You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KETIGA TAHUN

2022

Tarikh : 13 Januari 2023 (Jumaat)


Masa : 12.20 tgh
Tempat : Bilik Guru Kanan
Pengerusi : Pn. Rosnita bt. Ismail (KETUA PANITIA)
Kehadiran : Pn. Wan Ruziana bt. Ramli, Datin Noor Arita bt. Ismail,
Tn. Hj. Abdul Rahman bin Hamid, En. Rafizan bin Mohamed
Zain

AGENDA 1.0 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kehadiran guru pada mesyuarat panitia
kali ketiga 2022.
1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini berfokus kepada post mortem
peperiksaan percubaan SPM 2022 dan PAT T4.

AGENDA 2.0 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan Pengesahan: Pn Wan Ruziana bt. Ramli


Sokongan Pengesahan: En. Rafizan bin Mohamed Zain

AGENDA 3.0 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 4.0 : POST MORTEM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022

4.1 Pengerusi membentangkan keputusan Bahasa Melayu iaitu peratus lulus ialah 78.79%
(99/114 pelajar) dengan GPMP 4.8
4.2 Pengerusi mengharapkan supaya guru yang mengajar dapat membantu untuk
meningkatkan lagi keputusan SPM yang bakal menjelang tiba. Sikap pelajar yang
tidak serius, kehadiran yang tidak memuaskan dan kurang latihan kendiri juga
merupakan faktor-faktor kemerosotan keputusan.
4.3Pengerusi memaklumkan program-program yang akan dijalankan adalah sejajar
dengan program kecemerlangan sekolah dan masih diteruskan.

Tindakan: Semua Guru Ting 5

AGENDA 5.0 : PAT T4

5.1 PAT T4 telah dilaksanakan sebelum cuti Disember 2022.


5.2 Markah PAT T4 akan dimasuk dalam sistem SAPS. Tarikh tutup akan dimaklumkan
oleh S/U Peperiksaan.
5.3 Keputusan penuh PPT T4 akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan: Semua Guru Ting 4


1
AGENDA 6.0 : HAL-HAL LAIN

6.1 Program-program peningkatan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk


meningkatkan keputusan SPM.
6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………… ………………………...........

(PN. ROSNITA BT. ISMAIL ) ( PN. LIM HUEY JIUAN )


Ketua Panitia Bhs. Melayu/ s/u panitia Guru Kanan Bahasa
SMK. Methodist Ayer Tawar SMK. Methodist Ayer Tawar

You might also like