You are on page 1of 15

GROUP 3: AKID, ALI, ADLI DAN LEE.

1.0 PERGERAKAN KEPADA ASAS BIOLOGI MANUSIA.

1.1 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi merujuk kepada kajian struktur dan organisasi tubuh manusia,


manakala fisiologi memberi tumpuan kepada bagaimana badan berfungsi
dan mekanisme di sebalik pelbagai proses.Kedua-dua anatomi dan fisiologi
memberikan impak yang besar dalam melakukan aktiviti sukan sekiranya
kita memahami dan mendalaminya daripada pelbagai aspek.

1. Sistem Rangka:
- Terdiri daripada 206 tulang yang membentuk rangka tubuh manusia.
- Fungsi utama adalah untuk memberikan sokongan struktur, melindungi
organ dalaman seperti jantung dan paru-paru, dan menyediakan rangka
kerja untuk otot yang membolehkan pergerakan badan.

2. Sistem Otot:
- Terdiri daripada lebih 600 otot yang melekat pada tulang.
- Membantu dalam pergerakan badan, daripada pergerakan santai
seperti berjalan kepada pergerakan yang lebih kompleks seperti
mengangkat beban berat.
- Menggalakkan peredaran darah dan membantu mengekalkan suhu
badan.

3. Sistem Peredaran Darah:


- Terdiri daripada jantung, saluran darah (arteri, vena dan kapilari), dan
darah itu sendiri.
- Fungsi utamanya adalah untuk mengedarkan oksigen, nutrien dan
hormon ke seluruh badan dan mengangkut sisa karbon dioksida dan
produk sampingan lain.

4. Sistem Saraf:
- Terdiri daripada otak, saraf tunjang, dan tisu saraf.
- Mengawal komunikasi antara sel badan dan mengawal fungsi seperti
pergerakan, persepsi dan tindak balas terhadap rangsangan.

5. Sistem Penghadaman:
- Melibatkan organ seperti perut, usus, pankreas dan hati.
- Fungsi utamanya adalah untuk memecahkan makanan kepada nutrien
yang boleh diserap oleh badan dan membuang sisa makanan yang tidak
diperlukan.

6. Sistem Pernafasan:
- Terdiri daripada paru-paru dan saluran pernafasan seperti trakea dan
bronkus.
- Fungsi utamanya adalah untuk mengambil oksigen dari udara dan
mengeluarkan karbon dioksida, menyokong pertukaran gas ke seluruh
badan.

7. Sistem Perkumuhan:
- Terdiri daripada buah pinggang, pundi kencing, dan organ lain yang
mengawal perkumuhan sisa badan.
- Berperanan dalam mengekalkan keseimbangan air, elektrolit dan asid-
bes dalam badan.
8. Sistem Pembiakan:
- Memainkan peranan dalam pembiakan manusia.
- Lelaki mempunyai organ pembiakan seperti buah zakar, manakala
wanita mempunyai organ pembiakan seperti ovari dan rahim.

9. Sistem Endokrin:
- Terdiri daripada kelenjar endokrin seperti kelenjar tiroid dan pankreas.
- Menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan seperti
tumbesaran, metabolisme dan pembiakan.

10. Sistem Integumen:


- Melibatkan kulit, rambut dan kuku.
- Berperanan dalam melindungi tubuh daripada jangkitan dan kerosakan
fizikal serta mengawal suhu badan.

Biomekanik: Biomekanik menggabungkan prinsip fizik dan anatomi untuk


mengkaji mekanik pergerakan manusia. Ia melibatkan menganalisis daya,
sistem tuas dalam badan, dan pergerakan sendi untuk memahami
bagaimana badan bergerak dengan cekap dan berkesan. Dengan
mempelajari biomekanik, kita boleh memperoleh pengetahuan tentang
teknik optimum untuk menjalankan pelbagai pergerakan dan cara untuk
mencegah kecederaan.

