You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL.

1/2021

TARIKH : 29 Mac 2021

HARI : Isnin

MASA : 2.00 petang – 3.00 petang

TEMPAT : Perpustakaan SKSD

Kehadiran :

1. Ustaz Md Fouzar bin Norsirin (GB)


2. En. Mohd Radzuan bin Jaamat (GPK HEM)
3. En. Abdul Latif B Hj Mohd Yunus (GPK KOKO)
4. Hema Dharshini A/P R. Balakrisnan (KP)
5. Pn. Rozita bt Burhanek (Setiausaha)
6. Pn. Khamisah Binti Yusof

Agenda :
1. Ucapan alu-aluan
1.1 Ucapan Ketua Panitia
 Mengucapkan salam keagamaan kepada semua ahli yang hadir.
 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli-ahli panitia dalam mesyuarat
kali pertama bagi tahun 2021
 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau adalah ketua panitia yang baru bagi
menggantikan Pn Rozita bt Burhanek.
 Pengerusi berharap agar semua AJK dapat bekerjasama dalam menjayakan perancangan
Panitia Pendidikan Moral pada tahun ini.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu


Pencadang : Pn Rozita bt Burhanek
Disokong : Sebulat Suara

3. Perkara berbangkit – tiada

4. Agenda Profesionalisma

4.1 Perubahan Guru Mata Pelajaran

Guru Mata Pelajaran Kelas


Ustaz Md Fouzar bin Norsirin 5J
En. Mohd Radzuan bin Jaamat 1B
Hema Dharshini A/P R. Balakrisnan 4 B, 4 J
Pn. Rozita bt Burhanek 6 J, 3 J
Haemalatha A/P Ramis 2B

4.2 RPH
4.1.1 Mengikut Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK 2.0). Jadi semua guru mata pelajaran
boleh muat turun DPK 2.0 di BPK.

4.1 Analisa ujian kali pertama untuk tahap 2 akan dapatkan maklumat tersebut daripada guru
mata pelajaran

4.2 PBD
4.2.1 Sekurang-kurangnya murid menguasai Band 3 (TP 3). Boleh diberi tahap penguasaan 2
(TP 2) bagi murid yang lemah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.

5 Kewangan
5.3 Kewangan terkini masih belum tahu.

6 Hal-hal lain
6.1 Aktiviti Guru – Membina RPH kreatif PAK21 (menggunakan BBM)
6.2 Aktiviti Murid – Penghasilkan Kraf Tangan dengan menggunakan bahan kitar semula
6.3 Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

7 Ucapan penangguhan
7.1 Ketua Panitia berharap agar semua ahli panitia dapat bekerjasama bagi menjayakan semua
aktiviti yang dirancang.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………….
(PN ROZITA BT BURHANEK)
Setiausaha,
Panitia Pendidikan Moral SK Simpang Durian

You might also like