You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

PPD KOTA BHARU BIL 1/2020

Tarikh     :    3 Januari 2020


Masa         :    2.30 ptg – 3.15 ptg
Tempat    :    Bilik Mesyuarat Aras 2, PPD Kota Bharu
Pengerusi    :      Encik Mohd Zamri b Abdul Aziz ,P.S.K

Kehadiran Mesyuarat  :

Lampiran  :  

Senarai Jemputan Mesyuarat Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan PPD Kota Bharu Bil 1/
Tahun 2020

BIL NAMA JAWATAN

01 En. Mohd Zamri b Abd Aziz KPPD PPD Kota Bharu

02 En. Abdullah bin Md. Zin Penolong PPD SPP

03 En. Nor Mazi bin Muhamad Nor Penolong PPD SPP

04 Puan Ernie Eryanti bt Penolong PPD SPP


Ab.Rahman

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli mesyuarat dan 


             memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-Fatihah.

1.2    Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kerjabuat semua pegawai
sepanjang tahun 2019. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua
pegawai yang telah melaksanakan pemantauan hari pertama persekolahan 2020.
Semua sekolah (144 buah ) telah dikunjung bantu untuk memastikan sekolah
memenuhi keseluruhan aspek pengurusan fizikal, sumber manusia, pentadbiran,
keselamatan dan kebersihan sekolah. Tiada isu berbangkit berhubung dengan touch
point Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu, setiap murid memperolehi buku teks,
kerusi dan meja pada hari pertama sesi persekolahan. 

Tindakan  :  Makluman

2.0    Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Sektor Pentaksiran Dan


Peperiksaan PPD Kota Bharu  Bil 4 Tahun 2019 .(Rujuk Edaran Mesyuarat : Lampiran
1)

2.1 Puan Ernie Aryanti bt. Ab. Rahman , mencadangkan Minit Mesyuarat Sektor
Pentaksiran Dan Peperiksaan PPD Kota Bharu  Bilangan 4 Tahun 2019  disahkan
dan disokong oleh En. Nor Mazi.
3.0    Perkara-perkara Berbangkit

3.1    Tiada perkara berbangkit


Tindakan :Makluman

4.0    Pembentangan dan Pelaporan

4.1    Pengerusi memaklumkan Aspek Keberhasilan – ( 3. 1. 6) adalah elemen yang


baharu dalam PKPPD tahun 2020. Pengiktirafan Keberhasilan Murid sekolah
rendah (SR) akan memberi fokus kepada 5 mata pelajaran : Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam. Manakala
bagi sekolah menengah (SM) pula akan memberi fokus kepada mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
                   
                                Tindakan :Makluman

   4.2   Pengerusi memohon agar semakan data SUP terkini dibuat melalui SPPAT dan
bimbingan hendaklah diadakan kepada semua Setiausaha Peperiksaan Yang
Baru Dilantik Selepas Oktober 2019
   
                Tindakan : Ketua Unit
           
5.0     Hal-hal Lain

5.1    Pengerusi memaklumkan supaya SPP dapat terus memelihara Integriti dan
SOP agar tidak berlaku ketidak akuran dalam setiap peperiksaan awam.

                                     Tindakan : Makluman   
6.0    Penutup

6.1 Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada


semua 
      ahli mesyuarat Harapan beliau semua kerja yang telah dirancang akan 
      berjalan dengan baik dan lancar

      Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang  pada 3 Jan 2020

      Disediakan oleh :           

      

Setiausaha
      Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan 
      PPD Kota Bharu Tahun 2020
      Tarikh : 4 Januari 2020

You might also like