You are on page 1of 2

Minit

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan Al-Fatihah.Pengerusi juga mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli yang dapat meluangkan masa hadir pada mesyuarat yang diadakan kali ke-2 ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat adalah untuk membincangkan perancangan serta pelaksanaan
Program Kempen Keselamatan dan Kesedaran Kebakaran yang akan diadakan di sekolah pada bulan Mei.

1.3 Pengerusi juga berharap agar segala program dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dijadualkan,sekali
gus dapat memberi kesedaran kepada pelajar di sekolah.

Tindakan:Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2/2023

Minit mesyuarat Bil.2/2023 diterima sebulat suara tanpa pindaan.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Berhubungan dengan perkara berbangkit 4.1 dalam mesyuarat Bil. 1/2023,mesyuarat dimaklumkan bahawa
tempat mengadakan Latihan Keselamatan Kebakaran(Fire Drill) ditukarkan ke Gelanggang sekolah.

3.2 Berbincang bersama dengan ahli kelab yang bertanggungjawab untuk menundakan program Pertandingan
Kawad Kaki kepada hari lain dan memberi laluan kepada program Kempen Keselamatan dan Kesedaran Kebakaran
terlebih dahulu.Hal ini sedemikian kerana program ini merupakan program Kolaborasi antara Kelab Bulan Sabit
Merah.

Tindakan:Setiausaha

4.0 Perbincangan Aktiviti

4.1 Aktiviti yang Dirancang

4.1.1 Mesyuarat memutuskan bahawa program Latihan Keselamatan Kebakaran(Fire Drill) yang
dirancangkan dan dibendangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang lalu dipinda tempatnya kerana dewan
sekolah masih dalam proses mengubah suai.Tarikh dan tempat program yang disetujui adalah seperti yang berikut:

(a) Latihan Keselamatan Kebakaran(Fire Drill)-Jun 2023(Gelanggang sekolah)

(b) Ceramah Pencegahan kebakaran-Julai 2023(AVA Baru)

(c)Kuiz Keselamatan atas talian-Ogos 2023

(d) Pameran Kelab Kebakaran-September 2023(Dewan sekolah)

4.1.2& 4.1.3 4.2 Rujuk kertas

5.0 Hal-hal lain

5.2 Mesyuarat bersetujuan untuk menubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan sekolah untuk membantu
memberikan khidmat nasihat kepada pelajar sekolah terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-langkah
pencegahan kebakaran.

Tindakan: Makluman
Kertas Cadangan

You might also like