You are on page 1of 3

Mesyuarat ULDP Bil.

1/2022

MINIT MESYUARAT UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (ULDP)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BIL. 2/2022

Tarikh : 24 Mac 2022


Masa : 2.00 petang
Tempat : Google Meet

Hadir
1. Dr. Hjh. Noraishah binti Yusuf : Pengerusi
2. Pn. Hjh. Norhashimah binti Mohd Yusuf
3. En Mohd Nadzruldin bin Abdul Rahman
4. En. Jafri bin Hussin

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 YBhg. Pengerusi menyatakan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih di


atas kehadiran semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat ULDP Bil 2 tahun 2022.
Mesyuarat di teruskan dengan bacaan surah Al Fatihah .
1.2 YBhg Pengerusi memaklumkan perkara-perkara berikut:
1.2.1 Mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ahli mesyuarat
kerana sentiasa membantu beliau melancarkan segala urusan di ULDP.
1.2.2 Pengerusi berharap semua ahli mesyuarat dapat bekerjasama dalam
menjayakan tugas yang diamanahkan.
1.2.3 Tahniah dan terima kasih kerana telah menjayakan semua tugasan
sepanjang bulan Januari hingga Mac 2021.

Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 1/2022

2.1 Minit mesyuarat Bil. 1/2022 disahkan dan disokong tanpa pindaaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0. INTISARI MESYUARAT MPPP BIL.2/2022

4.1. Pensyarah diingatkan agar sentiasa merujuk Reka Bentuk Kurikulum dalam
portal IPGM untuk melihat sebarang perubahan jika ada.
4.2. Setiap pensyarah perlu peka terhadap perubahan tarikh interaksi kuliah
bersemuka di IPGK TI adalah berbeza dengan IPGK yang lain kerana beberapa
keadaan yang berlaku seperti kuarantin akibat covid.  Perhatian perlu diberikan
kepada LAM PT-03-01, LAM PT 03-02 dan LAM PT 03-05. Kebenaran kuliah
bersemuka hanya bermula pada minggu ke empat .
4.3 untuk pengisian PT-03-05 iaitu kehadiran kuliah : minggu 1 - 4 tanda / sahaja
manakala minggu yg seterusnya baru pelajar tandatangan. bersemuka)
4.4. Kelas yg ada pelajar kuarantin perlu buat hibrid. (pelajar yg tidak kuarantin wajib
bersemuka)

1
Mesyuarat ULDP Bil. 1/2022

4.5. Sentiasa kemaskini ITEMS


4.6. Keseluruhan warga kerja IPGKTI 208 org. Situasi kekurangan pensyarah masih
menjadi perhatian utama dan kini dalam proses pengambilan pensyarah baru
oleh IPGM
4.7. Semua penggerak perlu melengkapkan e-folio penggerak pada tarikh yang
ditetapkan iaitu 15 Mac 2022. Pensyarah boleh membuat kemaskini dari semasa
ke semasa sebelum audit EOMS dilaksanakan pada bulan April. Audit EOMS –
April

4.8. Terdapat corak perlakuan pelajar khususnya ambilan Jun 2020 dan 2021 yang
memerlukan teguran, misalnya mereka kurang peduli hal-hal sekeliling dan
seolah-olah berada dalam dunia sendiri. Mentor perlu ambil tindakan dengan
menegur dan memberikan tunjuk ajar sewajarnya.
Makluman

5.0 LAPORAN PENYELARAS LPS DAN KURSUS LUAR OLEH


PN.HJH. NORHASHIMAH BINTI MOHD YUSUF

5.1 Pn. Hjh. Norhashimah telah memaklumkan tentang:


i. Berdasarkan perancangan 2022, semua 23 kursus telah berjaya
dilaksanakan
termasuk 2 kursus PDPP
ii. Di antara Jan – Oktober 2021 sebanyak 25 kursus telah dilaksanakan.
iii. Mengikut perancangan tahunan, sebanyak 31 kursus akan dilaksanakan pada
tahun 2022.
iv. PTM akan dilaksanakan seperti biasa. Tahun ini sebanyak empat siri PTM
akan dilaksanakan. Tarikh pelaksanaan akan diberitahu oleh pihak JPNJ.

Makluman

6.0 LAPORAN PENYELARAS MATA KREDIT –


PN.HJH. NORHASHIMAH BINTI MOHD YUSUF

6.1 Pn. Hjh. Norhashimah telah mengingtkan semula tentang:


6.1.1 Target IPGKTI semua kursus yang dirancang berjaya dilaksanakan
sebelum 31 Mei 2022.
6.1.2 Semua staf harus memastikan 5 hari berkursus perlu berjaya diselesaikan
sebelum 30 Mac 2022.
6.1.3 Setiap pensyarah perlu memastikan 42 mata kredit berjaya diselesaikan
sebelum 30 Mei 2022. Setiap kursus yang dihadiri mesti disertakan
evident
6.1.4 Pautan disediakan untuk memasukkan evidence bagi tahun 2022
a. Pensyarah dan Pegawai
Pengurusan https://tinyurl.com/pensyaraheviden22
b. AKP - https://tinyurl.com/akpeviden2022
c. e-PBB https://tinyurl.com/pelaporaneppb2022
Makluman

2
Mesyuarat ULDP Bil. 1/2022

7. 0 HAL-HAL LAIN

7.1 YBhg Pengerusi mengingatkan semua pensyarah dan staf diminta berhati-hati
menggunakan media terutama media sosial untuk makluman pelbagai perkara
yang mungkin tidak tepat, sensitif dan boleh mengundang kecaman, fitnah dan
sebagainya.
Makluman

8.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang.

Disediakan oleh:

ULDP-003-JBH
(En. Jafri bin Hussin)
Setiausaha ULDP

You might also like