You are on page 1of 3

SPSK 07-03

SPSK PK 07/03

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2


Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25) 5.0

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 4/ TAHUN 2021

Tarikh : 28 Oktober 2021 (KHAMIS)

Masa : 2.30 – 4.00 PETANG

Tempat : KEDIAMAN SENDIRI (GOOGLE MEET)

Pengerusi : PN. JAYANTHY RAMAIAH (KETUA PANITIA)

Nama Yang Hadir:


1 Pn. Jayanthy Ramaiah
2 Pn. Nor Afiqah Bt Yahya
3 Cik Siti Nurul Syarafina Bt Mohd Aminuddin
4 Pn. Rohayatun Rodziah Bt Mohamad
5 En. Muhammad Khairul Bassri B. Adnan
6 Pn. Sofea Solehah Binti Ramli
7 Pn. Nor Nadiyah Binti Mohd Nadir

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru kerana sudi hadir pada Mesyuarat Panitia
Sejarah Bil 4 / 2021.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Minit mesyuarat dibentang dan disahkan oleh Pn. Nor Nadiyah serta disokong oleh Pn
Rohayatun Rodziah Bt Mohamad.

3.0 MAKLUM BALAS DAN PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 AGENDA BAHARU / PELAPORAN


4.1 Post – Mortem MPP
4.1.1 Ketua Panitia memaklumkan markah MPP yang akan dilaksanakan nanti akan dimasukkan
dalam fail panitia.
4.1.2 Ketua Panitia mengingatkan agar ahli panitia perlu semak murid yang gagal Sejarah untuk
program intervensi dan perlu bincang bersama Ketua Panitia untuk murid Tingkatan 1 hingga
3. Untuk murid Tingkatan 5, seramai 20 orang murid gagal Sejarah program intervensi akan
dijalankan setiap hari Rabu bermula 7.30 – 8.30 pagi dan fokus utama murid-murid dari kelas
5 Gigih, 5 Nilai dan 5 Setia.

1
4.1.3 Peperiksaan Percubaan SPM akan bermula pada 22 Nov 2021 dan 15 Nov 2021 penilaian
MPP kedua secara bergilir dilaksanakan untuk murid Tingkatan 1 hinnga 4.

4.2 Peperiksaan Percubaan SPM dan MPP siri 2


4.2.1 Ketua Panitia memaklumkan Peperiksaan Percubaan SPM dan MPP siri 2 akan dilaksanakan
mengikut tarikh yang telah diberitahu. Oleh itu, soalan Percubaan SPM dan MPP ini perlu
disediakan mengikut format peperiksaan sebenar iaitu 2 bahagian dengan masa penuh dan
markah akan diambil kira sebagai TOV.
Guru penyedia soalan:
Percubaan SPM – Pn. Jayanthy (Kertas 1 dan 2)
Tingkatan 4 – En Bassri (Kertas 1) / Cik Syarafina (Kertas 2)
Tingkatan 3 – Pn. Rohayatun
Tingkatan 2 – Pn Jayanthy
Tingkatan 1 – Pn Rohayatun
Tindakan: Semua guru penyedia soalan

4.3 Pengisian Tahap Penguasaan (PBD)


4.3.1 Pemberian TP perlu disemak semula dan digalakkan guru memberi TP 3 dan ke atas untuk
semua murid yang layak.
4.3.2 Pengerusi memaklumkan jika masih ada pemberian TP 1 dan TP 2 perlu disertai justifikasi.
Tindakan: Semua guru Sejarah

4.4 Ketua Panitia menyatakan bahawa pengesanan untuk sukatan matapelajaran Sejarah
bagi semua tingkatan pada 1 September 2021 hampir mencapai 80%. Guru subjek
memaklumkan tingkatan 4 sudah mencapai 80%, tingkatan 3 100%, tingkatan 2 90% dan
tingkatan 1 100% selesai bagi semua bab yang ada dalam sukatan.

4.5 Peruntukan panitia Sejarah yang diterima masih mempunyai baki sebanyak RM2000
akan dibawa pada tahun hadapan untuk pembelian beberapa alat bantu mengajar dimana
jika guru mempunyai idea atau cadangan untuk pembelian alat, boleh maklumkan pada
KP. Sejumlah RM2400 telah digunakan untuk membayar modul semua tingkatan dan
sebanyak RM1600 telah digunakan untuk membeli glob, peta ‘reusable’, kertas mahjung
dan kertas A3.

4.6 Modul Tingkatan 4 akan digunakan untuk program SES dan modul untuk tingkatan 1
hingga 3 akan digunakan pada tahun hadapan 2022.

4.7 Ketua Panitia mengingatkan agar aktiviti pencerapan untuk semua ahli sepatutnya sudah
dilaksanakan.

4.8 Kajian kes bagi semua tingkatan perlu mula dilaksanakan di mana Cikgu Rohayatun akan
membantu semua guru yang merupakan ahli panitia yang baru menerangkan cara
perlaksanaan kajian kes melalui video yang akan disediakan oleh cikgu Rohayatun.
4.8.1 Kajian kes yang dibuat oleh murid hanya dibenarkan menggunakan tulisan tangan.
4.8.2 Sebanyak 20% markah akan diberikan kepada murid yang selesai kajian kes dimana
markah ini akan dicampur dengan markah MPP siri 2 untuk semua murid tingkatan 1
hingga 4.

4.9 Ketua Penitia mengingatkan untuk guru tingkatan 5 mengenai perlaksanaan ‘Open
Classroom’ untuk semua murid tingkatan 5. Guru perlu menyediakan 1 ‘lesson plan’
berserta kaedah perlaksanaan dengan memaksukkan TS25.

2
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua Panitia memaklumkan agar semua ahli panitia dapat dikekalkan untuk tahun 2022.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap setiap
perkara yang dimaklumkan diambil tindakan dengan segera.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………………………………… ……………………………………………………
(SITI NURUL SAYARAFINA BT MOHD AMINUDDIN) ( PN. JAYANTHY RAMAIAH)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Sejarah, Panitia Sejarah,
SMK Wangsa Maju Seksyen 2 SMK Wangsa Maju Seksyen 2

Disahkan oleh,

………………………………………………
( )

You might also like