You are on page 1of 6

MAKLUM BALAS DAN

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BIL.1 TAHUN 2020

SEKOLAH
NEA 2057 MENENGAH KEBANGSAAN INTAN
PERDANA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INTAN
PERDANA
71250 PORT DICKSON
71250 SI RUSA,
NEGERI PORT DICKSON
SEMBILAN
NEGERI SEMBILAN

Mesyuarat Kurikulum Bil.1 Tahun 2020


MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL.1 TAHUN 2020

BI
KEPUTUSAN MAKLUM BALAS
L
Penghantaran Fail Rekod PDPc akan dipantau
penghantarannya melalui Buku Rekod
Penghantaran yang disediakan di kaunter
Perkara 4.3 (b) : Data Penghantaran Fail pejabat dan akan dibentangkan dalam
Rekod PDPc perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan
Mesyuarat Panitia dan GKMP akan GKMP
1 memaklumkan pada setiap kali Mesyuarat
Pengurusan Semua Ketua panitia harus memastikan data
Tindakan: penghantaran Fail Rekod PDPc ini
GKMP dan Ketua Panitia dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat
panitia

GKMP

Perkara 4.3 (c) : Penghantaran Fail Induk Penghantaran Fail Induk PDPc untuk kali
PDPc perlu dihantar kepad GKMP masing- pertama disemak oleh Puan Pengetua sendiri
masing untuk semakan kali pertama pada 31 serta dipulangkan semula kepada semua
2 Januari 2020 guru dengan cadangan penambahbaikan dan
memo bertulis untuk melengkapkan fail
Tindakan tersebut.
Semua guru dan GKMP

Semua Ketua Panitia telah mengadakan


Perkara 4.4 (c) : Mesyuarat Panitia Kali mesyuarat Panitia Kali Pertama mengikut
Pertama mesti diadakan selewat-lewatnya 31 persetujuan tarikh dalam kalangan ahli panitia
Disember 2019 dan penghantaran minit masing-masing.
3 mesyuarat dihantar sebelum 6 Januari 2020
Penghantaran minit mesyuarat kali pertama
Tindakan: dipantau sendiri oleh PKP dan dimasukkan ke
Ketua-ketua panitia dalam Fail Minit Mesyuarat Pertama di kaunter
pejabat

Semua Ketua Panitia dengan persetujuan


Perkara 4.6(b) : Pembentangan DUA Inovasi
GKMP masing-masing telahpun menetapkan
bagi setiap bidang dan perlu ditetapkan pada
para pembentang dalam bidang masing-
mesyuarat pertama dan pembentangan dijangka
4 masing. Penyelaras Inovasi diuruskan oleh
berlangsung pada Jun 2020
Puan Rohaida binti Yahaya.
Tindakan :
Tarikh pembentangan akan diputuskan
Ketua Panitia
kemudian.

Mesyuarat Kurikulum Bil.1 Tahun 2020


MINIT MESYUARAT KURIKULUM SMK INTAN PERDANA

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2020

Tarikh : 26 Disember 2019

Masa : 11.30 – 1.00 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama

Hadir : Semua guru (Lampiran A)

Tidak hadir dengan Maaf 1) Pn. Norayu binti Rosli (Cuti Bersalin)

2) Pn. Wan Habsah bin Wan Yusoff (Cuti Bersalin)

3) Pn. Faizah binti Pahim (Cuti Umrah)

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Kata Alu-aluan

Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan kesyukuran


kepada Tuhan kerana dapat berhimpun untuk mengadakan mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir. Tuan
Pengerusi mengharapkan kecemerlangan yang lebih baik pada masa akan
datang. Tuan Pengerusi juga mengingatkan kepada semua ahli mesyuarat
bahawa sebarang perancangan atau program seharusnya dalam
pengetahuan atau makluman pihak pengurusan terlebih dahulu.

Makluman

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 4 Tahun 2019 telah disahkan dan disokong.
Pencadang : Puan Hazira binti Dahalan
Penyokong : En. Megat Mohd Shahir bin Megat Ahmad Zakir

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Mesyuarat mengambil maklum

a) akan Program Kunjung Bantu oleh pihak PPD Port Dickson berlaku
sekali sahaja berbanding tiga kali setahun mengikut perancangannya
akibat perstrukturan dalaman pihak PPD dan JPN itu sendiri.

Makluman

Mesyuarat Kurikulum Bil.1 Tahun 2020


IV. PEMBENTANGAN LAPORAN / PROGRAM/ISU

4.1 Mesyuarat mengambil maklum

a) akan Jawatankuasa Kurikulum bagi Tahun 2020 dengan merujuk


muka surat 29 hingga 34 Buku Pengurusan dan Takwim Sekolah.

b) akan ingatan Tuan Pengerusi bahawa setiap tanggungjawab yang


diberikan akan dilakukan sebaiknya oleh semua guru demi
kelangsungan semua program yang dirancang kelak.