Secara ringkasnya, anatomi dan fisiologi pergerakan biologi asas manusia


menyediakan asas untuk memahami bagaimana badan kita distrukturkan
dan bagaimana ia berfungsi semasa pelbagai jenis pergerakan.
Pengetahuan ini penting untuk pendidikan jasmani, prestasi sukan,
pemulihan dan kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan.
1.2 ISTILAH ANATOMI

Anatomi ialah sains yang mengkaji struktur dalaman dan luaran organisma
atau tubuh manusia. Istilah yang sering digunakan dalam anatomi
termasuk:

1. Organ: Bahagian tubuh yang mempunyai fungsi khusus, seperti jantung,


paru-paru, otak, buah pinggang, dll.
2. Tisu: Kumpulan sel yang mempunyai fungsi yang serupa, seperti tisu
otot, tisu tulang, tisu saraf, dll.
3. Sistem: Kumpulan organ yang bekerjasama untuk menjalankan fungsi
tertentu dalam badan, seperti sistem pencernaan, sistem pernafasan,
sistem saraf, dll.
4. Tulang: Struktur keras yang membentuk rangka badan dan memberikan
sokongan serta melindungi organ dalaman.
5. Otot: Tisu yang mengecut untuk menghasilkan pergerakan badan.
6. Sendi: Titik pertemuan antara dua atau lebih tulang yang membolehkan
pergerakan badan.
7. Salur darah: Saluran yang membawa darah ke seluruh badan, terdiri
daripada arteri, vena dan kapilari.
8. Saraf: Serat yang membawa isyarat elektrik antara otak, saraf tunjang
dan bahagian badan yang lain.
9. Organ pembiakan: Organ yang terlibat dalam pembiakan, seperti ovari,
rahim, testis, dll.
10. Sel: Unit asas kehidupan yang membentuk semua tisu dan organ
dalam badan.
1.3 FUNGSI DALAM KEHIDUPAN

Anatomi penting dalam kehidupan supaya kita mengetahui bagaimanakah


struktur di dalam badan kita dan bagaimanakah ia berfungsi. Contohnya
sewaktu bersukan, kita boleh mengetahui pergerakan yang betul supaya
dapat mengelakkan kecederaan dalaman dan luaran. Selain itu, kita dapat
mengetahui perkembangan tubuh kita sewaktu meningkat usia.

Kita dapat mengetahui proses dan fungsi tubuh. Contohnya, jantung akan
mengepam darah yang membawa lebih laju ketika melakukan aktiviti
fizikal. Selain itu, kita boleh memilih makanan yang sesuai untuk tubuh
badan untuk nutrien yang cukup serta memahami bagaimana makanan
tersebut dicernakan. Akhir sekali, kita mengetahui bagaimana tubuh kita
bergerak. Tubuh kita bergerak melalui penguncupan dan pengenduran
otot. Contohnya, sewaktu melakukan latihan biceps iaitu mengangkat
dumbell, sewaktu mengangkat dumbell biceps akan mengecut dan triceps
mengendur. Manakala sewaktu menurunkannya, biceps akan mengendur
dan triceps akan mengecut.
2.0 SISTEM TUBUH MANUSIA.

SISTEM RANGKA
Manusia dilahirkan dengan 300 bilangan tulang. Namun semakin
meningkat usia, beberapa jaringan tulang akan bersatu dan membentuk
lebih kurang 206 tulang.

2.1 FUNGSI SISTEM RANGKA

1. Melindungi Tisu dan Organ Dalaman.


Sistem rangka berperanan untuk melindungi tisu organ dalaman yang
penting di dalam tubuh untuk mengelak kecederaan seperti otak, paru-paru
dan jantung kerana mempunyai tekstur tulang yang keras dan padat.

2. Tempat Melekat Otot.

Otot akan melekat di tulang manusia dengan dihubungkan oleh tendon.


Tendon yang lebih lebar dan pendek terhubung dengan otot yang
melakukan kerja berat manakala tendon yang lebih nipis dan panjang
terhubung dengan otot yang melakukan kerja ringan.

3. Pembentukan Sel Darah (Hemapoiesis).

Sum sum tulang merupakan tempat utama pembuatan sel darah merah,
sel darah putih dan platlet (hemapoiesis). Sum sum sejenis bahan lembut
seperti span di tengah-tengah bahagian tulang yang menghasilkan sekitar
95% sel darah di dalam badan. Kebanyakkan sum sum tulang orang
dewasa berada di tulang pinggul, tulang dada dan tulang belakang.

