You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BUNGA

17500 TANAH MERAH KELANTAN


TEL : 09-9467991
E - mel : 1GOVUC\DEA5422.edu

MINIT MESYUARAT
PANITIA BAWAH BIDANG SAINS SOSIAL KALI KEDUA 2022

BIL. 2/ 2022

Tarikh : 18 OKTOBER 2022


Masa : 2.30 PM
Hari : SELASA
Tempat : BILIK WAWASAN
Pengerusi : PN SHAHRULBARIAH IBRAHIM
Kehadiran (bilangan) : 13 orang

NAMA YANG HADIR


BI NAMA JAWATAN
L
1 Pn. Shahrulbariah Ibrahim Guru kanan sains sosial
2 Pn Naimah bt Abdullah Ketua panitia Geografi
3 Pn Nuria Hazleen bt Jaafar Sejarah dan PJK
4 Ustz Zakinah Seman Ketua Pendidikan Islam
5 En Hamdan bin Sulaiman Ketua Panitia PJK /Sejarah
6 Pn Azizah bt Abdullah Ketua panitia Sejarah
7 Ustz Zuraidah bt Mohamad Pendidikan Islam dan Tasawwur
8 Pn Fariza binti Mahadi
9 Pn Norazura bt Deraman Ketua panitia PSV dan P. Muzik
10 Pn Zulkartiniaida bt Abdullah Sejarah dan PJK
11 Pn Hasliza binti Abu Bakar Pendidikan Islam
12 Pn Murniwati bt Sharifudin Sejarah/PJK

TURUT HADIR
BI NAMA JAWATAN
L
1. En Mat Rohani Bin Omar Penolong Kanan Pentadbiran

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


Muka surat 1
1. Kata alu-aluan
1.1 Kata aluan pengerusi mesyuarat
1.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ahli
mesyuarat di bawah bidang sains sosial secara kali kedua tahun
2022.

1.1.2 Beliau mengharapkan mesyuarat kali ini dapat menyelesaikan


pelbagai isu seperti dalam notis mesyuarat.

1.1.3 Sedikit terkilan dengan kehadiran guru yang kurang memuaskan

Tindakan : Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat lepas


Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/ 2022 adalah seperti berikut:
2.1 Cadangan : Pn Naimah bt Abdullah
2.2 Sokongan : Pn Zakinah binti Seman

3. Isu yang di dibincangkan


3.1 Kemaskini Pengurusan RPH
3.1.1 Pengerusi memaklumkan, penulisan RPH seharusnya mengikut
standart yang telah ditetapkan, objektif yang boleh diukur dan boleh
dicapai secara spesifik atau measureble.

3.1.2 En. Mat Rohani memaklumkan bahawa RPH hendaklah dihantar


setiap minggu.

Tindakan : Makluman

3.2 Pengurusan Fail


3.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa fail induk panitia, intevensi, minit
mesyuarat, sukatan pelajaran dan lain-lain hendaklah dikemaskini
dari semasa ke semasa

Tindakan : Semua guru

3.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3.3.2 Kemaskini fail PBS bagi subjek masing-masing

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


Muka surat 2
Tindakan : Panitia subjek

3.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


3.4.1 En Mat Rohani memaklumkan bahawa markah PBS hendaklah diberi
sekurang-kurangnya TP3 kepada pelajar

3.4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa untuk subjek Pendidikan Islam


pelajar yang mampu memimpin doa, mengepalai bacaan Yassin dan
surah-surah pilihan di tapak perhimpunan, menjadi imam solat
berjemaah berhak diberi TP5-TP6

3.4.3 En. Mat Rohani memaklumkan bahawa penekanan pengetua kepada


peningkatan tahap penguasaan murid yang berjaya mencapai
sekurang-kurangnya TP3 ialah 40% tingkatan 1, 50% tingkatan 2,
70% tingkatan 3.

Tindakan : Makluman

3.5 Pencerapan dan pemeriksaan hasil kerja murid


3.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan dan pemeriksaan hasil
kerja murid yang dijadualkan pada Julai ditunda sehingga bulan
November 2022

3.5.2 Terpulang kepada guru sama ada nota atau latihan dan disusuli
dengan borang

3.5.3 En. Mat Rohani memaklumkan mengenai pencerapan guru yang akan
dibuat, beliau akan melihat fail rekod mengajar , hubungan antara
guru dan murid dan juga beberapa aspek lain yang terkandung dalam
standart 4.

3.6 SKPMg Standart 4

3.6.1 En Mat Rohani memaklumkan biasanya kita buat setiap tahun ikut
unit atau panitia dan diuruskan oleh Encik Zainudi setelah berbincang
dengan Pengetua
Tindakan : Makluman

3.7 Analisis Postmortem PPT Ting 123


3.7.1 En. Mat Rohani memaklumkan subjek sejarah untuk tingkatan 1 al-
Mawardi jauh berbeza dengan 1 al-kindi.(berdasarkan lampiran
keputusan peperiksaan)

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


Muka surat 3
3.7.2 Beliau juga meminta guru-guru matapelajaran merancang strategi
program untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam subjek
masing-masing

3.8 Pengurusan Kewangan


3.8.1 Pengerusi memaklumkan dan berharap semua panitia dapat
menguruskan kewangan dengan baik dengan memastikan pembelian
berdasarkan 3 sebut harga, buat nota minta, dan jika perlu kepada
kertas kerja pastikan memenuhi standart yang ditetapkan.

4. Hal-hal lain
Tiada

5 Penangguhan mesyuarat
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.50 Petang.
5.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia yang
hadir.

Disediakan oleh,

________________________
(PN WAN SAKIRAM BT WAN AHMAD)
Setiausaha bidang sains sosial
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga

Disemak oleh,

_______________________
(PN SHAHRULBARIAH IBRAHIM)
Guru kanan sains sosial
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


Muka surat 4

You might also like