You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN KALI KE-4 TAHUN 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA


36000 TELUK INTAN
Tarikh : 3 Oktober 2017
Hari : Selasa
Masa : 12.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar
KEHADIRAN :

1. Pn Rohana bt Mohamed Nor – Guru Besar ( Pengerusi )


2. Pn Hjh Ruhanah bt Tohah – PK Pentadbiran
3. En Romli b Abd Hamid – PK HEM
4. Pn Nor Zubaidah bt Zakaria – PK Kokurikulum

Agenda1. Ucapan Pengerusi

Puan Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.Berharap
perjumpaan ini dapat membincangkan perkara - perkara yang dapat meningkatkan kelancaran
pentadbiran sekolah demi kecemerlangan SK Raja Muda Musa

(Tindakan: makluman)

Agenda 2: Memembentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

- Pn Nor Zubaidah membentangkan minit mesyuarat kali ke-3

- Pn Hjh Ruhanah mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh En Romli B Abd Hamid.

Agenda 3: Perkara Berbangkit

Tiada

Agenda 4: Perkara yang dibincangkan

4.1: Peperiksaan Akhir Tahun

Peperiksaan akhir tahun akan dilaksanakan pada 15 Oktober 2018. Memastikan semua guru
dapat mematuhi jadual dan masa menyemak soalan yang telah disediakan. Kunci markah dalam
SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

4.2: Hari Anugerah Kecemerlangan (HAC)

Memastikan kertas kerja bagi HAC telah disediakan oleh Jawatankuasa yang telah dilantik.
Senarai nama murid yang menerima hadiah hendaklah disusun dengan betul dan tepat. Semua
surat hendaklah dikeluarkan lebih awal supaya tidak menimbulkan kesulitan bagi ibu bapa untuk
hadir meraikan kejayaan anak-anak mereka.

4.3: Fail Kurikulum,HEM dan Kokurikulum

Semua fail hendaklah dikemaskini dan disusun dalam bilik PK-PK supaya mudah diuruskan. Fail
murid hendaklah dikemaskini dan lengkap supaya memudahkan urusan pertukaran murid dalam
masa cuti sekolah. Semua data dan laporan aktiviti disediakan dan disimpan dalam fail mengikut unit
masing-masing. Maklumat tahun 2017 hendaklah diselesaikan pada akhir tahun supaya tidak
menimbulkan masalah pada awal tahun 2018
3. Lain-lain Hal

3.1 Makluman dari Pn Hjh Ruhanah (PK Pentadbiran)

3.1.1 Program Selepas UPSR telah pun disediakan dan akan diberi taklimat kepada semua guru

thn 6.

3.1.2 Semua soalan Peperiksaan Akhir Tahun juga telah disediakan oleh semua guru.

3.1.3 Kertas kerja bagi Hari Anugerah Kecemerlangan juga telah disediakan oleh Jk program dan

akan dibincangkan pada minggu hadapan.

Tindakan : Makluman

3.2 Makluman dari En Romli ( GPK HEM )

3.2.1 Surat yang telah dihantar: Laporan Kendiri Kantin, Laporan Denggi, dan
Pengesahan Tahun 1 2018
(Tindakan : makluman)

3.3 Makluman dari Pn Nor Zubaidah bt Zakaria ( PK Kokurikulum )

3.3.1 Memaklumkan Unit Kokurikulum bahagian Unit Beruniform akan mengadakan

perkhemahan dalaman bagi unit beruniform sesi 2017 . –

3.3.2Membentangkan kertas cadangan perkhemahan- Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan


cadangan tersebut.