Tulang-tulang yang terlibat adalah Sternum, sebahagian daripada Pelvis,


Femur dan Humerus.

4. Pergerakan Tubuh Badan

Terdapat otot yang terlekat pada tulang melalui tendon. Tendon berfungsi
untuk melekatkan otot dengan tulang. Ini membolehkan menghasilkan
pelbagai pergerakan melalui pengucupan dan pengenduran otot.
Pergerakan tubuh juga boleh dilakukan melalui sendi. Sendi merupakan
tempat pertemuan bagi dua atau lebih tulang. Contohnya, sendi bahu,
sendi di pergelangan tangan dan sendi di siku.

Tulang akan bercantum dengan tulang dengan bantuan ligamen. Ligaman


kenyal dan tebal dapat memegang tulang pada sendi

Terdapat rawan dihujung tulang bertujuan untuk melindungi tulang. Tulang


rawan menyerap impak dan mengurangkan geseran supaya tubuh boleh
bergerak dengan mudah.

5. Meyokong Tubuh Badan

Tulang menyokong tubuh manusia dalam kedudukan tegak. Tanpa tulang,


manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak
mampu menyokong berat badan. Contohnya, tulang belakang membantu
tubuh untuk menegakkan badan,

2.2 JENIS TULANG

1. TULANG PANJANG
2. TULANG PENDEK
3. TULANG LEPER/PIPIH
4. TULANG TIDAK SAMA BENTUK

TULANG PANJANG
i. STRUKTUR
-PANJANG DAN LEBAR

ii. PERANAN
-SEBAGAI TUAS DALAM PERGERAKAN

iii.CONTOH
-TULANG PADA TANGAN:HUMERUS,RADIUS DAN ULNA
-TULANG PADA KAKI:FEMUR,TIBIA DAN FIBULA

TULANG PENDEK

i. STRUKTUR
-PENDEK, BERBENTUK KIUB DAN DIDAPATI DI RUANG-RUANG YANG
TERTUTUP DAN BERONGGA

ii. PERANAN
-MEMINDAHKAN DAYA DAN MEMUDAHKAN PERGERAKAN

iii. CONTOH
-TULANG PADA PERGELANGAN TANGAN:KARPAL
-TULANG PADA PERGELANGAN KAKI:TARSAL

TULANG LEPER/PIPIH

i. STRUKTUR
- BERBENTUK NIPIS DAN RATA

ii. PERANAN
- SEBAGAI TEMPAT PELEKATAN OTOT-OTOT DAN MELINDUNGI
ORGAN-ORGAN DI BAWAHNYA

Iii. CONTOH
- TULANG KRANIUM, RUSUK, STERNUM DAN SKAPULA
TULANG TIDAK SAMA BENTUK

i. STRUKTUR
-MEMPUNYAI BANYAK CUARAN

ii. PERANAN
-SEBAGAI TEMPAT PELEKATAN OTOT DAN ARTIKULASI

iii. CONTOH
-TULANG-TULANG VETEBRA:SERVIKEL, TORASIK, LUMBAR, SAKRUM
DAN KOKSIK

2.3 STRUKTUR TULANG

LIGAMEN

 LIGAMEN IALAH SEJENIS TISU FIBER KENYAL


 FUNGSINYA IALAH UNTUK MENGHUBUNGKAN TULANG
DENGAN TULANG
 FUNGSI LAIN IALAH MENGEKALKAN DAN MENETAPKAN
TULANG PADA KEDUDUKANNYA SERTA MEMBOLEHKAN
PERGERAKAN PADA SENDI
 LIGAMEN INI BERSIFAT KENYAL, KUAT DAN TAHAN LASAK.
WALAUBAGAIMANAPUN ADA ATLET MENGALAMI KECEDERAAN
DI BAHAGIAN INI SEPERTI LIGAMEN TERKOYAK ATAU PUTUS.
RAWAN

