. Namakan 3 tulang pada tapak tangan.
-karpus
-metakarpus
-falanks
16. Namakan 3 tulang pada tapak kaki.
-tarsus
-metatarsus
-falanks
17. Namakan tulang di bahagian atas lengan manusia.
-humerus
18. Namakan 2 tulang yang terdapat di bahagian bawah lengan manusia
-ulna dan radius
19. Namakan tulang peha manusia.
-femur
20. Namakan 2 tulang pada betis kaki manusia.
-tibia dan fibula
21. Berapakah bilangan tulang vertebra yang terdapat pada tulang belakang
manusia?
-33
22. Di manakah saraf tunjang ditempatkan pada turus vertebra?
-salur saraf
23. Cuaran spina dan cuaran melintang adalah tempat perlekatan otot dan
ligamen.
24. Vertebra terbesar dan terkuat, mempunyai sentrum yang besar untuk
menyokong berat bahagian bawah belakang badan dipanggil vertebra
lumbar.
25. Vertebra serviks yang pertama dikenali sebagai vertebra atlas , tiada sentrum
dan bersendi dengan tengkorak.
26. Vertebra serviks yang kedua dikenali sebagai vertebra axis.
27. Namakan cuaran yang bersendi dengan muka sendi salur saraf vertebra atlas
yang terdapat pada vertebra serviks kedua ini.
-cuaran odontoid
28. Apakah fungsi foramen melintang yang terdapat pada setiap vertebra
serviks?
-laluan akar saraf tunjang, arteri tulang belakang, urat, plexus saraf dan
ligamen
29. Namakan vertebra yang mempunyai cuaran spina yang panjang.
-vertebrata toraks
30. Sendi adalah tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang.
31. Namakan 3 jenis sendi.
-sendi tidak bergerak
-sendi bergerak sedikit
-sendi bebas bergerak
32. Berikan satu contoh bagi setiap jenis sendi.
-sendi tidak bergerak : sutur pada kranium di tengkorak kepala
-sendi bergerak sedikit : cakera rawan antara tulang vertebra dan rawan
antara tulang rusuk pertama dengan sternum.
-sendi bebas bergerak : sendi engsel dan sendi lesung
33. Nyatakan fungsi bendalir sinovia pada sendi.
-bertindak sebagai pelincir yang mengurangkan geseran antara hujung-
hujung tulang.
34. Nyatakan satu contoh sendi lesung dan satu contoh sendi engsel.
-sendi lesung: sendi bahu antara humerus dan lengkungan pektoral
-sendi engsel: sendi lutut yang membenarkan bahagian bawah kaki
berayun ke hadapan dan ke belakang seperti engsel pintu
35. Otot yang bekerja berpasangan , tetapi bertindak berlawanan, iaitu apabila
satu otot mengecut, otot yang satu lagi mengendur dikenali sebagai otot
antagonis.
36. Otot yang meluruskan anggota semasa mengecut disebut otot ekstensor.
37. Otot yang membengkokkan anggota semasa mengecut disebut otot fleksor.
38. Nyatakan fungsi tendon dan ligamen.
-tendon: menyambung tulang dengan otot
-ligamen: menyambung tulang dengan tulang
39. Namakan otot fleksor pada bahagian kaki manusia.
-otot biseps.
40. Namakan otot ekstensor pada bahagian kaki manusia.
-otot triseps.
41. Namakan otot – otot antagonis pada ikan.
-otot miotom.
42. Pada burung, sayap digerakkan ke bawah, apabila otot pektoralis major
mengecut dan otot pektoralis minor mengendur.
43. Otot antagonis cacing tanah adalah otot lingkar dan otot membujur.
44. Otot antagonis belalang adalah otot fleksor dan otot ekstensor.
45. Namakan 4 penyakit yang boleh menjejaskan fungsi sistem otot rangka.
-osteoporosis
-osteomalasia
-artritis
-skoliosis
46. Nyatakan 4 kesan postur badan yang tidak betul semasa menggunakan
telefon pintar dalam Rajah 14.26 di muka surat 280 buku teks.
-sakit kepala, sakit bahu dan leher, kesukaran untuk bernafas dan sakit
tulang belakang.
47. Nyatakan 4 amalan untuk menjaga sistem otot rangka.
-postur badan yang betul.
-pakaian yang sesuai
-senaman
-gizi seimbang
48. Nyatakan 2 sebab yang mengakibatkan penyakit skoliosis.
-faktor genetik atau pertumbuhan tulang belakang yang tidak normal
semasa perkembangan akil baligh.
49. Sejenis artritis yang lazim berlaku dalam kalangan warga tua ialah
osteoartritis
50. Osteomalasia dalam kalangan kanak-kanak dipanggil rikets

You might also like