You are on page 1of 3

SMK KAMPUNG GELAM, TANJUNG KLING MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI


KALI PERTAMA BIL. 2 / 2023

TARIKH : 26 JUN 2023


MASA : 03.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER

KEHADIRAN :

1. Pn. Mazura binti Mohd Satar


2. Pn. Syazwani binti Isnin

TIDAK HADIR :

1. Pn. Ranimah binti Yahya (Bersebab)


2. En. Hairullah bin Abdul Talip (Bersebab)
3. Pn. Rahina binti Zaidan (Bersebab)

1.0 UCAPAN PENGERUSI - GKMP KEMANUSIAAN

1.1 Pn. Hjh Khalilah binti Ahmad selaku GKMP Kemanusiaan memulakan mesyuarat
dengan mengalu - alukan kehadiran guru di bawah bidang kemanusiaan dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat panitia
kali kedua bagi tahun 2023.

1.2 Beliau turut memaklumkan kepada setiap panitia bahawa agenda mesyuarat
panitia kedua yang perlu dibincangkan dan diminitkan adalah berkaitan Post
Mortem SPM 2022/2023, Kekuatan dan kelemahan keputusan SPM 2022/2023,
program Intervensi keputusan SPM 2022/2023, penulisan e-RPH, Penilaian
besepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), Surat siaran garis
panduan pelaksanaan aktiviti bilik darjah semasa cuaca panas serta hal – hal lain.
.
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan untuk disahkan oleh : Pn. Mazura binti Satar


Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Syazwani binti Isnin

Tindakan : Setiausaha
3.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN
3.1 Penulisan e-Rancangan Pelajaran Harian (eRPH)

3.1.1 Penulisan eRPH adalah menggunakan format lama. Merangkumi 3 Perkara


iaitu, Objektif Pembelajaran, Aktiviti dan Refleksi. Memandangkan sekolah
kita adalah dalam kategori Sekolah TS25, maka penulisan e-RPH adalah
seperti format tahun lepas yang mengandungi Standard Pembelajaran,
Standard Kandungan, Objektif Pembelajaran, Kriteria Kejayaan dan
Refleksi.

3.1.2 Guru-guru diingatkan untuk melengkapkan bahagian penulisan Refleksi dan


memastikan refleksi yang ditulis adalah yang boleh diukur. Penghantaran e-
RPH adalah pada setiap hari Jumaat selepas tamat sesi PdPc dan dihantar
kepada Penyelia masing-masing.

3.1.3 Semua guru diminta untuk melengkapkan penulisan Erph setiap hari
sebelum dihantar kepada penyelia masing-masing.

Tindakan : Semua guru


3.2 Penilaian Besepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

3.2.1 PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan
pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan
jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

3.2.2 PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang
merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.
Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrumen dan prestasi pencapaian
PYD diberikan mengikut aras penilaian sama ada Cemerlang, Baik,
Sederhana, Memuaskan atau Lemah berdasarkan rubrik yang ditetapkan.

3.2.3 Guru – guru dikehendaki menetapkan sasaran penilaian pertama dan


berbincang bersama – sama Pegawai Penilai untuk penetapan
keberhasilan.

Tindakan : Makluman

3.3 Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Bilik Darjah Semasa Cuaca
Panas

3.3.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat


makluman berkenaan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi
Cuaca Panas bernombor rujukan KPM 600- -17/1/18 Jld, 6 (52) bertarikh 5
Mei 2023 bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan
keselamatan murid, guru serta anggota pelaksana semasa berhadapan
dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu.
3.3.2 Garis Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua institusi
pendidikan bawah KPM agar dapat mengambil langkah-langkah dan
tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan
murid bagi mengurangkan komplikasi akibat cuaca panas semasa
melaksanakan aktiviti luar bilik darjah.

3.3.3 Selain itu, garis panduan ini hendaklah dipatuhi supaya kesan gelombang
haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba
dan dehidrasi dapat dielakkan.

Tindakan : Makluman

4.0 HAL- HAL LAIN


4.1 Pn.Hjh. Khalilah memaklumkan bahawa bidang kemanusian akan
menganjurkan PLC yang akan diadakan di Johor Bahru pada bulan Julai.

4.2 Program ini akan melibatkan juga bidang Teknik dan Vokasional kerana
hampir semua guru bidang Kemanusiaan berada dalam bidang Teknik
Vokasional.

4.3 Guru-guru hanya akan dikenakan bayaran penginapan hotel yang akan
ditentukan kemudian.

4.4 Pengerusi memaklumkan agar ketua panitia menghantar minit 1 untuk


dimasukkan ke dalam fail. Panitia yang telah serahkan minit 1 ialah panitia
Geografi dan Panitia Pendidikan Islam.

4.5 Pengerusi memaklumkan berkaitan Post morterm SPM bagi matapelajaran


Sejarah, berlaku peningkatan dari segi kualiti bagi tahun 2022 dan
peningkatan peratus lulus.

4.6 Seterusnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam, berlaku sedikit


penurunan dari segi kuantiti Lulus, tetapi berlaku peningkatan dari Kualiti
iaitu GPMP iaitu sebanyak 0.47.

4.7 Matapelajaran Pendidikan Seni Visual,keputusan SPM 2022 pada tahun ini
mengatasi unjuran yang telah ditetapkan iaitu 3.63.

4.8 Beberapa orang guru mencadangkan untuk menggantikan matapelajaran


Geografi menengah atas kepada kelas yang mengambil 2 matapelajaran
elektif yang mengandungi kerja kursus.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 05.00 petang.

Disediakan oleh :

(Syazwani binti Isnin)


Setiausaha Panitia Geografi
SMK Kampung Gelam

You might also like