 RAWAN ATAU KARTILAJ IALAH TISU YANG BERSIFAT LEMBUT


TETAPI KUAT, ELASTIK DAN TIADA SALUR DARAH
 RAWAN INI MENYALUTI HUJUNG TULANG YANG BERBENTUK
SENDI
 RAWAN BERPERANAN SEBAGAI PELANCAR PERGERAKAN DI
ANTARA DUA PERMUKAAN TULANG YANG BERARTIKULASI
 RAWAN AKAN MENGURANGKAN GESERAN SENDI DAN
MELINDUNGI TULANG DARIPADA CEPAT HAUS
 RAWAN JUGA DAPAT MENGELAKKAN KECEDERAAN PADA
BAHAGIAN LUTUT KERANA RAWAN BERPERANAN SEBAGAI
PENYERAP DAYA HENTAKAN.
TENDON

 TENDON IALAH SEJENIS TISU BERFIBER YANG SANGAT KUAT


TETAPI TIDAK KENYAL.
 TENDON AKAN MELEKATKAN OTOT PADA TULANG DAN JUGA
PADA OTOT YANG LAIN.
 APABILA BERLAKU KONTRAKSI OTOT, TENDON YANG
TERDAPAT PADA HUJUNG OTOT AKAN MENARIK TULANG DAN
BERLAKU PERGERAKAN.

SEN
DI

 SENDI IALAH STRUKTUR PENTING SEBAGAI TEMPAT


PERTEMUAN ANTARA DUA ATAU LEBIH TULANG RANGKA
YANG BERARTIKULASI.
 SENDI BERTINDAK SEBAGAI FULKRUM DALAM TUAS
PERGERAKAN.
 PERGERAKAN YANG MEMPUNYAI PELBAGAI CARA AKAN
MELIBATKAN STRUKTUR SENDI.
 TERDAPAT SENDI UTAMA YANG BERNAMA SENDI SINOVIAL.

SENDI SINOVAL
 SENDI SINOVAL IALAH SENDI YANG BERGERAK BEBAS
ATAU DIARTROSES
 HUJUNG TULANG – TULANG YANG TERMASUK DALAM
PERMUKAAN SENDI DITUTUPI OLEH RAWAN HIALIN
UNTUK MENGURANGKAN GESERAN ANTARA DUA HUJUNG
TULANG SEMASA BERLAKU PERGERAKAN DAN MENYERAP
DAYA HENTAKAN YANG BERLAKU.
 MEMBRAN SINOVIAL MENYELAPUTI RONGGA SENDI DAN
MENGELUARKAN CECAIR SINOVIAL UNTUK MELICINKAN
PERGERAKAN SENDI,

TERDAPAT
PELBAGAI
JENIS SENDI
SINOVIAL
YANG
TERDAPAT
PADA LOKASI
– LOKASI
TULANG
TERTENTU.
MARI KITA
LIHAT
JADUAL
UNTUK
MENGETAHUINYA

JENIS SENDI LOKASI DAN RAJAH


GELUNGSUR
DUA PERMUKAAN TULANG YANG
SALING MELUNCUR ANTARA SATU
SAMA LAIN
Lesung (Sendi Soket) Bahagian
hujung yang bulat tepat masuk
ke dalam sebuah rongga cawan
tulang lain, yang
membenarkannya bergerak ke
semua arah (multiaksial).

Engsel
Mempunyai satu permukaan
bulat untuk diterima oleh tulang
lain melalui satu paksi yang
hanya membenarkan pergerakan
satu arah sahaja.

Kondil
Pergerakan hampir sama dengan
sendi engsel tetapi sendi ini
boleh bergerak dalam dua arah
yang lateral iaitu ke belakang
dan ke depan dalam dua pakai.

Paksi
Pergerakan berputar di bahagian
leher untuk menggerakkan
kepala. Vertebra serviks yang
kedua disebut sebagai tulang
paksi. Tulang paksi bersendi
dengan atlas bagi membenarkan
kepala bergerak dari sisi ke sisi.
Pelana
Membolehkan pergerakan ibu
jari ke belakang dan ke hadapan
dan pergerakan rotasi yang
terhad.

You might also like