(Tindakan : Makluman)

3.4 Guru Besar berharap semua GPK membuat tindakan mengikut bahagian masing- masing.

Tindakan: Semua PK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

……………………………................... ……………………………………………. ..
( NOR ZUBAIDAH BT ZAKARIA ) ( ROHANA BINTI MOHAMED NOR}
PK Kurikulum Guru Besar
MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN DAN AKP KALI KE-4 TAHUN 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA
36000 TELUK INTAN
Tarikh : 15 OKTOBER 2017
Hari : Selasa
Masa : 12.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar
KEHADIRAN :

1. Pn Rohana bt Mohamed Nor – Guru Besar ( Pengerusi )


2. Pn Hjh Ruhanah bt Tohah – PK Pentadbiran
3. En Romli b Abd Hamid – PK HEM
4. Pn Nor Zubaidah bt Zakaria – PK Kokurikulum
5. Pn Hjh NorFaeizah bt Mohd Khairuddin – Pem Tadbir
6. Pn Norhanizah bt Abd Rahim -- Pem Operasi
7. Pn Fazrina bt Abd Rani Husain – Juruteknik Komputer
8. Pn Norliyana bt Mohd Ariffin -- Pem Pengurusan Pra
9. Pn Norabita bt Kamaroddin -- Pem Pengurusan Pra

Agenda1. Ucapan Pengerusi

Puan Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir. Berharap
perjumpaan ini dapat berkongsi idea untuk meningkatkan kelancaran pentadbiran sekolah demi
kecemerlangan SK Raja Muda Musa.

(Tindakan: makluman)

Agenda 2: Memembentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

- Pn Norhanizah bt Abd Rahim membentangkan minit mesyuarat kali ke-3

- Pn Nor Faezah bt Mohd Khairunddin mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh

Pn Norabita.

Agenda 3: Perkara Berbangkit

Tiada

Agenda 4: Perkara yang dibincangkan

4.1: Pertukaran Pn Hjh Norfeizah bt Mohd Khairuddin

Pengerusi memaklumkan Pn Norfaeizah telah ditukarkankan ke Sk Sultan Abdul Aziz


berkuatkuasa pada 28 Oktebor 2017.Beliau mengucapkan tahniah kepada Pn Norfaeizah kerana
berjaya mendapat jawatan hakiki dan berharap terus cemerlang. Beliau berharap Pn Norfaeizah
dapat mengemaskini tugasan sebelum meningalkan sekolah ini. Pn Norhanizah akan menguruskan
pentadbiran pejabat sehingga ada pengganti.Pengerusi akan memohon kepada pihak PPD seorang
Pt untuk menanggung tugas sehingga ada pengganti.
4.2: Agihan Tugas

Pengerusi memohon jasa baik Pn Fazrina, Pn Norliyan dan Pn Norabitah untuk membantu
pengurusan pejabat sekiranya Guru Besar dan Pn Norhanizah berkursus atau menghadiri taklimat di
luar sekolah. Tugasan yang perlu dilaksanakan adalah mengambil maklumat melalui telefon atau
kehadiran tetamu yang berurusan ke pejabat pada waktu petang. (2.00 – 5.00 ptg)

4.3. Senarai Tugasan Akhir Tahun

Semua AKP hendaklah mengemaskini data dan maklumat bidang tugas masing-masing dan
maklumkan kepada pentadbir untuk semakan akhir tahun. PPM hendaklah memastikan bilik Pra
sekolah sentiasa bersih dan kemas.

Peralatan di makmal computer hendaklah sentiasa diperiksa dan memastikan semua peralatan
ICT boleh digunakan oleh murid-murid semasa kelas dijalankan. Membantu guru Bestari
mengemaskini rekod peralatan ICT dan memastikan semua alatan berada dalam keadaan selamat
semasa cuti akhir tahun.

Semua fail di pejabat juga hendaklah dikemaskini untuk memudahkan urusan pengauditan
pada awal tahun 2018.

Tindakan : Semua AKP

3. Lain-lain Hal

3.1 Guru Besar berharap semua pentadbir dan AKP dapat melaksanakan tindakan mengikut
bahagian masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan 2018.

(Tindakan: Semua AKP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

……………………………................... ……………………………………………. ..
( NURHANIZAH BT ABD RAHIM ) ( ROHANA BINTI MOHAMED NOR}
Setiausaha Guru Besar

You might also like