You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEEMPAT TAHUN

2022

Tarikh : 3 Februari 2023 (Jumaat)


Masa : 12.20 tgh
Tempat : Bilik Guru Kanan
Pengerusi : Pn. Rosnita binti Ismail (KETUA PANITIA)
Kehadiran : Pn. Wan Ruziana bt. Ramli, Datin Noor Arita bt. Ismail,
Tn. Hj. Abdul Rahman bin Hamid, En. Rafizan bin Mohamed
Zain

AGENDA 1.0 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kehadiran guru pada mesyuarat panitia
kali keempat 2022.
1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini berfokus kepada peperiksaan SPM dan
UASA T1-T3.

AGENDA 2.0 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan Pengesahan: En. Rafizan bin Mohamed Zain


Sokongan Pengesahan: Pn Wan Ruziana Bt. Ramli

AGENDA 3.0 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 4.0 : PEPERIKSAAN SPM 2022 DAN UASA T1-T3

4.1 Pengerusi mengingatkan semua guru bersedia untuk peperiksaan SPM mengikut
tarikh yang dijadualkan (rujuk jadual SPM).
4.2 Beberapa guru juga terlibat dengan pengawasan amali sains, ujian bertutur BM dan
BI di sekolah lain.
4.3 UASA T1-T3 telah dilaksanakan pada bulan Januari 2023. Kertas soalan perlu
disemak mengikut penskoran dan dibuat moderasi. 20% skrip jawapan pelajar akan
dipilih dan moderasi boleh dilaksanakan di kalangan guru subjek yang mengajar.
4.4 Markah UASA T1-T3 dan PBD akan dimasuk dalam sistem IDME. Tarikh tutup akan
dimaklumkan oleh S/U Peperiksaan.
Tindakan: Semua Guru

1
AGENDA 5.0 : HAL-HAL LAIN

5.1 Guru-guru yang bermasalah semasa pengisian markah UASA dan PBD dalam sistem
IDME, sila rujuk En Kok Soo Chee, Pn Azura Bt Abu atau S/U Peperiksaan.
5.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………… ………………………...........

(PN. ROSNITA BT. ISMAIL ) ( PN. LIM HUEY JIUAN )


Ketua Panitia Bhs. Melayu/ s/u panitia Guru Kanan Bahasa
SMK. Methodist Ayer Tawar SMK. Methodist Ayer Tawar

You might also like