You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LEPAU

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2 / 2020

Tarikh : 1 Mac 2020 ( Ahad)

Masa : 1.30 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lepau

Pengerusi : Pn. Zarina binti Jaafar ( KP Matematik )

Kehadiran : 1) En. Adnan bin A. Samad


2) En Mazri Bin Ishak
3) Pn Zarina Binti Jaafar
4) En Ahmad Arsyad Bin Bakri

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana hadir
ke mesyuarat panitia matematik kali kedua bagi tahun 2020.

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En. Mazri bin Ishak
Disokong untuk pengesahan oleh En. Ahmad Arsyad bin Bakri

3
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

4
FOKUS MESYUARAT

4.1. UJIAN SUMATIF 1


4.1.1 Guru perlulah menyediakan soalan bagi Ujian Sumatif 1 bagi murid-murid
Tahun 2. Guru perlulah memastikan soalan yang disediakan sesuai dengan
aras pembelajaran murid berdasarkan tajuk dan kemahiran yang telah
dipelajari.
4.1.2 Guru juga diingatkan untuk memastikan PBD dilaksanakan dengan baik.
4.1.3 Ujian Sumatif 1 akan dilaksanakan pada Minggu ke 2 Bulan Mac.
4.1.4 Soalan yang telah siap digubal dan dicetak bolehlah diletakkan di bilik
Guru Besar selewat-lewatnya sehari sebelum Ujian.

4.2 Semakan Buku Kerja Murid


4.2.1 Guru diingatkan untuk menghantar buku latihan murid bagi tujuan
semakan mengikut jadual yang telah diedarkan.

4.3 Perancangan dan Pelaksanaan Program Kecemerlangan


4.3.1 Pihak panitia akan mula melaksanakan Kelas Tambahan untuk murid
Tahun 6 mulai cuti pertengahan penggal 1 ini.
4.3.2 Jadual kelas tambahan akan diedarkan sebelum cuti.

Tindakan: Semua guru

5 HAL-HAL LAIN
5.1. tiada

Tindakan: Semua guru

6 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 ptg.

Disediakan oleh,

URUS SETIA
Mesyuarat Panitia Matematik SK Lepau Bil: 2 / 2020

Tarikh : 3 Mac 2020

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

You might also like