Makluman

4.2 Mesyuarat mengambil maklum

a) bahawa Jadual Waktu bagi tahun 2020 mengalami sedikit


perubahan iaitu Solat Zuhur dimasukkan ke dalam Jadual Waktu
sebagai salah satu Program Pembangunan Sahsiah.

b) akan waktu pulang semua guru ialah selepas waktu solat Zuhur
dan tidak dibenarkan sama sekali ada dalam kalangan guru pulang
lebih awal melainkan ada kebenaran pihak pengurusan sahaja atau
ada kecemasan.

c) akan perubahan Jadual Waktu Kokurikulum iaitu pada hari Rabu


bermula jam 7.30 hingga 8.30 pagi (Badan Uniform), 2.00 hingga 3.00
petang (Kelab dan Persatuan) dan 3.00 hingga 4.00 petang (Sukan
dan Permainan)

Makluman

4.3 Mesyuarat mengambil maklum

a) bahawa Fail Rekod Harian PdPc seharusnya dihantar setiap hari


Jumaat dan ditandatangani oleh pihak Ketua Bidang atau PKP atau
Pengetua sendiri. Jika tidak dapat dihantar pada Hari Jumaat maka
penghantaran boleh dilakukan pada hari Isnin dan tanda tangan pada
Buku Rekod Penghantaran.

Makluman

b) bahawa data penghantaran Fail Rekod PdPc perlu dibentangkan


dalam Mesyuarat Panitia dan GKMP akan memaklumkan data
tersebut setiap kali Mesyuarat Pengurusan diadakan.

Tindakan : GKMP dan Ketua Panitia

c) akan penghantaran Fail Induk PdPc perlu dihantar kepada GKMP


masing-masing untuk semakan kali pertama pada 31 Januari 2020.

Tindakan : Semua guru dan GKMP

Mesyuarat Kurikulum Bil.1 Tahun 2020


4.4 Mesyuarat mengambil maklum bahawa

a) Mesyuarat Panitia Kali Pertama mesti diadakan selewat-lewatnya


pada 31 Disember 2019 dan penghantaran minit mesyuarat perlu
dilakukan sebelum 6 Januari 2020.

b) Mesyuarat Panitia perlu menggariskan beberapa perkara iaitu

i) Kelemahan dan Kekuatan Program Kecemerlangan Akademik


PT3 dan SPM 2019 (penambahbaikan atau pemansuhan)

ii) Perancangan PDPc seiring dengan KSSM terkini (Penyediaan


RPT, RPH, Penyedia Soalan Ujian atau Peperiksaan)

iii) Penyediaan Headcount bagi semua tingkatan

iv) Anggaran Belanjawan bagi Program 2020

v) Analisis Item dan JSU bagi persediaan peperiksaan

vi) Program Peningkatan Ilmu dan Kemahiran Guru (PLC,


Teacher Sharing Session, Learning Walk, Gallery Walk)

vii) Penetapan latihan atau karangan bagi perancangan setahun

viii) Pelan Taktikal dan Operasi bagi tahun 2020

ix) Analisis Pencapaian PT3 2019

Tindakan : Ketua Panitia

4.5 Mesyuarat mengambil maklum

a) bahawa fokus utama dan Key Performance Indicator (KPI) bagi


akademik ialah meningkatkan pencapaian akademik, Program
Berfokus kepada Pelajar Elit, Program Pengukuhan kepada pelajar
kategori cemerlang, Program Lulus bagi pelajar yang lemah, Program
Motivasi dan Program Jati Diri.

Makluman

4.6 Mesyuarat memberikan perhatian kepada PKP Tuan Haji Nor Saidi bin Jaafar

a) akan kecemerlangan sekolah bergantung kepada tiga perkara utama


iaitu Program Learning Walk, Lesson Study atau Inovasi dan Program
Pembangunan Sahsiah.

b) akan makluman pembentangan DUA inovasi bagi setiap bidang dan


perlu ditetapkan pada mesyuarat pertama bagi persediaan awal
kepada para pembentang.

Tindakan : Ketua Panitia

Mesyuarat Kurikulum Bil.1 Tahun 2020


c) akan makluman bahawa pembentangan inovasi akan berlangsung
pada Bulan Jun 2020

Makluman

V. HAL-HAL LAIN

Mesyuarat mengambil maklum

a) bahawa PDPc semestinya bercirikan Pendidikan Abad ke-21 (PAK 21)

Makluman

b) bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seharusnya berlaku dan


direkodkan dengan teliti. Setiap arahan dan makluman oleh Penyelaras
PBD perlu diambil maklum dan tindakan segera.

Makluman

c) bahawa penilaian SEGAK perlu diuruskan dengan baik dan sempurna


bagi kebaikan pelajar selain tidak menimbulkan sebarang masalah di
kemudian hari. Karnival SEGAK pada tahun 2020 tidak perlu lagi
diadakan memandangkan impaknya kurang dan kurang kerjasama
daripada semua pihak.

Makluman

d) akan pencerapan akan dilakukan sebanyak dua kali setahun oleh


pencerap yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Makluman

e) akan pemeriksaan buku latihan perlu dilakukan oleh semua guru dan
dihantar kepada pihak GKMP bermula bulan April dan Ogos.

Makluman

IV. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… …………………………
Setiausaha Kurikulum Pengetua
SMK Intan Perdana, Port Dickson SMK Intan Perdana, Port Dickson

Mesyuarat Kurikulum Bil.1 Tahun 2020

You might also like