You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN MORAL


KALI PERTAMA
2021
Tarikh : 17 Januari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 3.30-4.30 petang
Tempat : Google Meet

Kehadiran
1. Pn. Siti Nurfatihah bt Suhaimi (Ketua Panitia)
2. Cik Fatimah Nizam bt Daud (Pen. Ketua Panitia)
3. En.Koh Kok Song
4. En.Mohd Amir bin Mat Yaacob
5. Cik. Norasmah bt Abdul Manaf

Tidak Hadir
1. Pn.Noor Hasmuni bt Zakaria ( Bersebab )
2. En.Rahmat bin Hashim ( Bersebab )
3. Pn. Sharifah bt Mat Zain ( Bersebab )
4. Pn.Ropidah bt Abdul Aziz ( Bersebab )
5. Pn. Nurul Asrani bt Manap ( Bersebab )

Agenda :
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Pengesahan Pelantikan Jawatankuasa Panitia/ Tugas Ahli Panitia 2020/Maklumat Ahli
Panitia 2021
5. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Penulisan BRM/e-RPH
6. Pelan Tindakan Strategik Peningkatan Akademik Panitia 2020
7. Jawatankuasa peperiksaan
8. Hal-hal lain
BIL AGENDA / ISU
1.0 Ucapan aluan Ketua Panitia
1.1 : Pn. Siti Nurfatihah selaku pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali ini.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat


2.1 : Pengesahan minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn Norasmah bt Abdul Manaf
dan disokong oleh Cik. Fatimah Nizam bt Daud.
3.0 Hal-hal Berbangkit
Tiada.

4.0 4.1 : Tugas-tugas penyelaras tingkatan dan perlantikan ahli jawatan kuasa

Setiausaha : Pn Rohaslyna bt Baharuddin.


Penyelaras Tingkatan 1 : Cik Fatimah Nizam bt Daud
Penyelaras Tingkatan 2 : En. Rahmat b. Hashim
Penyelaras Tingkatan 3 : Puan Ropidah bt Abdul Aziz
Penyelaras Tingkatan 4 : En. Mohd Amir b. Mat Yaacob
Penyelaras Tingkatan 5 : Pn.Siti Nurfatihah bt Suhaimi

4.2 : Tugas Penyelaras.


i. Perlu memastikan post mortem untuk ujian 1, dan PPT disiapkan.
ii. Memastikan menyimpan soalan dan skema jawapan bagi setiap ujian dan
peperiksaan dan fail 4 (file bank soalan)
iii. Bertanggungjawab memastikan soalan ujian atau peperiksaan yang di sediakan
mencukupi bilangan, lengkap dan hantar 2 hari awal kepada ketua panitia untuk di
semak sebelum hantar riso.
iv. Menyediakan RPT untuk tahun berikutnya.
v. PBS perlu dijalankan, oleh itu penyelaras T3 dan T4 perlu buat analisis PPT dan
PAT.

5.1 : Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Penulisan BRM/e-RPH.


i. Semua RPT perlu lengkap dan perlu diserahkan kepada Ketua Panitia.
ii. Penyelaras tingkatan perlulah memastikan RPT dan bilangan pelajar moral mengikut
tingkatan.

6.0 Perancangan strategik


i. Program memori 36 nilai di mana pelajar perlu hafal nilai dan kata kunci
ii. Program 18n nilai untuk KSSM perlu dihafal oleh pelajar tingkatan 4.
iii. Kelas tambahan untuk teknik menjawab soalan, cadangan En Amir dan
En Nizam (penggubal soalan moral) untuk beri ceramah.
iv. Ujian topical di buat setiap kali habis bidang/topik/unit. Setiap ujian ini perlu ada bukti
seperti contoh tampal dalam buku tulis.
v. Aktiviti luar pdpc untuk tingkatan 1 dan 2 selama 32 jam perlu di jalankan.
7.0 Jawatankuasa peperiksaan
i. Kp dan pkp akan sediakan jadual penyedia soalan.

8.0 Hal-hal lain


i. Guru Ting. 1 -Ting.2 tiada perubahan (Cikgu Nuraizatul saja bertukar subjek)
ii. Guru Ting.4 -Ting. 5 (En.Amir, Puan Fatihah, Puan Rohaslyna, Pn.Iazariah ,
Pn.Ropidah , En. Kok Kok Song, Puan Asrani dan
Pengetua)
iii. Tiada kerja kursus untuk KSSM / Exam sahaja.

iv. Rpt dan Dpk 2021 boleh ambil dilaman panitia kemanusiaan.
9.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________ _______________
ROHASLYNA BINTI BAHARUDDIN SITI NURFATIHAH
SUHAIMI
Ketua Panitia
Pendidikan Moral

You might also like